Friday 31 October 2014

Persediaan melancong 7 - Kereta sewa

Rasa cam tak banyak nak share pasal ni…
Ammal cuma nak share satu website yang Ammal guna jer…
Korang boleh try cari kereta sewa melalui web ni… http://www.economycarrentals.com/
Walau nak ke negara mana sekali pun... boleh ajer!
Lebih murah dari korang ambil direct dari Hertz, Avis etc…
Nah.. cer tengok perbezaan kedua-duanya.
Kita tengok kereta Yaris ye…
Ammal test untuk sewa seminggu di Australia tapi tak ingat ke mana...hehehe

1AUD=3.012

AUD201.01 = RM605.44 per week kalau booking melalui website Hertz.
Tapi kalau booking melalui website yang Ammal bagi cuma RM519.72.
Korang boleh jimat RM85.72
Kalau rasa tak jimat mana duit banyak tu, sila hentikan pembacaan sekarang jugak sebab itu tandanya korang memang banyak duit :P




Korang jangan la risau kot dapat kereta cokia, buruk dan sebagainya dengan rate yang murah gitu.
Negara luar tak der buat perangai macam kita sewa kereta kat Langkawi...huhuhu
Bila time nak ambil kereta nanti, silap-silap korang ke kaunter Hertz jugak… tak pun kaunter-kaunter kereta yang lain, yang ada nama.

Ammal dah guna website ni dua kali travel… tapi banyak transaction dan berbeza tempat la.
Sebab apa banyak transaction?
Sebab Ammal nak jimat duit.
Bila rasa tempat Ammal nak pergi tu, hotel tak provide free shuttle baru Ammal sewa kereta…hehehe

Ooo alang-alang dah sebut free shuttle…
Kata la korang ke Tokyo. Dan dalam itineraries ada nak ke Tokyo Disneyland.
Sebelum booking hotel tu, check la dulu. Mana la tau kot-kot ada disediakan free shuttle nak ke sana.
Dapat la jimat duit kan?!
Cumanya kalau free shuttle ni, kurang la kebebasan.
Korang kena tunggu shuttle ikut jadual2 yang telah hotel tetapkan…

Melalui website ni, kereta yang kita sewa selalunya with unlimited mileage.
Untuk gps & child seat dia ada perkiraan lain.
Tapi tetapppp la murah.
Child seat adalah WAJIB ye untuk kanak-kanak bila di luar negara!
Kena saman kalu, sendirik tanggung!
 
Bila dah confirm semua nanti, ada fine print kena la baca.
JANGAN MALAS!
Depa tak mintak full payment.
Deposit cuma 10% kalau tak silap Ammal.
Nak mofidy booking senang, nak cancel pun tak banyak cekadak!
 
Nak drive di luar negara tak semestinya kena ada International Driving Permit.
Kalau lesen memandu M'sia selalunya lepas aje.
Sebab yang penting, kena ada gambar & English wording; 'Malaysian Driving Licence'.
Melalui website ni juga, bila kita ambil dan pulang tempat berbeza semua dia dah kira siap-siap!
No extra & hidden charges!
 
Harga minyak sesebuah negara pula berbeza ikut tempat. Bukan setakat ikut negeri...
Kalau rajin, boleh la survey dulu sebelum pergi.
Ammal tak rajin untuk part ni!
Kalau malas, nak tau murah tidak, tengok la berapa banyak kereta yang beratur kat stesyen tu...hahaha
Selain dari tu, kena la check jalan, undang-undang kat sana & toll diorang.
 
In case korang tak suka nak drive dan tak berani sebagainya, naik ajer la public transport.
Cumanya macam M'sia jugak la...
Tak semua tempat public transport diorang efficient.
Jadi nak tak nak, kena la drive.
Ok?!
Itu ajer untuk kali ni!
 
 
Annyeong!


No comments: