Wednesday 18 February 2015

Disneyland Resort Anaheim

 
Sebut Anaheim, mesti kepala terbayang Disneyland!
Dulu-dulu masa kecik bila berangan, rasa macam syiok giler la kalau dapat pergi.
Tapi sekarang, perasaan tu dah kurang.
Mungkin sebab dah jemu. Mungkin jugak sebab lebih teruja dengan rides yang extreme macam kat Universal Studio.
Yang buat excited cuma bila jumpa Mickey & Minnie Mouse, Winnie the Pooh dan character2 yang lain tu.
Comel gilerrr!!!
 
Ok jom Ammal citer serba sedikit pasal Disneyland ni.
Disneyland ada taman tema di 4 negara dalam dunia.
1. 2 di Tokyo : Tokyo Disneyland & Tokyo Disney Sea
2. Hong Kong Disneyland
3. 2 di California, USA : Disneyland Park & Disney California Adventure Park
4. Paris Disneyland
5. Florida, USA : Walt Disney World - Magic Kingdom, Epcot, Disney's Animal Kingdom, Disney's Hollywood Studio, Disney Typhoon Lagoon, Disney Blizzard Beach, Downtown Disney, EPNS Wide World of Sports, Disney Quest & Disney Boardwalk.

Kalau di Florida, Disney ni memang umpama dunia yang besar la kalau kat sana.
Setiap taman tema berada di kedudukan yang agak jauh setiap satunya.

Di Anaheim, California ni, ia dipanggil Disneyland Resort.
Terbahagi kepada dua taman yang terletak cuma bersebelahan.
Seperti biasa, tiket Ammal beli online. Two day pass, one park per entry.
Nak dapat tiket murah, ada banyak option. Antara rajin ngan tidak je la nak carik.
Nanti la... Ammal akan buat satu entry khas, mana nak carik discount ni semua kalau nak ke US.
 
Tiket yg Ammal beli online tu, idok ler dapat tiketnya.
Dia cuma bagi surat confirmation. Surat tu kena print & tukar kat kaunter tiket khas kat sana.
Tapi itu pun ada masalah jugak. Ammal buat transaction tu kat rumah, malam weekend.
Bila masuk kerja Isnin tu, tgk ada emel bagitau transaction credit card tu diorang suspect fraud.
Laaa... pulak dah. Jenuh la beremel bagai. Dia suruh call jugak.
Husband la jadi mangsa. Boleh pulak line kitorang tak boleh buat IDD (International Direct Line).
Deal ngan Celcom suruh activate, lembab nak mamp!
Gedabak gedebuk, Alhamdulillah akhirnya settle. Tapi stress tok sah cakap la...huhuhu
 
Ikut itineraries yang dah Ammal buat berbulan sebelumnya, selepas kaji peak season apa semua, Selasa 9 Disember 2014, Ammal ke Disneyland & next day nya 10 Disember ke Adventure Park pulak.
Pagi2 bangun, pergi breakfast.
Breakfast kat US ni jangan harap la macam kat Malaysia.
Tak kira la berapa bintang pun, breakfast diorang memang simple.
Cuma ada cereals/oats, telur, buah2 sket, roti, donut/muffin, waffle/pancake, jus & coffee tea.
Kalau ada hebat sket, dapat la makan baked potato, baked beans.
Time breakfast, memang terasa rindu la dengan makanan M'sia...hahaha.
Lepas breakfast, terus menapak ke Disney. Jalan dalam 10 minit, dah sampai kawasan Disney.
Pergi kaunter, tukar tiket masuk...
 
Disneyland
 
Masuk je, terasa sangat Disneyland kat sini kecik kalau nak dibandingkan dengan di Orlando.
Cinderella castle yg jadi mercu Disney pun kecik comel. Anak-anak pakat gelak...
Kalau di Orlando, binaan dia gah sungguh. Memang terasa macam kat dunia fantasi.
Jadi buat sesiapa yang plan nak pergi Disney, pastikan pergi sini dulu.
Yang Orlando tu biar last.
 
Pengunjung boleh tahan ramai walau bukan peak season.
Jadinya kitorang decide, naik rides yang best aje.
Setakat Dumbo, Merry go Round tu, kitorang malas buang masa nak beratur.
First ride yang kitorang tuju ialah Indiana Jones Adventure.
Lepas tu ke kitorang Pirates of the Carribean.
Haunted Mansion kena beratur 20 minit. Jadinya, ambik FastPass.
Fastpass free tak macam Universal Studio kena bayar.
Cane nak dapat Fastpass? Masukkan aje tiket kat machine yang disediakan.
Then nanti dapat la tiket lain, yang bagitau waktu kita kena datang balik. Jadi penat kena patah balik banyak kali je la.
Kalau Uni. Studio, dengan tiket Express Pass tu, boleh terus terjah.
Sementara menunggu masa untuk masuk ke Haunted Mansion, kitorang ke Splash Mountain.
 
Splash Mountain
 
Splash Mountain antara rides yang kitorang anak beranak suka.
Suka naik tapi tak suka basah....hahaha
Kitorang siap 'kaji'... siapa patut duduk depan, siapa duduk belakang.
Yang berat atau yang ringan... yg pasti antara kitorang berempat ni, Ammal & anak sulung, tak boleh duduk dekat.
Tak tau kenapa tapi bila duduk dekat, apa2 rides yang ada air, kitorang berdua akan lencun!
Kitorang macam magnet dengan air! hihihi
 
Lepas tu, pergi naik Winnie the Pooh sekadar utk buang masa. Tapi buruk sangat dah ride ni.
Teramat bosan sangat kalau nak banding dengan Winnie the Pooh dekat Tokyo dan Disneyland lain.
 
Sampai masa untuk masuk Haunted Mansion, tetap kena beratur lagi.
Masa dekat sini, Ammal dah mula perasan. Crew member diorang agak kasar dan kurang mesra.
Nak senyum pun susah. Dah banyak theme park Ammal pergi, kira ni 1st time la kiranya jumpa crew member perangai gini.
Bila org tanya pun, diorang macam nak marah2. Huh!! Not good! Not good! Sentap perasaan I tau!
 
Antara rides lain yang Ammal naik lagi, Big Thunder Mountain Railroad & Buzz LightYear.
Selain tu masuk Starcade & Innoventions.
Bila dah tulis dalam blog ni baru perasan, banyak giler rides Ammal tak naik...huhuhu
Dengan orang yang ramai, lebih sesuai spend 2 hari sebenarnya.
 
Esoknya, Ammal ke Adventure Park.
Penat semalam terasa lagi. Jadi, bila masuk je, terus kitorang ambik train.
Tak larat rasanya nak berjalan. Kaki Ammal pun sakit (ye... sakit sebab ligament kaki koyak. Baru je tau 16 Februari 2015 lepas. Gila lama Ammal menahan sakit!)
 
Terjahan pertama ke sini...
Hollywood Tower of Terror
 
Ammal dan anak bongsu tak naik.
Husband dengan anak sulung je yang giler dengan ride ni.
Bila turun, dua2 complain. Ride rendah deme kata. Tak thrill macam kat Orlando. Huh!
Sabor jer la... Ammal memang tak suka ride ni. Ala2 naik lif dan lif tu kabelnya rosak.
Eee... ngeri. Boleh Ammal bayangkan camana rasa perut Ammal bila naik ride ni! huhuhu
 
Pastu kitorang menapak ke Cars Land...
Section yang dibuat berdasarkan citer Cars. Memang sebijik macam dalam cerita.
Rides memang best.
Yang paling ramai orang dan lama nak menunggu, Radiator Spring Racers.
Masa Ammal sampai, Fastpass untuk hari tu, dah pun habis.
Nak menunggu pulak 78 minit! Gila!!
Jadinya, buat keputusan untuk datang sebelum balik nanti.
 
Mater's Junkyard Jamboree
 
Flo's V8 Cafe
 
Luigi's Flying Tyre
 
Dari Cars Land, kitorang ke Paradise Pier.
Roller coaster California Screamin' tutup pulak...pasrah... 
Jadinya terus ke favourite kitorang... Toy Story Midway Mania.
Highest score, husband kata dia bagi 5 dollar. Wahhh... apa lagi... layannn.
Dan dapat la Ammal 5 dollar... macam nak tercabut tangan menembak! hahaha
 
Mickey's Fun Wheel
 
Bila Google Disney California Adventure Park, gambar yg keluar mesti gambar Mickey's Fun Wheel.
Nampak macam Ferris Wheel biasa je kan?!
Nampak jeee... hakikat sebenarnya...
Apa yang membezakan Fun Wheel ni dengan Ferris Wheel biasa, cer baca ni:
 
Mickey’s Fun Wheel offers 2 different ride experiences. If you decide you want a wild ride, be sure to choose the swinging gondola option; your gondola will sway independently and slide back and forth on an inner rail.
 
Yang mana korang rasa husband Ammal pilih?
Sah2 la gondola yang boleh swing!
Kusss semangat! Mengucap panjang Ammal bila naik. Serius! Tak tipu!
Rasa macam boleh mati je... huhuhu
3 kali pusing pulak tu! Tobat tak mo naik dah kalau datang lagi...
 
Mickey's Fun Wheel waktu malam
 
Adventure Ammal kemudiannya ialah beratur selama 68 minit di Radiator Spring Racers.
Masa tu penat tok sah kira la. Longgar lutut dah!
Ridenya cuma berapa minit jer! Tapi memang awesome la. Tak dinafikan!
Last ride sebelum balik, kitorang pergi Grizzly River Run.
Pastu posing puas2 kasi berbaloi photo package yg dibeli.
 
Kalau korang tanya park yang mana best antara dua tu? Hmm... mesti la Adventure Park.
Rasa macam nak pergi lagi...hehehe.
 
Apapun, objektif utama sekarang cuma nak cover semua Disneyland yang ada...
Dah sampai sini, maknanya tinggal Disneyland Paris jer la yang tinggal...
Hmmm... dengan exchange rate yang tinggi, kena struggle lebih kalau nak pie...huhuhu
 
 
Annyeong!

No comments:

Post a Comment

Comments are welcome!