Friday 3 October 2008

Salam Aidilfitri

Friday 12 September 2008

Jake's Charbroil Steaks

Jake's Charbroil Steaks
Starhill Gallery
LG11 Feast Floor
181, Jalan Bukit Bintang
Tel: 03 2148 1398


Ammal makan sini masa berkursus di JW Marriot 14-15 Julai hari tu...


Ada info bahagian2 untuk dibuat steak...

Garlic bread dia, rasa macam garlic bread biasa je.

French onion soup. Nampak macam boring kan? Tapi not bad la... licin Ammal balun.

Ada set meal ayam & daging. Ammal pilih daging. Presentation memang nampak kurang la. Tapi sedap! "Well done" yang Ammal mintak ni, lembut sangat. Tak macam "well done" yang biasa Ammal makan ditempat lain.


My personal review:
Taste: 6
Ambience : 6
Service : 6

Tuesday 26 August 2008

Oreo's ice-cream recipe!

My first attempt to make an ice cream. I'm using my new ice cream maker..
Ingredients:

300ml full cream milk
80g sugar
325ml double cream
Oreo's

Place the milk and sugar into a saucepan, low heat. Stir until the sugar has dissolved and then leave until cold. Stir in the double cream. Pour the mixture into the freezer bowl with the paddle running. When the mixture starts to freeze, add the oreo's.

I cannot find the double cream. So I change it to whipping cream. As a result; the ice-cream took more time to freeze and turn less creamy but nevertheless, still delicious! See the pic below... tak sempat nak masuk freezer pun... :D

Friday 15 August 2008

3/4lb beef burger with cheese?!


Sekarang ni, macam trend pulak kan.. semua fast food zaman Ammal kecik2 dulu, dah ada balik!! Carl's Jr... Wendy's! Yang belum ada lagi cuma White Castle! I've never had the chance to try the White Castle & Wendy's before. As far as I could remember, the only White Castle in KL was somewhere in Chow Kit. At the junction to The Mall (kalau dulu2 Yaohan!). Parking kan susah dekat situ.. so none of my family member willing to take me there... Same goes to Wendy's :(

First time makan Wendy's dekat Sunway Pyramid, Ammal ambik 3/4lb beef burger with cheese. Tamak! Tak habis pun. Kena bungkus, 2 kali ulang makan dekat rumah, baru habis... But it's too oily laaa. Mungkin sebab daging banyak sangat kot?! Dunno... Drink pulak Ammal ambik Twisted Frosty Oreo. Ewwhhh. Dah la banyak minyak. Minum plak lagi yg manis & berlemak. Gumuks.. gumuks... What ever it is, I prefer Carl's Jr more! More variety... less oil:(

Selain dari menantikan kehadiran White Castle, Ammal tunggu Mos Burger!! Have you try it? MOS stands for Mountain, Ocean & Sea...Sedap gilaks! Burger orang Jepun! Ada burger biasa & ada jugak patties yg diapit dengan 2 keping nasi. Fries dia pun besar. Kenyang. Tapi pelik, restaurant dia kat KLCC tuh tutup. Nak kata mahal, mahal Carl's Junior lagi... Masa pergi Tokyo last 2 years, nampak dekat sana restaurant tu, terliur Ammal... Bila redah dalam internet nampak ada kat Singapore. Halal ke? Ishhh nak kena tanya 'Bini Popeye' ni
Then lagi satu.... Grandy's!! Pernah dengar? First outlet was in Subang Parade. Ni pun Ammal suka. Tapi mungkin masa tuh, harga dia mahal kot. So, tutup la jugak fast food kegemaran Ammal yg satu tu. Kalau tengok kat website ni http://www.grandys.com/source/page12.htm menunya pun dah lain.
So, as for now, just hope for the best jer la...

One World Hotel

Last Saturday-9/08/08, was my organisation's annual dinner @ One World Hotel.
As usual, Ammal pilih Chinese food. Selama dah beberapa tahun kerja, baru 2 kali je Ammal ambik makanan Melayu & sekali Vege.

Masa time vege dulu tuh, Ammal tengah mengandung. Ingat lagi... time tu deme buat di Sunway Resort Hotel. Sebelum pilih tuh, review dari kawan2 kata, sedappp... Disebabkan Ammal 'giler' makan sayur especially time2 mengandung jadik terlebih 'giler', maka Ammal pun pilih la Vegetarian food for that year. Tapi punya la hampehhhh!! Dah la kedekut. Portion nasi sket jer waiter tu bagi. Lepas tuh, vege yg Ammal harapkan, cuma ada chick peas & segala mak nenek masakan vege Indian style yang portionnya macam nak bagi 4-5 orang jer makan! Bukan sayuran hijau! Lapor betul laaa time tu. Sejak tuh, tak der nak pilih vege dah. Cukup la :p

Sebenarnya, tempat kerja Ammal ni agak besar, so annual dinner memang kena buat dua kali. Mula-mula ingat nak pergi second night macam last year... ye la, kurang sket protokol ;) Balik pun boleh cepat sket. Tapi this year, second night diorang buat hari Ahad bukan Sabtu macam selalu. Isnin Ammal ada kursus 2 hari. Kena bangun extra awal. So takkan nak ambik second night kan? Meroyan aper?! Terjojol bijik mata ku nanti!

Overall best la. Makanan lain dari yang lain. Selalunya akan ada shark's fin soup. Tapi sebab tahun ni, diorang ada tubuhkan satu kelab/committee yang salah satu antaranya, pasal nak pelihara alam sekitar etc, so soup tahun ni, kami dihidangkan dengan 'Braised sweet corn with crab meat'.
Yang paling Ammal suka menu 'Steamed cod with crunchy bean'. Kalo masak sendiri, mau Ammal hirup gravy nya dari pinggan. Hahaha... Buwok betul perangai! Seb baik mak tak baca blog Ammal nih. Hehehe... Dan satu lagi kelainan, tahun ni tak ada nasi goreng budush. Tau apa nasi goreng budush? Kalo sesapa yg selalu ambik chinese food time dinner sure paham! Nasi goreng tuh, macam nasi goreng cina, tapi isinya hanya ikan bilis yg kecik2 tu atau udang geragau. Nasinya tak ada sebarang rasa!! Tapi tahun ni, kami dihidangkan dengan 'Crispy yee mee with seafood'. Nak kata sedap sangat tu idok ler... tapi much better than the nasi goreng budush!

Entertainer for that night, was someone that I luv since young (eh dah tua ke? Takk arrr... kuang kuang kuang). SHEILA MAJID! Tapi dia tak nyanyi banyak lagu pun. Cuma Sinaran, Antara Anyer & Jakarta, Aku Cinta Padamu, Lagenda & one English song... Sanggup Ammal bertinggung sebelah meja VVIP semata-mata nak rakam Sheila nyanyi! Lenguh pun lenguh la. Demi Sheila... keh keh keh. Luv you Sheila... jerit Ammal dalam hati.

Tuesday 29 July 2008

Baskin Robbin's voucher!

Dan ini pula buat peminat ice-cream macam Ammal!
Ummm.. yummy! Yummy!!

Metrojaya Handbag Sale

Buat kaki shopping!

Lonely!

Lonely... I'm lonely...
Huhuhu.

Penah tak... sometimes you all rasa macam rapat dengan seseorang...
Tapi sebenarnya tak!
Tiba-tiba rasa macam you katak bawah tempurung! Ketinggalan!
Selalu tak tau apa perkembangan kawan2..
Ada masa, kawan2 tak cerita benda yg you rasa, you suka nak tau.
Emmm...
Lelaki! Bagus jugak jadik lelaki nih kadang2!
Dalam dunia sendiri.
Kurang sket perasaan sentimental ni.
HAHAHAH...

Sunday 27 July 2008

Port Dickson

Kalau dulu, setiap kali Ammal pergi Port Dickson, mesti tak tau nak makan kat mana. Sebab, tak pernahnyer jumpa kedai makan yang sedap kat tekak Ammal yang cerewet ni. Tapi sejak budak Ajipp bagitau pasal restoran yang satu ni, hati terus terpaut. Nama restoran tu, Restoran Nasreen/Songkhla.

Ni kali kedua Ammal pergi. Ammal order otak2 (yang ni, sorry to say... tak sedap!), kailan ikan masin, ikan siakap bakar, sotong goreng tepung & udang goreng kicap. Kalau you all tanya camana nak pergi, sorry. Ammal tak pasti batu berapa... tapi sebelum Blue Lagoon! Kalau dari pekan PD, restoran ni di sebelah kiri jalan & di sebelah kanan jalan pula rumah rehat Telekom Malaysia yang lawa tu.



Nak tau sedap tidak, tengok ajer la gambar ni... Otak2 yang tak sedap tuh pun habis licin. Kalau tak habiskan rugi pulak rasa, sebab isi dia penuh dengan sotong, udang & ketam! Hehehe

Wednesday 16 July 2008

Bubba Gump Shrimp Co.

I read about this restaurant from 'wonderings of kaki jalan' blog. Then, I keep telling my husband about it. Hoping that he'll bring me there (not that far-The Curve!). Twice the review about the restaurant appeared in The Star...

At last... on 21 June...

Flip this if you want their service.

Or not, just use this... no service needed... Run Forest Run!

The decorations... is all about one film that I've never watched... hehehe... Forest Gump!

Our drinks-Mango Sparkler

My lunch-Bubbas Far Out Dip with Shrimp.

My husbands'-Shrimper's Heaven

And they really know how to treat childrens...

All the food portions are quite big. Glad that I just ordered the appetizer. We even have to 'tapau' my son's food. Rating: B+. Hehehe

Saturday 5 July 2008

First time on board!

Do you like travelling?
I do... I'm crazy about it.
I even keep a list of places that I'm planning to go in the future.
But you know what... Ammal nih penakut nak naik kapal terbang!! (Jangan gelak! Sapa gelak Ammal gigit2 dia!)
Walaupun dah beberapa kali naik, Ammal akan tetap kecut perut!
I can still remember the first time I took a flight. I was 17 years then... Bukan jauh punnn... Penang ke KL jer with my eldest sister. Ammal menangisss! Tak kira malu dahhh... Punya la kakak Ammal marah.
"Ishhh sudah la tu! Buat malu jer!"
Kah kah kah....
After a few minutes on board, dan selepas puas kakak Ammal pujuk suruh tengok awan2 kat luar, baru lah Ammal berani. Then stewardess pun hidang jus & muffin... Tau2 dah nak landing jer. Tak sempat panas montot pung!

Sampai sekarang pun, beberapa hari sebelum travel, husband Ammal akan start tanya...
"Dah start takut ke?" hahaha...
Kalau dulu, seminggu lagi Ammal dah start sakit perut bila bayang nak kena naik kapal terbang! La ni, ok sket laa... 2 hari sebelum, baru start 'butterfly' nak terbang2 dalam perut ni! Keh keh keh
Tapi kalo nak bandingkan kadar ketakutan tuh, takut lagi kalau naik fokker. Ala... ketebang yg kecik ada kipas tuh. Gegar2 ko duduk kat dalam tuh. First time Ammal naik masa pie Tioman 2 tahun lepas. Masa tuh tengah 4 months pregnant anak ke 2. Masa nak landing, airport sana kecik, dia punya junam... Mak Aihhhh.... Rasa nak terkeluar jantung! Tapi Alhamdulillah... selamat sampai! Nanti bebila Ammal upload gambar ye..

Sunday 29 June 2008

The Woods Resort

Pernah dengar 'bout this place? It's about 20km from Batu Caves.
Atas lagi dari Ulu Yam...
Bersih sebab terjaga... dah kena bayar RM2 per entry kena la bagi bersihkan?!
Tempat ni pada Ammal sesuai untuk buat Family Day... that's my plan for the department actually. But the Big Boss didn't agree so we have to proceed with the earlier plan; PD. Macam tak dak tempat lain! (adaaaa... budget jer yg tak dak! Hahaha)

There're few pictures that have been taken but the uploading process slowww ya amat. Tengok apa yg ada je la ye ;)

The place lengkap dengan semua basic facilities. Ada surau, toilet... and the best thing is, ada chalet... Kot teringin nak bermalam dengan suasana damai, boleh la sewa. Dari brochure yg Ammal ambik, diorang boleh organise Team Building gak... Bagus jer Ammal tolong bagi free promotion kat diorang.. keh keh keh...

1st N3-2nd Blog

Actually this is my 2nd blog.
The first one, Ammal delete sebab ada problem sket.

Sebenarnya masa sungguh tak mengizinkan Ammal untuk update blog.
Malam tadi, sebelum update, konon nak main game dulu... tiba2 si Muqri bangun!
Ammal tutup la laptop ni dengan selimut. Kalau tidak, dia sibuk nak menaip sama.
Pengabih, Ammal yang tertido. Keh keh keh...

So, harap2 blog ni akan panjang umurnya... begitu juga dengan umur kalian...