Tuesday 28 July 2015

Tips cari tiket kapal terbang dengan harga murah.

Haieieie!!
Lama tak menulis and share tips travel ye.
Seperti biasa alasannya ialah 'busy'... hahaha
Serius! Tak tipu!
Sibuk dengan anak, shopping, preparation travel, bla bla bla...
Owh... Ammal busy dengan hunting jugak!
Ye... selain travel, memandangkan anak2 dah besar ni, Ammal ligat balik join aktiviti treasure hunt.
Berbaloi?
Hmm... rezeki tu kan pemberian Allah.
Ada masa2 menang, ada masa2 kecundang.
Tak kisah la kan... yang penting happy!
Exposure untuk anak2 jugak...
 
Untuk trip ke US, Ammal masih hutang satu je lagi...
Dah ada dalam draft, tapi masih tak berkesempatan nak edit bagai.
Insya-Allah lepas tu Ammal share pasal camana nak apply visa US & tips2 lain kalau nak travel ke sana.


Entry kali ni mengejut. Curi2 masa sket.
Sebabnyaaa... dah beberapa kali kawan2 Ammal tanya camana nak cari tiket kapal terbang dengan harga murah.
Ok la.. ok la... meh la Ammal share...

Tips2 nya:
1) Macam Air Asia jugak. Nak murah, kena beli awal. Ammal selalunya beli setahun awal. Sebab tu perlu beli insurans...

2) Jangan ambik direct flight tapi ambik yang ada connecting/transfer. Untuk penerbangan lebih 10 jam, pada Ammal cara ni lebih sesuai & selesa. Memang buang masa sket bila kena tukar kapal, tukar airport etc, tapi kalo mampu jimatkan belanja tiket hingga seminimum RM1,000 seorang tak mau? Lagipun kalau dah berjam-jam dalam flight tu, kematu gak bo*t*t weh! Dapat turun, jalan2, pusing2 airport dan carik idea for next travel pun syiok apa!?!

3) Kalau ada option airport selain dari main airport, better la pilih yg kurang jadi tumpuan. Contoh untuk pergi ke San Diego dari Miami. Ada masa2nya, flight dari West Palm Beach Airport lebih murah compared to flight from Miami Airport. Cuma kena drive sket la... Jadinya, nak mencari offer tu, kena main2 sket dengan search engine.

4) Check dengan official website airline2 yg berkenan. Mana la tau kot ada best deal ke. Pastu buat comparison. Semejak dua menjak ni, Ammal lebih banyak gunakan online travel agent seperti Kayak, Expedia, Zuji.au, Zuji.sg, Wego dan beberapa website lain. Alhamdulillah... setakat ni banyak la dapat jimat. During one of my trip, Ammal berjaya jimat hampir RM4,000 seorang! SEORANG tau! Haaa... Banyakkan? Syukur Alhamdulillah... Kalau dapat best deal tu, kalau tak percaya, korang boleh pie carik mana2 travel agent kat M'sia ni. Dapatkan detail perjalanan sama macam online agent bagi, dan mintak agent kat M'sia carik exactly the same. Takkan dapat punya! Percaya la!! Sebab Ammal dah buat pun :p Cuma tricknya, tiket murah cara ni only limit to 4 tickets per transaction!

5) Ammal pernah terbaca somewhere, can't remember kat mana, tapi katanya, nak dapat best offer, carik la masa hari Rabu-Khamis. Tu pun betul... Kadang tu rasa cam orang gila pun ada... sebab tengok deal yg ada macam pasaran saham! Dalam masa beberapa minit, dari RM2,500 terus naik RM2,700! Gila arrhhh. 

6) Ada yang kata, nak murah jangan travel masa hujung minggu. Pada Ammal, kalau nak travel within US or Europe, mungkin betul. Tapi kalau kita nak travel dari Malaysia ke luar negara (yang jauh, bukan S.E Asia ye), yang Ammal tengok, tak ada beza pun. Kalau travel masa cuti sekolah kat Malaysia, ada cuti sekolah/public holiday kat negara yang kita nak pergi tu, yang tu besar kemungkinan mahal.

Buat masa ni, itu je tips yang terlintas dan teringat dalam kepala Ammal.
Kalau ada lagi nanti, Ammal update kat sini as and when je la ye.
Pandai2 la korang carik nanti...hahaha
Selamat melancong!
 
 
Annyeong!

Saturday 4 July 2015

Dia nak mai dah!

Get ready kengkawan!!