Tuesday 19 December 2017

Sopoong Korean Restaurant

Tak dapat pie Korea, dapat makan pun jadiii laaa...
Alasan sangat kannn... hahaha
 
Sopoong ni kiranya antara halal Korean restaurant yang mula2 bukak kat Msia.
Dulu ada kat Quill City Mall. Now tutup sudah...
Kali ni Ammal bawak anak2 try kat cawangan baru deme di Melawati Mall dengan niat kalau ada rezeki ke Korea nanti, diorang dah tau nak makan apa.
Ntah bila nak ke Korea tu, idok ler Ammal tau! Hahaha...
 
Chicken bulgogi dolsot bibimbap pilihan anak Ammal

Mandu

Ammal pilih cheese dakgalbi

Mango bingsu

Menu Sopoong ni variety. Rasa cam nak cuba semua jer.. hahaha
Tapi kali ni, kitorang cuma makan cam kat atas tu jer.
Portion secukup kenyang perut Ammal ngan anak2.
Rasa pun sedap. Puas hati la...

Topokki kat bawah ni pulak, Ammal makan masa keluar ngan husband.
Makan masa badan tak sihat. Samada topokki ni memang tak sedap atau mulut Ammal yang deria rasa tak berapa betul.
Tak habis makan pun...
Toppoki
 
So, kalau nak cuba, korang boleh datang kat Melawati Mall. Banyak kedai makan favourite Ammal kat mall ni.
Ammal sukaaaa :D
hihihihi
 
 
Ok, tunggu entry seterusnya.
Annyeong!

Dolly Dim Sum

 
Orang semua dok sibuk makan Dolly Dim Sum, Ammal pun nak try jugak.
Selalunya bila teringin makan dim sum, Ammal pie makan kat China Treasure di Sime Darby Convention Centre.
Tapi tu pun dah lama tak pie.
Sebelum wujudnya China Treasure, Ammal makan kat Eden Restaurant.
La ni, Eden pun dah jauh kat KLIA nun.
Last Ammal makan dim sum & pie Eden, tahun 2014 kalau tak silap.
Bapak lama weh! Tu pun sebab ada offer dari Groupon.
Memandangkan dah hujung tahun, anak2 dah start ponteng sekolah, ibu ayah deme ni pun, pie ler dinner date 10 November 2017 aritu.
Sebab malas nak bersesak kat Dolly Dims Sum yang baru bukak kat Sunway Putra Mall, Ammal ajak enche husband ke Avenue K.
Dapat je menu, hati ada sikittt senthap.
Mana taknya. Nama je kedai dim sum. Tapi tak banyak variety dim sum pun.
Alang-alang dah sampai, makan ler jugak kan.
Kat bawah nun, menu-menu yang Ammal order. 
Ammal nak dessert durian pun abes suda... 
 
Stir fried broccoli with scallops

Spicy Szechuan Dumpling

Dolly Mozza Roll

Wok fried beef kway teow

Squid in seafood sauce

So, what's the verdict?
Dari segi rasa, sedap. Tak dinafikan.
Cuma kalau niat nak makan dim sum yang pelbagai, lupakan ajer.
Baik pie makan kat China Treasure.
Kalau nak murah, korang boleh cari offer kat Fave.


Annyeong!

Saturday 16 December 2017

Belayar dengan Royal Carribean; Mariner of The Sea

 
 
4-8 Disember 2017 aritu, Ammal & family belayar lagi dengan Royal Carribean.
Kali ni dengan kapal Mariner of the Sea yang bersize lebih besar dari Majesty yang Ammal pernah naik tahun 2014 dulu.
 
Asalnya Ammal ajak husband ke South Korea.
Tapi husband Ammal kata dia malas nak terbang.
Jadinya masa MATTA Fair bulan September aritu, kitorang decide untuk naik cruise je.
Tapi tak pie jauh pun. Cuma SING-PNG-PHU (tender)-SING je
Masa beli, kitorang cuma bayar deposit RM4k.
Selebihnya bayar dua bulan sebelum berlayar.
Kali ni, gratuity utk crew semua dah di kira awal2.
Harga basic cruise ni tak tetap, bergantung pada jenis kapal, pada tarikh pelayaran, destinasi dan jugak pilihan cabin.

Seminggu sebelum pergi, agent dah emel Guest Ticket Booklet.
Dalam booklet, ada cruise summary, embarkation letter, travel summary, port directions & cruise ticket contract.
Sebagai guest, kita kena buat online check-in & update info2 yg RCL perlukan paling lewat 3 hari sebelum belayar.
Tag bag pun kena print sendiri. Print berwarna ye. Sebab warna bag, menentukan level cabin masing2.
Kalau nak tau apa facility yg ada dalam kapal, korang boleh check website RCL.
Cukup semua details diorang bagi.

Husband Ammal kali ni, bukan setakat malas terbang, dia malas nak drive jugak.
Sebaik la dapat free shuttle pergi dan balik Singapore.
Bus akan bertolak pukul 6 pagi dari Berjaya Times Square, kata agent.
Dalam pukul 4.50 pagi, Ammal booked Grab dan sampai dalam 5.30 pagi.
Gedebak gedebuk, 6.20 pagi baru bas gerak.
Kalau ikutkan embarkation letter, kitorang boleh check-in pukul 10.45 pagi.
Tapi udah namanya naik bas kan, 1.30 petang baru sampai kat port.
Buang masa dengan stop yg berkali2 & turun naik bas utk pemeriksaan immigration M'sia dan Singapore.
Immigration Singapore siap kena bawak turun semua luggage lagiiii...

Ammal tak nak cerita detail apa aktiviti Ammal sepanjang pelayaran sebab aktiviti terrrlaluuu banyak.
Kapal Mariner ni ada 15 tingkat.
Kalau Ammal nak cerita setiap facility dan setiap aktiviti yang ada, mau panjang berjela entry ni nanti.
Korang boleh tengok gambar2 yg Ammal tepek ni.



Cabin Ammal di tingkat 8 with balcony, anak2 di tingkat 10 kitorang bagi interstate ajer kali ni.
Cabin kotak, tanpa sebarang view... hahaha
Sebab masa naik Majesty dulu, depa tak hargai pun view yg awesome kat luar!
Buat apa nak membazir? Baik ibu ayah deme kasi up cabin sendiri sambil honeymooning.. ahak ahak...
Seperti biasa, setiap hari cabin assistant akan letak cruise compass (senarai aktiviti harian) dalam bilik.
Setiap masa, kitorang asyik ler turun naik lif, tangga, ke hulu ke hilir nak join aktiviti2 yg banyak tu
Leper rasa tapak kaki.... hahaha
Kitorang siap pie gym, pie exercise lagi kali ni! hihihi

Owh, buat sapa yg tengok live update dari Ammal, mesti perasan Ammal ada sebut docked & dlm blog ni pulak Ammal tulis tender.
Apa beza dock ngan tender?
Dock ni kapal berhenti di port. Kalau tender, berhenti tengah laut, dan akan ada boat kecik lain yg akan datang ambik.

Cruise compass hari ke 3
 
Toilet & bathroom

Kalau korang nak tau, kat atas tu la toilet & bathroom cabin Ammal.
Bathroom nya semuat2 badan dolphin Ammal jer... hahaha
Kalau rasa punya uang yang banyak, maukan lebih kemewahan dan keselesaan, boleh la ambik suite :P
Suite deme sebesar bilik hotel, siap dengan bath tub.



 
Deck 5 - Royal Promenade

Kapal Mariner ni punya la besar, siap ada butik you!
Cuma harga barang2nya agak mengecewakan. Sama je dengan harga jual kat KL.
Ammal ingatkan, sama macam naik Majesty dulu. Rupanya takkk.
Depa ikut harga pasaran destinasi pelayaran rupanyaaa.


View deck 5 yg awesome!

Swimming pool & jacuzzi

Basketball

Mini golf

Arcade
 
Theatre
 
Nak makan sini, kena bayor!



Kelebihan untuk cruise kali ni, ada halal section.
Dapat ler makan makan ayam daging sikit.

Entrance Fitness Centre

Fitness centre - gym, bilik aerobic, spa, sauna, steam, jacuzzi


Ice skating

 Kalau nak guna internet, sila ler bayor

Karpet lif yg berganti ikut hari

Library

 
 
Masa berhenti kat Penang, nampak la kapal baru ni.
Bawah Genting Dream. Harga bila check, boleh tahan mahal gak.
Masa kat Penang, kitorang tak turun kapal pun.
Memang dah plan, kitorang nak enjoy puas-puas semua facilities yang ada.
Time tu la best sebab orang tak ramai atas kapal.
Lepas breakfast, Ammal ngan husband pie gym.
Ada ab exercise.
Petangnya pulak, ajak anak2 berendam dalam pool.
Cumanya pool deme panas. Haishhh... apa la RCL ni.
Ingat kat overseas ke?!
M'sia ni panas, apakejadah nak berendam bawah terik matahari dlm air panas.
Dah la tu, air pool tu pun Ammal rasa cam perit kat kulit muka.
Depa guna air laut kot?!
Tapi anak2 Ammal selamba jer. Bukannya diorang kisah.
Pengabisnya Ammal cuma duduk dalam Jacuzzi & kemudian layan movie tepi pool.

Masa tender di Phuket, lepas guest yg ambik tour semua dah turun, baru kitorang satu family turun ke boat untuk ke pantai.
Panas sungguh la. Jalan sikit jer pun dah lencun.
Anak2 dah start bising.
Bila 'siren' dah bunyi tu, ibu deme pun start la datang malas... hahaha
Ammal beli pulut manga & gajus, duduk ngan deme bawah pokok & enjoy view je.
Pujuk ajak jalan pun deme tak nak dah.
Ammal dah pernah sampai Phuket masa 1st cruise Star Cruise 16 tahun lepas.
Jadi niatnya nak la anak2 ni tengok Phuket ni pulak.
Huh! Dasar kulit mat saleh celup semuanya! Tak de nyer diorang ni tergoda dengan pujuk rayu! Semua tak tahan panas.
Tak sampai 2 jam, kitorang dah naik kapal semula.
Tapiii... kapal sesunyi-sunyi alam!
Wahhh.. kapal ni, kami yang punya! Tak ada orang you!
Anak2 terus berkejar ke Café Promenade nak makan shrimp roll.
Seharian tu, kitorang cuma duduk relaks ajer dalam kapal.

Malam grand dinner
 
Disebabkan tak perlu travel dan terbang jauh, kali ni Ammal decide untuk join grand dinner.
Berangkut la dress, coat dan kemeja husband apa semua.
My time dining pulak, agent dah set pukul 8 malam.
Tapiii... meh Ammal bagi review untuk cruise kali ni...
  
Expectation Ammal untuk cruise kali ni tinggi gak.
Ye la. Dah pernah naik RCL sebelum ni, jadinya Ammal mengharapkan yg sama la jugak kan.
Tapi banyak sangat kekurangan kali ni.
Seawal pelayaran lagi, Ammal dah nampak apa yang bakal berlaku.
Semua cruise dalam dunia ni, required by international law utk buat fire drill tau.
Yang kitorang ni kan dah lambat check in. Antara batch2 akhir yg naik kapal tu la kiranya.
Dengan tak makan apa sejak pagi, terus la ke Windjammer. Pastu dengar announcement, fire drill start 3.45
Makan kocoh2, terus gerak pie deck 4.
Punya laaa lama nak menunggu semua orang berkumpul.
TERHEGEH-HEGEH, dok lenggang kangkung lagi.
Memang Asian attitude sungguh!
Guest cruise kali ni, ramai dari Mainland China & India.
Dengan degilnya, dengan tak dengar arahan nya.
Dah la panas! Dekat 1 jam kot baru settle.
Lencun baju dengan peluh!
Masa naik Majesty dulu, 15 minit dah settle! Haishhh...
 
Disebabkan pelayaran di Asia, RCL letak crew yg bertugas pun ramai dari Asia jugak.
RCL ni pun dah faham jugak kot... hanya Asian yang boleh tahan dengan attitude Asian guest.
Tapi korang boleh bayang tak camana punya service Ammal dapat?
Dengan susah nak senyumnya. Ada sekali tu, masa husband Ammal dok tanya harga barang, boleh sorang crew ni buat muka mengantuk dan sengal dia! Memang potong stim sungguh.
 
Tu tak kira masa makan kat Windjammer lagi tu.
Makan kat Windjammer ni complimentary.
Dah termasuk dengan harga cruise.
Masa hari pertama, menu memang tip top.
Tapi hari2 berikutnya... memang kureng sangat2 la.
Guestnya pulak, buah2 yg terhidang pun, depa buat cam pilih buah kat pasar.
Pegang, letak, cium... eee... geli weh!
Husband Ammal tak perasan kot. Ye la, masa trip sebelum ni, guest semua penuh adab. 
Husband Ammal ambik buah, terus ngap masuk mulut.
Ammal cakap apa guest lain buat dan tak bagi dia makan terus... hahaha
Sebab dah frust dengan menu Windjammer, 2 hari terakhir, kitorang makan kat main dining je.
 
Citer kat main dining ni pun satu hal.
Kalau ikut rules, nak masuk main dining, tak boleh pakai selipar, short, t shirt etc.
Kena proper ala2 mat saleh punya style la.
Tapi kali ni, nan hado! Semua belasah! Hilang 'class'!
Yg bagusnya, guest2 yg Asian attitude ni, tak berapa suka pie main dining pun.
Aman tenteram la sikit.


8hb pagi, kitorang sampai kat Singapore.
Dlm pukul 10.30 baru settle dan turun dari kapal.
Bas balik jangka tiba dalam pukul 1 tengahari.
Duduk jer la kat kerusi2 yang ada kat port tu.

Hari Sabtu, Ammal dah start sakit2 badan.
Ingatkan sebab penat.
Tapi rupa2nya kena attack viral fever.
Punya la dasyat virus dari Mainland. Flat habis 3 hari... dari Ahad sampai Selasa. Hampir kena warded la!
Hari Rabu baru la segar. Khamis masuk ofis dengan kepala yg masih weng... hahaha

Ammal tak recommend korang untuk naik cruise RCL kat Asia ni.
Untuk lebih selamat, naik la pelayaran Islam by Star Cruise.
Kalau kapal2 Star Cruise yang lain pun Ammal tak pasti, mereka2 dari Mainland ni akan ramai jugak atau tidak.
Buat Ammal ngan family, untuk naik cruise dari Singapore naik bas, memang tak sanggup dah!
Giler BAPAK buang masa!
Untuk try other Asian cruise, buat masa ni cukup2 la.
Senthap perasaan... huhuhu



Annyeong!

Rumah tepi sawah

Haieieie...
Lama betul Ammal tak share kisah jalan-jalan ye. Ammal busy arr.
Chettt! Tak de alasan lain! kih kih kih

Few weeks after balik KB dulu, Ammal sekeluarga pie try menginap kat rumah tepi sawah.
Terbaca kat blog siapa ntah. Terus rasa nak mencuba.

Ammal memang sah2 tak de kampung. Sedara mara duduk kat kampung sekitar Gombak nun. Hmmm... kampung la sangat kan!
Husband pulak, org Ipoh. Nama je duduk kampung tersusun.
Tapi seghopa Gombak jugak.
Jadinya, lepas discuss ngan husband, kitorang setuju.
Google punya Google, tanya kawan2 apa semua, Homestay D'Sawah Padi, Tanjong Karang jadi pilihan.
Semalam cuma RM100.

Rumah2 di Homestay D'Sawah Padi

Seperti biasa... Ammal dah survey semua tempat makan best kat sana.
Memang excited giler arrr. Banyak betul tempat makan sedap.
OTW ke homestay, kitorang singgah makan kat Mee Udang Banjir Tanjung Karang.
Kitorang order 2 mee udang & 2 nasi goreng udang.
Nasi goreng udang dia TERBAEK!!
Walaupun udang tak banyak mana, tapi siyes sedap!
Mee udang dia, biasa2 je. Boleh la.

Mee udang
Nasi goreng udang


Ammal booked homestay tu utk 3 hari 2 malam sejak Februari dan bayar deposit RM100 direct ke akaun owner.
Rumahnya betul2 tepi sawah. Rumah separuh kayu, separuh batu.
Ada aircond! Toilet pun elok je dalam rumah.
Dapur separa lengkap. Ada fridge, ada cerek. Cukup la.
Bukannya Ammal nak masak pun.
  
 


Sebelum pergi, Ammal dah remind anak2.
"Kali ni, kita jadi orang kampung! Rumah kayu kecik. Jadi jangan nak berangan duduk cam kat hotel! Kalau panas pun tahan. Kata nak jadi orang kampung kan?!"
Pasrah je le deme mendengar... hahaha

 
Timing memang cantik. Padi elok tengah naik... 
Unit yg Ammal pilih tu pun Alhamdulillah elok tak kena panas. Reduppp je.
Dalam rumah cuma ada 2 katil dan tv kecik.

Malam pertama di Tanjong Karang, diberi rezeki dengan air hujan yang turun mencurah-curah.
Keluar dinner pun dalam hujan. Kitorang terjah Sate Hut.
Sebelum ni dah pernah try sate dia yg big size tu. Kurang best. Jadi ambik je sate yg biasa.
Balik dinner, terus terbongkang!
Syokkk wooo... Sejuk je tidur malam tu.

Sunset hari pertama

Bangun pagi esoknya, dapat tengok matahari naik... lawanyaaa.
Petang semalamnya dapat tengok sunset. Puas hati!
Untuk breakfast, Ammal ronda2 ngan husband kat kawasan kampung tu. Beli je apa yg orang kampung jual.
Harga boleh tahan jugak...
Alang2 dah keluar, terus lajak pie pasar di Sungai Besar.
Tapi tak banyak pilihan pun. Kuciwa sket ar.
Dalam pukul 11 pagi, kitorang terus gerak carik lunch.
Targetnya nak makan daging eksotik.
Restoran Eksotik Lembah Bernam di Tali Air 9 Pasir Panjang menjadi pilihan.
Senang je nak carik.


Masa sampai tu, baru 11.30. Bila tanya dah boleh order ke? Dia kata boleh je.
Ammal dah berangan nak makan pelanduk, kancil, arnab & landak.
Tapi rezeki cuma dapat pelanduk ngan landak.
Pelanduk Ammal mintak dia buat masak lada hitam. Landak pulak buat rendang.
Beriya ambik gambor, sekali gambor2 tu semua ntah ke mana menghilang.
Tinggal dalam 2-3 keping je. Sades betullll...
Pada Ammal, daging pelanduk tak sedap mana. Tapi daging landak memang SUPERB.
Sedap sampai rasa sayang nak makan! Hahahaha... Betul! Ammal tak tipu.
Husband Ammal tak makan. Dia kata Ammal ni macam vampire!
Semua yang pelik2 Ammal nak makan...hihihi...
Vampire pun vampire la Yang oiii. Ahkak rela!
Punya la sedap daging landak tu, sampai sambil menulis ni pun rasa terliur wei!
Kat restoran ni lauk2 biasa pun ada. Jadi tak yah la risau kalau pasangan you all cam husband Ammal gak....


Selesai melantak di Lembah Bernam, kitorang pie ke Sungai Besar nak carik kilang Nata de Coco - Nandong Food. Alang2 dah sampai, terus ambik order kawan2. Borong laaa, apa lagi. Harga kilang kan. Murah la sikit... Pastu pie cari kerepek pulak. Tapi harga tak murah mana. Puas shopping, terus gerak balik homestay. Perut kenyang, apa lagi, tidoq arrr!


Dalam pukul 3, dengar orang ketuk pintu. Rupa2nya owner datang bawak umpan.
Sebab semalamnya Ammal gitau dia, Ammal nak try memancing.
Dia bawak umpan isi udang & bagi 2 pancing buluh.
Satu pancing, berapa ntah sewanya. Ammal lupa dah.
Lepas solat, terus ajak anak2 memancing. Seronok betul diorang.
Ye la. Pengalaman baru. Mana pernah buat sebelum ni.
Dapat la anak ikan puyu beberapa ekor.
Cumanya ibu depa ni penggeli.
Nak cabut dari mata kail tu, terjerit-jerit panggil boyfriend!
Sekaliii... enche boyfriend pun penggeli gak.
Ye la... Ikan tu kan berlendir. Dok menggeletek je bila nak pegang.
Cam nak pecah perut kitorang gelak.

 
Ikan2 puyu yang sebahagiannya telah pun selamat masuk perut dan ada dalam 8 ekor kitorang decide nak bela...

Tangkapan pertama


Malam tu, hujan turun lagi.
Tapi tak selebat malam sebelumnya.
Kitorang try makan seafood ala2 Shellout pulak.
Apa ntah nama kedai. Lupa suda...
Masakan sedap. Tapi portion kecik sangat.
Sedeyyy... terpaksa la ulang ke Sate Hut nak cover perut yg meronta-ronta mintak makanan.

Esoknya kitorang check-out dalam pukul 12 lebih.
Enche husband decide nak balik pusing ikut jalan lain.
Sepanjang perjalanan, entah berapa kali berhenti Ammal pun lupa.
Tiap kali nampak orang jual makanan jer, kitorang stop... hahaha
Hentian terakhir kitorang ialah di Pasar Pasir Penambang.
Buat apa lagiii.. borong seafood la!
Naik juling mata weh tengok udang besar2 & segala macam jenis ikan.

 
 
Insya-Allah bebila kalau rasa tak tau nak ke mana, memang kitorang nak repeat.
Korang kalau nak try, nak merasa duduk tepi sawah yang menguning, korang call la dulu owner homestay tu tanya bila masa sesuai.... wokay?!


Annyeong!