Friday 30 December 2016

End of 2016 Europe trip

Alhamdulillah Ammal dah selamat sampai rumah lebih kurang pukul 2 pagi tadi...
My itineraries for this trip:
10-15 December - Amsterdam
15-22 December - Torquay Devon, tapi kitorang pie jugak to other county in the Southwest; Somerset & Cornwall
22-26 December - London
I love Amsterdam more than London... nanti la kalau rajin Ammal buat entry.

Our resort in Torquay

The trip wasn't really enjoyed by our kids.
The 'menapak' experience was good kalau nak kurus, but it drained out our energy fast!
Banyak benda yang kitorang tak buat dan skip.
And the most frustrating part was the shopping!

Tower bridge

Kenapa ke Europe dan bukan US kali ni?
Banyakkk sangat sebab.
Antaranya... London dipilih sebab anak sulung sibuk nak pergi. Asyik US je katanya.
Then the other son, sibuk nak main snow.
Tapi snow yang diharapkan tak muncul tiba.
Dalam taxi on the way ke Heathrow, utk flight balik baru nampak...
Takkan nak turun tepi jalan kan! Rezeki Allah bagi dari jauh je.
Dapat la merasa jugak sisa2 kat trolley aiport tu...
2 malam akhir kat London memang sejuk semacam.
Ammal dah agak akan snow. Bangun pie toilet pagi nak balik tu, berasap2 udara masuk kat tingkap toilet.
My mistake jugak sebab tak doa betul2 mintak main snow.. kalau tak mesti Allah makbulkan... hehehe.

Flight balik pukul 2.05 petang sepatutnya transit di Amsterdam.
Ammal dah plan nak beli macarons untuk geng kaki makan Ammal sebab ada jumpa yang sedap kat Albert Heijn.
Albert Heijn is the largest supermarket kat Amsterdam. Juling mata kalau masuk. Semua benda nak try, nak beli...hihihi

Kitorang bertolak ke airport pukul 8 pagi. Plan utk 5 jam awal sebab takut sangkut lama kat VAT refund.
Tapi rupa2nya, tak sampai setengah jam dah settle.
Jadi pengajarannya... kalau nak masuk dan keluar London tanpa banyak hal dan karenah, sila la masuk dan keluar melalui other Europe countries.
Settle VAT, ingat nak check in terus. Tapi diorang tak bagi. Katanya paling awal pukul 11 nanti.
So kitorang decide nak breakfast dulu.
Ammal ngan anak2 pie cari kudap2an dulu kat mini market
Tetiba husband panggil..rupa cam panic.
Bila pie kat dia, dia tunjuk skrin... Flight CANCELLED!
Hah! Hambek ko!
Tak jadi breakfast, terus pie kaunter KLM.

Masa tu la baru teringat kat new discovery Ammal 2-3 bulan lepas.
2-3 bulan lepas, masa Ammal tolong kawan carik flight ticket, Ammal terjumpa satu cara lagi untuk dapatkan tiket murah.
Caranya ialah dengan beli tiket direct dari website airline. Still transit, duration sama, tapi cheaper by few hundreds gak.
Contoh cam Ammal nak pie New York. Selalunya kan Ammal beli through Expedia atau other online agent yg akan terus tentukan flight apa Ammal kena ambik. Tapi with this new trick, with extra work, you carik sendiri tiket untuk setiap transit tu.... dah tutup citer!
Bila flight cancelled ni, terus terbayang apa yang bakal berlaku kalau ada connecting flight with different airline. Mau lagi panjang cerita!

Sampai kat kaunter, org kat kaunter sendiri tak tau kata cancelled.
Abeh tu cane? hahaha...
Gedebab gedebub, kitorang dinasihatkan tunggu dalam 1 jam lagi...
Husband muka dah berkerut2...huhuhu. Dia kena masuk kerja 30hb.
Kalo tak de flight, cane?
Ammal gembira ria. Nak sambung holiday, Ammal ok je.
Ku tak mahu balik, seperti biasa...hahaha.
Dah kata kena tunggu, pie jer la isi perut.
Check weather kat Amsterdam, katanya low fog dan suhu -1 degree.
Boleh dibayangkan camana la.
Amsterdam dan kabus tak dapat dipisahkan!
Flight ke London 15hb aritu pun delayed.
Kapal dah naik tinggi, baru nampak matahari terang benderang, dan kabus tebal giler kat bawah.

Kabus yang menutupi Amsterdam

Tak sampai 1 jam, dapat call.
We were rerouted to Korea at 18:50!
Bayangkan berapa lama nak kena bertunggu bertangga kat airport!
Pasrah! Dapat berita, kawan2 yg tgh travel, ramai yg stranded.
Check weather kat Incheon, katanya -6 to -9.
Woahhh!! Ammal lompat bintang.
Berkejar semula ke kaunter KLM. Katanya tak perlu buat apa2. Sampai masa, pergi je kat Korean Air punya check in kaunter. Disebabkan lama lagi, kitorang claim for food voucher.
Dapat la 4.5 pound sorang... dan nak dijadikan cerita lagi, boleh pulak husband Ammal lupa nak guna voucher tu masa bayor lunch kitorang!
Haih... sabor jer la kan!

First time naik Korean Air. Seat luas cam JAL gak.
Compared to KLM, jauh sangat beza.
Kalau nak luas, diNASIHATkan agar tidak terbang ke mana-mana destinasi yang jauh dengan KLM! huhuhu...
With KLM, nak luas, you have to buy the options yg diorang offer.

Sebab tukar last minute, tarak muslim meal for us. Macam2 Ammal try, tetap tak berjaya.
Time makan, ambik je la croissant. Ammal up dengan miso soup.
Sebaik dah melantak kenyang2 kat airport.
10 jam perjalanan, terasa kejap mungkin sebab Ammal penat mengemas dan tido lambat 2 malam akhir.
Tau2 dah nak sampai Incheon.
Tapiii... bila landing, panasnyer airport deme!
Nothing special! Angan2 nak keluar pun hancus.
Nak pie solat pun tak sempat sebab transit cuma 2 jam.
Tolak masa sangkut kat immigration, tinggal kurang 1 jam.
Time tu la nak pie toilet, nak carik bekal makan dalam flight.
The flight landed safely in KLIA at 22:50.
Settle luggage, terus carik surau dan qada' semua solat yang tinggal...

Overall, the trip was ok...
New experiences, lots of dugaan...hihihi
Bagus dari segi mendidik hati dan diri  
Kalau ada kerajinan, Ammal buat entry ye...

Annyeong!

Sunday 18 December 2016

Ammal kat mana? Ammal kat mana?


Tengok gambar ni, sure korang tau Ammal  kat mana kan?
Ye.. Ammal was in Amsterdam last week.
Dari 10-15 December 2016.
Semua ni gara-gara transit di Amsterdam masa trip ke Spain last year.
Teruja sungguh tengok airport deme.
Balik je Spain, terus zup zap zup zap survey segala.
Banyak plan yg ke tong sampah selepas balik tu... antaranya nak buat summer trip ke Greece (June) dan summer trip ke Tasmania... tapiii banyak sungguh halangan.
Yang tinggal cuma Europe trip.

Now Ammal kat tempat lain dah.
Gambar tak banyak. Mood nak menulis pun tak de.
Nanti la ye.
Yang pasti, Ammal nak bagi review pasal shopping kat US vs Europe.
Tunggu ye...


Sekian, update utk hari ni. Annyeong.

Thursday 17 November 2016

Winter wear


Dah hujung2 tahung ni, sure ramai nak pergi travel kan.
Cuti sekolah pulak tu.
Ni meh Ammal share sket experience pasal winter.
 
Buat diri Ammal, sesejuk winter yg Ammal pernah rasa ialah -5 degree kalau tak silap.
Masa tu pie main snow di Fujiten, snow resort di kaki Mount Fuji kat Jepun nun.
Zaman tu, baru nak belajar kenal dunia luar.
Jadinya preparation untuk pakaian tu, agak ke laut sikit.
Sebaik la pakaian untuk anak tebal jugak Ammal sediakan.
Kalau tak, mau beku budak tu...hahaha
 
Masa kat sana, dah kata nak main snow kan, nak main ski, tak reti, jadinya kitorang sewa snowboard.
Punya la sejuk, Ammal sempat naik sekali je.
Tak mampu badan Ammal nak tahan cuaca sejuk tu sampaikan minum green tea panas berasap pun mulut dah tak rasa apa...huhuhu
 
Mengingatkan sejuk kat Jepun tu, bila dah mampu sikit, baru la Ammal beli long john.
Long john ni pakaian dalam; t shirt lengan panjang & seluar panjang yang mampu memerangkap haba.
Kalau korang pergi kedai winter wear macam Universal Traveller, Winter Time semua tu, mesti ada jual.
Tanya je kat sales person.
Long john ni ketebalan kain dia, bergantung pada cuaca tempat yang bakal korang pergi tu.
Material pun berbeza-beza.
Yang paling mahal dan paling elok, sudah semestinya cashmere wool.
Ammal tak mampu beli. Mampos ada... HAHAHA
Kalau korang nak travel ke negara yg cuacanya bawah 15 degree, memang Ammal nasihatkan untuk beli long john ni.
Berapa banyak nak beli? Ikut la kemampuan masing2.
Tapi pada Ammal, 2 pasang dah cukup. Boleh ganti2 pakai kalau satu dah basah kena hujan atau snow.
 
Satu lagi insiden yg jadi kenangan, masa Ammal travel ke San Diego.
Cuaca masa tu, Ammal tak pasti berapa degree.
Tapi disebabkan bilik hotel Ammal ada balkoni, angin sejuk waktu malam, masuk dalam bilik.
Dah la heater bilik tu bau benda terbakar. Maka terpaksa la Ammal tidur dengan sweater dan jacket.
Boleh bayang tak betapa bisingnya tiap kali badan berpusing...huhuhu
Disebabkan insiden tu, kawan travel Ammal kenalkan Ammal dengan body warmer.
Dia kata boleh carik kat kedai2 winter jugak.
Ammal pun start la mencarik sebaik balik dari Spain tahun lepas.
Memang ada jual. Cuma korang boleh dapat dengan harga yg lebih murah di Daiso.
Kat bawah nun, dua jenis body warmer yang berbeza dari segi cara guna dan juga tempoh masa efektif.
Betul-betul efektif atau tidak, tunggu review lepas Ammal guna for my next trip la ye...hihihi
 




 
Yang bawah ni pulak, saja gatei Ammal beli... hahaha
Nampak macam jeans kan? Tapi sebenornya bukan jeans.
Winter wear tu! Tebal material kat dalamnya.
Alang2 UT ada sales, makanya Ammal rembat la seketul.
At least ada la option lain kalau long john Ammal basah kena hujan
 

Sebenarnya cara pemakain yang betul masa winter, korang boleh jer Google.
Tapi kalau nak lagi tepat, boleh pergi kat kedai winter wear.
Selalunya diorang ada listkan cuaca untuk setiap negara sepanjang tahun dan apa yang perlu korang pakai kalau nak travel ke sana.
Sediakan ajer ongkosnya... hihihi
Secara basicnya... korang kena pakai baju long john + tshirt@kemeja + sweater + winter jacket, seluar long john + jeans@slack, gloves, stoking + kasut yang bersesuaian, snow cap @ hat dan kalau perlu scarf jugak.
Buat yang bertudung, cap tu dah jimat, tak perlu beli.
Earmuff perlu ke tak? Pada Ammal tak!
Tapi kalau rasa nak ala2 cute, up to you.
Berapa banyak sweater, winter jacket & gloves nak beli?
Kalau korang travel ala2 Che Ta, naik business class dengan kg luggage per person tu lebih dari 25kg, ada helper tolong angkat luggage, sukati korang la nak beli & bawak berapa banyak pun.
Kalau katergori traveller cam Ammal, cukup ler sehelai untuk setiap satu.
I'm the type who doesn't really bother about fashion and nak bergambar ala diva.
Stokin pulak, 3-4 helai kalau travel lebih seminggu.

Ammal buat masa ni busy sangat.
Draft ada berderet tapi tak berkesempatan nak menulis.
Nanti la ye. Ammal try carik masa...hihihi


Annyeong!

Sunday 23 October 2016

Brahims Shoppe @ Kedai Brahims @ Dewina Food!

Semalam Ammal pie kedai Brahims untuk carik stok.
Senang je nak pie nya.
Korang type je kat Waze - Brahims Shoppe.
Sampai le kat pintu kedainya nanti.
Dari segi harga, nak kata murah sangat tu idok ler.
Tapi murah la dari beli kat Tesco & supermarket2 lain.
 
Meh Ammal listkan harga barang2 yg Ammal beli ye...
Nasi tomato RM8.30
Nasi Arab Kambing RM11.20
Nasi Briyani Kambing RM10.09
Nasi Lemak RM10.09
 
Lauk2 segera pulak, resit udah campak ke mana ntah...
Puncanya sebab kedai ni tak terima kad kredit.
Cash ajer!
Kitorang tak bawak cash banyak.
Jadinya beli sikit dulu, pastu kena keluar carik encik ghimau!
Udah jumpa encik ghimau, beli lagi.
Udahnya resit lupa letak mana.
Adik yg jaga kedai tu gelak je ngan gelagat kitorang.
Bukannya apa... ramai wei!!
Kedainya udoh ler kecik comei. Masuk 6 orang, dah tak leh bernapas... hahaha
 
 
 


Hah! Hambek ko! Dua kotak terus!

Kecik comel jer kedai eh!

Masa operasi

Dari luar
 
 
Jadi apa lagi.
Meh datang sini kalo korang nak beli banyak ye.
Baru ler berbaloi nak travel dari KL ke Bangi nun.
Kalau setakat nak beli 5 kotak kecik tu, tak yah ler bazir masa, bazir tol, bazir duit.
Kalau family Ammal, memang banyak ler jimatnya.
 
 
Annyeong everybody!
Let's travel the world...

Wednesday 24 August 2016

Moussandra Mediterranean & Tapas Restaurant

 
BAPAK lama haih Ammal tak update!
Busy giler skrg ni.
Mana nak arrange travel tripnya, aktiviti di gymnya, pastu terlebih rajin pulak open order jual makanan sket kat kawan-kawan.
Tak cukup dengan tu, main pulak Pokémon!
POKEMON???
Hahaha... Korang pun mesti ada yang main kan?! Jangan tipu!
Memandangkan lama tak update, harini tetiba teringat pulak kat satu restoran yg Ammal pernah pie ni.
Lapor la tuuu...hahaha.
 
Nama restorannya ialah Moussandra Mediterranean & Tapas Restaurant.
Letaknya di Publika sana nun!
Ammal pie 10 Januari 2016.
Puncanya sebab ada ternampak offer kat Groupon.
Jadi try la.
Oleh sebab tak tau camana gaya & rasa, kitorang cuma order seperti di bawah... tengok jer la gambor2 tu ye.
Interior restoran biasa je.. macam kat Spain

Paella Valenciana (seafood)

Paella ni, anak sulung yang sibuk sangat nak.
Masa ke Spain tahun lepas, mahal bebenor. Sampai dekat seratus lebih lepas convert, jadinya Ammal pujuk cakap kita makan kat KL je... Rezeki dia la jumpa kat sini.
Rasanya macam makan nasi.
Sedap sangat tu tak la. Tapi sedap... boleh repeat order lenkali!
 

Macaroni carbonara

Macaroni carbonara dia, buat yang suka makan creamy2, memang heaven!
Ni pilihan anak Ammal yg no 2. Dia memang cukup suka makanan yang berkrim ceni.
Korang wajib try!
Tak nak macaroni, boleh tukar pasta lain.

Spaghetti olio

Spaghetti olio ni pilihan husband Ammal.
Pun sedap! Nampak cam biasa je kan... tapi sedap!

Hok ni lupa pizza apa

Yg lupa tu, sebab Ammal yg punya...hehehe...
Rasa tak berapa... jadi tak yah try ye! hahaha
 
Ni pulak tapas!
 
Kalau korang nak tau apa tapas, boleh check entry Spain Ammal.
Kalau tak silap kat entry Atarazanaz Market.
Kat situ ada Ammal terangkan sikit pasal tapas ni.
Nak kata sesedap dan se-fresh di Spain tu tipu la kan.
Tapi tapas gambas (prawn) ni memang sedap.
Choice tapas kat sini tak la banyak sangat.
Tapi boleh buat pelepas rindu kat makanan Mediterranean dan jugak pengenalan buat yang tak pernah makan.
 
Dan disebabkan puas hati dengan makanan2 kat restoran ni, jadinya husband Ammal beli lagi 2 voucher Groupon.
Kitorang repeat lagi pada 6 Februari.
Sebelum pergi, kitorang anak beranak dah tanya dulu.
Boleh order sesuka hati ke kali ni... hahaha. Soalan tak agak2 kan.
Macam nak menjerat je.
Tapi as usual, enche hubby ku bab2 makan ni memang tak berkira.
Dia kata, order la apa nak... Yahoooo!!
 
Dalam kepala dah target, nak try tapas deme!
Dan gambas nak sorang satu... hahaha
Menu di bawah, minta maaf sangat2.
Ammal dah lupa nama2nya.
 
Garlic butter escargot
 
Bila nampak escargot, Ammal ngan anak dok bayangkan escargot masa cruise dulu.
Tapi apakan daya. Yg ni tak sesedap yang Royal Carribean hidangkan.
Tapi tetap la licin!! hahaha... dasar piranha kan! 

Yg ni pulak bread crumb coated mushroom.
 
 
Garlic cheese stick kalo tak silap

4 gambas tapas dan satu lagi tak ingat
 
Gambas tu, kesilapan besar Ammal.
Ingatkan udangnya fresh cam sebelum ni.
Dah order sorang satu pinggan, sekali dapat udang yang tak berapa fresh.
Agak senthap di situ!
Satu pinggan lagi tu, tak silap Ammal meatball. Entah la.. lupa suda...hahaha


 
Hok ni ni pun lupa nama.. tapi Ammal ingat ada mushroom.
Dan rasanya creamy2 gitu.

Sorry tak ingat...huhuhu

Meat Paella
 
Paella masih jadi pilihan si sulung.
Haritu dah try seafood, jadinya kali ni try Meat Paella pulak.
 
Macaroni Carbonara lagi!!
 
Carbonara jugak kot
 
2 menu atas ni pun silap jugak.
Bukan sebab tak sedap, tapi sebab perut kitorang dah rasa cam nak meletup...hahaha.
Buwok betul perangai.
Pengabisnya, dua pasta tu kitorang tapau bawak balik dan jadi makan malam Ammal & anak2.
 
Ni menu yang sempat Ammal ambik gambar.

Pengajarannya... kalau nak try segala macam mak nenek tapas, main dish tu, share la.
Jangan tamak. Nanti jadi cam kitorang.
Kat bawah ni Ammal bagi address restoran ni.
Highly recommended...
 
A1-1-8, 1, Jalan Dutamas 1,
Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur,
Phone: 03-6206 4999

 
Annyeong!

Tuesday 5 July 2016

Longhorn Steakhouse

Longhorn tu apa ibu?
Lembu!
Cane rupanya? Tu boleh tengok dekor kat dinding nun.
 
Bapak panjang tanduk lembu tu kan!
 
Ammal ke sini untuk celebrate birthday enche husband.
Apakan daya, birthday beliau bulan puasa.
Jadinya, aktiviti yang sesuai cuma makan... tu pun jenuh memujuk.
Ajak dating berdua, katanya kesian kat anak2 berbuka berdua kat rumah.
Pastu tak mo terlepas terawih.
Pujuk punya pujuk, akhirnya dia mengalah.
Tapi dengan syarat makan dengan anak2.
Pasrah ler ahkak pilih restoran steak ni je.
Nak romantic gapo kalo dah dengan anak2.
 
Tengahari tu, Ammal dah call buat reservation.
Tanya diorang boleh buat surprise tak sebab nak celebrate birthday.
Boleh katanya. Beriya la ambik nama...
 
Kitorang sampai dalam pukul 6.50.
Ingat nak ronda2 Quill dulu. Tapi risau ramai orang, terus terjah.
Tengok dekor diorang, menarik gak.
 
Cowboy 'beratur' kat dinding
 
Tanduk Longhorn depa buat lampu!
 
Gambar menu Ammal tak sempat ambik sebab nak cepat.
Untuk berbuka tu, derang ada bagi kurma.
Order lambat sikit sampai, tapi boleh diterima akal.
 
 
 Anak Ammal order Oreo Milkshake. Sedap!
 

Honey whole grain bread
 
Yg bestnya, honey whole grain bread tu boleh mintak banyak mana korang larat makan.
Pun sedap gak. Mengingatkan Ammal kat roti Roadhouse Grill.
Korang pernah dengar Roadhouse Grill tak?
Tu pun favourite Ammal. Tapi la ni tutup dah...
 
Starters
 
Untuk starters, Ammal order Grilled White Cheddar Stuffed Mushrooms & Wild West Shrimp.
Mushrooms tu makan banyak2, mual sket la.
Tapi shrimp tu sangat sedap. Ada rasa pedas sikit, ada masam...
Dua2 starters tu, kejap ajer clear nyer.
Biasa la kan. Family piranha...hahaha
 
Mushroom kasik focus dekat sket

Grilled Chicken and Mushrooms

 
 
2 gambar atas tu main dish Ammal ngan anak.
Lagi 2 main dish, tak sempat ambik gambar sebab Ammal pie solat.
Sampai2 je, tengok enche husband ngan anak dah habis menelan...hahaha
Apa yg Ammal order pun Ammal dah lupa sebab pie Longhorn ni 3 minggu yang lepas...hahaha...
Pada Ammal, steak Ammal tu agak mengecewakan.
Seperti biasa bila makan steak, Ammal mintak medium well. Tapi dapatnya well done.
Jadi daging agak kering. Steak bila tak de juice, dia jadik kurang kick...huhuhu...
 
Pisau dia kurlass. Naya kalo dapat Malaysian yg jenis suka kebas barang!

All clear!

Habis makan apa semua, Ammal tunggu jugak la.
Apa surprise diorang nak buat kat enche husband.
Tapi nan hado... kuciwa lagi diriku.
Sebaik tak berapa nak mengharap sebab sebelum ni pernah kena masa celebrate kat Tony Roma's.
Bila tengok semua senyap je, Ammal terus ler bayor bill.
Total keseluruhan bill tak yah la gitau ye.
Sebaik ada offer 'Kids Eat for Free'. Kalo tak, tercekik jugak Ammal nak bayor time2 nak raya ni...hehehe
 
Longhorn ni ada 2 cawangan je kalau tak silap Ammal.
Di Quill yg Ammal pergi ni dan di The Curve.
Kalo korang nak try, mungkin boleh ambik set Value Lunch diorang cam gambar bawah ni.
Overall Ammal rasa ok. Lenkali boleh datang try menu lain pulak.


 
Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
 
Annyeong!