Wednesday 8 March 2017

Europe trip 2016 - Amsterdam (Part 1)

 

AMSTERDAM!!

Confirm korang baca apa yang Ammal tulis tu as Em-Ster-Dem kan?!
Ammal punnnn... tapi tu sebelum trip Spain Ammal dulu la.
Masa trip ke Malaga, kan Ammal transit kat Amsterdam.
Masa nak landing tu, Ammal dengar pilot KLM tu sebut "Welcome to Amsterdam"
Dia sebut Amsterdam tu; Arm-Ster (R tu pekat sket)-Dam (macam kita sebut main dam haji)
Ooo gitu sebutannya... mengekek Ammal ngan husband gelak
Kita ni asik ler Emsterdem, Emsterdem... konon slang la... padahalll.. hahaha... gelakkan diri sendiri!
Jadi korang, lepas ni jangan salah sebut lagi ye!

Ok! Kenapa Ammal pilih Amsterdam?
Semuanya gara-gara teruja dengan airport Schiphol deme...
Serius sangat teruja.
Dengan toiletnya, dengan restoran McD nya yg cuma order kat skrin, dengan suraunya... ishh.. macam2 la.
Flight tickets, Ammal beli KUL-AMS, AMS-LHR, LHR-AMS-KUL since 4 February 2016 lagi dengan harga RM3,643.35 seorang, naik KLM.
Ingatkan masa tu dah cukup murah. Rupanya Ammal silap.
2-3 bulan lepas tu, masa tolong kawan carik flight ticket, Ammal jumpa yang lagi murah.
Naik Etihad pulak tu!! Gigit jari jer laaa. Nak buat apa lagi...huhuhu...

Seperti biasa, hari travel 9 Disember 2016, Ammal kerja cam biasa. Cuma kali ni, husband cuti.
Jadi balik on time sungguh la!
Balik rumah settlekan apa yang patut. Luggage semua dah start packing pelan2, 2-3 minggu sebelum.
Lepas solat Maghrib & solat sunat musafir, kitorang terus gerak ke KLIA.
Alhamdulillah. Semua smooth kali ni. Tak terkejar-kejar.

Ikut jadual, waktu berlepas pukul 11.55 malam dan dijangka sampai Amsterdam pukul 6 pagi, 10 Disember.
Masa penerbangan ialah selama 13 jam. Beza waktu M'sia dengan Amsterdam ialah 7 jam.
Kitorang terus pergi carik kedai untuk beli GVB 5 days ticket dan 5 keping 1 day ticket utk anak no 2 Ammal. 
Ammal memang dah buat pengiraan. Beli days ticket lagi murah.
Kalau korang tanya apa option lain yang ada, Ammal cuma mampu jawab BANYAK dan depends ke mana arah tujuan korang. Sila la click link yg Ammal dah bagi tu, dan baca ler sendiri...
Ticket yg Ammal beli ni, memang untuk jalan2 dalam city centre je.
Dah beli ticket public transport, pie carik pocket wifi pulak. Tapi mahal.
Jadinya Ammal pilih untuk beli sim card Lebara (paling murah).
1st time seumur hidup Ammal, Ammal guna sim card kat overseas.
Selalunya Ammal guna roaming je.
Tapi dah kata kali ni cuma guna public transport, nak guna Waze, terpaksa la.
Kalau tak, mampos la Ammal nak bayar bil roaming.

Penginapan di Amsterdam pulak, Ammal dah tempah awal2 lagi kat sini : shortstayreservations
Tapi cukup la banyak dugaan. Tiga kali penginapan yang dah dapat confirmation kena reject. Apa pun syukur. Diorang sangat membantu. Sehinggakan ke penginapan yang terakhir, sebab banyak sangat 'cerita' kan, diorang offer free transportation dari airport ke apartment. Sebelum2 tu dah dapat free early check-in. Terus kembang mekar hati tau! hihihi.
Tapi boleh pulak masa sampai tu, kaunter tak bukak lagi.
Terus le pie carik makan. Beli fish & chips, nak ambik tomato sos pun kena bayor 50 cents.



Cer kira 50 cents x 4.8! Sanggup nak bayor? Ammal takkk...huhuhu
Sementara menunggu, ambik peluang pergi Panorama Terrace yg tak berpeluang pergi dulu.
Sejuk gilerrr... Dengan kabus tebalnya. Tapiii Ammal tetap suka Amsterdam!
Sambil tulis ni pun terasa rindu nak pergi lagi!

Ok... pasal penginapan di Amsterdam ni, korang kena betul2 cari dan pilih.
Sebabnya diorang memelihara bangunan2 lama diorang.
Jadi banyak penginapan yang setinggi 3 tingkat, tak ada lif.
Mesti dalam hati korang cakap... Elehhh. 3 tingkat je kot!
Ye, kalau 3 tingkat, tangga sebesar dan seluas tangga2 rumah kat M'sia ni, tak pe la wei.
Ni tak! Tangga deme dah la kecik, curam pulak tu!
Masa dok beremel dengan diorang, Ammal cakap Ammal nak rumah ground floor.
Dah dapat confirmation baru tersedar!
Weh!! Patut cakap tak mo tangga laaaa!!
Aduihhh... nak buat cane. Redho jer la.

Tangga turun ke apartment 

Sampai kat apartment, rasa cam nak terduduk tengok tangga dia.
Kesian enche husband ku nak angkut beg.
Nak tolong, dia tak bagi. Anak2 nak tolong pun dia kata tak payah.
Tangga ni bukan setakat kecik dan curam, siap spiral lagi!
Tiap kali nak naik atau turun, kena pijak betul2 mengarah kat tepi dinding.
Tangan pun kena paut kuat2 kat railing. Silap langkah, boleh berguling jatuh.
Kos penginapan kitorang selama 6 hari 5 malam di Amsterdam ni berjumlah RM3,985.34
Deposit dah bayar dulu RM1k. Balance tu, bayar masa check-in.

Trip ke Europe ni untuk budget Ammal dan family, lebih sesuai ambik apartment.
Nak bandingkan dengan US, memang jauh sangat beza. Kosnya dah umpama duduk hotel 5 bintang kat US!
Hotel kat Europe ni jugak ikut kepala. Tak boleh nak buat satu bilik hotel sumbat satu family.
Mungkin bilik hotel kecik kot. Entah la...
Jadinya Ammal ambik je la apartment 2 bilik. Boleh la masak apa semua.
Apartment kitorang kat area Jordaan. Rezeki pulak dapat duduk depan canal.
Nak naik public transport senang, nak beli barang rumah senang... SUKAAA :D

View di balkoni apartment. 
Jangan tak percaya, airnya walaupun tak jernih, tapi tak busuk!

Itineraries untuk 10hb tu punya la banyak Ammal plan nak buat, tapi akhirnya petang tu cuma pergi Lindengracht Market yang cuma 10 minit dari apartment.
Kitorang beli barang2 dapur dan pusing2 sket kat area situ je.
Anak Ammal yg no 2 tu dah start nangis-nangis.
Ye laaa... selalunya travel naik kereta. Kali ni menapak. Penat la kannn. Dengan sejuknya lagi.
Walaupun dah bagi warning awal2 lagi kat Ms'ia, tetap ler dia menyentap.
BIARKAN DIA! Hahaha...

Esoknya 11 Disember, pagi2 lagi kitorang dah keluar.
Ammal dah booked free private tour untuk lawat kilang diamond!
Seperti biasa, menapak la apa lagi... Turun je bas, terus bukak waze.
Bila dah nak sampai, kitorang tertanya-tanya. Betul ke kawasan ni. Macam 'black area' je.
Bila dah dekat, lagi ler confuse. Dengan tak de security nya, dengan environmentnya yang sempoi giler, kitorang cam teragak-agak nak masuk.
Tapi tengok ada bas pelancong 2-3 buah, confirm la tu kitorang dah sampai Gassan Diamond.
Masuk office, dalam 5 minit terus mulakan lawatan dalam kilang.
Kawalan keselamatan dalam kilang, yang Ammal nampak tak berapa ketat.
Tapi yg tersembunyi tak tau la kan...
Ammal request untuk tour dalam Bahasa Indonesia. Tapi yg dapat warga Thailand. Speaking lerr..nan hado la Bahasa Indonesia nya!
Dia terangkan serba sedikit pasal diamond dan akhirnya kitorang dibawa ke bilik khas untuk belajar lebih detail tentang diamond sekali dengan diamond tergolek-golek depan mata!
Fuhhh juling!! Ammal memang peminat diamond. Jadinya memang suka sangat laaa...
Gambar memang tak ada. Tak sanggup menyimpan rindu dendam nanti... hihihi
Kalau korang peminat diamond, sangat berbaloi beli kat kilang ni!

Habis sessi dengan diamond, Ammal pergi kedai souvenir kat dalam kawasan kilang.
Tup tup terberkenan la pulak nak ambik hop on hop off boat tour. Ambik boat cuma belakang kilang.
Kitorang terus bayar dan kemudian beratur untuk ke Museumplein dengan boat.

Orang yang meramai di Museumplein

Konon nak bergambar la kat sign IAMSTERDAM ni.
Tapiii... mak aiii. Giler ramai orang.

Kat kawasan situ jugak ada tempat ice-skating.
Nak main ice-skating, tapi tak bukak lagi (gambar kat atas nun, gambar hari lain).
Sejuk2, perut lapar, anak2 terus mintak makanan.

Sedap bangatttt

Kat kawasan situ ada la gerai orang jual2 makanan.
Terus beli 2 waffle. Satu letak Nutella, satu lagi Nuttela+pisang+whipped cream.
SEDAP giler!!!

Masjid Al Fatih

Lepas tu jalan2 kawasan sekitar dan kemudian pergi balik ambik boat untuk cari masjid.
Masjid Al Fatih namanya. Dalam bahasa Dutch masjid ni dipanggil Islamitische Stichting.
Selesai solat, elok ajer keluar pintu masjid, terserempak pulak dengan sorang kakak Malaysian.
Dia yang tegur Ammal dulu. Sempat la berborak dan berkenalan kejap sambil kutip tips.

Lepas tu terus pergi lunch. Lepas lunch ambik tram, pie window shopping.
Kenapa window je, bukan door? Sebab shopping kat sini tak best! Tak macam US.
Lepas window shopping, memori Ammal stuck!
Tak ingat buat apa! Boleh gitu?!
Padan la muka kan... dah 3 bulan baru nak buat entry... huhuhu

Ok... next entry nanti Ammal try sumbat semua sekali sebabbbb... hahaha.
Korang boleh agak tak sebab apa? Sebab banyak dah lupa la.
Lagipun Ammal tgh busy utk next trip. Ada 3 trip jenjalan carik makan sambil shopping. 
Ala, jalan dekat2 je.


Till next entry, Annyeong!