Monday 4 November 2019

Highland Steamboat Cheese & Grill

Ntah bila trip ke Cameron ni ntah. Ammal lupa sudah.
Ammal cuma nak share pasal kedai steamboat ni... Highland Steamboat Cheese & Grill
Tak silap Ammal harga untuk dewasa RM36 dan budak RM20. Kalau salah info, mintak maaf banyak2.
Untuk sepinggan cheese, Ammal lupa berapa ringgit.
Dan kalau nak elakkan pelanggan yang ramai, datang la dalam pukul 5.30 petang centu.
Early dinner la maknanya.
Pilihan super duper banyak. Kalau habis, cepat je diorang refill.





Seafoods


Bebola

Ada nasi goreng & bihun goreng jugak


Sayur yang pelbagai pilihan

Pelbagai sos & pencecah


Dan ice-cream jugak

Ni address dia Ammal tolong tepekkan:
Robinson falls, Jalan Persiaran Dayang Endah, Tanah Rata

Annyeong

Symphony by Chef Jo.

Sempena birthday enche boyfren tempohari, Ammal belanja beliau makan di Symphony by Chef Jo.
Restoran ni terletak di Damansara City Mall.
Cane Ammal tau pasal restoran ni? Google la... apa lagi.
Kalau tanya Ammal siapa Chef Jo ni, mintak maaf la banyak2.
Ammal tak tengok tv... huhuhu. Layan K-Drama pun online je.
 
Bila ditanya, birthday boy kata nak makan western, Ammal cari la restoran yang kitorang tak pernah pergi.
Takut kalau restoran penuh, Ammal buat reservation.
Apa jenis steak yg kitorang makan, Ammal dah lupa... hihihi
Tengok jer la gambar kat bawah nun.
Dari segi portion, pada Ammal agak kecik.
Tapi kalau ambik appetizer dan yang lain2nya, Insya-Allah kenyang.

Boleh tengok chef masak

Interior sempoi


Dirty Laundry

Banana Maltshake & Vanilla Maltshake



Kalau makan steak, we love medium well doneness.
Chef kat restoran ni, masak dengan perfect sekali.
I have no complaint!
Perfecto!

Untuk yang sukakan suasana yg aman tenteram, cuba la try makan kat sini.
Harga, rasanya you all pun boleh agak dalam range berapa kan?!


Annyeong!

ParaThai @ MyTOWN Shopping Centre

Fuhh... entry ke 4 untuk hari ni. Macam rally pulak rasa... hahaha
Ok ni pasal Thai Food pulak.
Ammal dah 2 kali pergi ke Restoran Para Thai ni. Tapi dok cari gambar, tak jumpa la pulak.
Cuma jumpa gambar masa pie kali ke 2.
Masa 1st trip, seingat Ammal, kitorang order ala carte.
2nd time ni, order nasi & lauk; Green Curry Chicken & Crying Tiger Beef
 

 
 
Green curry tu memang super sedap. Crying tiger, kurang menepati tekak Ammal. Sedap lagi masa Ammal makan di KB.
Kalau korang pergi Ikea Cheras & tak tau nak makan apa, Ammal memang recommend kedai ni.
Cuma harganya agak mencekik la. Tapi anggap je la korang makan kat Bangkok nun... hihihi
 
 
Ok, annyeong! Ammal try carik ada gambar makanan yang boleh share lagi ke tak. Kalau ada, akan ada next entry... hahaha

K Fry Urban Korean

Masih dengan Korean food, K Fry Urban Korean menjadi pilihan birthday boy. Sebab dah pernah kena tunggu 20 orang depan kitorang masa di KLCC, makanya untuk makan2 birthday ni, Ammal buat reservation siap2. Chicken bumbuk yg jadi perbualan seantaro dunia pemakanan pun Ammal dah reserve awal2.
 
Kat bawah ni apa yang kitorang order pada hari kejadian.
Nampak macam sikit kan? Tapiii.. ayam bumbuk tu kena tapau! Tak habis you!
Nyangpa Blossom tu pulak, tak sedap, jadinya memang tak habis makan.
Nutella Madness memang bapak punya sedap!
Ayam pulak, Ammal lebih suka yang bergoreng.
Mungkin lain kali boleh try yg pedas. Mungkin sedap la kot.
But not with the bumbuk la. Muak weh.
Budak2 mungkin suka. Tapi umur2 cam Ammal ni, tak lalu dah dengan cheese-chese ni
  
Nuttella Madness

K Fry Chikin-Mu Sandwich

K Fry Garlic Soya Wings
 
Honey mustard + Yangnyeom Cheesy chicken bumbuk
 
Ayam yang dah siap dibalut dengan cheese

Nyangpa blossom

Kimgaru Bokkeumbap

So, recommended ke tidak?
Pada Ammal kalau nak try, pastikan perut betul2 kosong.
Portion dia besar. Lagi besar dari Chir Chir.
Dah 2 kedai makan Ammal share arini.
3 entry dlm satu hari. Hmmm... my body need a break.
Banyak betul yg tertunggak sebab asyik sibuk settlekan hal travel.

Annyeong chinggu!

Chir Chir Fusion Chicken Factory

*Latest update, as at December 2019, restoran Chir Chir di Pavilion ni telah pun ditutup*
 
Lama Ammal tak share pasal kedai makan kan. Bukannya apa, kadang tu beriya Ammal share, tup-tup, kedai tutup selama-lamanya. Rasa bersalah pulak pada reader.
 
Buat peminat makanan Korea, ni Ammal nak share pasal Chir Chir Fusion Chicken Factory.
Kalau nak compare dengan KyoChon, Chir Chir ni boleh jadi saingan.
Rasa sedap dan yang paling penting, portion & size ayam lagi besar dari KyoChon.
Harga lebih kurang sama je. Cuma branch dia je tak banyak.
Kat KL ni cuma ada satu, di Pavilion.
Ammal dah dua kali makan kat sini.
Nak pergi selalu tu, tak mampu la...
 
1st trip, Ammal dating dengan husband.
Setiap meal, ada 2 size; single & double.
Sah2 la kitorang single portion.
Tapi tetap tak habis... hahaha
 

Honey butter chicken

Spicy Chi Bap

2nd trip Ammal bawak anak2.
Dengan portion banyak centu, bawak anak2 sure habis.
Ammal & husband masih order menu yang sama & anak2 order menu lain

Honey butter chicken, again

Seafood mac & cheese

And Spicy Chi Bap, again

Garlic roasted chicken

Buat peminat Korean food, Ammal memang recommend makan kat sini.
Kalau nak jimat, Fave selalu gak ada offer.

Ok, selamat menjamu selera.
Annyeong!

Bukittinggi

Dah 7 bulan, baru harini nak update cerita pasal trip ke Bukittinggi. Ammal cuti. Baru balik dari Seoul. Last overseas trip untuk tahun ni.

Ammal cerita apa yang Ammal ingat pasal trip Bukittinggi ni ye. Trip bermula 14 April sehingga 17hb. Naik apa lagi kalau setakat ke Indonesia tu, AA la. Beli tiket tahun lepas, masa AA sale free seat. Harga dah lupa... hahaha

Padang dari udara

Sampai je di Minangkabau International Airport, pak supir sudah pun menunggu. Dan terus di bawa ke Rumah Makan Lamun Ombak. Ammal makan nasi & order Martabak Mesir. Lauknya semua masin ya amat. Tak kena betul dengan tekak Ammal.


Martabak Mesir

Perjalanan diteruskan ke Bukittinggi. Jalan dah la kecik. Ada contruction pulak tu. 3 jam weh nak sampai hotel! Sempat jugak berhenti kat Air Terjun Lembah Anai & makan kuih neraka. Nama kuih tu scary kan?! Padahal kuih lempeng je. Ada lempeng pisang & lempeng kelapa. Dipanggil kuih neraka sebab depa masak pakai dapur kayu. Selain tu, berhenti untuk shopping kain jugak. Biasa la. Dah namanya gegurls trip kan. Hotel yang jadi pilihan ialah Grand Rocky Hotel. 4.5 bintang katanya.


Air Terjun Lembah Anai

Seriously I can't really remember about this trip. So sorry...
Yg mampu Ammal ingat, kitorang shopping di Pasar Aur Kuning. Deretan kedai sepanjang jalan, dlm cuaca panas.
Makan pun tak sesedap di Bandung. Kebanyakan masakannya masin.



Kalau dulu2, sesiapa yang pernah pergi, katanya Bukittinggi ni sejuk macam kat Cameron.
Sekarang tak lagi. Awal pagi sesudah Subuh je berkabus. Lepas tu panas ting ting.
Makan di hotel pun tak sedap. Servis pun sangat mengecewakan.
Jauh sungguh beza dengan hotel2 di Bandung

View dari bilik


Erk... Ammal memang makan dengan sudu garfu sebab tak suka tangan berbau. Kat rumah tak pe.


16hb kitorang check-out utk bermalam di Padang. Flight awal pagi 17hb. Jadi memang kena bermalam di sana. Dalam perjalanan, berhenti di Istana Pagar Ruyung, Lake Singkarak dan beberapa kedai kecil untuk last shopping. 2 jam perjalanan, kepala Ammal dah start berdenyut.
Istana Pagar Ruyung

Lake Singkarak


Selesai urusan check-in di hotel apa ntah di Padang, tapi hotel murah la, towel pun koyak rabak, Ammal terus tidur. Awal pagi esoknya, sesudah Subuh, terus gerak ke airport dengan airport transfer yg Ammal dah booked masa check-in semalamnya. Nasib baik migraine Ammal dah hilang. Sampai airport, sesudah check-in, terus cari makan. Kepala dah sakit, Ammal memang tak makan malam tu. 

Sampai rumah, tengok cermin, kulit dah bertukar warna. Patut la Ammal migraine. Panas sangat la tu. Pada Ammal, Ammal takkan repeat ke Bukittinggi ni lagi kecuali diorang bina airport di situ. Sungguh tak berbaloi dan buang masa. Kalau nak pergi pun, maybe Ammal nak enjoy Padang. Sebab dari udara nampak ada pulau2 yg menarik.
 
 
Till next entry, annyeong!