Wednesday 9 September 2020

Online membership

7 Sept 2020 - Day 174 PKP. Walaupun kondo Ammal ni ada filter, tetap air kat umah ni kuning lagi. Umah korang yg baru dapat air tu sure lagi teruk kan. Bertabah la kita ye. 

Ni saja Ammal nak share kelebihan bila korang subscribe jadi member kat mana2 web travel. Ammal jarang check details. Malas. Hari ni saja gatal tengok sebab tadi dapat emel, deme bagi USD5. Walaupun amount ciput, terkezut la jugak kan. Tetiba je. Ni mesti ada something. Bila check account, ya Allah. Ammal dah rugi RM95 rupanya. Punya perangai tak kisah. Patut la deme offer USD5 tu. Kureng asam jawa betol! Expired USD22, ko ganti USD5 jer! Ok.. sila ignore bebelan Ammal. 

Pengajarannya, sapa yg ada online membership tu, rajin2 la check account ye. Yg tak ada, korang boleh subscribe. Free je. Kalau selalu pie jenjalan, nanti rebate tu, boleh claim. Dapat la jimat sikit... sapa nak bagi duit free kan?