Thursday 8 April 2021

Paris Day 6 - Royal Palace of Versailles

Day 6, Jumaat 24 Januari 2020 hari last di Paris. Esok dah nak balik. Kejap betul masa berlalu bila pergi travel ni kan.

Iti hari ni ke Royal Palace of Versailles

"The Palace of Versailles was the principal royal residence of France from 1682, under Louis XIV, until the start of the French Revolution in 1789, under Louis XVI. It is located in the department of Yvelines, in the region of Île-de-France, about 20 kilometres southwest of the centre of Paris"- wiki

Royal Palace of Versailles ni sebenarnya dalam satu kawasan yang sangat luas. Diorang panggil estate. Dalam estate ni ada Royal Palace, The Gardens, The Estate of Trianon, The Royal Stables, The Park, The Royal Tennis Court dan The Estate of Marly. Selalunya, Ammal jarang nak ke tempat-tempat historical ni. Sebab utamanya tak suka sejarah.. hahaha. Dan antara sebab lainnya, Ammal penakut. Bila pergi tempat-tempat sejarah ni, ada semacam satu aura yang terasa bila sampai. Tapi Royal Palace of Versailles ni, Ammal tergoda bila tengok Google image. Lawa! Jadinya, Ammal pujuk boyfren ajak pergi. Tiket Ammal beli online di https://en.chateauversailles.fr/Istana ni ada 2300 bilik, 1200 fireplaces, 67 staircases, 1250 chimneys, 2153 tingkap, 6300 lukisan, 3000 sculptures, 400 statues, 15000 engravings dan 5000 decorative arts objects (kalau salah sorry ye). Jarak dari Royal Regency nak ke sini lebih kurang dalam 1 jam perjalanan.

Sampai di sini, kitorang park kereta di Place D'Armes betul-betul depan pintu pagar kawasan istana. Tengok harga parking memang tercekik la; 4.80 sejam kalau tak salah ingatan Ammal. Masuk pintu pagar, ada pemeriksaan keselamatan. Lepas je pagar, korang boleh tengok gambar bawah ni... betapa luasnya kawasan dia. Tu baru kawasan depan tau!

Seluas-luas kawasan

Memang besar sungguh istana ni. Siap ada Royal Chapel kat dalam dia! Siling istana penuh dengan lukisan-lukisan yang cantik. Sampai lenguh la leher asyik mendongak je.. hahaha. Ammal tak cukup rajin nak dengar Audio Guide. Bila nampak something yang lawa sangat, Ammal tanya je enche boyfren sebab dia rajin nak dengar.

Royal Chapel





Lukisan-lukisan dalam istana ni ada yang selebar dinding. Dengan lukisan di siling apa semua tu, Ammal tak boleh bayang betapa penatnya pelukis-pelukis tu buat kerja. Semua lukisan merupakan lukisan asli (kalau dia tipu, Ammal pun tertipu la ye). Ada antaranya yang diletakkan censor atau guard untuk mengawal. Bila pengunjung berada terlalu dekat, censor tu akan berbunyi. Dan kalau ada guard, memang kena tegur dengan guard la jawabnya. Mungkin condition lukisan tu dah fragile. Diorang takut, kita terlanggar dan merosakkan lagi lukisan tu. Memang nampak ada lukisan yang dah menggelupas cat-catnya. Entah betapa banyak la belanja untuk penjagaan semua tu kan...


Salah satu tarikan yang buat Ammal nak ke Royal Palace ni ialah The Hall of Mirrors. Gambar yang Ammal ambik tak boleh nak justify betapa lawanya bilik ni. Dan pengunjung cukupppp la ramai! Sebab lawa kan. Masing-masing sibuk nak bergambar. Jangan la berangan nak beriya bergambar berposing dalam ni. Memang takkan ada ruang kosong. Korang boleh Google dan tengok hasil gambar-gambar yang lawa, yang orang lain share.

Hall of Mirrors

Ingatkan tak ada la lama sangat spent masa kat istana ni. Rupanya tak.. berjam jugak la. Dah habis explore, eh silap. Tak habis explore pun sebenarnya, sebab cuma sebahagian je ruangan dalam istana ni yang dibuka untuk tontonan. Ada ruang yang memang tak boleh masuk langsung. Dan ada yang cuma boleh jenguk dari jauh. Di penghujung istana, tup tup, nampak Angelina. Angelina ni salah satu cafe yang famous dengan hot chocolate nya. Memandangkan dah tak ada masa untuk pergi yang di tengah Paris, kitorang decide untuk try je yang di sini. Decor tak la secantik restaurant di tengah bandar. Tapi tak pe la. Yang penting, kita rasa hot choc dia.


Ruang makan Angelina dalam istana ni kecik je. Kitorang pun tak ada la lapar sangat. Tapi nak merasa duduk & makan dalam Angelina. Jadinya order la the famous hot choc, Chesnut Cream Soup dan dessert Trocadero. What was the verdict? Erkk... Hot choc tu, tak la sedap mana. Pekat, likat, melekat pahit kat tekak! It's was not the normal hot choc drink. Yang ni rasa macam puding terlebih air... HAHAHA

Trocadero €9.20. This one sedap!

Chesnut Cream Soup €16 

And the famous hot choc €8.20

Keluar dari istana, kitorang plan untuk pusing-pusing kawasan luar pulak. Park dan Garden luar istana ni, merupakan tarikan lain untuk Ammal ke sini. Kalau tengok Google image, view masa spring dan autumn, tersangat la lawa. Walaupun sedar diri travel musim winter, tetap Ammal tak nak lepaskan peluang. Parknya berkeluasan 800 hektar. Ye! 800 hektar weh! Boleh pilih samada nak jalan kaki, sewa basikal atau naik train. Idok ler Ammal nak menapak mahupun mengayuh basikal. Ambik je la train. Katanya 15 minit untuk satu pusingan dengan harga tiket 8. Perjalanan sebenar lebih dari 15 minit. Train akan berhenti di beberapa tempat, antara yang Ammal ingat di The Estate of Trianon. Tapi disebabkan nak kejar waktu solat Jumaat, kitorang tak de la turun. Sepanjang perjalanan, train bergegar-gegar sebab permukaan jalan yang tak rata. Nasib baik la Ammal tak migraine. Ada je live video tapi tak lawa untuk Ammal share.

Map keluasan estate

Selesai pusing The Park, kitorang bergegas keluar dan drive mencari masjid. Kita ni punya la jauh pergi sebab nak solat Jumaat. Tapi depa tak bagi masuk! Berkunci pagarnya. Mungkin info yang Ammal baca tu tak tepat. Hmm... itu la dugaan bila travel ni. Sudahnya terpaksa la kami balik dan niat solat jamaq je dalam perjalanan tu. Kat mana kami berhenti solat, maaf sekali lagi, Ammal lupa. Yang Ammal ingat, kitorang sangkut lama dalam traffic jam dan repeat ke La Vallee sebab ada kiriman Longchamp yang masih belum settle semalamnya. Sebenarnya, repeat ke La Vallee pun dah lupa. Tengok balik coversation dalam whatsapp baru teringat... hahaha. Demi nak menyiapkan entry Paris, sanggup ku mencari history conversation Whatsapp tau! Dan baru la Ammal teringat, semalamnya tak masuk Longchamp sebab queue panjang kalau tak salah memori Ammal... huhuhu maafkan memori saya.




Memandangkan ni hari last, luggage masih ada sedikit ruang kosong, Ammal open 2 order Longchamp buat kawan-kawan. Selesai semua tugasan PS, terus balik ke resort. Malam ni kena pack semua barang dah. Esok kena check-out pukul 10 pagi.

Fuhhh... Siap jugak akhirnya entry ni. Tinggal satu entry lagi sebelum tutup cerita Paris. 


Till next time. Annyeong


Monday 5 April 2021

Paris Day 5 - La Vallée Village

Dah setahun, entry Paris tak habis-habis. Maafkan Ammal... Teringat ni pun sebab si Ako tinggal comment tanya bila nak update. Hahaha.. Ok. Moh la kita sambung.

Day 5, Khamis 23 Januari 2020. Harini memang plan nak shopping dari pagi sampai ke malam. Seperti biasa, sambil menyelam minum air. Ammal buat service personal shopper untuk beberapa orang kawan di KL. Jarak La Vallee Village dari Royal Regency dalam 40 minit perjalanan dengan kereta. Nak pergi shopping kan? Jadi kena la drive. Takkan la nak berbondong-bondong naik public transport. Sebelum keluar, Ammal masak nasi, goreng telur dadar, masak scallop & sauteed mushrooms + brokoli untuk breakfast. Sejuk-sejuk ni, kena makan betul-betul. Kalau tak, boleh kebulur dibuatnya. Perut cepat ajer lapar.

La Vallee Village ni merupakan outdoor shopping centre dengan lebih kurang 120 designer boutiques tapi barang-barangnya dijual dengan harga diskaun. Ala, macam premium outlet. Mula-mula Ammal agak sceptical. Ye la. Pengalaman shopping di UK masa 2016 dulu masih segar dalam ingatan. Beriya konon nak shopping, tapi tak beli apa pun. Semuanya mahal dan tak semurah di US. 

Benda pertama yang Ammal buat bila sampai di La Vallee ialah ke Welcome Center. Ammal dah download apps awal-awal dan register membership. Pergi ke situ sebab nak collect voucher. Ye, voucher discount. Kalau korang pergi tak kisah la outlet mana sekali pun dalam dunia ni, sila la collect voucher tu ye. Hanya dengan register membership, tunjukkan passport dan membership dalam apps, korang akan dapat satu booklet tourist voucher. GPO & JPO kat Msia pun ada jugak. Dan even shopping mall yang besar macam KLCC & Pavilion pun ada voucher untuk tourist. Selalunya... setiap kali nak travel, bila dah masukkan iti untuk shopping di mana-mana shopping mall, Ammal memang akan check offer @ voucher untuk tourist ni. Kalau ke US lagi best. Sebab Ammal boleh check online je voucher outlet yg ada. Yg mana berkenan, boleh terus print dan bawak la terbang bersama-sama. Sampai Welcome Center, kutip lagi buku voucher. Pilih la discount mana yang lagi tinggi. Kadang-kadang ada jugak butik yg offer in-store discount dan kalau dapat cashier yang baik, dia akan recommend discount mana yang lagi murah dan patut Ammal guna... hahaha. Melalut sudah. Pantang bukak bab shopping, laju je menulis. Tu antara tips shopping yang Ammal boleh share. Tak pernah pulak teringat nak ambik gambar booklet voucher tu... hahaha

1st butik yang Ammal masuk di La Vallee ialah LaCoste. Sebab sceptical dari awal, Ammal jadi surprise bila masuk. 70% you! Wahhh... Cumanya size banyak dah tak ada sebab discount tu dah lama start. Dapat la grab sehelai t-shirt untuk anak bujang. Sebab dah setahun, Ammal dah lupa kedai apa Ammal terjah selepas tu. Yang confirm ingat, Ammal break di Laduree. Beli 2 ketul macarons, hot choc & croissant sambil duduk di patio

Hot choc dia tak sedap... hahaha

Croissant dia pun biasa je

Dan ini favourite Ammal

Dalam banyak-banyak butik, Ammal shopping lama di Furla, Tory Burch, Longchamp, CK, Annick Goutal dan Levis. Banyak pesanan untuk jenama-jenama tu. Serius punya lama. Siap buat video call dengan customer di Malaysia lagi. Bila dah berjam-jam shopping, kaki dah terasa mengigil. Elok pulak La Valle ni bersambung dengan Val d'Europe Shopping Center. Berpusing la kami mencari kedai makan halal @ yang boleh di makan. 

'Sajian' pertama untuk mata... bergayutan sama macam kat Spain dulu

Dan Alhamdulillah, jumpa kedai ni

Sedap...

Bila dah rasa hilang gigil, kitorang sambung window shopping dalam Val d'Europe pulak. Nampak supermarket, pun belasah masuk. Favourite wooo supermarket di overseas ni. Tapi ada incident kelakar dalam supermarket ni. Ammal nak beli persimmon. Dah siap masukkan dalam plastik, tak tau mana nak timbang. Tengok customer lain macam ada pegang kad. Zup zap zup zap, dapat tag harga. Arghhh sudah. Mana pulak nak dapat kad tu. Melilau bertanya. Tapi pempaham je la Parisian ni. Bukan semua boleh speaking English. Rasa mcam nak give up dah. Alhamdulillah, berjaya jumpa pekerja dia yang boleh speaking. Walaupun macam ayam dan itik, berjaya jugak la tag harga kat bungkusan buah tu... hahaha. 

1 Euro je. Mau tak rambang mata Ammal tengok harga persimmon centu. Besar tau buah dia!

Ammal beli chocolate ni jugak. Decor kedai dia menggoda ya amat! hihihi

Habis pusing satu mall, konon nak terus ke parking. Sekali tengok rupa area parking dah lain. Jenguk-jenguk dalam seminit, Ammal cakap ngan husband, nak tak nak, kena patah balik ke La Vallee jugak. Rasa cam nak fensan camana pun, tetap kena hadap sebab confirm takkan jumpa kereta. Makanya, berpatah la kami ke La Vallee. Penat tok sah cakap la. Rasa nak seret kaki dah rasanya. La Vallee dah nak tutup masa tu. Tinggal 2-3 orang customer je lagi. Bila dah gerak dari parking La Vallee, baru nampak area parking di Val d'Europe. Nasib baik la buat keputusan yang betul. Kalau tak, mau Ammal menangis nak mencari kereta. BAPAK punya luas parking dia. Sampai di Royal Regency malam tu, Ammal terus start packing barang. Belian dah banyak. Takut nanti terlebih berat pulak.
Order dari customer

Barang Ammal dan baju anak-anak

Souvenir untuk keluarga dan kawan-kawan di Malaysia


So, best ke shopping di Paris? Of course la best. Jauh lebih murah dari di UK. Discount lagi banyak. Tapi tetap tak boleh lawan US la... hihihi. 


Semoga Ammal diberi kerajinan untuk terus menulis. Annyeong...