Sunday 24 June 2018

Kay's Steak and Lobster

 
Nah! Hambek! Sekali post sampai 3 entry... kih kih kih
Ni cerita semalam.
Makan2 untuk birthday enche boyfren.
Dah lewat hampir 2 minggu sebab birthday beliau jatuh masa bulan posa.
Acaner nak makan2 kan?!
Semalam sepatutnya pie beraya. Tapi lebat sungguh la hujan.
Jadinya Ammal adalah kemalasan untuk memasak.
Teruskan niat nak belanja enche boyfren makan.
Asalnya nak dating berdua. Tapi enche boyfren suruh ajak our piranhas yang 2 orang tu.
Dengan hujan yg melebat, dari rumah Ammal nak ke restaurant ni dekat sejam la nak sampai!

Ni address kedainya:
12A-G, Jalan Putra Mahkota 7/6b,
Pusat Bandar Putra Point
Subang Jaya, Selangor
Phone: 03-58871081

Kenapa restaurant ni jadi pilihan?
Ammal kononnya nak belanja birthday boy Tomahawk Steak kat Restaurant N97 yg heboh kat alam cyber ni.
Tapi bila Ammal baca2 & survey harga, Ammal rasa cam nak pitam… hahaha
Walaupun Ammal suka makan, tapi belum sampai tahap sanggup nak bayar hampir seribu ringgit untuk makan satu meal.
Ammal belum kaya tahap nak buang duit gitu lagi la... huhuhu
Jadinya kawan Ammal recommend Kay's Steak & Lobster ni.
Seperti biasa, Ammal adalah kelupaan untuk ambik gambar menu!

Order kami

Fail betul ambik gambar!
Hilang bentuk penuh botol air kosong ni

Coleslaw ni kureng kick

Mushroom soup yg marvellous

Strawberry milkshake & orange juice yg cukup pekat


Bolognese yg super sedap, pilihan anak sulung
 
Olio pilihan si adik

Berat Tomahawk steak yg ada cuma 1.2 kg.
Harganya RM25 per 100gm.
Nak masak ambik masa 45 minit. Gilo lamo!
Tup-tup, tak lama lepas tu, adik waitress datang bagitau microwave ada problem.
Jadinya kena tunggu lagi 20 minit. Fuhhh… 1 jam nak sampai restaurant, 1 jam lagi tunggu steak masak.
MASAK sungguh!!
Doneness pilihan Ammal &birthday boy ialah medium.
Maafkan gambar yg terbalik, Ammal adalah malas nak edit

Lepas ambik gambar seketul dua, Ammal suruh chef keluar potongkan daging steaknya.

Medium yg diminta, medium rare yg kami dapat.

Tapi tetap licin kami bedal

Verdict? Ammal tak boleh rasa sangat bahan perapan steaknya.
Jadi kurang rasa kick di situ. Dengan darah & daging yg masih banyak yg merah2, Ammal ada rasa terkilan sikit la.
Ammal kena perah part yg merah sangat tu dengan lemon yg ada.
Tapi anak2 piranha elok je makan dengan laju mengalahkan birthday boy.
Side dish steaknya pun cuma ada salad, mashed potato & corn.
Disebabkan menu lain adalah sedap, chances untuk Ammal repeat tu ada laaa…
Tapi kena ambik steak biasa la kot.
 
Lobster deme, harganya RM28 per 100gm.
Ammal tak terasa nak try. Cukup la makan kat Red Lobster dulu yg buat sedikit terkilan.
Nak betul2 puas hati, pie travel, makan la lobster fresh kat sana.
Confirm manis sehingga menjilat jari.
 
Sebab ada rasa terkilan, buat hati Ammal cam meronta-ronta nak try Tomahawk kat N97.
Dengan sides sautéed potato, brokoli & salad, cam terliur jer Ammal tengok gambar2 yg bloggers share
Haiyaaa… satu libu utk di flush ke jamban selepas 8 jam?!?
Sanggup kah puan Ammal? huhuhuhu
 
Tips untuk makan steak dari Ammal, ambik la kadaran masak dagingnya medium.
Tak terlalu mentah sampai darah merah berjejer lagi.
Dan jugak tak terlalu masak sampai daging keras, dah hilang juice dagingnya dan liat untuk dikunyah.
Dan jangan pilih medium rare jugak. Kecuali korang sanggup tengok darah merah banyak lagi laa... hihihi
Medium well pun pada Ammal, dagingnya dah agak keras.
Tapi nak mencari chef yg betul2 pandai utk masak steak dengan kadaran medium ni, payah sket la.

Mesti ada yg tertanya-tanya.
Tak hanyir ke masak medium gitu?
Pada Ammal, antara daging lembu/lamb dengan ayam yg kurang masak, sangat berbeza rasanya.
Daging lembu/ lamb takkan ada rasa hanyir.
Cuma naluri kita ni kadang rasa geli tengok darah merah kat pinggan.
Kalau ayam kurang masak pulak, Ammal confirm loya seharian!
Bau dan rasa hanyirnya bagai tinggal kat tekak.

Ok cukup la 3 entry untuk hari ni.
Ammal nak sambung survey hotel utk trip tahun depan.


Annyeong!!

Flavours Kitchen TTDI

Ni cerita pagi Jumaat lepas…
Ammal nak ke KPJ Damansara.
Sejak lepas Ramadhan ni, pepagi buta perut dah menjerit2 mintak di isi.
Nak breakfast kat mana tak tau.
Jadinya cakap ngan enche boyfren, kita redah aje la TTDI tu.
Mesti banyak café.
Pusing punya pusing, kitorang decide nak terjah Flavours.
Tengok kat bunting luar kedai ada big breakfast... hmm... menarik!
 
Interior design kedai ni simple je.
Kitchen jenis boleh nampak dari luar. Tapi Ammal adalah kemalasan nak ambik gambar dari dekat.

 
 

Kitchen dari jauh

Pilihan menu boleh tahan gak banyak.
Tapi kitorang ambik pilihan untuk breakfast je.
Ammal ambik Big Breakfast. Sedap!

Pilihan enche boyfren

Big breakfast pilihan Ammal

Sambil makan, deme pasang Kenny G.
Ammal cakap ngan enche boyfren, "Cam atas cruise la pulak…".
Pakat masing2 gelak sambil berangan dan berTB la jawabnya.
Untuk Big breakfast yg Ammal makan, garlic bread dia sedap, sautéed mushroomnya pun sedap.
Memang kualiti masakan terbaik la.
So kitorang decide, nanti bebila nak try menu lain dengan anak2 pulak. 
Kalau korang pernah try makan sini, nanti share ngan Ammal ye.
Ammal carik kat blog lain, tak banyak pulak yg share.


Annyeong!

Las Vacas Meat Shop

Selamat hari raya semua! Tak terlewat lagi kan utk Ammal wish.
Eh, kenapa tetiba Ammal rajin pulak update ye... hehehe...
Entry ni sebenarnya dah lama nak siapkan. Dok dalam draft dah dekat setahun… hahaha
 
Las Vacas Meat Shop ni lama dah Ammal pie. November tahun lepas.
Masa tu birthday anak Ammal.
Seperti biasa kitorang bagi option kat dia nak makan apa.
Dia pilih nak makan western.
 
First time Ammal pie Las Vacas ni dulu, Ammal pie yang kat Jalan Yap Kwan Seng.
Masa tu celebrate birthday enche boyfren.
Kiranya ni 2nd time la Ammal pie.
Tapi kali ni Ammal pie cawangan di Sunway Putra.
Punya la dah lama entry ni, cawangan di Sunway Putra ni pun tak silap Ammal udah tutup… huhuhu
 
Ok meh Ammal citer sket pasal restaurant ni.
Las Vacas Meat Shop ni asalnya bukak di Mont Kiara kalau tak silap Ammal.
Konsep diorang sama dengan Menate & Toowoomba (pun udah tutup) :(
You all boleh pilih sendiri nak jenis dan berat daging yang you all suka atau ikut je pilihan diorang.
Boleh pilih samada nak makan daging wagyu, grain fed atau grass fed.
Kalau tak suka daging lembu, ada pilihan kambing, seafood dan juga pasta.
Menunya, seperti biasa, Ammal selalu lupa nak ambik gambar…

Untuk makan2 kali ni, birthday boy tak banyak songeh.
Dia cuma pilih lunch set yg ada.
Masa sampai, restaurant tak de customer sorang pun.
Kesian depa!
Jom layan gambar.


Mushroom soup

Ceaser salad

 
Dua menu di atas Ammal punya.
Omak birthday boy kononnya diet... hahaha


Beef wrap

Appetizer yang paling Ammal suka… Beef Wrap.
Tapi kali ni, Ammal rasa terlebih masin la pulak.


Burger apa ntah, Ammal lupa.. hihihi

Burger yg ni, enche boyfren yang punya. Serius Ammal lupa dia makan apa…

Beef burger

Yang ni pula pilihan birthday boy. Sempoi giler…
Pujuk suruh ambik yg mahal sikit pun tak mau.
Tak mau sudah! Jimat duit.. kah kah kah

Fettucini Alfredo

Pasta ni pilihan si adik.
Peminat makanan yang bercream gini.

Ok, whats the verdict this time?
Walaupun appetizer depa masin, yang lenlain semua sedap.
Kalau tak sedap, takkan Ammal repeat kan?!
Service tip top. Harga pun, mampu utk dibayar.
Kecuali korang ramai2 ambik wagyu, memang buntang mata la bayor… hahaha
Tapi buat yang dah pernah makan wagyu, korang mesti faham kenapa daging tu mahal kan!
Cair dalam mulut beb, cairrr… siyes Ammal tak tipu!
Tak yah susah payah nak kunyah.

Ammal memang recommend restaurant ni untuk korang try.
Memang tak mengecewakan!
Nak tau kat mana cawangan deme, boleh check kat Mr. Google.. hihihi
Tak silap Ammal, kat Mont Kiara masih ada.
Yang terbaru depa bukak kat Pavilion.
Cuba jangan tak cuba. Penat Ammal type ni!


Annyeong!