Friday 30 December 2016

End of 2016 Europe trip

Alhamdulillah Ammal dah selamat sampai rumah lebih kurang pukul 2 pagi tadi...
My itineraries for this trip:
10-15 December - Amsterdam
15-22 December - Torquay Devon, tapi kitorang pie jugak to other county in the Southwest; Somerset & Cornwall
22-26 December - London
I love Amsterdam more than London... nanti la kalau rajin Ammal buat entry.

Our resort in Torquay

The trip wasn't really enjoyed by our kids.
The 'menapak' experience was good kalau nak kurus, but it drained out our energy fast!
Banyak benda yang kitorang tak buat dan skip.
And the most frustrating part was the shopping!

Tower bridge

Kenapa ke Europe dan bukan US kali ni?
Banyakkk sangat sebab.
Antaranya... London dipilih sebab anak sulung sibuk nak pergi. Asyik US je katanya.
Then the other son, sibuk nak main snow.
Tapi snow yang diharapkan tak muncul tiba.
Dalam taxi on the way ke Heathrow, utk flight balik baru nampak...
Takkan nak turun tepi jalan kan! Rezeki Allah bagi dari jauh je.
Dapat la merasa jugak sisa2 kat trolley aiport tu...
2 malam akhir kat London memang sejuk semacam.
Ammal dah agak akan snow. Bangun pie toilet pagi nak balik tu, berasap2 udara masuk kat tingkap toilet.
My mistake jugak sebab tak doa betul2 mintak main snow.. kalau tak mesti Allah makbulkan... hehehe.

Flight balik pukul 2.05 petang sepatutnya transit di Amsterdam.
Ammal dah plan nak beli macarons untuk geng kaki makan Ammal sebab ada jumpa yang sedap kat Albert Heijn.
Albert Heijn is the largest supermarket kat Amsterdam. Juling mata kalau masuk. Semua benda nak try, nak beli...hihihi

Kitorang bertolak ke airport pukul 8 pagi. Plan utk 5 jam awal sebab takut sangkut lama kat VAT refund.
Tapi rupa2nya, tak sampai setengah jam dah settle.
Jadi pengajarannya... kalau nak masuk dan keluar London tanpa banyak hal dan karenah, sila la masuk dan keluar melalui other Europe countries.
Settle VAT, ingat nak check in terus. Tapi diorang tak bagi. Katanya paling awal pukul 11 nanti.
So kitorang decide nak breakfast dulu.
Ammal ngan anak2 pie cari kudap2an dulu kat mini market
Tetiba husband panggil..rupa cam panic.
Bila pie kat dia, dia tunjuk skrin... Flight CANCELLED!
Hah! Hambek ko!
Tak jadi breakfast, terus pie kaunter KLM.

Masa tu la baru teringat kat new discovery Ammal 2-3 bulan lepas.
2-3 bulan lepas, masa Ammal tolong kawan carik flight ticket, Ammal terjumpa satu cara lagi untuk dapatkan tiket murah.
Caranya ialah dengan beli tiket direct dari website airline. Still transit, duration sama, tapi cheaper by few hundreds gak.
Contoh cam Ammal nak pie New York. Selalunya kan Ammal beli through Expedia atau other online agent yg akan terus tentukan flight apa Ammal kena ambik. Tapi with this new trick, with extra work, you carik sendiri tiket untuk setiap transit tu.... dah tutup citer!
Bila flight cancelled ni, terus terbayang apa yang bakal berlaku kalau ada connecting flight with different airline. Mau lagi panjang cerita!

Sampai kat kaunter, org kat kaunter sendiri tak tau kata cancelled.
Abeh tu cane? hahaha...
Gedebab gedebub, kitorang dinasihatkan tunggu dalam 1 jam lagi...
Husband muka dah berkerut2...huhuhu. Dia kena masuk kerja 30hb.
Kalo tak de flight, cane?
Ammal gembira ria. Nak sambung holiday, Ammal ok je.
Ku tak mahu balik, seperti biasa...hahaha.
Dah kata kena tunggu, pie jer la isi perut.
Check weather kat Amsterdam, katanya low fog dan suhu -1 degree.
Boleh dibayangkan camana la.
Amsterdam dan kabus tak dapat dipisahkan!
Flight ke London 15hb aritu pun delayed.
Kapal dah naik tinggi, baru nampak matahari terang benderang, dan kabus tebal giler kat bawah.

Kabus yang menutupi Amsterdam

Tak sampai 1 jam, dapat call.
We were rerouted to Korea at 18:50!
Bayangkan berapa lama nak kena bertunggu bertangga kat airport!
Pasrah! Dapat berita, kawan2 yg tgh travel, ramai yg stranded.
Check weather kat Incheon, katanya -6 to -9.
Woahhh!! Ammal lompat bintang.
Berkejar semula ke kaunter KLM. Katanya tak perlu buat apa2. Sampai masa, pergi je kat Korean Air punya check in kaunter. Disebabkan lama lagi, kitorang claim for food voucher.
Dapat la 4.5 pound sorang... dan nak dijadikan cerita lagi, boleh pulak husband Ammal lupa nak guna voucher tu masa bayor lunch kitorang!
Haih... sabor jer la kan!

First time naik Korean Air. Seat luas cam JAL gak.
Compared to KLM, jauh sangat beza.
Kalau nak luas, diNASIHATkan agar tidak terbang ke mana-mana destinasi yang jauh dengan KLM! huhuhu...
With KLM, nak luas, you have to buy the options yg diorang offer.

Sebab tukar last minute, tarak muslim meal for us. Macam2 Ammal try, tetap tak berjaya.
Time makan, ambik je la croissant. Ammal up dengan miso soup.
Sebaik dah melantak kenyang2 kat airport.
10 jam perjalanan, terasa kejap mungkin sebab Ammal penat mengemas dan tido lambat 2 malam akhir.
Tau2 dah nak sampai Incheon.
Tapiii... bila landing, panasnyer airport deme!
Nothing special! Angan2 nak keluar pun hancus.
Nak pie solat pun tak sempat sebab transit cuma 2 jam.
Tolak masa sangkut kat immigration, tinggal kurang 1 jam.
Time tu la nak pie toilet, nak carik bekal makan dalam flight.
The flight landed safely in KLIA at 22:50.
Settle luggage, terus carik surau dan qada' semua solat yang tinggal...

Overall, the trip was ok...
New experiences, lots of dugaan...hihihi
Bagus dari segi mendidik hati dan diri  
Kalau ada kerajinan, Ammal buat entry ye...

Annyeong!

Sunday 18 December 2016

Ammal kat mana? Ammal kat mana?


Tengok gambar ni, sure korang tau Ammal  kat mana kan?
Ye.. Ammal was in Amsterdam last week.
Dari 10-15 December 2016.
Semua ni gara-gara transit di Amsterdam masa trip ke Spain last year.
Teruja sungguh tengok airport deme.
Balik je Spain, terus zup zap zup zap survey segala.
Banyak plan yg ke tong sampah selepas balik tu... antaranya nak buat summer trip ke Greece (June) dan summer trip ke Tasmania... tapiii banyak sungguh halangan.
Yang tinggal cuma Europe trip.

Now Ammal kat tempat lain dah.
Gambar tak banyak. Mood nak menulis pun tak de.
Nanti la ye.
Yang pasti, Ammal nak bagi review pasal shopping kat US vs Europe.
Tunggu ye...


Sekian, update utk hari ni. Annyeong.