Sunday 9 February 2020

Seoul Autumn in My Heart trip

 
Sabtu 26 Oktober 2019, pukul 14:05, Ammal bertolak ke Seoul dengan MH038. Trip yg dah plan sejak pertengahan tahun 2018 lagi. Tiket flight Ammal beli, masa Ammal tengah bercuti di US dengan harga RM1160. Ammal ingat lagi, masa tu baru balik shopping di Woodbury Premium Outlet. Kawan Ammal yg WhatsApp bagitau kata MAS tgh sale. Ammal terus check web MAS & tangan zup zap zup zap beli. Enche boyfren geleng kepala.  "Tgh bercuti boleh plan nak bercuti lagi?" katanya. Sebenarnya boyfren Ammal dah ajak pie Korea berkali2. Tapi Ammal selalu tolak sebab kononnya nak terer Hangul dan nak ala2 Winter Sonata dengan dia. Drama Winter Sonata tu la punca Ammal suka tengok K-Drama. Tup2, Ammal buat trip Autumn in My Heart dengan gegurls. Cebik jugak dia aritu. Sorry ye enche boyfren! Kita pie lenkali ye. Tapi tak yah lama2 sebab Seoul ni tak la menarik mana. Dongdaemun ka, Namdaemun ka, pada Ammal, buat korang yg tak pernah sampai, bayangkan ajer macam Petaling Street... hihihi. Tu pandangan Ammal la... Yg suka pie Seoul, korang jangan senthap pulak ngan statement Ammal.

Balik dari US, Ammal terus start cari hotel. Dari bacaan, ramai yang suruh tinggal di area Myeongdong. Tengok harga hotel memang mencanak kalau duduk area situ. Apa pun, setelah ditimbang tara, Myeongdong tetap jadi pilihan sebab dekat dengan night market, makanan halal, jalan yang rata & banyak pilihan kedai barangan kecantikan. Tapi Ammal tak ambik hotel. Ammal pilih guesthouse. Myeongdong Sunshine Guesthouse namanya. Jalan 5 minit je dari subway station, station bus & juga airport transfer. Walaupun dekat dengan station airport transfer, Ammal tetap hire driver return trip airport - Seoul - airport dengan harga KRW170k. Itu rate paling murah Ammal dapat. Tapi ada insiden jugak sikit malam sampai Incheon tu. Ammal dah bagitau agent, ETA 9.45 malam &  akan lambat sebab takut kalau sangkut kat immi & Ammal nak beli sim kad jugak. Janjinya dalam pukul 11.00 malam. 1 jam menunggu, driver tak nampak bayang. Call agent tak angkat2. WhatsApp tak baca. Ahhh.. sudah. Solution akhir, Ammal up status kat group Road To Korea di FB. Fuhhh… tak sampai 5 minit, terus dia baca WhatsApp! Dasyatkan penangan media sosial ni! Dia kata dia sibuk kerja & phone silent. Sukati ko la dik. Yang aku tau, deposit dah bayar, driver aku mana? Itu cakap dlm hati je la. In realiti, lembut sket dari tu! Hahaha... Dia kata, driver dah tersalah pick-up passenger. Hmm.. tak tau la betul ke tidak. Kalau dia menipu, tu dosa dia la kan. Gedebak gedebuk, hampir pukul 1.30 pagi baru sampai GH.


Sepanjang di sana, Ammal lebih banyak naik bas sebab lutut Ammal dah 'season'. Ammal download siap2 semua map yg bagus ikut kata bloggers & travelers. Sesekali je naik subway yang busuk itu! Yaaa.. BUSUK! Bukan subway yg busuk, tapi penumpang2 di dalamnya! Depa kuat makan garlic, pastu jarang mandi kot. Tu yang bau diaaa… fuhhhh… masuk je pintu subway, terus rasa kembang tekak! Dalam banyak2 maps yg Ammal download, Naver Maps paling banyak berjasa. Siap nombor bus stop, nombor plate next bus yang akan sampai, lagi berapa minit nak sampai, semua cukup! Tak ada tersalah station macam pie NYC dulu tapi signboard subway tetap mengelirukan… huhuhu

1st day, pagi cuma breakfast roti bakar yg GH sediakan. Lepas tu, kami terus ke Bukchon Hanok Village. Mak aiiii… jalan dia! Mendaki. Kesian partner Ammal tak puas jalan kat situ sebab lutut Ammal tak bagi peluang langsung nak mendaki!

 
Puas bergambar dan ronda2 sekitar kawasan persekitaran, perjalanan haritu diteruskan ke Noryangjin Fish Market. Kami dah sepakat nak try King Crab & beli udang. Masak je nanti kat GH. Serbuk instant semua dah bawak. Dekat RM300 jugak terbang. Tapi berbaloi la. Semua fresh & sedap. Udang sampai hari terakhir, baru habis Ammal masak. Nasi segera kitorang beli je kat supermarket yg berlambak kat area GH. Heaven betul!

Lorong ke market


Ahjumma yang jadi pilihan

On the way balik GH, singgah  beli nasi segera, susu strawberry & honey butter Almond.

Badan King Crab kitorang rebus. Kaki dia & udang buat masak merah
 
 
Isnin 28 Oktober 2019, ada insiden sadis... plannya, nak ke Nami dan bertolak dari GH pukul 5 pagi dan solat Subuh di stesyen. Tiket ITX jam 6.15 pagi, Ammal dah beli online siap2 dari Malaysia sebab nak dapatkan seat. Ammal terjaga pukul 1 ke pukul 2 pagi centu la. Ooo awal lagi. Sambung tido, pastu tau2 dengar bunyi alarm partner sayup2 je.
"Eh, awat alarm aku tak bunyi?". Melompat turun katil, tengok2 udah 5.42 pagi!!!
Korang rasa??? Partner kelam kabut mandi. Kepala dok lemb jer rasa sebab terkejut.
Nak mandi ke tak yah ni? Sambil2 kemas beg, tgk jam dah 5.50. Check jadual train, 24 minit nak sampai ke stesyen ITX Cheongnyangni. Mana nak sempatnyaaaa! Maka hangus la tiket!
Otak terus bertenang, cakap ngan partner, kita tak yah kelam kabut. Memang tak sempat. Kita solat je kat GH, siap solat kita gerak. Gedebak gedebuk, sampai station, tiket ITX memang dah tak ada seat, maka duduk la kami kat lantai train! Berhenti di stesyen Gapyeong, sebab nak cepat, kitorang ambik teksi. Berapa kena bayar, Ammal lupa sudah! Lebih kurang pukul 8.45 pagi sampai kat Nami yg tebal dengan kabus. Cakap pun, mulut dah keluar asap berkepul-kepul.  Plan asal nak spend dlm 2-3 jam je kat Nami. Sekali bila tengok pokok2 yg dah bertukar jadi warna kuning, oren, merah, dekat 3 petang baru gerak. Ammal lunch di Asian Cuisine. Tapi tak memenuhi piawaian tekak Ammal!
 
 

Pokok2 di Nami yg pelbagai warna
 

Selasa 29 Oktober, ikut iti nak jalan2 kat Deoksugung Palace & pakai hanbok. Boleh pulak tak ada kedai hanbok yg berdekatan. Silap Ammal sebab tak survey betul2. Habis je changing of guard ceremony, kitorang pie posing2 kejap & terus gerak ke Gyeongbokgung Palace. Ammal belasah je ambik mana2 kedai. Dah siap melawa dengan hanbok, pie ke arah istana, baru tau istana tutup! Time tu jugak baru nampak, kedai The King Hanbok yang lagi murah. Haishhh… apa nak buat, fasrah je la. Posing pun, cuma boleh kat dinding luar istana… hahaha. Kalau ikutkan, pakai hanbok, dapat masuk istana percuma. Nan hado la jawabnya!


Selesai berhanbok, kitorang gerak nak pie shopping ke Gwanjang Market. Kena tunggu bas dalam 10 minit. Kaki dah rasa lenguh. Konon nak duduk kat tembok diorang tanam bunga. Tapi partner tak bagi. Dia kata, dibuatnya kat situ tempat diorang berludah ke apa, terus Ammal rasa geli. Haaa… ni satu lagi perangai tak senonoh Korean. Diorang cukup suka berludah & berkahak tak kira masa dan tempat. Sikit2 "HHAKKK TUIHHH!", memang kena pekakkan telinga la. Kembang tekak kalau layan perasaan… hahaha. Niat nak ke Gwanjang sebab nak cari kain sutera. Makkk aiii! Pure silk dia, harga boleh tahan. Buat syarat, Ammal beli la sehelai. Korang jangan dok bayang Gwanjang Market ni macam Pasar Baru kat Bandung nun. Jauh beza macam langit dengan bumi! Ammal buat PS service sket, then terus balik GH. Malamnya kitorang makan di Busan Jib. Dannn terkejut lagi dengan harga menu! Udah macam makan kat London you! Nasib baik la sedap & portion pun besar. Sampai membazir tak habis. Sedih tengok makanan berlebih… kalau dengan anak2, selalunya diorang yang tolong perabih.

Rabu 30 Oktober, memang set hari untuk shopping. Tapi dua2 frust sebab apa yang diharap, tak kesampaian. Seawal pagi, lepas breakfast nasi goreng udang, terus terjah ke Namdaemun Market. Verangan nak shopping brooch. Tapi asyik kena halau je. Seller yang nak jual sikit2 cam kat kedai, cuma ada sekelompok kecil. Dan harga tak la semurah mana. Majoriti peniaga di situ, buat jualan borong & kat situ jugak tempat diorang ikat batu2 kristal utk dibuat segala jenis perhiasan dari brooch, rantai, subang etc.

Kedai cik Salmah yg sakan di war-warkan juga, tidak la segah mana. Memang jual souvenir semata. Korang beria simpan duit nak travel, pastu korang borong beli souvenir untuk kawan2 dan sedara mara. Itu ke tujuan sebenar ke Korea? Membeli sebab nak menunjuk atau apa? huhuhu… maaf. Itu perasaan Ammal bila kecewa dengan cerita gegak gempita betapa seronoknya shopping di Seoul. Adab shopping di sana juga boleh Ammal umpamakan baik sikit je dari HCM. Tak boleh sesuka hati nak sentuh, nak rasa. Kena tanya dulu. Biar seller yg ambikkan. Kalau tak, memang kena marah. Berdiri depan kedai sebab nak tengok hp pun kena halau weh! Mau tak sentap jiwa! Pusing punya pusing, Ammal cuma beli sepasang baju tidur. Barangan lain, memang tak murah mana dan tak ada yang mampu menarik hati kami berdua. Kalau dah sehelai jacket lepas convert dekat dua ratus ringgit, sedangkan dengan harga yang sama, boleh dapat original branded kat US, korang rasa Ammal nak beli? MEMANG TAK LAAAA!! Frust dengan Namdaemun, kitorang gerak ke Dongdaemun pulak. Naver map entah suruh ikut jalan mana, dah terpaksa lalu belakang kedai2 makan. Baunya kussss semangat. Bau longkang dah macam bau longkang kat Msia. Dengan kotornya… bernafas dengan kadar udara sikitttt je Ammal sedut. Bila nampak jalan besar, kelam kabut jalan laju sebab Ammal dah rasa nak muntah! Pusing2 kejap je kat sekitar Dongdaemun, Ammal rasa fed-up. Tanya partner camana? Dia kata, sama je macam tadi. Jom la balik hotel. Makanya balik la kami. Malamnya, kami ronda Myeongdong Night Market dan makan je apa yang nampak boleh dimakan.



Khamis 31 Oktober kami ke Namsan Tower. Tiket beli di KLook dgn harga diskaun. Lupa pulak Ammal berapa RM. Dari Myeongdong, kami naik bas no 5. Bas berhenti betul2 di kaki bukit ke tower. Tapi tetap la kena menapak naik. Balik pun masih naik bas yang sama. Terjah pulak Ewha Womans University yg famous dgn instagrammers.


 
 

Masa solat di ofis Korea Tourism, terjumpa dengan sorang kakak ni. Solo traveler. Dia baru sampai dari Jeju. Sementara tunggu Maghrib, borak2 la dengan dia. Dia dah few times datang Korea. Bukan untuk shopping, tapi pergi hiking. Hebat! Katanya, kat Seoul ni, tak ada apa yang boleh dibeli sangat pun. Barangan kecantikan tu je la yg paling menariknya. So, betul la perasaan Ammal. Selesai solat, kitorang gerak sama2 ke Cheonggyecheon Stream nak tengok pesta tanglung. Sebenarnya pestanya start 1 November. Malam tu, diorang dah start menggantung. Rezeki kami la dapat tengok dan ambik gambar.
 
Jumaat 1 November, plannya nak ke premium outlet. Tapi setelah discuss ngan partner, kitorang decide untuk shopping dan habiskan duit di Myeongdong je. Makanya, meredah la kami setiap ceruk dan penjuru Myeongdong, masuk setiap kedai. Berbondong-bondong la paper bag. Semuanya berisi dengan produk2 kecantikan. Puas shopping, balik hotel untuk rehat sebab esok kena bertolak sesubuh hari utk ke airport. Keluar malamnya, kitorang belasah semua jenis makanan di night market. Puas hati! hahaha
 
Sabtu 2 November, berakhir la Autumn in My Heart trip Ammal. Driver airport transfer sampai tepat pada masanya. Risau jugak kalau kes masa sampai haritu berulang lagi. Tapi Alhamdulillah, semua ok.
 
Dari penulisan Ammal, korang mesti boleh agak, apa pandangan Ammal untuk keseluruhan trip ke Seoul ni kan!?! Apapun, dalam tak menarik tu, scenery autumn di Nami memang superb! Street food di Myeongdong & produk kecantikan memang daya tarikan utama. Tu la antara punca luggage Ammal exceed kg. Setelah ditimbang tara kos yg Ammal kena bayar untuk extra luggage tu, Ammal terus decide untuk upgrade ke Business Class. Merasa la terbang ala2 owang kaya kejap. Sampai M'sia, bila dah habis kemas luggage baru mula sedar. Rugi pulak tak belasah beli face mask banyak2! Hahaha...
 
Kalau nak dibandingkan antara Tokyo & Seoul, Ammal lebih prefer Tokyo. Kalau lalu belakang kedai2 makan, belakang rumah2 di Tokyo, korang takkan terhidu bau busuk pun. Yang ada cuma bau nasi, bau seafood dan bau seaweed. Takkan ada Japanese yang berkahak tak tentu masa. Mereka sangat pembersih. Dalam subway pun tak ada bau2 busuk. Cuma masa kat Tokyo, Ammal jumpa ramai yg mabuk bila malam. Kat Seoul, malam last, sorang perempuan je Ammal nampak yang jalan terhuyung hayang sambil dikepit seorang lelaki.

Snack di lounge KAL

 
Pilihan menu MAS business class Seoul - KUL

Sate ni, masa flight pergi dapat bau je. Bila dah rasa, hmmm... tak la sedap mana pun.
 


Untuk next trip, tu Ammal dah bagi hint. Dah balik pun sebenarnya… hehehe
Entry tengah draft lagi. Insya-Allah secepat yang boleh sebelum trip lain buat kunjungan… hehehe
 
Annyeong! Happy travelling everyone!