Saturday 22 December 2018

The Big Apple @ The City that Never Sleeps

The Big Apple! Do you know where that is? Mesti tau punya kannn...
Yeahhh.. I was in the City that Never Sleeps; New York for my 2nd week holiday in US.
But for us, it's the city that makes a big hole in our pocket!
Serius wehhh...
Ingatkan masa pie Miami dulu dah cukup mahal dah hotelnya. TAKKK!
Big Apple ni lagi BAPAK punya mahal!
So kena la limitkan days di sini.
4 hari di sini umpama seminggu di Amsterdam yg guna Euro tu tau tak!
So itineraries di sini terpaksa Ammal pilih yang betul2 menarik dan puas hati.
Yang pasti, shopping antara agenda utama.
Apa kelas pie New York tak shopping kan? Ahak ahak...
Kononnyaaa... Realitinyaaaa... nan hado!

New York according to Google - Situated on one of the world's largest natural harbors, New York City consists of five boroughs, each of which is a separate county of New York State. The five boroughs – Brooklyn, Queens, Manhattan, The Bronx, and Staten Island – were consolidated into a single city in 1898.

Lincoln Tunnel

Welcome to NYC

Setibanya di Port Bayonne Isnin 10hb Disember hari tu, terus gerak ke NYC.
Drive dari New Jersey, masuk ke Lincoln Tunnel untuk menyeberang Hudson River
Toll nya... USD15! Cam nak fensan tengok harga kat screen toll... huhuhu
Mula2 masuk NYC, kereta tak banyak lagi... makin lama, makin sesak.
Boleh pulak tengah2 sesak tu, tetiba ada ambulance nak lalu.
Gabra weh! Tak tau nak pie celah mana!
Sebaik la ada driver yg baik hati, bagi signal tangan dari dalam kereta dia, tunjuk suruh masuk ke mana.
Ambulance lepas jer, jantung pilot & co-pilot, dua2 rasa cam nak terkeluar dari dada... huhuhu

Hotel yg jadi pilihan di NYC ni ialah Hampton Inn Manhattan/Times Square South
Parking Ammal dah booked awal2 dari Malaysia kat Parking Panda.
Betul2 seberang jalan depan hotel tempat parking nya.
Rules parking, bukan jenis keluar masuk sesuka hati.
Sekali masuk, tak leh keluar2 dah...
Lepas parking kereta, terus check-in.
Hotel a bit tersorok dari main road. Tak pe la. Ahkak pasrah.
Walaupun niat di hati vvvverangan nak keluar je dari hotel, dapat view cam bawah ni!
Tapi apakan daya. Poket tak setebal mana... huhuhu
Solat siap2, dan terus gerak utk ke Top of The Rock nak tengok NYC dari Rockfeller Centre
Nak naik heli, tak mampu! hahaha



Image by : Terabass


Dari hotel, terus gerak ke the nearest subway nak beli 7 days unlimited pass.
Walaupun duduk NYC 4 hari je, guna 7 days pass ni lagi murah dari beli tiket biasa.
Sampai station, arrhhh.. sudah. Bosar eh la hai.
Timing nak naik TOTR pukul 2.00. Tang mana nak beli passnya ntah...
Setelah difikir2, terus decide nak menapak. Kitorang ada masa betul2 dalam setengah jam sebelum masa utk naik TOTR.
Bukak roaming & Google map, menapak la selaju yg boleh... cam tak cukup nafas & rasa nak tercabut kaki dibuatnya
Sampai kat Rockfeller Centre tepat-tepat jam 1.50 petang
Tepat kol 2, terus dibenarkan naik.




View dari TOTR

Pusing2, posing2 kat atas TOTR dalam 1 jam, terus turun.
Balik tu, singgah station mana ntah, carik kaunter, berjaya la beli pass yang diidam2kan.
$32 termasuk tax utk seorang.
Dah beli tiket, tengok map subway, laaa... train kat station tu, tak pie station yg berdekatan ngan hotek pulak!
At last, kitorang menapak jugak balik hotel.
Verangan lepas solat kat hotel, nak keluar balik.
Tapiii... dapat je katil, Ammal terus flat.
Punya la penat berkejar nak ke TOTR... hihihi

Kalau sebelum ni, Ammal cukup tak berkenan ngan London.
Dah sampai NYC ni, baru tersedar.
Betapa bagusnya subway kat London nun.
Subway kat NYC ni, dah la serabut, signboard bercelaru, complicated, bau busuk, buruk, dan kebanyakkan stationnya kena turun naik tangga, no escalator or elevator.
New Yorkers sendiri ada Ammal tengok yg tersalah station.
Inikan pulak kitorang yg 1st timer ni!
Tak terkira entah berapa kali kitorang tersalah platform.
Bayangkan... dah la kena turun naik tangga. Tersalah pulak!
Memang banyak tenaga habis kat subway je.
Nak buat cerita lagi 'best', officer in charge kat bawah subway pun boleh tersalah bagi direction kat kitorang. Korang rasa??
Ok laaa.. at least ada something yg bagus untuk Ammal kenang pasal London... ngeh ngeh ngeh

Hampton yg kecik & katil yg tak best!

Kalau korang nak tau, buat pertama kalinya, kitorang dapat bilik Hampton yg super kecik.
Nak solat pun tersepit badan. Kalo korang tengok gambar kat atas nun, tempat solat betul2 hujung, celah antara 2 katil. Arah kiblat menyenget. Korang rasa, sempit ke tak sempit? Sadis betul!
Tilam & bantal sangat2 tak sedap.
Pukul 3 pagi je, mata Ammal celik & pinggang rasa cam nak patah.
Keras gila la tilam dia!
Siap boleh dengar bunyi spring tiap kali bergerak.


Selasa, 11hb pagi esoknya pulak kitorang naik cruise nak tengok Statue of Liberty.
Petangnya, ke SpyScape, museum spy yang baru dibukak di NYC ni.
SpyScape ni bukan museum biasa yg bosan tu. Tapi museum interactive
Menarik! Dapat la serba sedikit info pasal dunia perisikan ni.
Fobia pun boleh jadi jugak kalo baca & difikir2kan semua info yg diorang share...  

Plaza Hotel dari Central Park

Museum of Natural History

Rabu 12hb, lepas breakfast, Ammal ngan husband menapak ke kedai dobi.
Tak jauh pun. Dalam 5 minit je berjalan.
Baju dah menimbun. Hampton ni tak ada self laundry. 
Settle mendobi, kitorang ke Central Park.
Ammal sudah buat kerja gila!
Ammal booked photographer untuk ambik gambar Ammal satu family.
Photographer ni, Razak namanya. Wife dia kerja kat NYC ni.
Kenal pun atas kawan jugak... tengok hasil kerja dia kat IG lawa2.
Terus terberkenan & terfikir nak buat something different kali ni.
Sambil bergambar, sambil menapak dalam Central Park menuju ke Museum of Natural History.
Janjinya 1 jam je. Tapi Razak baik hati melayan.. hampir 2 jam jugak.
Lepas buat bayaran & ucap terima kasih kat Razak, kitorang masuk ke museum pulak.
BAPAK besar wehhhh!
Tak termampu nak menapak & explore semua.
Longgar kaki dah!

Khamis 13hb tengah2 breakfast, tengok weather forecast, kata snow nak turun...
Terus rasa tergedik2 nak keluar.
Enche boyfren marah. Makan dulu katanya... huhuhu
Siap makan je, terus keluar... YEAYYY... It's snowing
Halus jer turun... Subhanallah. Tak tergambar seronoknya hati Ammal
Sebijik macam budak2 dapat mainan baru.
Rasa cam nak lompat2 pun ada. Sebaik sedor diri... hahaha
Jadinya, pemergian Ammal dari NYC 13hb tu, diiringi oleh snow...
Ooo... kan plan Ammal kata nak shopping kat NYC kan?
Tak sempat you!
Dah masa banyak terbuang kat subway, dengan penat turun naik tangganya.
Tapi sempat la jugak jengok Macy's & few kedai.
Cuma tak puas...


13hb tu, Ammal teruskan perjalanan ke utara sedikit...
Memang Ammal dah set 13hb - 15hb utk shopping trip di Woodbury Common Premium Outlet yang terletak di Central Valley, New York, 1 jam dari NYC.
Snow turun sehingga malam 13hb.
Puas jugak la Ammal bermain malam tu sambil bershopping
Sikit info pasal outlet ni:
"the center now has 220 stores occupying more than 800,000 square feet (72,000 m²) and is one of the largest contiguous outlet centers in the world" - Wikipedia


Snow lebat di outlet masa Ammal shopping

Rate hotel sekitar outlet ni boleh tahan mencekik, jadinya Ammal pilih hotel 3 bintang Americas Best Value Inn.

Yang penting dekat dan ada breakfast.
Naik kereta dalam 5 minit je. 
Cuma pada Ammal, hotel ni tak boleh dikira hotel. 
Lebih kepada motel sebab semuanya basic. 
Hot water pun macam disukat2... huhuhu
So, puas shopping tak kat sini? 
Hmmm... no comment! hihihi 
Ammal perlu teruskan perjalanan ke utara lagi selepas ni...


Till next entry.
Annyeong!

Sunday 16 December 2018

Belayar ke Bermuda!

View Heritage Wharf dari kapal

Hey yo!

Ammal was cruising again last few days.
Where we've been to this time?
Haaa... jangan tak percaya.
We went to Bermuda!
Mesti korang ala2 kecut perut baca perkataan Bermuda tu kan?
Mesti dalam kepala terus terbayang Bermuda Triangle. Betul tak?
Ammal pun centu gak memula.
Jenuh ku kaji map dunia... hahaha.
Jauh sebenarnya kedua-dua lokasi tu.
Dekat lagi Bermuda Triangle tu dengan Bahamas.
Jarak Bermuda dengan Bermuda Triangle 1,015 km.
Jarak dengan Bahamas 644 km je!
Haaa... Alhamdulillah, selamat dah Ammal sampai Bahamas 2014 dulu.
Dan Alhamdulillah, selamat dah balik dari Bermuda.

Camana boleh terfikir nak ke Bermuda?
Tak pernah terpikir pun.
I was planning to go to Maine at first.
Seperti biasa la... pung pang pung pang discuss, terus plan nak naik cruise lagi untuk trip kali ni.
Pencarian dan perancangan bermula seawal Ogos 2017.
Masuk je September, masa MATTA Fair, terus decide utk naik Anthem of The Seas.
Masa tu ada offer. Murah sikit harganya.
Jenuh tengok date, tengok harga, kitorang decide untuk ambil 6-10 December 2018.


Sebahagian badan kapal

Ni Ammal tepek serba sedikit pasal kapal Anthem ni yg Ammal ambik dari Google & Wiki...

"The Anthem of the Seas is 348m-long, and has a moulded breadth of 41m, an operating draft of 8.6m, and gross tonnage of 167,800t. The ship features 16 passenger decks, with a passenger capacity of 4,180 and crew capacity of 760. It is fitted with 14 elevators for the movement of passengers between the decks." - Google
 
"Anthem of the Seas has 16 passenger-accessible decks, 8 of which feature balcony staterooms overlooking the ocean. There are a total of 2,090 staterooms: 1,570 balcony staterooms, 147 ocean-view staterooms, and 373 inside staterooms. All aft-facing staterooms are a 2-story "loft" suites. Expanding on the "Virtual Porthole" concept introduced by Disney Cruise Line on the Disney Dream, all the interior staterooms feature a floor-to-ceiling 80-inch high-definition TV screen showing live views from the outside of the ship, which Royal Caribbean calls a "Virtual Balcony". On average, staterooms on the Quantum class are 9 percent larger than those on the preceding Oasis class.  


Located at the middle of deck 15, the SeaPlex is a large indoor gym with a full-size basketball court that can be converted into a dance floor, a flying trapeze school, a roller-skating arena, or a bumper cars ride." https://en.wikipedia.org/wiki/MS_Anthem_of_the_Seas


Aktiviti ni favourite anak Ammal


Isi perut kapal


Ni je la antara selalunya yg Ammal telan


North Star


Bionic Bar... Ammal ambik gambor je. Tak minum! Hang gila apa?

 
My balcony cabin


Bumper car

Rip Cord yg kitorang tak sempat try

Kalau nak tau lebih lanjut apa aktiviti & facilities yang ada, boleh tengok kat sini : https://www.royalcaribbean.com/cruise-ships/anthem-of-the-seas/things-to-do

Sebelum ni Anthem merupakan kapal cruise kedua terbesar dalam dunia. Tapi rasanya sekarang ni dah jatuh tempat keenam. Tempat pertama masih kapal cruise by RCL. Launched on 7 April 2018 yang lalu. Symphony of The Sea namo eh.
Ammal ngan husband memang nak sangat naik Symphony. Tapi apakan daya... timing, budget & location tak kena dengan travel plan kami.

Pagi 6hb, lepas makan free breakfast kat Springhill, lebih kurang jam 9.30 pagi, kitorang terus menuju ke Port Bayonne.
Ambik masa lebih kurang 45 minit jugak dari hotel.
Masa tgk kat Google map cam dekat je.
Hakikatnya, dengan jalan bersimpang siur, traffic jam, dlm pukul 10.15 baru sampai.
Park kereta di parking yg disediakan.
$12 per day. Plan asal tak nak sewa kereta selama naik cruise. Ambik je Grab dari hotel.
Selepas dikira2, difikir2, kitorang decide nak teruskan ajer menyewa.
Luggage tak yah la nak bawak semua kan.
Kurang sikit renyah.


Punya la besar, tak muat nak masuk dalam camera

Sesampai di port, kapal telah sedia menunggu.
Masya-Allah besar sungguh la! Kagum sungguh Ammal.
Udah macam resort hotel atas laut.
Urusan immigration berjalan lancar. Lagi sempoi dari masa naik Majesty di Miami nak ke Bahamas dulu.
Cabin pilihan Ammal kalini ni masih yg ada balcony.
Verangan nak ambik loft suite, tapi rasa cam membazir pulak setakat 5 hari trip dan masa yang akan lebih banyak dihabiskan dengan aktiviti2 di atas kapal.
Cabin dengan balcony yg kami ambil ni pun sebenarnya boleh memuatkan kami sekeluarga.
Ada sofa bed. Cuma kalau sumbat kami satu family, memang akan sempit betul la jadinya.
Ammal ngan husband plan nak honeymooning seperti biasa.... ngeh ngeh ngeh...
So, anak2 kami bagi interstate cabin sama macam naik Mariners tahun lepas.
Interstate cabin Anthem ni ada live Virtual Balcony. Canggih you!
TV setinggi dari lantai ke siling cabin.
Nampak la pemandangan di luar kapal secara virtual.

Memang ikut pengamatan Ammal, Anthem ni memang jenis moden. Telefon dlm bilik ada touch screen, onboard activities booked guna I-Pad, lukisan & arts pun ada yg guna LED, ada robotic bar, sampai ada lampu yg boleh berkelip ikut rakaman denyut nadi guest.
Disebabkan sampai awal, jadi kitorang dapat la enjoy facilities & activities sebelum kapal penuh.
Fire drill dalam pukul 2.30 petang. Lembab sungguh. Maybe sebab terlalu ramai sangat guest, susah utk diorang handle.

Kapal start berlayar sepatutnya pukul 3.30 petang tapi sebab fire drill lemb kan, dalam pukul 4.30 kalau tak silap Ammal baru kapal gerak dari port.
View Port Bayonne sangattt TAK cantik. Korang bayangkan gudang2 & kontena kat Pelabuhan Klang.
Haaa.. gitu la lebih kurang... hahaha

Ikut iti yg kitorang dapat...
6hb Cruising
7hb Cruising
8hb Bermuda
9hb Cruising
10hb Port Bayone

Sepanjang cruising, ombak tersangat kuat.
Bayangkan kapal besar pun boleh terasa beralun. Kalau kapal kecik? huhuhu
Kali ni, Ammal subscribe internet package yg di offer atas kapal.
Ok la. Puas hati. Dengan RM150++ utk 5 hari, memang berbaloi la.
Berbanding kalau Ammal on roaming yg harga boleh cecah ratusan ringgit.
Bergoyang camana pun kapal, berlayar sejauh mana pun, line internet depa superb!
Makan walaupun banyak restaurant yg bagi complimentary, tapi agak kurang pilihan.
Aktiviti atas kapal pun, ada yg terpaksa ditutup sebab cuasa sangattt sejuk.

Heritage Wharf wide view

Kapal berlabuh di port Heritage Wharf, Bermuda jam 7.30 pagi.
Ada 2 wharf kat port tu sebenarnya; King & Heritage. Sebelah menyebelah ajer.
Pukul 8 baru dapat pelepasan dari immigration sana utk turun.
Tapi pelepasan ikut level deck.
Ammal turun kapal dalam 9.30 pagi.
Lagi sekali, immigration sangat sempoi.
Kitorang ada masa sehingga 2.30 petang. Sebab pukul 3 kapal akan start berlayar balik ke Bayonne
Kejap sangat. Senthap perasaan.

View kat Bermuda, Masya-Allah... tak tergambar dengan kata2.
Ikut pembacaan, cara paling murah utk explore Bermuda ialah dengan menaiki public transport yg terdiri dari feri & juga bas.
Tak besar mana pun pulau ni. Dalam 35-40 km je.
Angan2 nak explore end to end; King Wharf/Heritage Wharf ke St. George. Tapi apakan daya.
Feri direct ke St. George, dihentikan sepanjang winter. Sedihhhh
Jadinya, kitorang decide utk pie mandi di pantai famous kat sana; Horseshoe Bay & jalan2 di bandar Hamilton.
Beli token di Visitor Information counter. Gitau dia apa plan kita, nanti dia akan bagitau, berapa banyak token yg diperlukan, dan jenis token2nya.. samada Zone 3 atau Zone 14.
Transport kat sana memang haru biru sikit.
Memang boleh migraine tiap kali baca & nak decide.


Sebahagian pantai yg sangat cantik. 
Gambar Ammal ambik dari dalam bas yg tgh bergerak

Cuaca sesedap rasa. Jalan berliku-liku.
View menggoda jiwa utk datang & stay lama lagi... hihihi
Dari King Wharf ke Horseshoe Bay ambik masa 38 minit, dengan menaiki bas no 7.
Depa kata Horseshoe Bay ni, pasirnya pink sebab banyak reef.
Tapi bila sampai... laaa.... macam pantai kat Msia je.
Anak2 Ammal, nampak je laut, memang tak pikir apa, terus terjun.
Walaupun air sejuk seumpama berendam dalam air batu... punya la crystal clear, boleh nampak ikan2 kat dalam air.
Tapi Ammal tak sanggup nak celup muka lama2. Anak2 je yg beriya.
Sejuk wehhh. Dan Ammal boleh rasa jugak bisa jelly fish.
Samada memang musim, atau memang super banyak kat sana... mana nak tau kan?! Udah di tengah laut luas...
Horseshoe Bay

Lepas main air, sambil duduk kat pantai, tetiba Ammal teringat pesanan masa briefing Bermuda semalamnya.
Last bus pukul 1.30 petang. Masa tu, jam tunjuk 11.50 pagi.
Terus kelam kabut belek jadual bas & agak2 perjalanan setiap bas.
Argghhh.. sudah! Memang tak sempat nak 
ke Hamilton.
Nak balik ke port pun, sebelum 12.30, kitorang dah kena gerak dari pantai.
Terus panic attack ko!! Maunya takkk... kot kena tinggal ngan kapal cane?
Kelam kabut la Ammal panggil semua keluar dari laut.
Gedebak gedebuk, menapak naik bukit utk ke bus stop, Alhamdulillah.
Cantik je timing, bas terus sampai.
Naik bas dengan baju swimming yg lembab, memang terpaksa berdiri la sepanjang perjalanan. Hambek ko!
Nugget Wahoo Fish with Sweet Potato 

Sampai kat King Wharf, dalam pukul 1.15. Sempat la nak carik souvenir sikit & merasa their famous Wahoo Fish.
Sedap giler wehhh! Rasa cam makan ayam manis dia.
Anak Ammal sampai tak percaya... "Betul ke ikan ni, Bu?"
Iyo la ikan sayang woi... takkan nak makan ayam cucuks.. Ibu eh menjawab dlm hati je la gitu... ngeh ngeh ngeh
Settle semua, terus naik kapal.
Masa tu jam udah pukul 2.20. Alhamdulillah... selamat...
Tepat jam 3, kapal pun berlayar balik...

Pelayaran balik, Ammal rasa cam bosan. Asik tido je keje kitorang.
Performance atas kapal walaupun special effect, sound & segala teknologinya canggih, tapi lagu2 pilihan sangat membosankan.
Bayangkan Ammal boleh tertido dalam bunyi bising masa performance theatre diorang!
Lain kapal lain gayanya kan... pasrah ajer la.

10hb, Alhamdulillah kitorang selamat sampai di Port Bayonne.
Pelepasan deck, Ammal dapat yg paling akhir; 9.30 pagi
Dalam pukul 10 pagi, dah selamat keluar kapal & terus pie parking & ambik kereta untuk ke destinasi seterusnya...
Ke mana? Haaa... buat kawan2 FB, tau dah la.
Buat yg membaca di blog, tungguuuuu...



Annyeong.

Tuesday 11 December 2018

The journey begins - 2018 holiday

Iceland

Ammal post gambar Iceland dari udara... excited dapat tengok Iceland... 
Pilot lak tiap kali lalu tempat menarik, elok pulak dia rendahkan kapal.
Lagi la sakan Ammal ambik gambar.
Tetiba ramai pulak yang ingat Ammal ke sana... hihihi
Ke mana Ammal bercuti sebenarnya?
Balik 'kampung' la. Mana lagi... dan dan terus jadi kampung... hahaha


Nah... Ammal belanja gambar Canada lak...

Ok la jom cerita seawal perjalanan travel Ammal kali ni.

4hb December, buat pertama kali Ammal ambik cuti satu hari pada hari nak travel.
Sebabnya flight kali ni akan berlepas jam 8.00 malam.
So dalam pukul 2 petang dah kena bertolak ke KLIA. Kalau tak cuti camana gaya pulak nak settlekan packing.
Kali ni buat pertama kalinya jugak Ammal naik Qatar Airline.
Impian di hati nak naik Etihad. Husband pulak impikan A380.
Tapi apakan daya. Harga tiket mahal nak mamp!
Ammal turun di Philadelphia International Airport (PHL)
Ammal cuma bayar RM3500++ seorang untuk ticket penerbangan kali ni.
Jimat hampir RM500 seorang kalau nak dibandingkan turun di Newark International Airport.
PHL cuma 1 jam 35 minit dari Newark.
Hei! RM500 seorang ok! 2k untuk Ammal satu family.
2k tu boleh buat belanja lain you all!

Kami tiba di Doha lebih kurang jam 11.30 malam (waktu Doha) dan transit selama 8 jam 30 minit.

Makan kali ni semua halal. Kurang sikit kerja Ammal untuk telefon airline mintak halal food... hehehe.
Mesti korang pelikkan... kenapa tetiba Ammal pilih transit lebih dari 4 jam. Bukan gaya travel Ammal biasanya tu.
Asalnya cuma 2 jam 30 minit.
Few weeks after beli flight ticket, Qatar Airline tukar schedule.
Timing balik pun sudah lari... jenuh la kitorang nak lawan jet lag kat sekolah, kat ofis nanti ni!

Dah merasa naik Qatar ni, kalau ikut pengalaman, Ammal masih rasa JAL dan MAS yang terbaik dari segi keluasan kerusi, kuantiti makanan dan stewardess yang lembut, manis dan sopan.
Hamad International Airport pun tak menggoda nafsu Ammal sebagaimana Schipol.
Bagus jugak. Sebab mahal gila arh semua barang2 kat negara minyak tu. Tak jumpa satu pun yg murah.
Yang menarik cuma kapal yang Ammal naik kali ni, ada camera di luar kapal; depan, bawah & belakang.
Ok back to my journey punya cerita.

Kalau transit di Jepun, kami akan terbang mengarah ke Timur utk ke US. Kali ni, mengarah ke Barat. Terbang kat atas negara2 Europe.

Turbulence lagi dasyat...
Walau kat luar terang benderang, tapiiiii... fuhhh...


Pilihan menu


Portion yg ciput


View dari camera bawah kapal


View dari hadapan kapal


View belakang kapal

Kami tiba di PHL lebih kurang jam 1.45 petang, 5 December 2018.
30 minit nak landing, Ammal dah nampak ground putih ngan salji.
Sampai je kat ground, memang salji tengah turun... halus je.
Seronok tok sah dok kata la.
Maunya takkk... dah berbelas tahun Ammal travel, baru kali ni berjaya dapat tengok. Sadis betul kannn!?!
Putih je nampak dari atas



Custom & immigration Alhamdulillah, sangat2 smooth.

Ammal memang recommend korang turun PHL kalau nak ke NYC atau Washington.
Pie US ni, buat yang tak tau, ada form declaration nak kena isi.
Tak macam Europe.
Disebabkan Ammal bawak makanan dari Msia, kena la declare dan memang akan kena tahan utk diorang check luggage.
Tak ada apa pun. Asal jangan bawak raw foods sudah.
Yang lain2, Insya-Allah lepas je.


Custom declaration form

Settle semua, terus keluar airport, jalan kaki dlm 500 meter, utk naik shuttle ambik kereta sewa.
Masa ni snow dah stop. Tinggal sisa kat tepi2 pagar, atas jalan etc.
Kereta sewa, Ammal terpaksa ambik dari Dollar walaupun dulu ada experience tak best ngan dorang. Tapi what to do. Dollar je yg dapat paling murah.
Itupun sebab ada offer ngan Qatar.
Company lain mahal sungguh la. Dekat dengan bandar besar kan.
Pasrah je la...


Kami sewa SUV kali ni


Hotel ni tanam salad kat luar. Bagus betul...

Spring Hill Suites Newark Liberty International Airport jadi pilihan sebagai transit sebelum Ammal teruskan perjalanan keesokan hari.
Boleh kurangkan jet lag sambil rehat2kan badan.
Ke mana destinasi seterusnya?
Tunggu next entry ye...



.
Springhill Suites


So, dah tau Ammal ke mana kan?

Sorry, no aurora for you... maaf jugak kalau gambar Iceland dari udara tu mislead you all.


Annyeong

Sunday 11 November 2018

Halo!

Morninggg!!
Lama sungguh haih tak update.
As usual, alasannya sebab busy... hihihi
Tapi serius la weh.
Bapak punya busy, back to back event kat ofis, akhirnya Ammal flat.
Stress sangat sampai kena gastrik attack.
La ni masih dalam recovery period. Bersambung-sambung sakit datang.
Sampai doctor pun geleng kepala.
Tak cukup dengan event kat ofis, wedding hampir tiap minggu.
Pastu ada 5 travel trips Ammal kena handle semuanya dalam masa terdekat.
Korang rasa?
So faham la kan kenapa Ammal tak sempat2 nak update apa2.
Jalan-jalan carik makan kedai baru pun dok bersusun gambar dlm phone.
Insya-Allah bila dah slow down sket nanti Ammal citer panjang ye.
For my coming trip, tunggu live update dari Ammal... ecehhh... poyo sangat.
Take care you all... and happy travelling... mmwuahhhh


Annyeong!

Sunday 24 June 2018

Kay's Steak and Lobster

 
Nah! Hambek! Sekali post sampai 3 entry... kih kih kih
Ni cerita semalam.
Makan2 untuk birthday enche boyfren.
Dah lewat hampir 2 minggu sebab birthday beliau jatuh masa bulan posa.
Acaner nak makan2 kan?!
Semalam sepatutnya pie beraya. Tapi lebat sungguh la hujan.
Jadinya Ammal adalah kemalasan untuk memasak.
Teruskan niat nak belanja enche boyfren makan.
Asalnya nak dating berdua. Tapi enche boyfren suruh ajak our piranhas yang 2 orang tu.
Dengan hujan yg melebat, dari rumah Ammal nak ke restaurant ni dekat sejam la nak sampai!

Ni address kedainya:
12A-G, Jalan Putra Mahkota 7/6b,
Pusat Bandar Putra Point
Subang Jaya, Selangor
Phone: 03-58871081

Kenapa restaurant ni jadi pilihan?
Ammal kononnya nak belanja birthday boy Tomahawk Steak kat Restaurant N97 yg heboh kat alam cyber ni.
Tapi bila Ammal baca2 & survey harga, Ammal rasa cam nak pitam… hahaha
Walaupun Ammal suka makan, tapi belum sampai tahap sanggup nak bayar hampir seribu ringgit untuk makan satu meal.
Ammal belum kaya tahap nak buang duit gitu lagi la... huhuhu
Jadinya kawan Ammal recommend Kay's Steak & Lobster ni.
Seperti biasa, Ammal adalah kelupaan untuk ambik gambar menu!

Order kami

Fail betul ambik gambar!
Hilang bentuk penuh botol air kosong ni

Coleslaw ni kureng kick

Mushroom soup yg marvellous

Strawberry milkshake & orange juice yg cukup pekat


Bolognese yg super sedap, pilihan anak sulung
 
Olio pilihan si adik

Berat Tomahawk steak yg ada cuma 1.2 kg.
Harganya RM25 per 100gm.
Nak masak ambik masa 45 minit. Gilo lamo!
Tup-tup, tak lama lepas tu, adik waitress datang bagitau microwave ada problem.
Jadinya kena tunggu lagi 20 minit. Fuhhh… 1 jam nak sampai restaurant, 1 jam lagi tunggu steak masak.
MASAK sungguh!!
Doneness pilihan Ammal &birthday boy ialah medium.
Maafkan gambar yg terbalik, Ammal adalah malas nak edit

Lepas ambik gambar seketul dua, Ammal suruh chef keluar potongkan daging steaknya.

Medium yg diminta, medium rare yg kami dapat.

Tapi tetap licin kami bedal

Verdict? Ammal tak boleh rasa sangat bahan perapan steaknya.
Jadi kurang rasa kick di situ. Dengan darah & daging yg masih banyak yg merah2, Ammal ada rasa terkilan sikit la.
Ammal kena perah part yg merah sangat tu dengan lemon yg ada.
Tapi anak2 piranha elok je makan dengan laju mengalahkan birthday boy.
Side dish steaknya pun cuma ada salad, mashed potato & corn.
Disebabkan menu lain adalah sedap, chances untuk Ammal repeat tu ada laaa…
Tapi kena ambik steak biasa la kot.
 
Lobster deme, harganya RM28 per 100gm.
Ammal tak terasa nak try. Cukup la makan kat Red Lobster dulu yg buat sedikit terkilan.
Nak betul2 puas hati, pie travel, makan la lobster fresh kat sana.
Confirm manis sehingga menjilat jari.
 
Sebab ada rasa terkilan, buat hati Ammal cam meronta-ronta nak try Tomahawk kat N97.
Dengan sides sautéed potato, brokoli & salad, cam terliur jer Ammal tengok gambar2 yg bloggers share
Haiyaaa… satu libu utk di flush ke jamban selepas 8 jam?!?
Sanggup kah puan Ammal? huhuhuhu
 
Tips untuk makan steak dari Ammal, ambik la kadaran masak dagingnya medium.
Tak terlalu mentah sampai darah merah berjejer lagi.
Dan jugak tak terlalu masak sampai daging keras, dah hilang juice dagingnya dan liat untuk dikunyah.
Dan jangan pilih medium rare jugak. Kecuali korang sanggup tengok darah merah banyak lagi laa... hihihi
Medium well pun pada Ammal, dagingnya dah agak keras.
Tapi nak mencari chef yg betul2 pandai utk masak steak dengan kadaran medium ni, payah sket la.

Mesti ada yg tertanya-tanya.
Tak hanyir ke masak medium gitu?
Pada Ammal, antara daging lembu/lamb dengan ayam yg kurang masak, sangat berbeza rasanya.
Daging lembu/ lamb takkan ada rasa hanyir.
Cuma naluri kita ni kadang rasa geli tengok darah merah kat pinggan.
Kalau ayam kurang masak pulak, Ammal confirm loya seharian!
Bau dan rasa hanyirnya bagai tinggal kat tekak.

Ok cukup la 3 entry untuk hari ni.
Ammal nak sambung survey hotel utk trip tahun depan.


Annyeong!!