Monday 20 June 2016

Toowoomba Deli & Meat (Steakhouse)

Ammal suka makan steak! Nak nak pulak kalo ada merah2 sket tu.
Tapi idok ler merah dgn darah meleleh.
Tu namanya nak jadik vampire! mwuahaha
Cara masakan kegemaran Ammal ialah medium well.

Kadang2, kalau kat umah Ammal buat steak sendiri.
Kalau rasa nak yg orang masak, pie ler pilih nak makan kat restoran mana.
Banyak je kat KL ni.
Dalam banyak2 restoran, antara restoran yg jadi pilihan Ammal ialah Toowoomba.
Cumanya kat sini susah benor nak dapat parking.
Jadi ada sedikit berchenta nak pie!

Dua gambar kat bawah ni, Ammal pie ngan officemate.
Time tu, Toowoomba ada promo daging wagyu dengan harga RM89
Buat sapa yg pernah makan daging wagyu ni, mesti tau betapa sedapnya daging dia.
Buat yang tak pernah rasa pulak, apa yang Ammal boleh cakap, daging wagyu ni lembut giler.
Tak yah susah payah nak kunyah.
Umpama cair dalam mulut... nyumm... nyumm...
Bulan2 posa buat entry pasal makan, memang boleh buat perut berdondang sayang laa...huhuhu
Officemate Ammal yang lenlain pulak, ambik set lunch. Harga Ammal lupa.
Tapi korang boleh check kat FB Toowoomba.


Wagyu... cair dalam mulut

Lunch set - main course, soup & air

Gambor2 kat bawah ni pulak, kunjungan terakhir Ammal tempohari.
Makan2 ngan husband & anak2 untuk dinner.

Garlic bread

Ni bukan wagyu.. tapi tak ingat la Ammal ambik apa

Now diorang jual dimsum jugak

Ni anak Ammal punya

Ni pulak pilihan enche hubby

Ok, nak tau apa lagi yang Ammal suka dengan Toowoomba ni?
Ammal suka dengan side dishes diorang.
Sos salad dia ada rasa mangga sket. Masam masam manis.
Mashed potato pun sedap.
Presentation kiranya sedap di mata Ammal.
Rasa pun sedap kat dalam mulut dan tekak... hahaha
Compared to Menate, Toowoomba lebih menjadi pilihan Ammal.
Harga makanan di Toowoomba ni standard harga restoran la. Tapi affordable...

Kalau korang nak try, pie ler terjah.
Dari FB deme, offer wagyu kembali lagi!
RM89 utk striploin & RM115 utk ribeye, per plate.
Sempena Ramadhan ni, ada BBQ & Dim Sum Buffet jugak.
Ni kat bawah ni Ammal bagi address & no telefonnya: 

Toowoomba Deli & Meat (Steakhouse)
Setapak G3A, PV 128 Platinum Mondrian,
Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
03-4131 9006


Annyeong!