Tuesday 6 June 2017

Shopping di London vs US

"Eh, lawanya. Ko beli kat mana handbag ni?"
"Ooo, ni aku beli kat London!"
Haaa... gitu lebih kurang dialog ceritera rekaan masyarakat.
Rekaan tapi ada rasanya terjadi kan?!
Gah sungguh bercerita shopping kat LONDON kan! hua hua hua hua
Ammal dedolu pun, antara yg melopong la kalau orang sebut shopping kat London.
Tapi bila dah jejak... HUH! Harap exchange rate je la tinggi.
Nak kata murah dan berbaloi, tak de punnn.
Cuma untuk luxury brand, murah ler sikit regenya compared to Malaysia.
Bila Ammal kata murah sikit, jangan la korang bayangkan seratus dua pulak.
Ni luxury brand dek non!
Maksud Ammal... kalau kat KL ni handbag tu harganya RM8k, kat London nun, bila sale, kurang la dalam RM2-3k!
Mungkin sebab tu la kot, depa tu tadi gah bercerita.
Deme semua tu stock ada-ada.
Ammal tak gila la lagi nak buat perangai, nak beli handbag ribu riban tiap kali travel!
Dah shopping ribu riban kat London nun, depa boleh claim VAT pulak.
VAT ni, bukan setakat boleh claim bila shopping kat London je sebenarnya. Tapi kat semua Europe country. 
Tapi tak banyak mana punnnn... administration fees je pun dah berapa pound kena rembat.
Dapat la ciput celah gigi...huhuhu

Asalnya, sebab semua dok gah bercerita hebatnya shopping di London la, Ammal pun memasang angan-angan untuk shopping jugak kat sana.
Bertahun Ammal pujuk husband, ajak pie London!
Kawan2 yg rapat je tau, berapa lama sessi pujuk memujuk tu berlangsung!
Antara kata2 husband Ammal, yg masih Ammal ingat, "You nak carik apa kat London tu? Tak ada apa kat sanaaaa. Barang2 pun mahal"
Akhirnya sebaik sahaja balik dari Spain dan 2 plan jadi scrap, husband Ammal mengalah.
Terbang la kami ke Amsterdam dan London Disember 2016 aritu.
Dannn seperti yang husband Ammal cakap... London tak ada apa!
Memang tak ada apa sangat la yang Ammal beli.
Baju anak2, sehelai pun tak ada! TAK ADA ok! TENSION sangat!
Sebab tu la banyak tempat tak pergi lawat sebab Ammal geram tak jumpa baju anak, buang masa asik dok repeat shopping, pergi merata ceruk dan kedai mencari yang tiada!
Mesti ada yg akan cakap, "Apa gila tak ada apa! Banyak je kedai kat London tu!"
Ye, memang ler banyak. Tapi tak berbaloi!
 

Kat US, dengan USD10, Ammal boleh beli jeans Osh Kosh untuk anak Ammal bila sale!
USD10 tau tak!! Which is equivalent to RM30.30 ikut rate masa Ammal ke sana dulu.
Kalau ikut rate sekarang, RM43.
Korang ingat boleh jumpa branded jeans dengan GBP10 kat London?
NAN HADO!
T-shirt Tommy Hilfiger kat Premium Outlet kat US nun, Ammal boleh dapat dengan harga USD20.
Kat London? Kat kedai tepi2 jalan, yg tak tau brand apa pun belum tentu boleh dapat!
Kat Primark mungkin boleh la. Tapiii... kualitinya, astaghfirullah.
Elok la pulak lagi kualiti t-shirt kat Mydin ko!
Memang patut la ada blogger yang kata, shopping kat Primark tu umpama shopping kat Mydin!
Ku tepuk dahi, sambil menahan sakit dan geram dalam hati!
Bicester Village yg kononnya outlet shopping centre pun tak mampu menandingi harga2 barang di US.
Bicester tu, jangan korang sebut Bi-Chest-Ter pulak tau! It's Bis-Ter!
Bila jadi gitu, korang rasa apa husband Ammal cakap?
Huhuhu... "I dah cakap. You tak percaya"
Huwaaaa... nanges tau!
Jeans GAP kat Malaysia ni RM300-400 sehelai kan? Kat US nun, RM90 jer pun boleh dapat beb!
Blouse Ammal, less than RM150... kat KL, blouse yang sama RM499 ke RM599 (Ammal pun lupa. Tapi nganga mulut bila tengok harga kat sini)
Jam tangan Fossil pun, boleh dapat kurang dari RM150.

T-Shirt Tommy tu, korang tau harga berapa kat sini? RM599!!
Ishhh banyak la kalau nak buat comparison.
Tiap kali kitorang satu family masuk mall yg ada brand2 mahal cam hape kat KL ni cam Pavi semua tu, mesti rasa cam nak gelak guling2 bila tengok harga.
Kat US nun, depa main campak2 jer! Eh, kasut Clarks kat UK pun tergolek-golek jer ko!
Sadis betul shopping kat KL ni! Dapat pulak sales person yang pandang kita atas bawah macam hape... huhuhuhu


Tak percaya Ammal cerita? Tu, nampak tu? 
It's Nike ok! USD20 ajer! 

Kalau kat US terkenal dengan Black Friday. London pulak dengan Boxing Day nya.
Alhamdulillah, I've experienced both event. Bila dah begini jalan cerita, Ammal rasa korang mesti dah boleh agak, which sale event yang paling happening kan?!
Masa Black Friday, Ammal shopping sampai 4 pagi ko! Jalan sesak, polis ramai, sale memang harga runtuh cam nak giler, shopping mall penuh dengan umat manusia yang macam semut dan pelbagai offer!
Boxing Day? Ammal tak buat kerja gila stay sampai pagi... tapi keluar rumah awal la.
Sampai2 je kat Westfield, senyap sunyiiii jer.
Umat manusia pun cuma ada beberapa ketul. Sampai husband Ammal tanya, "Betul ke ada sale ni?"
Hahaha... sadis kan!?! First kedai yang Ammal masuk; Ted Baker.
Memilih dengan gembira ria sebab orang tak ramai. Siap boleh berwhatsapp dengan family & kawan2 di Malaysia lagi, tanya depa nak kirim apa?
Kat US nun, jangan harap la mall kosong gitu.

Pie US, kitorang kena beli beg extra sebab beg2 yang ada semua dah penuh.
Kat London? Beg tak bertambah. Penuh pun sebab tugas sebagai PS. Ruang beg penuh dengan barang2 pesanan je.
Pergi US, Ammal shopping baju anak2 berpuluh helai utk buat stock baju raya.
Tahun ni, stock terakhir yg ada dalam almari. Bapak lama! hahaha
Punya la berbaloi. Kitorang ni bukan jenis nak pakai fashion up to date.
Lagi2 pulak anak lelaki. Tak ada dikisahnya der!
Ingatkan boleh la buat stock baru bila pie London, tapiii... hmmph..
Tak apa la. Ammal jadikan pengajaran. Ammal tunjuk ajar korang sama agar tak tertipus!
Bukan setakat London, travel ke Europe memang tak boleh letak harapan tinggi nak shopping macam kat US.
Walaupun flight tiket ke US tu mencekik. Tapi kalau nak dikirakan penjimatan yang kitorang dapat bila bershopping, memang balik modal sungguh!
Cumanya tak boleh claim VAT la...


Our bags during our first trip to US in 2012. 
2 of the bags weighted more than 35kg each. 


Refer kat gambar beg atas nun. Masa pergi, baju yg Ammal bawak, cuma 3 helai seorang :))
Jadi berat beg masa nak balik, memang baju baru semata!
Syiok? Apa lagi?
Kumpul duit, jom pie soping kat US jom! hihihi



Annyeong & Salam Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin