Monday 4 November 2019

Highland Steamboat Cheese & Grill

Ntah bila trip ke Cameron ni ntah. Ammal lupa sudah.
Ammal cuma nak share pasal kedai steamboat ni... Highland Steamboat Cheese & Grill
Tak silap Ammal harga untuk dewasa RM36 dan budak RM20. Kalau salah info, mintak maaf banyak2.
Untuk sepinggan cheese, Ammal lupa berapa ringgit.
Dan kalau nak elakkan pelanggan yang ramai, datang la dalam pukul 5.30 petang centu.
Early dinner la maknanya.
Pilihan super duper banyak. Kalau habis, cepat je diorang refill.





Seafoods


Bebola

Ada nasi goreng & bihun goreng jugak


Sayur yang pelbagai pilihan

Pelbagai sos & pencecah


Dan ice-cream jugak

Ni address dia Ammal tolong tepekkan:
Robinson falls, Jalan Persiaran Dayang Endah, Tanah Rata

Annyeong

Symphony by Chef Jo.

Sempena birthday enche boyfren tempohari, Ammal belanja beliau makan di Symphony by Chef Jo.
Restoran ni terletak di Damansara City Mall.
Cane Ammal tau pasal restoran ni? Google la... apa lagi.
Kalau tanya Ammal siapa Chef Jo ni, mintak maaf la banyak2.
Ammal tak tengok tv... huhuhu. Layan K-Drama pun online je.
 
Bila ditanya, birthday boy kata nak makan western, Ammal cari la restoran yang kitorang tak pernah pergi.
Takut kalau restoran penuh, Ammal buat reservation.
Apa jenis steak yg kitorang makan, Ammal dah lupa... hihihi
Tengok jer la gambar kat bawah nun.
Dari segi portion, pada Ammal agak kecik.
Tapi kalau ambik appetizer dan yang lain2nya, Insya-Allah kenyang.

Boleh tengok chef masak

Interior sempoi


Dirty Laundry

Banana Maltshake & Vanilla Maltshake



Kalau makan steak, we love medium well doneness.
Chef kat restoran ni, masak dengan perfect sekali.
I have no complaint!
Perfecto!

Untuk yang sukakan suasana yg aman tenteram, cuba la try makan kat sini.
Harga, rasanya you all pun boleh agak dalam range berapa kan?!


Annyeong!

ParaThai @ MyTOWN Shopping Centre

Fuhh... entry ke 4 untuk hari ni. Macam rally pulak rasa... hahaha
Ok ni pasal Thai Food pulak.
Ammal dah 2 kali pergi ke Restoran Para Thai ni. Tapi dok cari gambar, tak jumpa la pulak.
Cuma jumpa gambar masa pie kali ke 2.
Masa 1st trip, seingat Ammal, kitorang order ala carte.
2nd time ni, order nasi & lauk; Green Curry Chicken & Crying Tiger Beef
 

 
 
Green curry tu memang super sedap. Crying tiger, kurang menepati tekak Ammal. Sedap lagi masa Ammal makan di KB.
Kalau korang pergi Ikea Cheras & tak tau nak makan apa, Ammal memang recommend kedai ni.
Cuma harganya agak mencekik la. Tapi anggap je la korang makan kat Bangkok nun... hihihi
 
 
Ok, annyeong! Ammal try carik ada gambar makanan yang boleh share lagi ke tak. Kalau ada, akan ada next entry... hahaha

K Fry Urban Korean

Masih dengan Korean food, K Fry Urban Korean menjadi pilihan birthday boy. Sebab dah pernah kena tunggu 20 orang depan kitorang masa di KLCC, makanya untuk makan2 birthday ni, Ammal buat reservation siap2. Chicken bumbuk yg jadi perbualan seantaro dunia pemakanan pun Ammal dah reserve awal2.
 
Kat bawah ni apa yang kitorang order pada hari kejadian.
Nampak macam sikit kan? Tapiii.. ayam bumbuk tu kena tapau! Tak habis you!
Nyangpa Blossom tu pulak, tak sedap, jadinya memang tak habis makan.
Nutella Madness memang bapak punya sedap!
Ayam pulak, Ammal lebih suka yang bergoreng.
Mungkin lain kali boleh try yg pedas. Mungkin sedap la kot.
But not with the bumbuk la. Muak weh.
Budak2 mungkin suka. Tapi umur2 cam Ammal ni, tak lalu dah dengan cheese-chese ni
  
Nuttella Madness

K Fry Chikin-Mu Sandwich

K Fry Garlic Soya Wings
 
Honey mustard + Yangnyeom Cheesy chicken bumbuk
 
Ayam yang dah siap dibalut dengan cheese

Nyangpa blossom

Kimgaru Bokkeumbap

So, recommended ke tidak?
Pada Ammal kalau nak try, pastikan perut betul2 kosong.
Portion dia besar. Lagi besar dari Chir Chir.
Dah 2 kedai makan Ammal share arini.
3 entry dlm satu hari. Hmmm... my body need a break.
Banyak betul yg tertunggak sebab asyik sibuk settlekan hal travel.

Annyeong chinggu!

Chir Chir Fusion Chicken Factory

*Latest update, as at December 2019, restoran Chir Chir di Pavilion ni telah pun ditutup*
 
Lama Ammal tak share pasal kedai makan kan. Bukannya apa, kadang tu beriya Ammal share, tup-tup, kedai tutup selama-lamanya. Rasa bersalah pulak pada reader.
 
Buat peminat makanan Korea, ni Ammal nak share pasal Chir Chir Fusion Chicken Factory.
Kalau nak compare dengan KyoChon, Chir Chir ni boleh jadi saingan.
Rasa sedap dan yang paling penting, portion & size ayam lagi besar dari KyoChon.
Harga lebih kurang sama je. Cuma branch dia je tak banyak.
Kat KL ni cuma ada satu, di Pavilion.
Ammal dah dua kali makan kat sini.
Nak pergi selalu tu, tak mampu la...
 
1st trip, Ammal dating dengan husband.
Setiap meal, ada 2 size; single & double.
Sah2 la kitorang single portion.
Tapi tetap tak habis... hahaha
 

Honey butter chicken

Spicy Chi Bap

2nd trip Ammal bawak anak2.
Dengan portion banyak centu, bawak anak2 sure habis.
Ammal & husband masih order menu yang sama & anak2 order menu lain

Honey butter chicken, again

Seafood mac & cheese

And Spicy Chi Bap, again

Garlic roasted chicken

Buat peminat Korean food, Ammal memang recommend makan kat sini.
Kalau nak jimat, Fave selalu gak ada offer.

Ok, selamat menjamu selera.
Annyeong!

Bukittinggi

Dah 7 bulan, baru harini nak update cerita pasal trip ke Bukittinggi. Ammal cuti. Baru balik dari Seoul. Last overseas trip untuk tahun ni.

Ammal cerita apa yang Ammal ingat pasal trip Bukittinggi ni ye. Trip bermula 14 April sehingga 17hb. Naik apa lagi kalau setakat ke Indonesia tu, AA la. Beli tiket tahun lepas, masa AA sale free seat. Harga dah lupa... hahaha

Padang dari udara

Sampai je di Minangkabau International Airport, pak supir sudah pun menunggu. Dan terus di bawa ke Rumah Makan Lamun Ombak. Ammal makan nasi & order Martabak Mesir. Lauknya semua masin ya amat. Tak kena betul dengan tekak Ammal.


Martabak Mesir

Perjalanan diteruskan ke Bukittinggi. Jalan dah la kecik. Ada contruction pulak tu. 3 jam weh nak sampai hotel! Sempat jugak berhenti kat Air Terjun Lembah Anai & makan kuih neraka. Nama kuih tu scary kan?! Padahal kuih lempeng je. Ada lempeng pisang & lempeng kelapa. Dipanggil kuih neraka sebab depa masak pakai dapur kayu. Selain tu, berhenti untuk shopping kain jugak. Biasa la. Dah namanya gegurls trip kan. Hotel yang jadi pilihan ialah Grand Rocky Hotel. 4.5 bintang katanya.


Air Terjun Lembah Anai

Seriously I can't really remember about this trip. So sorry...
Yg mampu Ammal ingat, kitorang shopping di Pasar Aur Kuning. Deretan kedai sepanjang jalan, dlm cuaca panas.
Makan pun tak sesedap di Bandung. Kebanyakan masakannya masin.



Kalau dulu2, sesiapa yang pernah pergi, katanya Bukittinggi ni sejuk macam kat Cameron.
Sekarang tak lagi. Awal pagi sesudah Subuh je berkabus. Lepas tu panas ting ting.
Makan di hotel pun tak sedap. Servis pun sangat mengecewakan.
Jauh sungguh beza dengan hotel2 di Bandung

View dari bilik


Erk... Ammal memang makan dengan sudu garfu sebab tak suka tangan berbau. Kat rumah tak pe.


16hb kitorang check-out utk bermalam di Padang. Flight awal pagi 17hb. Jadi memang kena bermalam di sana. Dalam perjalanan, berhenti di Istana Pagar Ruyung, Lake Singkarak dan beberapa kedai kecil untuk last shopping. 2 jam perjalanan, kepala Ammal dah start berdenyut.
Istana Pagar Ruyung

Lake Singkarak


Selesai urusan check-in di hotel apa ntah di Padang, tapi hotel murah la, towel pun koyak rabak, Ammal terus tidur. Awal pagi esoknya, sesudah Subuh, terus gerak ke airport dengan airport transfer yg Ammal dah booked masa check-in semalamnya. Nasib baik migraine Ammal dah hilang. Sampai airport, sesudah check-in, terus cari makan. Kepala dah sakit, Ammal memang tak makan malam tu. 

Sampai rumah, tengok cermin, kulit dah bertukar warna. Patut la Ammal migraine. Panas sangat la tu. Pada Ammal, Ammal takkan repeat ke Bukittinggi ni lagi kecuali diorang bina airport di situ. Sungguh tak berbaloi dan buang masa. Kalau nak pergi pun, maybe Ammal nak enjoy Padang. Sebab dari udara nampak ada pulau2 yg menarik.
 
 
Till next entry, annyeong!

Saturday 20 July 2019

Bangkok

Ammal terus lompat cerita pasal Bangkok la ye.
Setakat Langkawi tu, tak ada apa pun.
Cuma kalau nak makan seafood yg super murah, Ammal suggest, pie la Restoran Nelayan di Bukit Malut. Tu je la yg Ammal boleh share.
Untuk kereta sewa, actually ada incident. Tapi dah jadi kes polis, so biar polis siasat.
Sampai mana nak buat jahat pun. Kalau lepas kat dunia, akhirat nanti nak lari mana?

Dah, jom cerita pasal Bangkok!
Ammal ke Bangkok dari 16-19 Februari 2019.
Plan nak pergi dah banyak kali. Asyik tengok kengkawan share JJCM diorang kat sana, rasa meleleh-leleh air liur Ammal.
Konon nak gegurls trip, tapi tak de sapa yg nak.
Entah dah berapa kali terlepas tiket murah.
Akhirnya, Ammal ajak husband. Anak2 pun dah besar, jadi rasanya dah sampai masa untuk ibu ayah diorang ni pergi honeymoon untuk kali ke 2... hihihi
Elok pulak pagi 24 Jun 2018, Ammal dapat offer return ticket MAS RM357 seorang.
Terus laju je tangan ni click, click, click... dan 'ter'beli la dua tiket ke sana.
Padahal masa tu dah tau, Mac & April dah ada trip lain.
Memang tak pikir panjang dah. Yang penting, Ammal KENA ke Bangkok! hahaha

Flight Ammal pukul 2.55 petang. Jadinya dalam pukul 10 pagi Ammal dah bertolak dari rumah.
Baru je 10 minit tinggalkan rumah, tetiba husband Ammal cakap... "Rasa lain pulak nak travel anak2 tak ikut!"
Korang rasa apa respon Ammal?
Ammal gelak besar you! Iye la. Kitorang tak pernah buat holiday trip berdua tanpa anak2.
At least Ammal selalu la jugak buat gegurls trip. Husband Ammal ni kira 1st time la dia pie holiday gini. Kalau kena kerja outstation tu lain feel dia kot... hihihi.

Flight dari KL landing tepat ikut masa di Bangkok. Tapi immigration tersangat la ramai orang.
Lepas je immigration, Ammal terus cari kaunter Klook untuk redeem Rabbit Card.
Settle Rabbit Card, pergi beli sim card pulak.
Dari bacaan, diorang recommend sim card AIS
Dari airport nak ke bandar, kitorang decide untuk naik skytrain je.
Tapi ya Rabbi! Penuhnya!
Tinggal lagi 2 stesyen, baru Ammal dapat duduk. Penat giler!

Bangkok ni, disebabkan tak pernah sampai, Ammal cuma harapkan info dari kawan2.
Setakat nak ke Bangkok, malas pulak rasanya nak beli buku travel.
Selain kawan2, Ammal tanya jugak la dengan boyfren kesayangan Ammal; si Mr. Google.
Nak cari hotel pun jenuh jugak haritu. Memandangkan pengalaman penat turun naik tangga di NYC masih segar, Ammal decide utk pilih hotel yg paling deeeekat dengan station BTS.
Setelah puas kaji Google map, akhirnya Ammal pilih Hotel Mercure Bangkok Siam yang cuma perlu berjalan 1 minit je dari stesyen National Stadium.

Masa check in, receptionist bagitau ada power trip.
Jadinya Ammal dipindahkan ke hotel sebelah; Ibis Bangkok Siam.
Disebabkan masalah power trip dan kena pindah hotel ni, dia kata, esok bila masuk Mercure, bilik akan di upgrade. Yahoo!

Pilihan lokasi hotel sangat tepat. Memang enjoy duduk situ.
Walaupun 1st night kena duduk hotel lain, tapi kira oka la... dapat merasa 2 hotel kan?!
Both hotel tu dekat dengan MBK shopping mall.
Dalam MBK tu banyak sangat kedai makan halal.
Korang rasa apa perasaan Ammal? Hahaha... heaven weh!

1st night selepas check in tu, niatnya nak makan di Yana.
Tapi pusing pusing, tak jumpa!
Perut dah berkeroncong lapar.
Akhirnya kitorang pilih untuk makan di SiamYork Lor Restaurant.
Ammal ambik 1 tray seafoods. Makan dengan bun.
Sedap tak tau nak cakap camana la... hahaha  

Seafoods yg tak ingat nama

Antara menu Siam York Lor

Destinasi pertama selepas perut kenyang ialah ke Talad Neon Night Market.
Boleh tahan jauh jugak nak berjalan dari stesyen BTS.
Ada la nampak sotong bakar. Macam sedap. Harga pun murah.
Tapi kat sebelah dia ada jual oink oink.
Memang idok ler enche boyfren Ammal tu bagi beli... hahaha.
Cari punya cari, tak ada jugak sotong bakar yg 'sedap di mata. Makanya terus menapak ke stesyen utk balik hotel.
Habis pusing ronda satu night market, yang dibeli cuma jajan... huhuhu

Talad Neon Night Market

Pelbagai seafood yg menggoda

Sotong bakar

Ammal ni sebenarnya allergy dengan udang galah.
Sampai je hotel, kelam kabut makan ubat.
Tapiii... tetap la berulang ke toilet. Dengan loyanya... sebaik tak bengkak2 badan.
Ubat tu cuma mampu mengurangkan bukan menghilangkan allergy Ammal... huhuhu 
  
Free breakfast
  
Esoknya, lepas breafast, terus ke Chatuchak Weekend Market.
Pada pandangan Ammal, Chatuchak ni lebih kurang Thai Fair kat Msia ni je barang2 yg dijual kat situ.
Cuaca kusss semangat panas.
Pasarnya pulak punya la panjang berlingkar dgn atap zink.
Korang rasa Ammal mampu bertahan?
Memang idok ler. Tak sampai setengah jam kot Ammal jalan kat situ.

Chatuchak Market

Niat nak ke Bangkok ni selain JJCM, Ammal nak carik kain & lace.
Tailor Ammal kata, lace kat Bangkok lawa2.
Jadinya masukkan la dalam iti untuk pergi India Emporium, Pahurat, Sampeng lane & few other places.
Dari Chatuchak, kitorang ambik MRT di Mo chit dan turun di stesyen terakhir Hua Lamphong.
Saja nak merasa MRT deme.
Sampai di stesyen, panggil Grab untuk ke Old Siam.
Pusing satu mall, tak jumpa kain yang berkenan.
Pilihan tak banyak pun.
Elok pulak ada food fair kat dalam tu.
Ammal try Khanom Buang = Thai Crispy Pancake.
Manisnyaaaa... manis tahap potong kaki! huhuhu
Dari Old Siam ke China World. China World ke Phahurat.
Dari Phahurat ke India Emporium. Tapi akhirnya tak beli apa pun.
Kain2 & lacenya boleh tahan mahal.
Dan kedai2nya berterabur bukan tertumpu pada satu tempat macam Pasar Baru Bandung.
Dah penat menapak, berpusing cari kain, kitorang tahan teksi & terus balik hotel.
Driver teksinya lelaki muda. Kuss semangat hemsemnyer!
Udah seghoper rupa Kim Hyun Joong.
Peminat k-drama sure kenal pelakon ni. Udah mata Ammal umpama tak berkedip dok tengok dia...
Padahal husband kat sebelah ni! Hahaha... jangan tiru perangai Ammal yg satu ni!
 
Sampai hotel, dua2 tergolek tidur kepenatan.
Kononnya malam tu lepas dinner nak ke Asiatique. So gerak awal sikit nak mencari Yana sampai jumpa.
Pusing punya pusing, jumpa jugak.
Senang aje nak cari sebenarnya. Tapi semalam sebab dah lapor sesangat, tu yg tak larat nak explore.
 
Yana Restaurant
 
Kitorang order nasi, ayam garlic, green curry, Thai tea & red ruby (yg ni je tak sedap).
Sedap sangat. Sampai licin la mangkuk green curry tu Ammal hirup!
Dan dia punya kenyang, terus cancel nak ke Asiatique.
Tapi dalam kenyang, tetap membungkus pulut mangga bawak balik hotel
Owh.. bukan setakat pulut mangga, Thai tea & buah kundang jugak... hahaha 

Royal Thai Naval Academy

Esoknya, tak ada plan apa pun.
Jadi kitorang decide nak jenjalan naik BTS sampai 4 stesyen terakhir sebelum Kheha.
Bapak jauh rail BTS ni ye. Bagus betul planning diorang!

  
Emquartier open air garden

Dah habis pusing BTS, kitorang explore Emquatier Mall.
Dari bacaan katanya dalam Emquartier ni ada taman & air terjun.
 
 
Dan Pierre Herme pun ada kat situ. Dapat la Ammal lepas rindu dengan macaron dia yang sedap tu.
Favourite Ammal sudah semestinya Ispahan. Belasah beli 4 biji. Tapi campur dengan perisa lain jugak la.
Puas pusing Emquartier, kitorang ronda mall Terminal 21.
Kemudiannya pergi massage dan lunch di Restoran 'FF' (pandai2 la teka).
Review kat Google, berdegang degung kata sedap.
Tapi.. alahaiii... murah memang la murah. Portion pun banyak.
Yang dok bagi review kata sedap tu, Ammal rasa lidah diorang dah hilang deria rasa kot.
Tak pun sebab terlampau penat berjalan, apa yg dapat makan masa tu, semua sedap! 
Frust sangat Ammal rasa.
Dah la hati sebal, boleh pulak Herme macaron, tertinggal kat restoran tu!
Ammal sedar pun masa dah sampai Siam Discovery. Sedih tau!
Sedih punya pasal, Ammal belasah beli 'snack' pulut mangga (snack ko panggil pulut mangga tu kak? hahaha), & mango smoothies dan terus balik hotel.
 
 
 
Malamnya kitorang decide nak dinner kat food court MBK tingkat 5. Ambik nasi beriani, siakap goreng & sotong bakar. Licin! Gambor segan nak tepek! HAHAHA


Sebelum balik, singgah di SiamYork Lor beli steam bun pulak.
Memang JJCM sungguh Ammal di Bangkok ni.

Last day di Bangkok, pagi2 lagi Ammal repeat ke Emquartier nak tapau bawak balik Piere Herme.
Pastu ke MBK beli buah kundang, mangga & pulut mangga untuk dibawa balik jugak.
Mentang2 Bangkok tu dekatkan. Segala macam mak nenek makanan nak dibawa balik
Our last lunch, Yana tetap jadi pilihan.
Ammal siap tapau lauk favourite anak2, ayam gajus lagi nak bawak balik KL!
Dari hotel, Ammal panggil Grab untuk ke airport.
Tak boleh naik sky train sebab beg dah berat.


Nampak tu betapa ramainya umat manusia!
 
Suvarnabhumi Airport terlalu pack dengan manusia!
Nasib baik flight on time. Kalau tak mau migraine Ammal.
Dalam flight makan lagi! Hahaha

Sebahagian hasil shoppingan makanan

So, seronok ke tak Bangkok?
Untuk JJCM memang superb!
Untuk shopping, pada Ammal memang tak ada apa yg Ammal berkenan KECUALI makanan & bahan masak diorang.
Yang pasti, ada je tiket murah ke Bangkok, Ammal pasti akan terbang lagi!


Annyeong!