Wednesday 18 January 2017

Zawara Coffee


Sebut je Zawara Coffee, mesti ramai yang dah tau kan.
Kesian Ammal. 'Katak' sungguh!
Orang dah lama try, Ammal baru dapat try November tahun lepas! 
Kiranya entry ni tak la berkurun sangat kan macam Crab Factory tu...hahaha
Teringin nak try sini pun sebab tengok blog si Maya kaki travel tu makan dengan buah hati dia.
Cam sedappp je.
Jadinya Ammal ajak anak2 semua dinner kat sini.
Dekat2 rumah Ammal ada 2 cawangan Zawara Coffee ni.
Ammal pilih yg paling dekat dan senang parking.
Anak Ammal yg kecik tu, dengar je perkataan coffee, dah start tarik muka.
Saja nak kasi ibu dia menyinga la buat perangai gitu kan!?!

Ferrero milkshake

Bila tengok menu, HAH! Hambek ko!
Dah tak tau nak pilih makan apa... banyak songeh lagi!
Semua nampak sedap!
Ammal pilih untuk minum Ferrero Milkshake. Sedapnyaaa...
Ordernya satu je, sebab sedap sangat udah berebut la pulak dengan anak2...hahaha




Malam tu, semua decide untuk makan burger.
Jadi kitorang dapat la rasa empat jenis burger terus malam tu... hahaha.
Selain tu, kitorang try mushroom soup & salted egg chicken wings.
Burger Zawara Coffee ni bukan sebarang burger.
Roti yang diorang guna, padat, tapi lembut dan super duper sedap.
Memang kenyang la!


Mushroom soup


Salted egg chicken wings

Mushroom soup diorang bagi dengan roti.
Pun sedap gak!
Rasanya roti yang sama diorang guna untuk burger.
Yang kureng cuma chicken wings tu je!
Coffee memang idok ler kitorang try sebab kitorang bukan hantu coffee.


Ammal ingatkan, kalau lapar lagi nak la try kek diorang yg nampak mengancam tu.
Tapi sedor dengan keadaan perut, lupakan aje la niat tu!

Disebabkan roti diorang yg sedap tu, Ammal ngan anak2 sanggup pie Zawara lagi, semata-mata untuk beli roti tu je. 

So, apa lagi!
Buat yang belum pernah try, pie ler try!



Annyeong!!


Crab Factory

Ammal try restaurant Crab Factory ni bulan September 2016... tahun lepas tuuu!! Punya la berzaman baru nak up dalam blog. 
Asalnya memang tak tau apa pun pasal restaurant. Terjumpa deal dalam Groupon.
Nampak cam best, jadi kitorang decide nak try.
Harga memang sah2 la Ammal lupa suda...huhuhu


Menu ala carte


Ni la yang kitorang dapat.

Portion untuk coupon Groupon ni, agak kecik la untuk family piranha Ammal.
Jadinya kitorang up lagi dengan garlic bread, sotong goreng tepung (nama lupa...hahaha), & few side dishes.
Dah tambah2 tu, kenyang la


Garlic bread yg garing di luar,  lembut di dalam


Sotong goreng tepung...hahaha...memandai ubah nama!


Semua dah terbungkang masa ni... 

Set menu

Kalau nak try, tu address Ammal dah letak kat bawah nun. 
Set menu pun ada Ammal tepek.
Rasa memang sedap dan seafoods semua fresh.
Cuba jangan tak cuba!

Crab Factory 
21, Jalan SS 2/64, SS 2, 
Petaling Jaya, Selangor


Annyeong!

Tuesday 10 January 2017

AirBnB boleh dipercayai atau tidak?

Trip Ammal ke London dari 22-28 Disember 2016 yang lepas, buat pertama kalinya, Ammal menyewa melalui Airbnb. Ada kawan-kawan yang tanya, amende Airbnb ni? Airbnb ni macam satu platform, untuk tuan (host) punya rumah samada rumah yg didiami sendiri atau rumah yang diorang sewakan, untuk diorang iklankan kekosongan rumah/bilik di rumah diorang. Ammal malas nak tulis panjang, kalo rajin, pie ler baca kat sini :
https://en.wikipedia.org/wiki/Airbnb 
atau di sini:
https://www.airbnb.com/about/about-us

Apa yang Ammal nak share cuma pengalaman Ammal. Nak kata ngeri, tak la ngeri. Tapi insiden ni, buat perasaan Ammal bercampur baur. Marah ada, sedih ada, kecewa ada, menyesal, menyampah dan bermacam-macam lagi perasaan negative. Dan perasaan ni bermula pada 3 Jan 2017 pukul 2:30 pagi betul-betul selepas 1-2 hari Ammal tinggalkan positif review untuk host studio yang Ammal sewa. Host tu namanya Maridia K. Dia cakap ngan Ammal, the studio belongs to Loukas. Tak pasti la pulak samada Loukas tu boyfriend dia ka, adik ka, abang ka. Tapi gitu la ceritanya.

Studio tu Ammal booked sejak 2 April 2016. Masa tu, memang tak ada satu review pun untuk studio tu. Kiranya baru dalam listing Airbnb la. Ammal berserah je sebab rasa macam dah penat. Macam2 dugaan trip Ammal kali ni. Semua proses berjalan lancar. Walaupun ada masanya, si Maridia ni, lambat reply message, Ammal tak berapa kisah sebab fikirkan, trip Ammal lambat lagi. Sementara dok menunggu masa travel, Ammal checked jugak kot ada review. Ada... tapi tak banyak.

Sesampai di London lebih kurang pukul 8.35 pagi 22 Disember 2016, Ammal disambut oleh Mariana; cleaner yang si Maridia ni hired. Dia explain camana nak guna washer, mana bantal etc. Dan kitorang pun dengan gembira ria keluar masuk studio macam rumah sendiri. Kedudukan memang strategic. Punca Ammal berkenan, sebab bangunan tu ada lif. Senang la nak angkut 5 luggage kitorang yang gedabak tu kan. Size studio memang kecik. Cuma dua luggage yang boleh bukak, dalam satu2 masa. Tempat nak gantung baju tak ada. Tapi kira belasah je la. TV & iron yg ada dalam listing Airbnb pun tak wujud. Pasrah! Sebaik anak2 Ammal ada psp dan kitorang memang bawak laptop.

Sampai hari nak balik iaitu pada 28 Disember, selepas kemas barang, simpan pinggan mangkuk yg kitorang guna, buang sampah apa semua, Ammal cuma sempat sapu studio tu. Biasa la... family kuat makan. Habuk makanan tu, tetap la ada walau kita bersihkan setiap kali selesai makan. Masa tu memang tak sempat nak vacuum sebab teksi dah sampai. Husband pun kata, tak payah la. Kita kan dah bayar kos untuk bersihkan rumah... Ok. Fine! Kunci rumah pulak, si Maridia ni kata tinggalkan ajer atas meja kat dapur. Sebelum keluar memang kitorang checked satu rumah, untuk pastikan tak ada sebarang kerosakan, kekotoran melampau dan takut jugak kalau ada barang yang tertinggal. Dalam hati Ammal ni tergerak untuk ambil gambar. Tapiii... fikirkan tak ada masalah berkomunikasi ngan si Maridia ni, walaupun selepas dah sampai London, Ammal tolak tepi rasa hati tu. HAAA... Kat sini la mula kesilapan Ammal! On the way ke airport, Ammal hantar whatsapp kat si Maridia ni. Kata kitorang dah checked-out, kunci kat atas meja dapur. Ammal gitau jugak Ammal tinggalkan juice, susu & minyak masak kat rumah tu. Siap cakap terima kasih bagai kat dia.. huhuhu

Madu yang kuberi, racun yang dia balas! Tepat 2.30 pagi 3 Januari, sedang gembira ria membaca kat handphone, tiba2 nampak notification masuk, 'Your host is requesting money'. BEDEBUK! Rasa cam nak gugur jantung Ammal. Dengan lafaz Bismillah, Ammal kuatkan diri bukak emel... And this is what I received




Memang la tak banyak. Tapi tetap ler duit. Takkan la Ammal nak bayar bodoh2 je! Ammal carik gambar tak ada. Dengan hati sebal, Ammal paksa diri tidur. Tapi dalam kepala dah susun strategi. Apa tindakan yang perlu Ammal buat pagi esok.

1 : Mintak pendapat kawan yang jugak seorang host
2 : Mintak pendapat kawan, pengguna setia Airbnb
3 : Confirm dengan anak2
4 : Emel guest lain yang pernah menginap di studio tu.

Bangun jer pagi esok tu, Ammal checked gambar. Owh.. dah upload





Gambar last tu, buat Ammal berasap kepala macam naga!
Itu habuk makanan yang Ammal tak sempat vacuum pagi tu!
*/#^@%^&! Memang keluar la perkataan2 tak sedap dari mulut Ammal.
Ammal terus informed husband dan tanya anak2.
Apa yang diorang dah buat kat cabinet bilik air studio tu.
Sah2 la diorang melenting. "Mana ada buat apa!!"
Kitorang pun memang dah check keadaan rumah sebelum keluar, anak2 pun kata tak buat apa.
So maknanya, memang kena kencing!
Bermulalah sesi pergaduhan dengan si Maridia ni...
Apa si Maridia ni ingat, bila travel dengan budak2, rumah dia rosak la?!
Sah2 la anak2 Ammal dah travel sejak kecik. Tau nak hormat harta benda orang.
Kat rumah sendiri pun, Ammal menyinga, ni kan pulak kat rumah orang.
Dan kitorang dah travel merata kot. Segala macam tempat penginapan dah pernah duduk.
Puas la Ammal berbalas-balas message dengan si Maridia tu.
Pagi, petang sampai ke malam.
Akhirnya Ammal fed-up... Ammal jawab gini...



Ammal kena decline request minah tu by 2.30 am, 6 January 2016 (waktu sana). Lepas solat Subuh 6hb, Ammal cakap ngan husband. Ammal nak decline. Cam tak sedap pulak buat bodoh. Bila click je button decline, keluar la dua part message. Satu untuk si Maridia, satu lagi untuk Airbnb! Laaaa... awat la aku tak decline awal2. Udah kelam kabut pulak menaip message utk Airbnb. Siap apa semua, Ammal pie kerja. Petang Ammal terima emel ni


Tapi disebabkan mood sudah ke laut, emel yang baik ni, Ammal cuma nampak buruk je. Ammal reply dengan nada yang agak kasar... Masa tengah nak up status kutuk Airbnb, JayJay K reply balik dan cakap Ammal dah misunderstood his email. Alamak!! Dia suruh baca balik his previous email. Laaa... Airbnb kata tak yah bayar rupanya! Camana la aku nampak tadi kata kena bayar! Pengajaran tu! Jangan cepat nak marah! hehehe.. So Ammal terpaksa la hantar email lagi sekali. Minta maaf kat si JayJay K ni pulak, sebab sudah salah faham. Syukur Alhamdulillah semua dah settle.

Kesimpulan dari insiden ni? Airbnb boleh dipercayai. Host kat dalam tu ajer yang ada macam2 ragam. Yang penipu, yang ambil kesempatan etc macam la si Maridia tu! Buat diri Ammal, memang sebolehnya, Ammal tak nak sewa melalui Airbnb lagi. Sekali tu dah cukup menyiksa hati dan jiwa Ammal. Biar la bayar mahal sikit, dari hadapi tuduhan2 palsu camtu. Kalau korang nak teruskan dengan Airbnb, pastikan lebih berwaspada. Ambik la video keadaan satu rumah sebelum check-out. Itu je la Ammal nak pesan. Nak galak tidak, nak halang pun tidak. Ammal tak dapat apa pun... Dah settle insiden ni pun, dah rasa bersyukur sangat2.

Owh.. tak lupa terima kasih buat kawan2 yang tolong doakan Ammal sepanjang insiden ni berlaku dan juga buat kawan2 yang bagi semangat dan nasihat. Ammal sayang semua...mwuahhhh...

****
update as at 12/1/2017... Airbnb released my good review to that liar! 
Ammal email suruh removed, diorang kata tak boleh buat apa dah.
Free2 je penipu tu dapat good review. Eeee... spoiled my mood petang2 ni!

Ok. Annyeong!