Sunday 5 April 2020

Journey to Paris

Korang percaya tak, Paris tak pernah ada dalam bucket list Ammal.
BETUL! Tak tipu!
Ammal tak pernah teringin nak ke Paris walaupun enche boyfren selalu 'goda' cakap,
"Croissant kat Paris lagi sedap"
"Sedap lagi croissant kat Paris"
Itu je la ayat yang dia dok selalu ulang!
Punca lainnya sebab Ammal pernah tengok satu rancangan travel.
Dia kata Paris has the largest grave in the world.
Umpamanya kat atas ramai pelancong. Tapi diorang tak sedar yang sebenarnya diorang berjalan atas kubur… lebih kurang centu la ayat yg pengacara rancangan tu cakap.
Eee.. memang idok ler.
Tup tup.. 18 April 2019 yang lepas, ada sorang officemate Ammal balik dari kursus dan belanja kawan-kawan ofis 2 pastries cam dlm gambar kat bawah ni.


Ammal masukkan aje dalam mulut… terus "WOW"
Sedapnya Ya Rabbi! Dengan rasa & bau butter yang tinggal dalam mulut.
Habis je telan, terus Ammal WhatsApp enche boyfren...
"Yang! Jom pie Paris! Sha baru balik dari Paris. Dia bagi pastry. Sedap GILERRRR!"
"Kan I dah kata. Rotinyer memang sedap. Croissant especially"
"Jom arr. Seminggu jadi la"
"Can consider. But not this year"

Sebulan selepas tu, on 14 Mei, hotel & flight semua settle.
Punya dasyat penangan pastry tu! Lupa semua pasal Catacombs... hahaha...
Tak pernah2 kitorang buat perangai ceni.

Disember 2019, masa tengah bercuti kat PD, keluar berita pasal transport strike kat Paris.
Ammal cakap ngan enche boyfren, tak pe… lambat lagi.
3 minggu sebelum terbang, strike masih belum reda, ditambah pulak tak lama lepas tu dengan situasi panas di Negara2 Teluk.
Sampai satu tahap… pada 7 Januari, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan 'Travel Advisory' buat yang nak travel ke Negara2 Teluk.
Ammal bakal terbang dengan Oman Air. Sah-sah la akan transit di Oman.
Bila dah jadi camtu, memang cuak tak tau nak kata laaa…
Ammal terus hantar emel ke KLN & M'sian Embassy di Oman
Esoknya terima balasan emel, kata Oman masih selamat dan Ammal boleh teruskan perjalanan.
Tapi kena monitor selalu perkembangan di sana & check website KLN

Tiap kali travel, akan ada je macam2 dugaan. Untuk travel kali ni, bukan setakat transport strike & situasi 'panas' di Teluk je.
2 bulan selepas beli tiket lagi dah diduga.
Both return flight yang asalnya ada transit selama 2 jam setengah, telah bertukar jadi jam 1 jam 55 minit masa pergi dan 1 jam 45 minit masa balik.
Bila dapat je notis dari Expedia, terasa cam sesak nafas kejap. Terus teringat insiden lama, berlari dalam sejuk.
Bila informed enche boyfren, dia kata, tak pe. Proceed. Tak payah buat apa. Ok… Ammal fasrah!

Pergi ke Bangkok tahun lepas, 1st time travel tanpa anak2.
Ni kali kedua, tapi kali pertama terbang yang betul2 jauh.
Memandangkan dah berdua, kitorang decide nak try Plaza Premium Lounge.
Enche boyfren memang dapat masuk free sebab complimentary dari cc.
Ammal terpaksa beli pass. Jumpa offer kat Expedia jugak kalau tak silap.
Separuh Ammal bayar guna point Expedia. Separuh lagi enche boyfren velanja… hehehe.
Lounge ni pada Ammal biasa je. Tak besar mana. 
Masa kitorang sampai tu, kebanyakan meja dah penuh.
Jadi duduk je kat sofa. Pilihan makanan dan rasa pun biasa2 je. Tapi better dari lounge masa di Incheon hari tu la.
MAS Golden Lounge baru best kot. Moh kita verangan! Hahaha...

Selected cc dari bank di atas, boleh masuk free

Foods dlm lounge

Pilihan desserts

Ni nak citer dugaan masa di KLIA pulak…
Keluar dari lounge enche boyfren nak ke toilet. Ammal bebel la. Announcement untuk ke gate dah few times dibuat.
Dia kata tak yah risau. Lambat lagi.
Sementara tunggu dia, Ammal jengok board kat bawah, announcement dah hilang. Ahhh.. sudah!
Dia keluar je toilet, terus bergegas. Nasib la gate tak jauh.
Sampai kat gate, kitorang yang last rupanya!
Petugas tu kata, “Nasib baik sempat kak! Gate dah nak tutup ni!”
Rasa cam terbang kejap nyawa… huhuhu
Masuk je dalam kapal, rupa2nya, penumpang lain semua dah duduk.
Memang kitorang yg last dan satu kapal tunggu kitorang berdua. Kuss semangat!
Malu tak tau nak kata la!

Tapiii… boleh pulak kapal lambat berlepas.
Satu jam kapal beratur kat landasan, tapi tak terbang2. Dengan air-cond tak berasa.
Korang boleh bayangkan betapa berdebarnya hati Ammal! Lambat berlepas, makanya lambat la nanti sampai kat Oman! Masa tu memang berserah pada Allah je. Dah tak mampu rasanya nak fikir apa2.
Pujuk & cakap kat diri sendiri banyak kali, "Tak pe la. Ada travel insurans. Kalau tertinggal flight, rezeki utk explore Oman la jawabnya"

Moh ler kite beratur beramai-ramai… huhuhu

Penerbangan Alhamdulillah semua smooth.
Entertainment pulak, banyak filem yg Ammal dah tonton.
Makanya perjalanan Ammal, Ammal banyak tidurrr.
Tapi elok pulak bila hidung terbau makanan, mata terus celik! HAHAHA.
Dah kenyang, selang setengah jam, sambung tidur balik.

Pilihan menu KLIA - Oman

Kudapan

Lunch enche boyfren

Lunch Ammal

Beza antara Oman Air dan Qatar Airways, yang paling bagusnya Oman Air ni, setiap kali buat announcement, depa mulakan dengan Bismillah. Sejuk hati mendengarnya.
Kurangnya cuma sebab stewardess tak bertudung.
Qatar Airways bagusnya ada baca doa sebelum mulakan penerbangan dan stewardessnya bertudung.
Dari segi makanan pulak, Oman Air lagi better dari Qatar. Sesedap rasa dan portion pun puas makan. Seat tak lebar, tapi ruang kaki sangat puas hati. Boleh berlunjur dengan gembira ria.

Oman dari udara


Sampai di airport Oman, memang kitorang jalan selaju yang boleh sebab perlu lalu immigration Oman dan nak ke surau untuk jamaq Dzuhur & Asar.
Lenguh kaki tok sah dok kata laaa. Nasib la airport Oman tu tak sebesar mana.
Settle solat, terus berkejar ke gate. Tengok orang semua dah beratur masuk.
Sempat la duduk sekejap sambal buat video call dengan anak2.
Masa kat aerobridge, kitorang perasan, size wing kapal besar & panjang semacam.
Sempat Ammal Google. Rupa2nya kapal Dreamliner 787-900.
Nak kata baru sangat tu tak la. Tapi kitorang baru 1st time dapat merasa naik.
Alhamdulillah kali ni semua smooth sehingga sampai di udara Paris.
Hari dah pun gelap. Nampak Eiffel Tower sayup2 je dari udara.

Pilihan menu Oman - Paris

Sayap Dreamliner 787-900 yg kusss semangat panjang

Diner enche boyfren

 Dinner Ammal

Snack

Dugaan seterusnya jadi masa di immigration. Selalunya anak no 2 yang pilih nak pie kaunter mana. Rezeki dia selalunya dpt officer yg baik & tak banyak songeh.
Tapi dah dia tak ada, belasah je la. Lupa pulak nak zikir2 sket.
Haaa... ye kengkawan. Kalo travel jauh2 ni, mulut lagi selalu kena berzikir.
Kita ingat Allah, Insya-Allah, perjalanan pun Allah mudahkan.
Tapi tu la... dah terlupa, pasrah je la.
Dpt officer immi pompuan. Lepas bagi passport, dia tanya tinggal mana.
Ammal bagitau kata, "Royal Regency"
Pastu mintak surat booking. File dah la tebal, jenuh la Ammal mencari.
Dah bagi surat booking, nak tiket balik pulak.
Dlm hati menyampah dah. "Hape ko ingat aku nak keje sini ke labuuuu?"
Ingatkan dah tunjuk tiket balik, abes dah. Takkkk... tanya pulak nak bayar expenses guna apa.
Cash ke card. Enche boyfren jawab dua2. Dia mintak tunjuk pulak kad tu ko!!!
Dalam hati yg memula menyampah, tetiba gabra.
Ahhh... sudah! Duit bawak ciput. Jangan sangkut sudah.
Masa enche boyfren tunjuk card dia, Ammal baru keluarkan card dari wallet.
Bila nak hulur, dia kata tak payah.
Alhamdulillah tu la benda last yg dia mintak. Puas hati jugak akhirnya.
Dah banyak2 songeh tu, bukan nak wish kita enjoy your holiday ke apa, senyap gitu je!!
Chettttt... ni 1st time Ammal pie travel dpt officer immi yg perangai ceni.

Keluar je dari immigration, Ammal cakap ngan enche boyfren, Ammal nak cari sim card.
Dah rasa syiok pulak tiap kali travel beli sim card sebab internet lagi laju compared to Celcom 7 days 3 in 1 yang selalu Ammal subscribe tiap kali travel sebelum-sebelum ni.
Cari punya cari, tak ada pulak kedai telco. Airport CDG tu dah la bapak besar.
Pengabis terus kitorang decide pergi settlekan kereta sewa dulu.
Nanti tanya je la kat diorang kat mana nak beli.
Seperti biasa kereta sewa, Ammal cari di Economy Car Rental.
Dan harga sewa kereta kat Europe, seperti biasa la mahal.
Asalnya tak nak sewa kereta sebab parking pun mahal. Cuma Ammal risau untuk trip luar dari bandar Paris. Jenuh la kalau nak naik train malam2. Confirm penat.
So Ammal try my luck emel ke resort, tanya. Mana la tau kot2 dapat free atau diskaun.
Dan Alhamdulillah... memang dapat free. Tapi berkali2 jugak Ammal emel mintak confirmation.
Risau la jugak kot depa tersalah ke kan... mampuih nak bayar €50 sehari weh!

Dapat kereta sewa dari company Sixt. 1st time jugak menyewa dari company ni.
Kaunter sewa kereta & parking kereta ada di ground floor.
Diorang tanya nak beli extra insurance tak? Bila tanya berapa, selepas convert nak dekat RM800, terus enche boyfren Ammal kata tak nak. Ok.. tawakal… walaupun dalam kepala terbayang insiden tayar Mercedes bergesel masa di Spain.. huhuhu
Settle urusan, Ammal tanya diorang. Kat mana nak beli sim card.
Staff tu kata, kena naik atas balik. Kedainya betul2 sebelah escalator.
Dia sebut nama kedai, tapi jenuh kitorang nak faham sebutan dia.
Belasah je la labu.. sampai atas nanti baru carik… hihihi
Sampai atas, baru tau apa nama kedainya. Relay. Punya la pekat sebutan… 

Convenience store yg jual sim card

Dapat kereta Skoda
 
Settle beli sim card, terus turun untuk ambil kereta. Sejukkkk…
Sambil menulis ni terasa rindunya dengan sejuk winter... haihhh...
Ingatkan cashier kat Relay boleh buat setting phone terus. Rupanya tak. Kena buat sendiri… huhuhu
So terpaksa la Ammal on kan data Celcom utk guna Google Map.
Dari airport CDG ke resort ambil masa dalam 30 minit perjalanan.
Resort terletak betul2 tepi jalan. Nak masuk parking, tengok shutter gate tutup.
Nak berhenti tak boleh so terpaksa pusing kali ke dua.
Nampak ruang kosong kat tepi jalan, Ammal suruh enche boyfren park kejap kat situ.
Ammal pergi ke receptionist, bagitau kata nak masuk parking.
Receptionistnya Bangla Ammal rasa.
Dia dok kata parking utk guest. Ammal cakap la, Ammal guest nak check-in.
Pastu dia bising lagi kata kena bayar. Eee… mamat ni kannn…
Ammal dah naik suara. Pastu dia tanya kereta mana. Ammal tunjuk la kereta dah jauh ke depan.
Dia suruh pusing lagi sekali, dah sampai nanti dia bukak.
Dannn… dugaan terakhir untuk journey ni, korang rasa apa jadi?
Yaaa.. selepas pusing untuk kali ke 3, dengan kelam kabut nak masuk parking tepi jalan yang sempit, "Gedegang!" enche boyfren Ammal sudah langar tiang divider!
Walaupun tak kuat, tetap la calar si Skoda!

So kita stop cerita kat sini sebab rasa macam dah panjang sangat entry ni.
Meh Ammal share sikit gambar resort penginapan Ammal selama seminggu di Paris.
Nama resort ialah Royal Regency by Diamond yang terletak lebih kurang 20 minit dari city centre.
Ammal pilih apartment 1 bilik tidur. Kalau anak2 ikut, ada sofa bed kat ruang tamu.
Apartment fully furnished, ada free wifi, dekat dengan pasar pagi, dekat dengan train station, berdepan dengan jalan so senang nak naik bus dan dikelilingi dengan pelbagai kedai bakery (dah kata kat Paris kan). Memang HEAVEN!
Harga semalam untuk apartment 1 bilik tidur kat Agoda, kalau ada offer boleh dapat dalam RM600+ semalam. Normal price RM1k+
Tapi Ammal ada travel club membership. Jadi Ammal cuma perlu bayar dalam RM2k+ in total.


Dapur

 
Lengkap semua


So, untuk cerita aktiviti Ammal di Paris, tunggu entry seterusnya.
Annyeong!