Tuesday 22 September 2015

Berangan itu adalah percuma!

You know what I've been thinking lately?
Cruisinggg...
Yeahh. To be precise, it's Transatlantic cruise!
Transatlantic cruise ni merentas laut luas Atlantik... dari Europe ke US!
Atau boleh jugak dari US ke Europe...
Tapi bila baca pengalaman sorang blogger mat saleh ni, seriau la pulak!
http://www.thekitchenmagpie.com/what-is-a-transatlantic-cruise-really-like/

Ombak setinggi hampir deck 5! Gilo arrhhh!
Macam dalam gambar ihsan Cruisemaven ni kot?!
Mau pucat lesi muka Ammal kot, kalo kena situasi camtu.


Punca teringin aritu bukannya apa... bila check harga cruise, murah giler!
USD499 je. Which is lebih kurang RM2196+/-
Sedangkan kalau naik flight London ke Miami, mau dekat RM7 ribu (summer)!
Banyak kan beza dia!?!

Masa travel tahun lepas, original plannya Ammal nak buat trip Europe-US
Tapi masa tu, mahal sungguh la penginapannya...
2 bulan jugak Ammal try carik deal yang best, tapi tetap over budget... sentap tau!
Tu yang kali ni, tengah survey2 for next trip, terjumpa pulak pasal Transatlantic cruise.
Bila discuss ngan husband, dia kata, once in a lifetime punya experience.
We should go! Buntang mata makcik nak oiii!!
Biar benor husband aku ni!
Kepala terus terbayang citer Titanic! Mwuahaha...
Pendapat korang cane?
Should I? huhuhu


Annyeong!

Monday 21 September 2015

Hari Kelepasan Am 2016

Yang suka travel & bercuti, memang ditunggu2 calendar ni...

Hari Kelepasan Am 2016

Ammal tengah tunggu takwim persekolahan.
Lambat sungguh eih.
Orang nak plan untuk next year ni.
Dah banyak kali terlepas tiket murah!
Ni entry orang demam. Tak larat nak tulis panjang2.


Annyeong!

Wednesday 16 September 2015

Miami Grill, Sunway

Dah lama Ammal tak buat entry makan-makan ye.
So hari ni nak share tempat yang baru Ammal try tadi.
Bukan saja jalan2 cari makan, tapi tadi Ammal ada Walk a Hunt.
Gila penat! Ehh... tak penat. Tapi stress kot..hahaha
Selalu hunting naik kereta. 
Kali ni jalan-jalan carik jawapan dalam shopping complex.
Dalam Sunway Pyramid yg besar tu pulak tu! 
Dah la tak ada tulip, tak de hint.
Boleh bayangkan tak??
1st time Ammal try hunting gini, memang menggagau la nak carik jawapan.
Tak pe...tak pe... pengalaman!
 
Jadi bila dah stress tak dapat jawab soalan, untuk destress ialah dengan carik makanan sedap.
Ammal dah lama gak tak datang Sunway ni.
Bila dah tawaf satu shopping complex, ternampak la restoran ni.
Miami Grill!! Wahhh... terus teringat Miami di US nun.
Teringat burger kat US yg sedap2.
Jadi moh ler kita try!
Tapi boleh pulak Ammal terlupa nak ambik gambar menu. Sorry noo...

Kat bawah nun, menu2 yg family Ammal order.
Ammal share ngan anak makan Philly cheese steak.
Konon nak simpan perut utk Dip n Dip...hahaha

Kids meal - cheese burger

Philly cheese steak - Nachos cheese 

Chicken burger

Daging burger yg anak Ammal order, Ammal rasa juicy sangat.
Sebijik macam masa makan kat Gyros di Miami dulu.
Philly cheese steak dia pun sedap. Cumanya jalapeno pepper dia banyak sgt, anak Ammal kepedasan...hehehe
Chicken burger dia pada Ammal, kureng sket.
Husband Ammal kata dia tak berapa suka makan kat sini.
Roti keras katanya. Hmm.. Ammal rasa sedap je.
Tu la kan.. selera masing2.
 
Jadinya, kalo nak tau, korang try la sendirik ye.
Harga menunya standard makan kat restaurant la... 
Ikut experience tadi, crew semua bagus2.
Settle je korang duduk dgn selesa, terus crew diorang datang explain pasal menu & cara nak order.
Pilihan menu tak la banyak sampai tak tau nak pilih. Biasa-biasa aje.
Kedainya terletak di LG2, dekat2 dengan Texas Chicken.
Ok... Selamat mencuba!
 
 
Annyeong!

Saturday 12 September 2015

Free vouchers for grab

Hi readers ku yg tak seberapa...
I'm giving free travel voucher!
Please leave a message if you're interested to have one.

 

 
 
Annyeong!

Friday 4 September 2015

Hari-hari terakhir di US...

Kat entry San Diego kata 'next week' nak buat entry LA.
Tapi nan hado.
Buat yang menunggu, mintak ampun, mintak maaf.
Sungguh Ammal tak berkesempatan.

Memandangkan my 'jenguk kawasan' punya trip is coming sooonnn, jadi nak tak nak, kena la cepat-cepat siapkan entry ni.
Cuti-cuti Malaysia & JJCM pun satu hapa Ammal tak buat.
Padahal banyak je :p

Ok.. ok.. jangan nak banyak mukadimah.
Jom sambung citer.
Ammal kasi sumbat 6 hari punya aktiviti dalam satu entry la ye.
Tak kosa dah nak mengadap & nak recall setiap aktiviti :P

16 Disember 2014 yang kononnya nak singgah La Jolla Underwater Park, kini cuma tinggal impian.
Kalau nak tau nape Ammal nak sangat pie tempat ni, sila la Google...hahaha

SUV, pilihan untuk hari-hari terakhir

Bapak banyak function SUV ni... tapi lupa nak ambik gambar...

Dalam hujan lebat, kitorang pusing2 cari stesyen minyak dan kemudian teruskan perjalanan ke LA.
Dalam perjalanan, tak lama pastu, nampak banyak kenderaan army lalu.
Kat udara lak siap ada heli (cam dalam gambar bawah nun)
Takut gak sebenornya.
Faham2 aje la kan...
Tapi positifkan diri... konon ada army camp kat tepi pantai tu...huhuhu

Ada banyak heli... quadcopter kot namanya.

Kali ni, husband Ammal ikut jalan lain dari masa nak ke Anaheim tempohari.
View sangat membosankan! Alasan! hehehe
Jadinya, Ammal tido sepanjang perjalanan...
Sedor2, kereta berhenti, husband gitau semua nak pie toilet.
Nampak macam kawasan shopping. Tapi tak menggiurkan...hihihi
Nak ke toilet ye? Ok... silakannn... Ammal nak sambung tido lagi!!
Tak lama lepas tu, Ammal terjaga tengok2 jalan dah start penuh dengan kereta.
Faham dah. Nak sampai LA ler tu.

Lagi dasyat dari KL!

Dah nak sampai Santa Monica

Di LA Ammal pilih hotel yang agak jauh dari city centre; Hampton Inn Sherman Oak.
Sebab hotel tengah2 LA, teramat mahal!
Pasrah je la kan...

Sampai hotel masa tu ntah pukul berapa Ammal pun dah lupa.
Yg Ammal ingat masa tu dah gelap.
Tapi time winter ni, kol 4 pun silap2 gelap dah.
Sejuk tok sah cakap laa...
Lepas check-in, terus masuk bilik.
Skali tengok, bilik tak de microwave la pulak.
Husband Ammal call receptionist tanya boleh dapat microwave tak?
Dia kata boleh. Nanti dia suruh housekeeping hantar.
Alhamdulillah... settle masalah.
Malam tu, masak nasi & panaskan lauk2 segera.

Bilik untuk malam-malam terakhir di US

Bilik seperti biasa 2 queen size bed!
Design sama je dengan Hampton yang lain

Ikut itineraries, nak ke Hollywood Walk of Fame/ Hollywood Boulevard dan makan malam di Cheesecake Factory. Tapi lupakan aje la...
Kesian pulak nak ajak enche husband keluar.

Esoknya 17 Disember, lepas breakfast, kitorang terus ke Universal Studio Hollywood (USH).
Cuaca elok panas tapi angin dia sejuk.
Panas di California ni kalau korang nak tau, terik sampai buat kulit Ammal tanned laa...
Balik KL kawan2 tegur kata Ammal gelap! huhuhu


Masa Ammal ke USH tu, filem The Hobbit: The Battle of the Five Armies baru launch kalau tak silap Ammal.
Husband pulak tiba2 ajak tengok wayang di Citywalk.
Nak merasa wayang mat saleh camana katanya.
Ammal kata, kalo dia nak belanja, Ammal ok je.
Nak Ammal kluar duit idok le.
Tak masuk dalam budget pun nak tengok wayang...
Ammal cuma nak try drive in movie, tapi tak berkesempatan langsung...

Beratur beli tiket. Ek eh... terselit pulak my heroes.

Settle beli tiket, terus gerak ke entrance USH.
Tiket yg beli online kena tukar kat customer service counter seperti biasa...

Yeeeaaa... dapat tiket Minions! :D

Kat luar dgn terik matahari tu, kitorang posing puas2.
Karang dah gelap, dah tak best.
Masuk dalam lagi la. Diorang kan ada professional photographer.
Jadi posing sesuka hati & kemudian ambik slip nombor gambar kita tu.
Sebelum keluar malam nanti, gunakan slip tu untuk pergi proses!

Tapiii.. lepas tu masing2 mulut pot pet pot pet ... sebabnya USH ni nampak macam kecik dari yg di Florida.
Pastu banyak pulak kawasan yg ditutup.
Yang buat excited cuma yg kat bawah ni!

Boleh agak tak?

Iye!! Tak lama lagi USH ada Harry Potter gak!

Rides tak banyak yang best kat USH ni.
Jadi daya penarik dia cuma studio filem deme je la...
USH ni kat kawasan berbukit.
Bawah bukit sebelah kanan nak ke studio.
Bawah bukit sebelah kiri pulak nak pie rides extreme sket.
Sebaik ada escalator, kalau tak memang jenuh nak memanjat!

Kawasan studio dari atas


Siap ada balai bomba kat dalam studio ni!

Ok.. apa yang menarik kat dalam studio ni?
Kat dalam ni tak boleh jalan kaki ye.
Kena naik kenderaan (ala2 train kat Zoo Negara tu) yang diorang sediakan.
Ada dalam 3-4 gerabak.
Sepanjang perjalanan tour tu dia cerita la bangunan ni pernah guna untuk filem apa, bangunan tu untuk filem apa.
Yg buat 'senthap' bila dia tunjuk dinding untuk citer spiderman.
Nampak dalam filem macam gah sangat.
Padahal... owhh.. Tipah tertipu! huhuhu

Tak ingat untuk filem apa. Siapa tau?

Tapi ni la yang berlaku... tetiba ada air bah & hujan turun mencurah-curah

Haa... yang ni pulak untuk scene filem apa? Cepat!!

 
Untuk filem di atas, dia siap bukan lakon semula... bawak pisau nak attack (gambar kat atas tu dia ala2 nak attack pengunjung dlm tour.
Menjerit2 la diorang... Ammal terkejut jugak la... hehehe
Ada 2-3 studio masa Ammal datang tu, tengah shooting.
Bila lalu tempat ada shooting, dia announce la and suruh semua pelawat senyap..
Ammal ada ambik gambar kawasan scene kapal terbang terhempas, scene citer Grinch, citer Jaws etc.
Nak tepek banyak2, berat pulak korang nak bukak entry ni nanti...

Lepas abes round studio, kitorang pergi bawah bukit sebelah kiri pulak.
Escalator dia bapakkk tinggi!
Kat situ ada rides Mummy, Jurassic Park & Transformers
Yang best kat sini, icon transformers dia cam Bumblebee, bukan patung tapi orang yang pakai kostum.
Pastu Bumblebee siap boleh bercakap macam robot betul.
Anak Ammal punya la suka... habis dengan semua character dia nak bergambar.
 
Ni la orang yang bertanggung jawab control semua percakapan character2 tu.

Ammal ntah kenapa, mood macam dah ke laut.
Rides Mummy yg husband Ammal kata best pun, Ammal tak teringin nak naik.
Mungkin dah penat sangat kot.
Ye la kan... dah dekat sebulan, tiap2 hari ada aktiviti dari pagi sampai ke malam.
Bila tengok balik gambar2 yg pose dari dekat, bergelang2 bawah mata.
Erkk.. buwokkk...

Puas ronda kat kawasan extreme rides tu, kitorang berkejar naik atas untuk solat kat parking.
Jauhhh wooo.
Kitorang tak berani cam sesetengah traveller tu yg boleh solat walau kat mana2 sekalipun.
Tambah2 pulak kat US ni...huhuhu
Time2 tu la baru tau bersyukurnya duduk kat Malaysia.
Nak solat tak yah susah payah.
Tak yah takut2...
Itu la antara dugaan berat bila travel ni.
Hanya yang mengalami je tau & faham.
Apa punnn, semua tu pengalaman kan?!

Selesai solat, turun balik ke theme park.
Tapi Ammal pun dah lupa apa Ammal buat lepas tu.
8 bulan dah berlalu... huhuhu...
Yang Ammal ingat, sebelum keluar, kitorang beli package gambar2 yang dah ambik tadi.
Diorang senang je.
Semua online. Balik M'sia nanti, download je masuk PC.

Lepas tu kitorang terus keluar dan pergi ke Citywalk untuk dinner.
Sejuk time tu toksah cakap la...
Berkepul2 asap keluar dari mulut.
Anak Ammal pulak nampak garlic fries.
Jadinya, ambil la peluang.
Beli fries dan duduk makan kat situ.
Ada heater besar kat situ, jadi syiok la.
Tapi boleh pulak Ammal lupa nak ambik gambar heater tu.
Canggih sket rupa dia...

Garlic fries yang super duper sedap! Berketul2 garlic dia...hihi

Makan fries mana nak cukup kan!
Puas pusing, pengabis decide makan kat Bubba Gump.
Settle dinner, sementara nak tunggu wayang start, kitorang ronda2 & shopping sket2 kat Citywalk.
Tengah pusing2 tu, ternampak ada satu kedai spa.
Ada mesin besar & ada orang kat dalam tu...
Aquamassage! Wahh... cam best je kan!

Yang tak best sebab jadi tontonan orang ramai jer.
Tapi minah2 saleh ni, dia pedulik hape! :p

Sampai waktu masuk panggung...
Besar tuuu seat dia! (sorry tak dak gambar! Semua selfie :p)
Sebesar seat premium! Ala2 sofa pun ada. Ruang kaki pun tersangat la luas.
Boleh duduk bersila!
Panggung dah la 2 tingkat. Tapi tak penuh pun.
Kat dalam tu, mat2 saleh ni bising sungguh. Tak macam kat M'sia, masuk je terus sunyi sepi...
Sebelum tu, Ammal dah pesan ngan anak2.
Kat US ni, wayang semua aksi dia tunjuk. Kalau ada yg tak senonoh, TUTUP MATA.
Sepanjang movie, Alhamdulillah tak de la aksi tak senonoh dari penonton2 mat saleh ni.
Filem Hobbit tu pun free dari aksi2 berkenaan.
Kejutan masa masuk panggung sama cam selepas habis movie.
Cer teka apa jadi?
Habis je filem tu, penonton2 mat saleh ni, depa tepuk tangan dan bersorak macam tengok live performance!
Kitorang tercangak2... pastu pakat gelak je.
Tak tau nak ikut sama bertepuk ke apa...hahaha
Selesai menonton, badan pun dan penat, jadi moh la balik tido...

18 Disember seawal pagi gerak ke Camarillo Premium Outlets.
Outlet ni ke utara sket.
Pun Ammal tido sepanjang perjalanan... siyes penat
Dah hampir nak sampai baru husband kejutkan.
Dia nak isi minyak, so dia suruh confirmkan arah jalan nak ke outlet.
SUV GMC ni kuat sungguh la telan minyak.
Dah ambik kan, bertabah je laaa..


Dari pagi sampai ke malam... habis ku redah outlet ni!
Aktviti shopping yang terakhir sebelum pulang katanya.
Kena la manafaatkan betul2.
Tapi yang dicari tetap banyak tak jumpa. Yang tak plan beli pulak Ammal borong.
Outlet ni kurang best pada Ammal...
So tak yah share citer panjang2.

Hasil sopingan

Ikut itineraries, 19 Disember 2014 nak ke Fashion District/ Macy's kononnya nak cari Liberty Cotton.
Lepas tu Solat Jumaat @ Masjid Abu Bakar As Saddiq dan kemudian ke California Science Center IMAX Movie.
Tapi kemudiannya decide ke Science Centre dulu.
Malas nak citer, tengok je la gambar yg ada ye...hehehe
Ada exhibition mummy!

Baca je la apa yg tertulis! Malas nak taip :p



 Ni bukan model ye. Tapi betul2 punya...
 
Exposition Park
 
Science Center ni dalam kawasan Exposition Park.
Apa ada kat Exposition Park selain Science Center boleh tengok gambar atas nun...
Ammal tak pie pun yang lain2 tu. Tak de budget & tak cukup masa... :/
Lepas pusing-pusing dalam Science Centre & tengok IMAX terus gerak nak solat Jumaat.
Tapiii... sampai2 je, tengok masjid tutup!
Erkkkk... tunggu punya tunggu tak bukak jugak!
Pergi pulak cari masjid lain, jauh pun tetap pergi carik.
Tapi nan hado.
Pengabihnya terlepas waktu. Owhh... dugaan sungguh!

Dalam mencari masjid, ternampak ni..
 
Ped Xing?!
1st time Ammal jumpa perkataan tu...hahaha

 

Warner Bros studio

Tengah menaip tetiba otak Ammal blank.
Eh... lepas carik masjid tak jumpa Ammal buat apa ye?
Hahaha... padan muka. Dah berbulan nak recall jenuh la.
Bila check phone, nampak gambar pie shopping complex.
Plan nak ke Fashion District sudah ke laut! Lupa pulak!
Nak cari barang kat largest Macy's in LA (katanya), boleh pulak Macy's situ renovate.
Nak cari entrance parking pun 2 kali pusing!
Separuh dari Macy's tu tutup, jadi cuma dapat carik sikit je barang kat Macy.
Souvenir untuk nieces pun siksa nak jumpa.

Pie pulak ke shopping mall mana ntah... lupa sudah!
Seingat Ammal kitorang nak makan kat Cheesecake Factory.
Tapi sebab dah nak Christmas, kedai makan tu penuh.
Kalau nak makan gak kat kedai tu, kena tunggu 2-3 jam lagi.
Pengsannn... perut dah lapor!
Nak tak nak kena keluar dari situ.
Cari satu kedai Indian Muslim.
Sekali pedas giler beriani dia! Anak-anak Ammal tak boleh makan.
Tapau bawak balik pun tetap tak abes... membazir sungguh!
Nama kedainya Ammal lupa!
Malas la Ammal nak cari listing kedai makan halal yang Ammal buat tu.

Gambar selingan. Tengok perbezaan harga minyak dia.

Kedua-dua stesyen terletak bersebelahan. Cuma terpisah oleh jalan.

20 Disember last day untuk discover LA.
Ammal buat keputusan untuk ke Griffith Park & Observatory dulu.
Ikut pembacaan, kat sini boleh nampak Hollywood sign ;)
Datang LA, tak ambik gambar nampak sign tu, apa kelass...ahak ahak

Griffith Park dari bawah

Dari jauh pun cukup laa :P

According to Lonely Planet, the sign is 50 feet tall and made of sheet metal.
It's illegal utk naik ke sana, jadi ambik gambar dari atas bukit Griffith Park ni ajer pun cukup la.
Umat manusia tok sah cakap la... penuh parking!
Yang paling ramai, orang Korea!

Griffith Park ni luas ya amat!!
Ada tempat berkelah, tempat naik kuda, ada golf, Griffith Observatory & etc.
Griffith Observatory ni terletak atas bukit.
Dari bukit tu la pengunjung2 ambik gambar berlatar belakangkan Hollywood sign.
Masuk dalam observatory free je.
Ada la pameran science & angkasa sket kat dalam tu.


View dari atas bukit

Ada gold!!

Yang paling menarik perhatian kat dalam ni ialah The Foucault Pendulum.
"One of the largest such devices in the world, the fully restored pendulum is actually an elegant scientific instrument which demonstrates the Earth's rotation" by wiki.
Nak tau detail, boleh click gambar kat bawah nun...


Ape benda ntah ni... lupa!
Nak tengok kedudukan matahari kot...hahaha
 
Puas ronda & bergambar kat kawasan atas bukit tu, kitorang kembali ke pangkal jalan!
Ke pangkal jalan la konon.. bluwekkk
Targetnya nak ke Santa Monica!
On the way tu, lalu kat kawasan Koreatown.
Sepanjang-panjang jalan tu, kedai Korea sesaja.



Santa Monica Pier -Santa Monica

Pantai yang bersih

Kat Santa Monica ni, anak2 Ammal bantai pie main air laut yang sejuk gedi tu!
Pantang nampak air deme tu!
Pantai & laut kat situ, bersih gilerrr! Tak nampak sampah pun.
Memang memanggil-manggil utk terjun! hehehe
Matahari masa tu dah kurang terik. Sejuk dan berkabus.
Di Santa Monica Pier ada Pacific Park, ala2 funfair la lebih kurang, ada kedai makan, street perfomers & kedai souvenirs apa semua la.
Facilities cam toilet pun elok bersih.
Puas ronda, kitorang gerak. 

Misi terakhir nak mencari Hollywood Walk of Fame.
Tapi jalan jammed tok sah cerita la.
Enche husband pun dah hilang sabar. 
Nampak je parking, tak de pikir2, terus park kereta.
Nak kata misi ni tercapai, Ammal pun tak tau nak cakap apa.
Ikut pembacaan ada lebih kurang 2,500 nama artis & tokoh kat sepanjang 1.3 miles (2.1 km) Hollywood Boulevard.
Tapi tak larat weh nak menapak.
Lagipun bukan ada apa yang special pun.
Kat sepanjang Hollywood Boulevard tu, banyak la café, restaurant etc.
Pastu atas pedestrian, ada la nama artis dalam bentuk bintang cam yg selalu kita tengok.
Nama2 tu, orang lalu lalang & pijak2...huhuhu

Antara bukti, dah jejak Hollywood Walk of Fame :p 

Tak sampai setengah jam pun Ammal kat Hollywood Walk of Fame tu.
Pastu terus pie carik kedai makan.
Last makan breakfast pagi tu je la. Gila kebulor!!
Salahkan jammed di LA, jangan salahkan ku! huhuhu
Alhamdulillah, jumpa dengan kedai Biriyani Kabob House dengan senang tanpa perlu berpusing berkali2...


Menunya

Portion makanan di US ni, seperti biasa la... SELAMBAK!
 
Syukur Alhamdulillah juga, beriani kali ni super duper sedap dan tak pedas.
Lepas makan terus balik hotel & packing semua barang.

21 Disember 2014 tiba la masa untuk pulang ke sarang.
On the way ke airport Ammal nanges.
Rasa cam tak nak balik... huhuhu
Biasa la kan. Hidup kan memang banyak dugaan.
Dah tau apa yang bakal menanti bila balik.
Tapi itu la realiti yang terpaksa ditempuh

Flight Ammal LAX - NRT by AA7015 (12h5m) pada jam 11:25am dan dijangka tiba di Narita 16:30+1
Masa kat airport ada announcement. Flight ke Narita overbooked.
Jadinya diorang offer berapa USD ntah Ammal lupa dah, buat siapa2 yang sanggup untuk naik flight keesokan harinya.
Discuss gak ngan husband. Tanya dia, nak tak?
Tapi memandangkan baru terima berita kata abang dia sakit, dengan fikir flight transit apa semua, hasrat tu dilupakan aje.
Dlm flight, anak Ammal yg no 2, demam!
Pergi demam, balik pun demam. Haa... berendam lagi dalam laut sejuk!

22 Disember kitorang sampai Narita (NRT) untuk transit ke KUL by JAL7093 (7h15m) pada 21:40pm - 4:15am+1
Dari Narita nak ke KL, berkali-kali anak Ammal tu muntah.
Allah je la yang tahu betapa risaunya Ammal.
Apa pun, Alhamdulillah Ammal dan keluarga selamat sampai rumah pada hari Selasa 23 Disember 2014 pukul 6.23 pagi.

Yeaaa...Akhirnyaaa... tamat sudah.
Kalau berkesempatan nanti Ammal citer sket pasal cuti-cuti Malaysia ye.
Untuk tips ke US dan cara nak apply visa, buat masa sekarang, Ammal tak rasa Ammal ada masa untuk buat entry.
KECUALIIII... ada yang bertanya, baru Ammal akan try selit2 & curi2 waktu.
Serious, Ammal sangat busy sekarang.
Dengan exchange rate yang bagai terjun gaung, otak Ammal pun jadi sama tak stabil...huhuhu

Buat kawan2 yang suka travel, kita sama2 doa ye.. semoga ekonomi pulih seperti dulu dan exchange rate tidak terus-terusan begini.



Annyeong!