Sunday 29 March 2015

Tips travel lagi?

Ek eh... hari tu kata dah last ye.
Tetiba hari ni ada tips lain lagi... hehehe
Tak pe la kan... dunia ni kan sentiasa maju ke hadapan.
Mungkin info & tips yang Ammal share sebelum ni, ada yang dah out dated.

Sebenarnya, ni info yang Ammal baru terima.
Jadi apa salahnya share dengan kawan2 kan.
Blog ni pun kawan-kawan Ammal je yg tahu.
Kalau ada org luar yg masuk, mesti sebab terjumpa...

Ok... tips kali ni pasal apa?
Ammal cuma nak share pasal satu link ni...
Pasal apa perlu share?
Sebabnya... selalunya orang risau nak travel ke US je sebab banyak benda nak kena prepare, TSA pre-check & interview etc...
Tapi sejak akhir2 ni, nak ke Europe pun sama.

Pernah dengar cerita pasal sorang budak pompuan ni kena tahan kat Paris sebab nak jumpa tunang dia?
Tak tau kalu, korang boleh Google.
Kecoh gak aritu...

Ministry of Foreign Affairs ada upkan travel advisory buat rakyat Malaysia pada 6 Januari 2014 yang lalu.
Ammal pun ada tolong tepekkan kat blog..
Paris-travel-advisory-by-ministry-of.html
Jadiii... ni ler linknya...

http://www.staralliance.com/en/services/visa-and-health/#

Kat sini korang boleh check apa documents yang diperlukan bila nak travel ke sesebuah negara.
Dah baca tu nanti, pandai-pandai la korang cari details ye.
Sebab web tu cuma bagitau secara kasar.
Details nya kena la tanya Embassy negara berkenaan dan Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Ok... sekian untuk kali ini. Travel safe kengkawan!


Annyeong!


Bangi Station Jalan Gurney Kiri


Hah! Dari tajuk pun korang boleh tau kat mana kedai makan ni.
Ye... kat Jalan Gurney Kiri. Kedai makan ni dekat2 dengan UTM Semarak.
Kalo Google map, tu je la satu-satunya Jalan Gurney Kiri yang ada...

Apa yg menarik? Nahh... sila jamu mata...
Jus mangga deme pun sedap. Tapi gambor Ammal dah terdelete...hahaha

Nasi goreng udang galah

Maggi goreng udang galah

Setiap satu pinggan tu, ada dalam 5-6 ekor udang galah.
Harga pada Ammal sangat berpatutan.
Rasa pun sedap!

Kedai ni cuma warung kecik.
Terletak di penghujung deretan warung sepanjang jalan tu.
Berdepan dengan warung tu, ada tempat cuci kereta.
Nak tau harga, ni Ammal tepekkan skali...



Hah! Apa lagi! Selamat jalan2 carik makan!


Annyeong!

KLM Pack & Go Super Deal

Ammal jumpa deal ni...
Boleh tahan murah. Tak caya tengok ni





















Boleh check kat link bawah ni kalau nak further details.
https://packandgo.klm.com
Jom gi travel! Hehehe


Annyeong!

Wednesday 4 March 2015

Persediaan melancong akhir : Pelbagai

Ammal rasa dah tak banyak sangat Ammal nak share untuk persediaan melancong yang dah lama tertangguh ni.
Jadi Ammal combine kan pelbagai perkara yang kecik-kecik untuk entry kali ni.

Tip 8. Attraction, activities, shopping & things to buy list

Bila travel ke luar negara ni, biasa la kan.
Exchange rate selalunya tinggi.
Jadi antara cara Ammal nak jimat ialah dengan mencari segala tiket attraction & activities dengan harga discount.
Memang la discountnya tak banyak mana.
Jangan korang ingat dapat sampai 50% pulak!
Tu merepek namanya!
Paling tinggi discount Ammal pernah dapat dalam 20%-30% ajer.
Ammal tak kisah.
Sekurang-kurangnya, Ammal tetap dapat jimat duit.
Kalau sorang dapat jimat RM5, untuk 4 orang family Ammal, Ammal dapat jimat RM20.
Itu baru satu attraction.
Kalau ada 5 attraction yang Ammal plan nak pergi?
Haaa... kira sendiri

Untuk shopping pun macam tu jugak.
Ammal akan plan dulu Ammal nak shopping kat mana.
Dan kemudian Ammal akan check kalau boleh subscribe sebagai member.
Tak kisah la, kot jadi member beratus-ratus kelab, hotel, restaurant semua tu.
Yang PENTING apa?
DISCOUNT! Haaa...
Ok... ngerti?

Dan salah satu cara untuk mengelakkan dari tershopping benda-benda yang tak perlu, korang buat la 'Things to buy list'
Tulis siap-siap berapa banyak souvenirs nak kena beli, berapa budget & untuk siapa.
Dan listkan jugak, barang apa yang korang nak beli.
Buat gini bukan setakat dapat jimatkan duit, tapi dapat jimatkan masa.

Tip 9. Makanan halal, waktu solat & kiblat

Ammal check kedai-kedai makan halal di luar negara selalunya di sini:

Cuma tak boleh la nak terus ambik & percaya bulat-bulat.
Kena buka setiap satu link yang ada dan baca review yang customer lain bagi.
Dalam web ni jugak nanti akan ada voucher makanan.
Voucher lagi? Hahaha... you know me!

Untuk carik arah kiblat pulak, Ammal recommend guna web ni:

Website ni akan tunjuk arah dan bagi bacaan kompas.
Jadi senang nak cari arah yang betul.
Kalau dulu, Ammal akan bawak kompas.
Sekarang zaman dah maju, download aje kompas ke handphone. Senang citer!
Tapi Ammal tak berani nak recommend cari kiblat guna application dalam phone sebab pernah ada incident arah kiblat yang Ammal dapat salah.
Geng2 travel kata sebab Ammal tak tukar location.
Ntah la... mungkin jugak kot... 

Dan untuk waktu solat pulak, Ammal cari di sini :
http://www.islamicfinder.org/index.php 

Selalunya Ammal akan print screen dan compile semua arah kiblat & kedai makan halal, vouchers etc. Dah siap semua, print dan bawak sekali masa travel 
Tip 10. International telephone code, International Direct Dialing (IDD) dan International Roaming

Apa pentingnya 3 ketul ni korang tau tak?
Nak kata penting sangat tu tidak, tapi ada masa-masanya, international telephone code ni memang kena guna bila perlu buat direct call ke overseas atau bila buat panggilan domestic semasa di oversea.
Contohnya... Ammal kan selalu beli attraction tiket online.
Kadang-kadang tu ada masalah dengan payment dan diorang perlukan pengesahan melalui phone. Nak buat phone call, kena pastikan handphone korang tu aktif IDD nya dan pastikan korang tau code yang perlu korang dial untuk buat panggilan tu.


Pernah jugak jadi kes, kitorang tak tau exact location utk pulangkan kereta sewa.
Dalam perjalanan kena buat call.
Kalau tak tau code, korang ingat boleh senang2 je dail macam negara sendiri?
Jadi, web ni la rujukan Ammal :


Dannn pastikan buat pengaktifan 'international roaming' dan nyatakan negara yang akan korang lawat seminggu sebelum pergi bercuti.
Jangan jadi macam Ammal.
Aktifkan roaming, tapi tak bagitau nak kemana.
Sampai kat Tokyo, phone tak leh guna! :P
Rupa-rupanya, phone kita tu, setting dia tak sama ngan yg orang Jepun guna.
Ntah apa termnya, Ammal pun lupa...hehehe
Tu dulu la... sekarang tak tau la pulak.
Tapi disebabkan kes tu, tiap kali aktfikan roaming, tak pernah lupa dah la.
Cuma... bila buat roaming ni, kalau korang subscribe data plan, pastikan korang disable kan mobile data.
Kalo tak nanti, menangis bayar bil!

Tip 11. Credit card

Ammal yakin, korang semua ada credit card kan?!
Buat yang tak ada, Ammal recommend buat la satu khas untuk travel ajer...
Bukan suruh berhutang ye!
Cuma untuk memudahkan korang buat transaksi online (untuk kejar discount!).
Nak lagi best, carik la bank yg offer highest point ke, highest rebate ke...
Ada sesetengah negara luar pulak, yang memang prefer kita pelancong ni dan juga rakyat mereka buat transaksi tanpa duit.
Jadi, bila nak pergi ke luar negara, pastikan korang telefon dulu bank pengeluar credit card tu, untuk pengaktifan transaksi luar negara.
WAJIB ok! Kalau tak nanti, transaksi semua kena reject!

Tip 12. GPS

Buat yang memandu sendiri, GPS ni tersangat la penting.
Bagi memudahkan perjalanan, korang set la semua tempat yang plan nak pergi nanti awal2 lagi sejak dari M'sia. Tapi itu kalo korang ada GPS sendiri la.
Kalau tak ada, Ammal recommend korang sewa sekali dengan kereta.
Apa yang Ammal buat, selalunya, seminggu atau 2 minggu sebelum pergi, Ammal duduk kat balkoni rumah dengan I-Pad & GPS.
Check dalam Google map tempat yang nak pergi, dan kemudian cari dalam GPS pulak.
Kata la nak ke US, pastikan map US korang dah update dalam GPS tu.
Dalam GPS nanti kena tukar negara, state, city dan cari la ikut nama jalan ke, nombor kedai ke.
Dah jumpa, save dalam favourite.
Nak tau kenapa Ammal buat gitu? Kenapa tak cari je masa kat sana?
Sebabbbb ada masa2nya, GPS pun gila jugak.
Kalau kat sana baru nak cari, nak tunggu satellite signal pun kadang dah ambik masa.
Tu belum kira dia bantai bawak entah ke mana2.
Bila dah prepare awal2, chances untuk salah jalan adalah kurang.
Dulu-dulu sebelum ada GPS, apa yang Ammal buat, ialah... check Google map.
Lepas tu Ammal print & bawak sekali masa travel...hehehe... sadis kan...

Tip 13. Money changer

Bila dah tau arah destinasi, Ammal akan start monitor kadar tukaran duit negara yang Ammal nak pergi tu setahun awal.
Bukan la monitor tiap-tiap hari, tapi 2-3 kali sebulan.
3 bulan sebulan pergi baru, Ammal akan monitor tiap-tiap hari.
Takut kalau kadar tukaran naik mendadak, mau pengsan Ammal.
Dari pengalaman Ammal, rate akan rendah pada hari Jumaat. Tak tau kenapa.
Kalau korang rajin, pie la tanya kawan2 bahagian investment...hehehe
Money changer yang selalu Ammal buat penukaran ialah di Mid Valley; MV Forex & MY Money Master kalau tak silap nama kedainya.
Rate dekat situ selalunya yang terbaik la Ammal jumpa.
Sejak shopping complex tu wujud, sejak itu la Ammal tukar duit kat situ.
Kalau tak percaya, pie la tengok kat dua kedai tu di LG Floor MV.
Tak pernahnya tak ada orang.

Tengok tu... betapa panjangnya queue

Tip 14. Airport; check-in, transfer, gate & times

Tip ni tak berapa penting kecuali airport yang korang nak check-in atau untuk flight transfer, airportnya tu besar & super duper busy.
Cane nak tau? Baca la wei! Jangan malas! Dah pesan banyak kali dah...
Sebelum beli flight ticket, kalau ada connecting flight, korang kena pastikan gate & time landing tu, waktu nya cukup atau tidak untuk pergi ke gate next connecting flight korang nanti.
Jangan sampai tertinggal flight sudah!

Tip 15. Things to bring list 
Tip yang last ni, khas untuk para ibu yang kena kemas beg untuk satu family!
Buat la listing dari barang-barang asas hingga lah ke ubat-ubatan.
Jangan tak tau, Ammal yg buat list ni pun selalunya ada ajer yang tertinggal.
Ini kan pulak kalau korang tak buat... huhuhu
Dan sila pastikan PASSPORT & DUIT dimasukkan sekali kat dalam listing tu ye.
Mesti pernah dengar cerita kan? Hehehe...


Ok. Itu ajer tips-tips persediaan melancong dari Ammal.
Selamat melancong semua! Annyeong!