Monday 26 January 2015

Tak de cerita!

Hidup Ammal sejak balik bercuti agak kelam kabut. Macam2 jadi... macam2 cerita. Jadi mood nak update pasal vacation, agak lemau. Semoga Ammal diberi kekuatan...

Tapiiii dalam lemau-lemau pun, dalam banyak tragedi yang tragis, vacation plan untuk next year tetap jalannn.. cumanya, agak slow. Dan disebabkan slow jugak la, Ammal baru perasan... my suppose 2016 Summer Vacation, jatuh pada bulan Ramadhan. Jadinyaaa... plan jadi scrap la... apa lagi. Now plan sudah back to square one.... fenin...



Our suppose to be vacation! Cantik kan?
Ok.. till next time. Annyeong!

Thursday 15 January 2015

Dari Cruise ke Miami

3 Disember 2014 sepatutnya kalau ikut itineraries dari 8 pagi sehingga 5 petang kami ke CocoCay, private island hak milik Royal Carribean. Pulau ni tak jauh pun dari Bahamas. Bangun pagi tu, celik mata, boleh nampak pulau tu dari tingkap cabin.
 
Tapiii... lebih kurang pukul 8 pagi, Captain buat announcement. Katanya disebabkan cuaca tak elok, kapal tak boleh tender. Tender ni bukan berlabuh (docked) ye... Kalau docked, ada port. Tender ni, kapal duduk tengah laut. Kemudian akan ada bot lain yg datang jemput untuk pergi ke pulau. Katanya lagi, apa2 pakej & tour yang dibeli akan dapat refund. Ammal memang tak beli apa cuma dah berangan berbulan-bulan sebelumnya, untuk bersnorkel di pulau ni. Sanggup bawak beg berat dari M'sia yang penuh dengan barang-barang untuk snorkel. Macam2 video yang orang share kat YouTube pasal pulau ni Ammal tengok. Tapi apa kan daya... kita hanya merancang... Allah jua yang menentukan.
 
Captain kata, sebab dah tak boleh stop di CocoCay, kalau dapat green light, dia try dock kat Key West awal. Jadinya aktiviti sepanjang haritu, ialah makan, tido & ulang shopping! Restaurant semua penuh dengan umat manusia. Bila nampak Putu, cakap ngan dia, Ammal frust tak dapat pergi CocoCay. Putu kata, hujung tahun memang cuaca selalu tak elok. Bila tanya bila waktu sesuai, dia kata May sampai September. Cane nak repeat? Mana la pulak nak dapat cuti sekolah panjang tengah tahun kan... :((
  

 Memandang CocoCay dari jauh

Walaupun Captain kata dia try dock awal kat Key West, tapi akhirnya tetap ikut jadual asal iaitu 7 pagi,  4 Disember. Kitorang rasa mesti sebab tak dapat green light dari immigration US. Sampai kat Key West, bermakna kitorang dah masuk US balik. Masa breakfast, diorang buat announcement. Ada custom & immigration clearance sebelum boleh turun. Bila turn family Ammal jumpa pegawai yang bertugas, boleh pulak chit chat serba sedikit. Dia kata dia pernah datang Malaysia. Pergi Penang, KK & mana lagi ntah. Nice country katanya... kembang montot kejap... hehehe

Antara pulau di Key West

Port di Key West 
 
Deretan kedai duty free
 
Key West ni letaknya di selatan Florida. Kira penghujung US la. Cuaca lebih kurang Bahamas. Dulu datang, Ammal cuma sampai di Key Largo. Tak sampai ke sini. Ni bila dah sampai, tengok keadaan dia ala2 kawasan kampong sungguh. Tapi bukan sebarang kampong. Rumah-rumah di Key West berharga jutaan USD ok!
 
Cam gini la rupa rumah2 & bangunan di Key West.
 
Di Key West, Ammal ambik trolley tour. Hop on hop off nyer style. Kitorang pusing-pusing sekitar kawasan tu. Turun ambik gambar, jalan kaki, makan ice cream (sebab panas berdenting!) & shopping serba sedikit. Kedai-kedainya kebanyakannya duty free. Jadi jimat ler sikit ;) Dalam 5 petang semua guest kena balik ke kapal. Kapal akan meneruskan perjalanan kembali ke Miami. Malam tu, dah kena start packing. Dalam pukul 10 malam, kena letak semua beg luar cabin untuk porter ambik. Baju-baju yang nak dipakai, kena letak beg lain... Masa masuk cabin lepas balik dinner, nampak bil semua dah ada atas meja. Dan ada jugak envelope WOW. Cam yang Ammal bagitau sebelum ni, naik cruise ni kena bayar gratuity. Envelope WOW tu pulak, as an extended gratuity buat mana2 staff diorang yang kita rasa perkhidmatan mereka buat kita 'WOW!' gitu...
 
5 Disember lebih kurang pukul 7 pagi, kapal selamat tiba di Miami Port. Bermakna hampir berakhir la sudah perjalanan Ammal dengan Majesty of the Sea :(
 
Lepas breakfast terus kemas cabin. Tapi sebelum tu, Ammal tulis nama kat envelope WOW & pergi masukkan ke box yang diorang sediakan. Korang rasa siapa yang Ammal & husband hadiahkan envelope tu? Haaa... cer teka.. cer teka! Yg dah baca kat FB, confirm tau ;)
 
Miami Airport

Turun dari kapal, kena lagi sekali custom & immigration... lepas tu terus naik bas nak pergi Airport Miami & ambil kereta sewa. 5 Disember tu kan hari Jumaat, jadi lepas ambil kereta, kitorang terus cari masjid. Alhamdulillah jumpa. Tapiii... nak menunggu diorang solat Jumaat punya la lambattt... Sempat tido la kitorang dalam kereta. Ada 3-4 kereta pelancong lain jugak yg datang selepas kitorang. Pun terpaksa menunggu. Ada yang sempat pergi merayau pulak lagi... Bila dah sampai waktu, khutbah nya pulakkkk... lagi sekali buat Ammal tertidur dalam kereta. Panjang sungguh! Tapi bila selesai, husband Ammal puji khutbah dia. Ye la kan... bebas bersuara. Bukan macam kat M'sia :p

Ni la masjid nya. Besar kan!?!
 
Selesai solat, kitorang terus pergi check-in hotel. Hotel-hotel di Miami tersangat la mahal. Nak-nak kalau yg letaknya betul-betul di Miami Beach. Di Key Biscayne pun lebih kurang sama jugak. Jadi dengan budget yang ada, Ammal cuma mampu ambil hotel di Bandar Miami. Itu pun boleh pengsan kalau nak duduk lama-lama. Jadi cukup la merasa selama 2 hari 2 malam...
 
 

Key Biscayne Bay yang sangat lawa & bersih 

Hari kedua itinerariesnya ke pantai & shopping complex. Dari apa yang kita tau, minah2 saleh kat sana tak suka pakai apa2 bila pergi pantai (B***L la kan). Jadinya, sebelum nak ke pantai, Ammal dah pesan dengan anak2 awal2 lagi. Kalau nampak yang 'over expose', sila tutup mata. Tapi ok la. Tak de la insiden2 tu. Yg two pieces memang berlambak. Tak leh nak buat apa :p

Pantai yang lawa, yang sempat Ammal pergi, sudah semestinya Key Biscayne. Pasir putih bersih & halus. Tapi malangnya, pantai kat situ boleh bawak pet. Jadi pempaham la kan, binatang apa yang banyak berkeliaran. Bersih memang la bersih. Tak de la najis2 bertaburan. Walaupun sebelum travel Ammal dah tanya mereka2 yang arif, boleh ke kalau Ammal nak mandi kat situ & mereka jawab boleh. Cumaaa... Ammal geli. Anak-anak Ammal pun, sama. Kitorang turun kat Biscayne konon nak main2 jugak la sikit2. Tapiii... tak sampai 2 minit, berkejaran datang pet2 ni dengan tuannya. Depa berkejaran datang, kami pulak bertempiaran pergi parking & terus masuk kereta...hahaha. Jadinya, gambar pun cuma dapat sekeping dua... sadesss... 

Crandon Park
 
Jellyfish yang bertaburan sepanjang pantai...
 
Pantai di Crandon Park 
 
Jadi dengan berat hati, kitorang pergi ke Crandon Park. Pantai di sini walaupun tak dibenarkan bawak pet, tapi pasir & pantai dia kotor. Air lautnya dah ala2 di PD. Jellyfish mati bertaburan kat tepi pantai. Ammal tak bagi anak2 mandi takut kena sengat. Kalau tak kena sengat direct pun, air dia mesti boleh buat kulit gatal2 & bisa sebab serpihan sesungut jellyfish sure banyak dalam laut... 

 
 
 
Travel di Miami ni memang mencabar kesabaran. Jalan-jalannya bersimpang siur, banyak flyover, banyak traffic light dan susah cari parking. Dannn... traffic jam dia, kussss semangat. Tak tau la keadaan memang normal camtu atau Ammal datang silap masa. Masa first night nak cari dinner kat restaurant halal, kitorang dah bazir masa 3 1/2 jam. Dengan jalan jam, road block dan jalan tutupnya, restaurant pulak tak jumpa. Pengabis, kitorang balik hotel & masak Brahims.
 
Second day pun camtu jugak. Lepas puas berehat kat pantai, anak-anak dah lapar, kitorang try carik restaurant semalamnya. Alhamdulillah jumpa. Tapi jalan tetap jam. Parking sebaik jumpa! Jadi melantak la kami puas-puas di restaurant tu. Nama restaurantnya Juicy Gyros. Sedap! Menunya korang tengok la gambar tu. Malas Ammal nak rotate :p Plan nak ronda shopping complex terpaksa dikuburkan sebab masa dah banyak terbuang atas jalan. Nak balik ke hotel, kitorang sangkut lagi dalam traffic jam. 2 jam jugak nak masuk ke bandar & sampai hotel. Balik hotel, Ammal start berkemas. Sebabnya dalam pukul 3 pagi, kitorang kena check-out dan bertolak ke West Palm Beach Airport untuk naik flight ke destinasi seterusnya.
 
Secara keseluruhannya, nak kata puas ronda Miami, memang tak la... Tapi untuk repeat datang dan ronda puas-puas, jawapannya adalah TIDAK! Secantik mana pun pantainya, Ammal tak sanggup dah. Walaupun cuma jadi co-pilot, jantung ni cam nak tercabut bila tengok keadaan traffic di sana &  jalan-jalannya. Nak bagi direction kat 'driver' pun, penat tauuuu... Apapun, semua tu pengalaman kann. Kalau tak pergi, tak tau & tak merasa ;)
 
Untuk destinasi berikutnya, tunggguuuu...
 
 
 
Annyeong!

Wednesday 14 January 2015

MAS travel deals

Kengkawan sekalian,
Pie jengah MAS nyer website cepat!
Offer dia Ammal tengok super duper murah!
Booking period : 14 - 24 Januari 2015
Travel period : 17 Januari 2015 - 30 November 2015

http://www.malaysiaairlines.com/my/en/deals/deals-of-the-day.html

Ammal dah test ticket pergi London memang boleh dapat dalam RM2499.  Nett ok! Juling mata Ammal!
Melbourne RM1450, Male RM1100
Fuhhh.. Ammal nak demam!
 
Annyeong & happy searching!

Wednesday 7 January 2015

Paris travel advisory by Ministry of Foreign Affairs, Malaysia

http://www.kln.gov.my/web/fra_paris/travel_advisory

Travel Advisory
Safety and Security
Petty crime especially pickpockets are rampant at metro stations and trains (subways) as well as at major shopping areas. Beware of your passports, purse / wallets and personal belongings.
Robberies and thefts often take place even at hotels. Thieves work in groups and may strike at any time. The Embassy wishes to advise all Malaysians visiting France to remain vigilant and to take care of their belongings, especially handbags, briefcases, etc. while visiting Paris.
Break-ins during traffic jams along major highways between the airport and the hotel do take place. Be wary and keep your handbags out of sight when in vehicle at all times as snatch thefts also occur.


Terror Alert
France maintains high level of terror alert throughout the country. Armed military and police personnel are patrolling main transit attractions in Paris. Please exercise extra alert and follow their instructions when required.
Airline Safety
Airlines insist on security measures including only allowing passengers to carry a small amount of liquids (100mg) in their carry-on baggage.
Do NOT carry or check-in items/ baggage which are not yours.
Entry and Exit Requirements
Malaysians do not require visa to travel to France for any visit of less than three months.
French immigration authorities may deny entry and deport people arriving in France with less than six months validity remaining on their passport. The authorities may deny entry to anyone once they established doubt on your visit to France.
Malaysians are advised to follow all local laws and respect local customs.
Where to Get Help
In France, you can obtain consular assistance from:
Embassy of Malaysia
2bis, rue Benouville
Telephone (+331) 45 53 11 85
Facsimile (+331) 47 27 34 60
Email: malparis@kln.gov.my
If you are travelling to France, whatever the reason and however long you will be there, we encourage you to register with the Ministry of Foreign Affairs Malaysia. You can register in person at the Embassy of Malaysia, Paris or online. The information you provide will help us to contact you in case of an emergency.
Malaysians who are detained by the French authorities must insist that they call and inform the Embassy of their detention. The French authorities will not contact the Embassy unless there is a specific request by the detainees to do so.
In the event of a consular emergency, if you are unable to contact the Embassy, you can contact the 24-hour Duty Officer on +33 6 32 60 61 84.
This travel advisory was updated on Monday, 6 January 2014.

Tuesday 6 January 2015

Ke Atlantis Paradise Island, Bahamas

Atlantis Paradise Island dari port Nassau

2hb Disember 2014, pagi-pagi lagi kapal dah berlabuh di port Nassau (pronounce as Na-so), Bahamas. Kitorang dah ready pakai swimming suit utk pie snorkel. Tengok view, Subhanallah! Cantik sangatttt. Syukur Alhamdulillah, Ammal selamat sampai kat salah satu tempat impian Ammal. Walaupun tak dapat stay lama sebab ikut jadual cruise, rasa bersyukur sangat dapat jugak jejak. Mulut ni tok sah dok cakap la... Kagum sangat dengan dunia ciptaan Allah. Kami pie breakfast kenyang2, bagi makan ubat kat anak yg demam, packing barang snorkel apa semua, terus turun. Sebelum keluar kapal, kena pastikan pass & passport ada.

Owhh... lupa nak cerita. Dalam kapal ni, semua cashless. Dari Malaysia lagi Ammal dah update online detail apa semua. Bila check in, diorang double check, ambik gambar & dapat la pass sorang satu sebagai pengenalan diri, e-wallet & kunci bilik. Jadi dalam kapal bawak ke hulu ke hilir pass tu aje. Passport & duit simpan dalam safe yang ada dalam setiap cabin. Nak check-out nanti, kalau nak bayar pakai cash boleh, atau nak lagi cepat, credit card aje. Selain tempat makan, dalam kapal ada kedai shopping tau. Duty free! Jadi pempaham sendiri la ye...

Port di mana semua cruise ship berlabuh

Ok, jom sambung. Kamera kitorang masa dah turun kapal tu, non stop dok click sini sana... Matahari terik, tapi angin yang bertiup sejuk sesedap rasa. Dan apa yang Ammal perasan, laut dia tak hanyir macam biasa. Mungkin sebab dari lautan yang luas kot...

Itinerary yang Ammal plan untuk hari tu memang untuk mengadap laut puas-puas. Salah satu tempat tujuan ialah ke Atlantis Paradise Island. Ikutkan dalam cruise ada offer tour ke sana. Tapi lepas baca review apa semua, orang kata buat sendiri lebih murah. Jadi kitorang decide untuk pergi sendiri. Pilihan samada nak naik taxi atau water taxi (boat). Naik taxi katanya $4 seorang untuk one way dan lagi cepat. Kalau naik water taxi diorang tunggu penuh baru jalan. Kadang ambik masa sampai setengah jam. Uihh... rugi masa! Jadi naik taxi ler kita! Tak yah risau. Lagipun petua nak travel, kena sentiasa buat muka berani & yakin. Jangan dok kalut takut tak tentu pasal. Orang boleh baca & lagi senang nak kena tipu! Kluar je kawasan port tu, tokei-tokei taxi dah menunggu. Terus gitau arah tujuan dan dgn sekelip mata dah dapat group utk naik van. Naik van, pusing-pusing, tau-tau kitorang dah naik jambatan untuk ke Atlantis.

Sampai Atlantis, kitorang terus mencari tour desk. Tanya orang, baca signboard turun ground floor, terus jumpa. Bila tanya, betul seperti yang diberitahu. Pakej Atlantis Beach Day cuma $69 seorang dewasa & $49 utk kanak-kanak. Kalau ambik yg RCL sediakan $85.75 untuk dewasa & $59.75 untuk kanak-kanak. Banyak beza kan! Termasuk dalam pakej Atlantis Beach Day ni, tour guide untuk jelajah resort Atlantis yang besar tu, masuk The Dig (Aquarium), lunch & guna towel, kerusi payung di pantai tanpa had masa kecuali water park diorang. Berbaloi la kan?! Tapi diorang bagitau, satu pantai ditutup. Bukan tutup apa, tak boleh mandi. Sebab cuaca tak elok. Tak puas hati la jugak mula-mula tu.
Hiasan kristal jutaan ringgit dalam kasino

Tour guide sampai dalam setengah jam lagi. Dalam menunggu tu, Ammal ronda-ronda dulu kawasan berdekatan. Bila guide sampai, terus la dibawa berjalan sambil diberi penerangan. Dia cerita pasal hidupan laut yang ada kat Bahamas, undang-undang laut dia, pergi tengok kasino diorang dengan hiasan kristal yang berharga jutaan ringgit dan selepas dalam 1 jam, kitorang ditinggalkan di tepi salah satu lagoon yang ada untuk berendemm. Tapi bukan ditinggalkan begitu aje. Seperti biasa la. US ni kena hulur tips manjang. Walaupun Bahamas tu negara lain, adat & cara dah ikut US. Jadi hulur ler kat dia dua tiga dollar. Dah hulur baru dia gerak. Kalau tidak dia berdiri tegak pot pet pot pet bagi hint...huhuhu
Lagoon yg ada kat situ kecik. Tapi budak-budak mana dia kisah. Terus terjun masuk laut & main pasir. Ammal main kejap, pastu zzzz kat kerusi yang ada. Syiokkk woo tido kat tepi pantai dengan suasana & cuaca kat sana. Bila sedor dari tido, terus paksa semua gerak pie tengok lagoon & pantai lain.

Ni la lagoon yang comel itu!

Get ready untuk zzzz....

Sampai kat pantai yang diorang tak bagi mandi tu tengok bendera merah. Patut ler depa tak bagi mandi. Ombak diaaaa... fuhhh. Meremang bulu roma! Tapi pasir & pantai kat situ memang superb la.. Anak Ammal siap guling-guling kat pasir dia. Dah kata tak leh mandi, dengan berat hati kitorang gerak pie tengok lagoon yang ketiga.

Bendera merah! Tapi nampak macam tenang je laut tu kan...

Tapi tengok pokok kelapa tu. Badan Ammal macam nak melayang kena tiup angin...

Bila sampai pantai ketiga, tengok ombak tetap kuat. Tapi sebab ada banyak batu, jadi kekuatan ombak tu kurang la jugak. Jadi berendam kat situ la Ammal & anak. Niat nak bersnorkel, tinggal angan-angan. Tapi tengah Ammal syok berendam, tiba-tiba ada ombak kuat datang. Bedebush Ammal tenggelam kejap... Terus surrender la jawabnya. Terkujat jantung! Pie pantai tengok si kecik sudah naik temperature badan. Aduihhh la. Ubat lupa bawak la pulak! Tak lama lepas tu, nak tak nak, terpaksa la gerak. Cari tempat lunch pun dah tak der keinginan sgt. Jadinya terus balik Atlantis & ambik taxi untuk balik ke port.

View port waktu malam

Gedebak gedebuk, buat itu ini, dah malam baru Ammal teringat. Ammal tak pie Market Straw lagi. Dalam pukul 8 lebih, Ammal kluar balik dengan husband. Tapi yang sedihnya, diorang kata, Market Straw dah tutup. Jadi Ammal beli souvenir di kawasan port aje dengan kedai yg cuma ada 3-4 ajer yang masih buka.

Tepat 12 malam, kapal start gerak utk ke destinasi berikutnya.... CocoCay!
Next entry nanti Ammal cerita pasal CocoCay, Key West & Miami ye.


Annyeong!

Saturday 3 January 2015

Belayar ke Bahamas dengan Majesty of The Sea

Majesty of The Sea. Photo credit to Avidcruiser.com

Asal plan nak ke US, tak de pun nak bercruise bagai.
Tapi ntah camana bila check website Royal Carribean Cruise (RCL), harga tersangat laaa murah jika nak dibandingkan dengan harga Star Cruise kat M'sia.
Jadinya, masa MATTA Fair bulan Mac 2014, kitorang terjah booth RCL.
Dalam M'sia, hanya ada satu company je yg handle RCL ni...
Nama travel agent tu Gem Travel and Tours.
Pong pang pong pang... tengok brochures, buku etc, dapat pulak harga yg lagi sedikit murah dari yang Ammal survey.
Jadinya, terus ler bayar deposit.
Padahal masa tu, flight ticket pun tak dapat lagi... punya dasyat penangan cruise ni kat kitorang!
Jadinya, berbondong-bondong la beg Ammal ke oversea kali ni sebab berangan nak bersnorkel kat sana...

1 Disember 2014, Ammal check out dari Fairfield Hotel Orlando awal pagi.
Sebab nak drive dari Orlando ke Miami Port di mana kapal yang bakal Ammal naik iaitu Majesty of the Sea bakal memakan masa dalam 3 1/2 jam.
Gedebak gedebuk, pulangkan kereta sewa apa semua, kol 1.30 kitorang sampai port.
Nak pulangkan kereta tu pun ada cerita... 2-3 kali pusing tak jumpa tempat... ish ish ish

 

Sesampai je di port, tinggal bag kat porter, terus masuk untuk custom & immigration apa semua la.
Masa tu sebenarnya anak Ammal no 2 demam panas. Dia jenis tak tahan cuaca sejuk.
Dah bagi makan ubat apa semua, temperature drop. Tapi dahi bertampal cool pad.
Bila isi form kena la declare. Dah nampak gitu, takkan nak menipu.
Jadi sebelum diberi pelepasan naik kapal, diorang panggil doctor.
Alhamdulillah, lepas. Kalau tidakkk... masak la kannn.
Diorang strict. Lepas pun bersyarat.
Ammal tak boleh biar anak berkeliaran sorang-sorang dalam kapal dan tak boleh bagi dia mandi pool...
Masa tu, tak pikir apa dah. Iye kan aje le.
Giler apa kalau tak dapat naik.
Hotel kat Miami Ammal booked utk 5hb. Harga dah la mahal nak mampos...
Ke mana la pulak kitorang nak pie... huhuhu

Bubbye Miami Port...

Majesty ni besar dari Star Cruise yang Ammal pernah naik dulu.
Ada 12 tingkat semuanya!
Tapi merupakan antara kapal terkecil bawah naungan RCL.
Dasyat tak?
Gila bapak besar kapal-kapal yang lain tu!

Itineraries yang Ammal dapat di KL, first stop 2 Disember, kitorang akan berhenti di Nassau, Bahamas.
3 Disember ke private island RCL iaitu CocoCay
4 Disember ke Key West, Florida
Dan akhirnya 5 Disember kembali ke Miami.

Lepas check-in, terus masuk bilik kat tingkat 6.
Ammal ambik 2 Oceanview Stateroom.
Satu utk anak2, satu utk Ammal & husband.
Masa bayar deposit dulu, connecting room dah abes. Jadi pasrah ajer la.
Yang bagus diorang ni... dia tau kita dari Asia, terus dia bagi attendant utk floor Ammal orang Indonesia.
Putu nama dia. Dari Bali.
Jadi omong-omong dalam dialect Indonesia la Ammal!
Putu bagitau, dalam 2.30 nanti ada fire drill.
Wajib utk semua guest.

Cruise Compass yang menanti dalam bilik setiap hari. Bagitau destinasi, senarai aktiviti, waktu makan etc


Tempat mandi semuat badan...

Lepas fire drill, kitorang terus carik makannn... lapar wei!
Dah pukul 3 petang masa tu.
Pusing2 cari apa yang boleh dimakan, tiba2 "Assalamualaikum"
Terlompat kecil Ammal. Tiba-tiba jer ada orang bagi salam.
Rupa-rupanya ada ramai Indonesian yang bekerja dalam kapal tu.
Dan yang bagi salam tadi tu, waiter yang bertugas kat level tu.
Tapi tak sempat borak sebab dia tengah sibuk...
Dasyat orang-orang Indonesia ni carik duit!
Yang Ammal ni perabih duit...hehehe

Meh Ammal citer pasal restaurant & tempat makan ada:
1. Main Diningnya ada 2 deck; Moon light kat Deck 3 & Starlight kat Deck 4. Ni ala2 fine dining la... gelas, sudu garfu tersusun cantik atas meja.
Free seating masa breakfast & lunch (12 tengahari sampai 1.30 petang).
Bila dinner pulak dipanggil 'My Time Dining' di mana kita boleh masuk ikut suka atau set time dengan diorang seawal 6.30 petang dan selewat 9.30 malam untuk duduk semeja dengan family.
Kalau tak, chances adalah tinggi untuk korang disumbat kat mana-mana meja kosong dan duduk dengan mat-mat & minah-minah saleh kat situ...hihihi

2. Winjammer Marketplace di Deck 10. Breakfast start dari 7 pagi sampai 11.30 pagi. Kat sini makan ala sempoi sket. Semuanya buffet. Ada made-to-order omelets, buah-buahan, roti dan pastry, waffles, pancakes, hash browns, cereal counter & oatmeal etc. Lunch dari 12.00 tengahari sampai 2.30 petang. Dinner dari 6:30 petang sampai 9 malam.

Pakaian untuk kedua-dua tempat di atas ni, casual tapi tak boleh jeans, swimming suit & shorts, katanya la. Tapi selamat jer kitorang masuk dgn jeans...hahaha.

3. Compass Deli di Deck 11, hidangkan paninis, wraps, salad bar, soups & cookies. Semuanya complimentary & dibuka dari jam 11.30 pagi sampai 6 petang.
 
4. Sorrento's Italian Pizza, bersebelahan dengan Compass Deli. Sentiasa buka sampai 3 pagi katanya.

5. Johnny Rockets di Deck 12. Kena bayar $4.95 cover charger per person. Makan semua free kecuali drinks & shakes. Sebaik shakes tak free kannnn. Kalo takkkk... ntah berapa kilo la berat Ammal naik! Tapi yg benornya, kitorang tak masuk pun. Dan tak nampak ada orang lain yang masuk jugak. Yang lain dah free, buat apa nak buang duit lagi kan?! ahak ahak

6. Latte-tudes café di Deck 5, ada jual coffee.

7. Sebelah Latte-tudes pula ada Freeze Ice-Cream. Harga dalam $3.50

Kalau malas nak keluar bilik, boleh je mintak room service. 24 jam sehari!
Free okay!!
Cuma kena bayar surcharge kot tetiba korang lapar & nak makan pukul 2 pagi.
Syiok sungguh la utk yang sedang honeymooning! ;)

Mesti korang tertanya-tanya camana Ammal makan kan?
Few weeks sebelum bercuti, Ammal dah emel kat diorang request for Muslim Meal.
Explain kat diorang apa yang boleh, apa yang tak.
Then dia reply & cakap, diorang take note request tu. Cuma bila sampai masa belayar, kena jumpa dengan manager in charge.
Mula-mula memang ingat nak makan kat Wildjammers je.
Senang & tak banyak cerita.
Sekali bila Ammal Google menu kat Main Dining, tengok ada lobster, ada shrimp & scallops...
Mana boleh jadi kan??
Favourite Ammal sefamily tu!!

Tapi akhirnyaaa... tak yah nak request pun.
Banyak jer yg boleh telan.
Salad diorang tersangat la sedap.
Percaya tak kalau Ammal kata, Ammal makan brokoli & mushroom raw?!




Tak caya? Tengok gambar tu sebagai bukti!
Sayur-sayur depa tak basah lembab cam kat M'sia.
Kering! Jadinya, idok ler berbau maung walau sedikit pun... 

Masa kat Main Dining jer, kitorang request seafood yg tak nak ada alcohol & no meat at all.
Alhamdulillah, dapat server yg super duper cool!



Stephen yang menjadi rebutan ramai guest!



Server yg excellent tu nama dia Stephen dari India.
Fine dining dah jadi ala2 makan sempoi dibuatnya.
Main course, sampai 2-3 pinggan dia bagi.

Tengok betapa banyak pinggan yang ada atas meja...

Escargot yang dimasak dengan garlic butter

Dan jangan tak percaya, buat pertama kalinya Ammal makan escargot!
Rasa cane? Macam makan mushroom bakar. Sedap! Tapi lagi sedap makan scallops! hehehe

Tempat makan yg kitorang pergi utk breakfast pulak memang Windjammers la.
Boleh kecoh2, gaduh2 manja ngan family...hihihi

Ok tutup bab makan. 
Untuk aktiviti pulak, memang banyak la kan...

Rock Climbing

Futsal

Pool 

Kat Deck 12, ada wall climbing.
Deck 10 ada Adventure Ocean untuk kanak-kank umur 3-11 tahun. Ada game room, internet café, dance floor, library & cinema. Dan dah nama pun kapal mat saleh kan... deme siap buat night club untuk remaja!
Tapi idok ler Ammal bagi & ajar anak Ammal masuk ke situ.
Kena ingat... bercuti JANGAN CARI DOSA!
Yang lain-lain tu macam Star Cruise jugak la. Ada swimming pool, ada gym, spa & sauna.
Semua bilik ada flat screen tv, safe & hair dryers.
Toiletries pun disediakan.

Tapi yang sebenor-benornya, kitorang tak sempat nak enjoy semua aktiviti.
Rasa masa macam cepat jer berlalu...huhuhu.
Kena repeat, kena repeat! WAJIB!

Entry di Bahamas, Ammal buat lain la ye.
Panjang sangat pulak cerita Ammal pasal kapal ni...


Annyeong!