Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, 2 February 2016

International Driving Permit untuk warganegara Malaysia

 
 
Buat pertama kalinya, travel ke oversea, kitorang buat International Driving Permit/ Licence masa bulan November tahun lepas.
Selalunya lessen memandu Malaysia yang biasa tu, boleh jer guna.
Tak kira la, kat Australia ke, US ke... tak pernah jadi masalah
Tapi nak ke Europe hari tu, kawan2 dan Hertz Car Rental dah ingatkan awal2.
Kena ada International Driving Permit
Jadi pasrah je la.
 
Ni Ammal bagi link application formnya... IDP
 
Documents required:
  1. RTD L1 Form
  2. Original domestic driving license that is still valid for one year.
  3. * Original Identity Card.
  4. * Original passport and copies (for non-citizens).
  5. Two passport size colour photos.
Fee:
  • RM 150.00 per year
 
Permohonan boleh submit kat JPJ negeri dan boleh jugak kat AAM.
 
Sebahagian rupa dalam.

Prosesnya tak lama pun.
Dalam hari yang sama jugak boleh dapat.

Ni saja nak share citer sedih...
Kalau korang baca entry ni Ke pasar Atarazanaz,Malaga & Al-Hambra, Granada, ada satu insiden kitorang tersalah masuk jalan untuk teksi dan bas kan...
3 minggu lepas, credit card sudah kena charge.
Mula2 ingatkan ada orang curi guna.
Selang sehari, Hertz bagi emel.
Sah lagi sohih, kitorang kena saman kat Granada.
Tak la sampai RM300 macam kat Malaysia... cuma 200 lebih sket.
Tapi tetap laaa duit kan?!
First time wooo kena saman kat ober the sea...huhuhu
Jadi buat yang nak ke Spain, sila pastikan mata korang cekap untuk membaca semua signboard kat jalan dan cekap carik translation kalo ada perkataan yang susah nak agak dalam English...



Annyeong!

Tuesday, 28 July 2015

Tips cari tiket kapal terbang dengan harga murah.

Haieieie!!
Lama tak menulis and share tips travel ye.
Seperti biasa alasannya ialah 'busy'... hahaha
Serius! Tak tipu!
Sibuk dengan anak, shopping, preparation travel, bla bla bla...
Owh... Ammal busy dengan hunting jugak!
Ye... selain travel, memandangkan anak2 dah besar ni, Ammal ligat balik join aktiviti treasure hunt.
Berbaloi?
Hmm... rezeki tu kan pemberian Allah.
Ada masa2 menang, ada masa2 kecundang.
Tak kisah la kan... yang penting happy!
Exposure untuk anak2 jugak...
 
Untuk trip ke US, Ammal masih hutang satu je lagi...
Dah ada dalam draft, tapi masih tak berkesempatan nak edit bagai.
Insya-Allah lepas tu Ammal share pasal camana nak apply visa US & tips2 lain kalau nak travel ke sana.


Entry kali ni mengejut. Curi2 masa sket.
Sebabnyaaa... dah beberapa kali kawan2 Ammal tanya camana nak cari tiket kapal terbang dengan harga murah.
Ok la.. ok la... meh la Ammal share...

Tips2 nya:
1) Macam Air Asia jugak. Nak murah, kena beli awal. Ammal selalunya beli setahun awal. Sebab tu perlu beli insurans...

2) Jangan ambik direct flight tapi ambik yang ada connecting/transfer. Untuk penerbangan lebih 10 jam, pada Ammal cara ni lebih sesuai & selesa. Memang buang masa sket bila kena tukar kapal, tukar airport etc, tapi kalo mampu jimatkan belanja tiket hingga seminimum RM1,000 seorang tak mau? Lagipun kalau dah berjam-jam dalam flight tu, kematu gak bo*t*t weh! Dapat turun, jalan2, pusing2 airport dan carik idea for next travel pun syiok apa!?!

3) Kalau ada option airport selain dari main airport, better la pilih yg kurang jadi tumpuan. Contoh untuk pergi ke San Diego dari Miami. Ada masa2nya, flight dari West Palm Beach Airport lebih murah compared to flight from Miami Airport. Cuma kena drive sket la... Jadinya, nak mencari offer tu, kena main2 sket dengan search engine.

4) Check dengan official website airline2 yg berkenan. Mana la tau kot ada best deal ke. Pastu buat comparison. Semejak dua menjak ni, Ammal lebih banyak gunakan online travel agent seperti Kayak, Expedia, Zuji.au, Zuji.sg, Wego dan beberapa website lain. Alhamdulillah... setakat ni banyak la dapat jimat. During one of my trip, Ammal berjaya jimat hampir RM4,000 seorang! SEORANG tau! Haaa... Banyakkan? Syukur Alhamdulillah... Kalau dapat best deal tu, kalau tak percaya, korang boleh pie carik mana2 travel agent kat M'sia ni. Dapatkan detail perjalanan sama macam online agent bagi, dan mintak agent kat M'sia carik exactly the same. Takkan dapat punya! Percaya la!! Sebab Ammal dah buat pun :p Cuma tricknya, tiket murah cara ni only limit to 4 tickets per transaction!

5) Ammal pernah terbaca somewhere, can't remember kat mana, tapi katanya, nak dapat best offer, carik la masa hari Rabu-Khamis. Tu pun betul... Kadang tu rasa cam orang gila pun ada... sebab tengok deal yg ada macam pasaran saham! Dalam masa beberapa minit, dari RM2,500 terus naik RM2,700! Gila arrhhh. 

6) Ada yang kata, nak murah jangan travel masa hujung minggu. Pada Ammal, kalau nak travel within US or Europe, mungkin betul. Tapi kalau kita nak travel dari Malaysia ke luar negara (yang jauh, bukan S.E Asia ye), yang Ammal tengok, tak ada beza pun. Kalau travel masa cuti sekolah kat Malaysia, ada cuti sekolah/public holiday kat negara yang kita nak pergi tu, yang tu besar kemungkinan mahal.

Buat masa ni, itu je tips yang terlintas dan teringat dalam kepala Ammal.
Kalau ada lagi nanti, Ammal update kat sini as and when je la ye.
Pandai2 la korang carik nanti...hahaha
Selamat melancong!
 
 
Annyeong!

Sunday, 29 March 2015

Tips travel lagi?

Ek eh... hari tu kata dah last ye.
Tetiba hari ni ada tips lain lagi... hehehe
Tak pe la kan... dunia ni kan sentiasa maju ke hadapan.
Mungkin info & tips yang Ammal share sebelum ni, ada yang dah out dated.

Sebenarnya, ni info yang Ammal baru terima.
Jadi apa salahnya share dengan kawan2 kan.
Blog ni pun kawan-kawan Ammal je yg tahu.
Kalau ada org luar yg masuk, mesti sebab terjumpa...

Ok... tips kali ni pasal apa?
Ammal cuma nak share pasal satu link ni...
Pasal apa perlu share?
Sebabnya... selalunya orang risau nak travel ke US je sebab banyak benda nak kena prepare, TSA pre-check & interview etc...
Tapi sejak akhir2 ni, nak ke Europe pun sama.

Pernah dengar cerita pasal sorang budak pompuan ni kena tahan kat Paris sebab nak jumpa tunang dia?
Tak tau kalu, korang boleh Google.
Kecoh gak aritu...

Ministry of Foreign Affairs ada upkan travel advisory buat rakyat Malaysia pada 6 Januari 2014 yang lalu.
Ammal pun ada tolong tepekkan kat blog..
Paris-travel-advisory-by-ministry-of.html
Jadiii... ni ler linknya...

http://www.staralliance.com/en/services/visa-and-health/#

Kat sini korang boleh check apa documents yang diperlukan bila nak travel ke sesebuah negara.
Dah baca tu nanti, pandai-pandai la korang cari details ye.
Sebab web tu cuma bagitau secara kasar.
Details nya kena la tanya Embassy negara berkenaan dan Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Ok... sekian untuk kali ini. Travel safe kengkawan!


Annyeong!


Friday, 31 October 2014

Persediaan melancong 7 - Kereta sewa

Rasa cam tak banyak nak share pasal ni…
Ammal cuma nak share satu website yang Ammal guna jer…
Korang boleh try cari kereta sewa melalui web ni… http://www.economycarrentals.com/
Walau nak ke negara mana sekali pun... boleh ajer!
Lebih murah dari korang ambil direct dari Hertz, Avis etc…
Nah.. cer tengok perbezaan kedua-duanya.
Kita tengok kereta Yaris ye…
Ammal test untuk sewa seminggu di Australia tapi tak ingat ke mana...hehehe

1AUD=3.012

AUD201.01 = RM605.44 per week kalau booking melalui website Hertz.
Tapi kalau booking melalui website yang Ammal bagi cuma RM519.72.
Korang boleh jimat RM85.72
Kalau rasa tak jimat mana duit banyak tu, sila hentikan pembacaan sekarang jugak sebab itu tandanya korang memang banyak duit :P




Korang jangan la risau kot dapat kereta cokia, buruk dan sebagainya dengan rate yang murah gitu.
Negara luar tak der buat perangai macam kita sewa kereta kat Langkawi...huhuhu
Bila time nak ambil kereta nanti, silap-silap korang ke kaunter Hertz jugak… tak pun kaunter-kaunter kereta yang lain, yang ada nama.

Ammal dah guna website ni dua kali travel… tapi banyak transaction dan berbeza tempat la.
Sebab apa banyak transaction?
Sebab Ammal nak jimat duit.
Bila rasa tempat Ammal nak pergi tu, hotel tak provide free shuttle baru Ammal sewa kereta…hehehe

Ooo alang-alang dah sebut free shuttle…
Kata la korang ke Tokyo. Dan dalam itineraries ada nak ke Tokyo Disneyland.
Sebelum booking hotel tu, check la dulu. Mana la tau kot-kot ada disediakan free shuttle nak ke sana.
Dapat la jimat duit kan?!
Cumanya kalau free shuttle ni, kurang la kebebasan.
Korang kena tunggu shuttle ikut jadual2 yang telah hotel tetapkan…

Melalui website ni, kereta yang kita sewa selalunya with unlimited mileage.
Untuk gps & child seat dia ada perkiraan lain.
Tapi tetapppp la murah.
Child seat adalah WAJIB ye untuk kanak-kanak bila di luar negara!
Kena saman kalu, sendirik tanggung!
 
Bila dah confirm semua nanti, ada fine print kena la baca.
JANGAN MALAS!
Depa tak mintak full payment.
Deposit cuma 10% kalau tak silap Ammal.
Nak mofidy booking senang, nak cancel pun tak banyak cekadak!
 
Nak drive di luar negara tak semestinya kena ada International Driving Permit.
Kalau lesen memandu M'sia selalunya lepas aje.
Sebab yang penting, kena ada gambar & English wording; 'Malaysian Driving Licence'.
Melalui website ni juga, bila kita ambil dan pulang tempat berbeza semua dia dah kira siap-siap!
No extra & hidden charges!
 
Harga minyak sesebuah negara pula berbeza ikut tempat. Bukan setakat ikut negeri...
Kalau rajin, boleh la survey dulu sebelum pergi.
Ammal tak rajin untuk part ni!
Kalau malas, nak tau murah tidak, tengok la berapa banyak kereta yang beratur kat stesyen tu...hahaha
Selain dari tu, kena la check jalan, undang-undang kat sana & toll diorang.
 
In case korang tak suka nak drive dan tak berani sebagainya, naik ajer la public transport.
Cumanya macam M'sia jugak la...
Tak semua tempat public transport diorang efficient.
Jadi nak tak nak, kena la drive.
Ok?!
Itu ajer untuk kali ni!
 
 
Annyeong!


Saturday, 18 October 2014

Persediaan melancong 6 - Penginapan

Macam yang Ammal bagitau sebelum ni dalam Tips Budget, Ammal lebih suka listkan semua hotel yang ‘sedap’ di mata terlebih dahulu.
Pastu survey harga & baca review….
Ciri-ciri hotel pilihan Ammal kena ada:
-       lif
-       self service laundry
-       free breakfast
-       airport transfer
-       dan yang paling penting NO PETS ALLOWED
 
Walau macamana best pun botel tu, semurah mana pun offer yang Ammal boleh dapat, kalau tulis dalam website tu, PET FRIENDLY,  PETS ARE WELCOME atau PETS ALLOWED, memang Ammal slash awal.
Tak mampu Ammal bayangkan, Ammal tidor atas katil yg ‘deme’ tido sama… arkkk.. pengsan!
Dan kalau dalam itineraries Ammal, ada nak ke theme park, Ammal akan pastikan hotel tu ada provide free shuttle.
Boleh la jimat kos pengangkutan kan?!
 
Kat mana Ammal carik hotel-hotel tu semua? MERATA!!
Kalau ke Bandung, Ammal suka guna Agoda.
Kenapa ke Bandung, tak ke tempat lain jugak?
Sebab dah pernah test, offer diorang tak best :P
Dan shopping kain kat Bandung super duper best pada Ammal.
Kalau setakat travel di Asia Tenggara ni, Insya-Allah memang boleh dapat offer murah di Agoda.
Luar dari Asia Tenggara, lupakan ajer.
Kalau lain-lain negara, Ammal akan tanya boyfriend Google, check kat Tripadvisor & juga kat Expedia.
Kadang tu Ammal buat kerja gila, Ammal search kat Google Map setiap satu hotel yang ada dalam map tu… hahaha…
Bukannya apa… Senang nak check public transport dan tengok kawasan persekitaran hotel tu camana.
Boleh buat sekali harung! Hehehe...

Berapa bilik nak reserve, depend  ke negara mana yg korang akan pergi.
Ada sesetengah negara, untuk penginapan budak 12 tahun dah dikira dewasa.
Ada pulak yang kira 18 tahun ke bawah masih kanak-kanak.
Kena check jugak info ni betul-betul sebelum korang buat budget!
Besar beza belanjanya nanti kalau tak check!!
 
Kalau ke oversea, Ammal tak kisah pun duduk hotel 'kurang bintang'.
Korang jangan ingat hotel-hotel kat oversea yang 'kurang bintang' tu sama dengan hotel yang 'kurang bintang' kat Malaysia ni ye.
Jauhhhh sangat beza.
Hotel 'kurang bintang' kat oversea, tilam bantal semua empuk macam hotel 4/5 bintang kat Malaysia.
Ada free wi-fi, free flow coffee & tea & segala macam tok nenek yang free.
Dan hotel deme tak hapak macam hotel 'kurang bintang' kat Malaysia ni.
Bukan nak kutuk tapi kenyataan atas pengalaman sendiri…
 
Antara hotel yg bukan 4/5 bintang
 
Siap bagi free Hershey's Kisses lagi!
 
Ni buffet counter kat hotel yang 'kurang bintang'
 
Pinggan sudu semua disposable..hihihi
 

Selain hotel, Ammal suka stay kat apartment jugak.
Boleh jimat belanja makan sebab boleh masak.
Baju pun tak yah nak pack banyak sebab selalunya Ammal pilih yg ada washer ngan dryer.
 
Ammal pernah bagitau, Ammal dapat offer hotel 4/5 star dengan harga yang murah kan?
Camana Ammal dapat?
Selalunya boleh dapat kalau hotel tu berdekatan dengan theme park.
Kena la pandai cari website yang offer free information pasal theme park yang korang nak pergi tu.
Dekat website tu la nanti korang akan dapat link ke hotel-hotel tu.
Kalau tak ada link, diorang akan bagi special code.

Berapa Ammal pernah dapat jimat ikut cara tu?
Utk seminggu, Ammal dapat jimat seribu lebih! Hah! Terkezut? Banyak kan?!
Tu sebab la kena rajin buat research.
Yang kureng sket masa tu cuma hotel tu tak bagi free wifi.
Diorang cuma provide free internet access kat computer yg diorang sediakan kat lobby.
Tapi semua ciri-ciri lain memang memenuhi kriteria.
Dah la 4/5 star, kalau tak ambik memang terasa rugi sebabbbb total yang Ammal bayar, sama je kalau Ammal ambik hotel 2 atau 3 star…

Actually ada cara lain untuk jimatkan kos penginapan ni.
Tapiii... nanti la. Sebab tu dah masuk kategori lain.
Dan tak semua orang minat...
Kategori lain, citer lain ok?!?
 
Owhh.. sebelum Ammal lupa...

Untuk yang nak travel dengan anak-anak kecik, Ammal nasihatkan, cari la penginapan yang dekat dengan farmasi/ klinik/ hospital.
Kalau tak nak pun, sebelum travel, check dulu farmasi/ klinik/ hospital yang berdekatan.
Bukan mintak yang tak elok, cuma sebagai preparation.
Perasaan diduga anak sakit demam di negara sendiri dan di negara orang, sangat berbeza...

 
 
Annyeong

Sunday, 12 October 2014

Persediaan melancong 5 - Travel insurance

Pergi travel/mengembara bukan la untuk bersuka-sukaan semata.
Pada Ammal & family, dengan cara ni la kitorang mengeratkan hubungan… tanpa ada rasa stress sebab penat bekerja etc. Jadi marah2 pun kurang :p
Bayangkan, anak-anak Ammal semua terus jadi montel everytime kitorang pergi bercuti.
Dari situ boleh tahu diorang happy sesangat.
Bila diorang happy, kita sebagai ibu ayah ni, lagi la kan...kembang rasa hati.
Dalam masa yang sama, bila pergi bercuti ni, kita akan lebih mensyukuri nikmat yang Allah berikan.
Ni cer tengok kalau dapat tengok pemandangan luas gini…
Mulut sure akan non stop memuji kebesaran Allah.
Terasa diri kecikkkk je. Betapa hebatnya kuasa Allah…

Credit gambor to Global Conference


Gambar tu sah-sah la bukan Ammal yg ambik.
Tapi this was one of the place yang Ammal dah pernah sampai.

Jadi pertanyaannya sekarang... perlu ke travel insurance?
Kalau ikut pengalaman Ammal yang tak seberapa ni, Ammal rasa memang perlu.
Bukan la kita mintak terjadi perkara yang tak elok…  cuma ada masa-masanya Allah menguji kita…
Jadi kena la bersedia..
Sebelum ada anak, Ammal tak kisah pun dengan travel insurance ni.
Tapi sejak ada mereka la, Ammal mula bagi perhatian…
Dan Alhamdulillah… insurance tu, membantu la serba sedikit.
Meringankan sedikit beban dan meredakan sedikit kegusaran…huhuhu

Selama travel, ada 2 insiden yang berlaku pada Ammal & keluarga.
1st insiden bila anak Ammal kena demam panas.
Allah je yang tahu betapa panic dan gabranya Ammal masa tu.
Sebab anak Ammal kalau demam panas, selalunya memang kena admit ke hospital.
Panas melampau...
Walaupun sebelum pergi Ammal dah check semua hospital & clinic yang terdekat, bila diuji begitu, rasa macam melayang kejap badan dan perasaan sebab sedar kita bukan ditempat sendiri.
Time tu memang dah tak hirau dengan itineraries semua dah.
Yang Ammal tahu, Ammal nak anak Ammal sihat cepat.
Boleh pulak masa tu, ubat-ubat semua tak bawak.
Jadi pergi la husband Ammal membeli panadol.
Nak tau harga panadol dia berapa?
Setelah diconvert, RM80 untuk satu syrup panadol botol kecik!
Puas Ammal sms kawan… yang tgh buat umrah semua… minta doakan anak Ammal sihat.
Alhamdulillah…  makbul doa mereka.
Tapi disebabkan panic attack, semua resit pembelian ubat masa tu hilang ntah kemana.
Jadi tak boleh la Ammal claim Insurance :P

Insiden ke 2, bila semua 4 buah beg Ammal, sangkut masa transit.
Bayangkan… dalam beg tu semua barang sopingan Ammal sekeluarga.
Ammal dah nak sampai Malaysia, beg tak tau dekat mana… :((
Rasa macam nak meraung, tok sah cakap la.
Dalam flight, dengan muka tak malunya Ammal tanya stewardess.
Apa chances Ammal dapat beg-beg tu balik…
Jawapan stewardess rasa cam boleh buat Ammal fitam!!
Setelah puas dipujuk hati yang lara... Ammal pasrah!

Sampai je KLIA, terus buat report.
Diorang pun terus check & dapat tau, beg sangkut kat Beijing.
Selepas beberapa hari, Alhamdulillah beg sampai tanpa masalah.
Dengan Insurance yang Ammal ambik, dapat la claim for Luggage Delay
Sebaik delay kat M'sia!
Kalo delay masa Ammal kat oversea, hah!
Tak berbaju la Ammal sekeluaga jawabnya! huhuhu
Tetapi sekiranya itu yang terjadi, claim untuk Luggage Delay tu boleh la cover expenses beli baju baru.
Takkan la korang nak pakai baju yg sama berhari-hari kan :P

Travel insurance ni selain dari Luggage Delay, ada lagi yang dia cover
Antaranya Missed Connections, Flight Delay & Luggage Loss.
Semua tu dikategorikan sebagai Inconvenience Insurance.
Selain tu dimasukkan juga Travel Accident Insurance & other additional benefits

Selalunya Ammal ambik travel insurance dari AIG.
Nak beli direct kat web diorang pun boleh.
Ammal lebih suka guna agent sebab kalau ada apa2 nak claim nanti, senang.
Provide je apa2 dokumen yg diperlukan, bagi kat agent, nanti dia la yang akan handle semua.
Kalau beli sendiri, makanya bila buat claim pun, kena la buat sendiri...
Ammal adalah malas...hehehe.
Ammal bayar je agent tu dalam RM50, A to Z, semua dia yg buat.

Bawah AIG ni, ada 2 policy travel insurance.
Policy untuk diri sendiri & travelling party (ni Ammal ambik kalau travel dengan kawan2) dan juga polisi untuk cover diri, keluarga dan anak2.
Coverage pun ada 2... single trip atau buat yang selalu travel, boleh la ambik yg untuk setahun.

Kat bawah nun Ammal share benefit bawah AIG ni yang bergantung juga pada plan apa yg kita ambil samada domestic, superior atau premier.
Harga travel insurance ni, selain dari pilihan jenis policy yang nak diambil dan juga coverage seperti yang Ammal explain kat atas tadi, harganya juga ikut pada region mana kita nak pergi dan duration travel kita,
Lagi jauh region kita nak pergi tu, dan lagi lama kita pergi, lagi mahal la kena bayar.
Kalau pergi Asia, Insya-Allah tak la mahal mana pun.
Kalau nak tau lebih lanjut, nak check harga ke, korang boleh check kat website AIG Travel Guard ni



Buat yang tak tau, selain travel insurance yang Ammal dok cerita ni, sesetengah credit card pun ada travel insurance coverage diorang sendiri.
Jadi sebelum buat pembelian untuk travel contohnya tiket kapal terbang, pastikan check dulu ye.
Kalau boleh jimat, jimat la… gunakan apa yang ada
Cuma Ammal punya credit card coverage tak sebanyak Travel Insurance yang Ammal beli.

Timbang tara la ikut kelesaan dan kesesuaian masing-masing.
Hingga bertemu ke tips persediaan yg seterusnya... tapi kannn... kalo dah habis citer pasal persediaan ni, Ammal nak citer apa ye?
Arrghh...pening sudah!

*********
Updated as at 21/2/2017

Last trip Ammal ke Europe, kalau korang ada baca, flight balik Ammal was cancelled and we were rerouted to Incheon.
Pada mulanya tak teringat apa. Then my husband tanya, "Eh, your travel insurance cover tak?"
Ha ah laaa.. lupa! Terus la Ammal checked file.
Tengok2 bawah benefit ada coverage for rerouted flight.
Terus la Ammal sms agent insurance Ammal. Bagitau pung pang pung pang...
Dia kata, Ammal kena dapatkan confirmation dari airline pasal rerouted tu.
Kasi cut short the whole story, selepas sebulan setengah, claim Ammal dah pun dikreditkan ke akaun pada 17 Februari yang lepas.
Tengok figure, Ammal terlompat! Terkejut dan seronok dalam masa yg sama.
Sungguh sabar itu 'manis'...
Husband Ammal siap buat statement.. "Ini dah macam buat investment!"
Hahaha... Ammal gelak tu, gelak la jugak.
Tapi Ammal ingatkan dia, bukan itu niat Ammal.
Travel insurance tu Ammal beli cuma sebagai persediaan.
Kalau jadi apa2, sekurang-kurangnya, mengurangkan sedikit bebanan.
Andai dapat lebih dari jangkaan, tu rezeki la Allah bagi.
Tak gitu?!
Ok... sekian, info terkini berkenaan travel insurance.

********
Updated as at 26/12/2017

Pagi ni Ammal dikejutkan lagi dengan berita traveller yang dimasukkan ke hospital di luar negara kerana serangan jantung. 
Ahli keluarga beliau memohon bantuan kewangan.
Pada mulanya, bila baca je tajuk, mulut cabul Ammal ni terus cakap "Hah! Ni tak beli travel insurance jugak la ni!"
Tapii.. bila dah baca keseluruhan berita, jantung Ammal makin berdegup kencang.
"Ëk eh, dia ada beli travel insurance laaa" ahh.. sudah. Ammal dah buat dosa tuduh diorang yang bukan2!
Mereka ada travel insurance, tapi coverage tak cukup!
Tu yang buat jantung Ammal lagi laju!
Ammal terus sms my agent (agent ni ,my leader sebenarnya... cuma Ammal ni lesen dah bertahun mampus... hahaha), bagitau pasal news tu & mintak maklumat lanjut dari beliau.
Macamana dah ada travel insurance, tapi kena dahulukan duit sendiri.
Lepas tu coverage cuma 1/3 dari total keseluruhan bil.
Mana nak carik duit oiii!
Tunggu punya tunggu, pukul 11.15 pagi baru agent Ammal call.

Agent Ammal kata, kes pakcik tu panjang ceritanya.
Jadi dia cuma bagi summary. Menurut beliau, antara puncanya:
- pakcik tu memang dah ada history heart attack, pre-existing
- mereka ambil Superior Plan (time ni jantung Ammal cam kena sentap sebab selama Ammal travel, itu la plan yang Ammal beli)
- bil perubatan tu memang kena bayar sendiri, balik M'sia baru claim, TAPIIII
- sekiranya menghadapi kesukaran, mereka boleh memohon advance dari pihak insurance

Disebabkan kes pakcik tu, agent Ammal nasihatkan... in future, ambik la plan premier.
The coverage is unlimited. Beza kosnya cuma sedikit sahaja.
Ammal tanya la jugak kat agent Ammal tu.
Habis tu, kalau dah ada pre-existing medical complication macamana.
Ada insurance extra nak kena ambik ke?
Agent Ammal kata, untuk travel insurance TAK ADA.
Ammal tanya lagi... kalau ada medical insurance, boleh cover tak?
Beliau kata, itu terpulang pada insurance company tu samada medical insurance tu ada loading (terma orang2 insurance) ke tidak.

Alang2 dah banyak soalan, Ammal tambah soalan lain yang luar dari kes pakcik tersebut.
Soalan Ammal...
1. Kalau Ammal beli tiket setahun awal, apa2 jadi, cam kematian ke, travel insurance tu cover cancellation tak?
Jawapan agent:  "Kalau ada kematian, 1-2 hari sebelum travel, flight ticket & other expenses which are non-refundable, boleh claim dari insurance company. Even sekiranya ada kebakaran 6 bulan sebelum travel pun boleh claim jugak. Sebab tu, I recommend you, once beli ajer flight ticket, beli terus travel insurance"

2. Kalau... kalau ye. Kita bukan mintak. Cuma bila dah discuss ni, nak la tau. Sekiranya husband Ammal meninggal, orang perempuan ni ada eddah. Insurance cover tak untuk cancellation yg macam ni?
Jawapan agent: "Kita doa yang baik2. Tapi macam you cakap la. Kena ambik tau. Sepanjang kerjaya I, I tak pernah lagi hadapi situasi ni. Jadi I rasa, kalau jadi, kena buat surat panjang sikit la"
2.a. Maknanya tak confirm dapat la kan?
Jawapan agent: Kita cuba... tapi apa pun, doa yang baik2. Mintak jauh la... Doanya semua selamat, panjang umur...
Aminnn...

Buat pakcik Mohd Radzi, adik Tasnim dan seluruh ahli keluarga, Ammal minta maaf sebab bersangka buruk seawal baca tajuk artikel dalam Astro Awani pagi tadi...
Semoga pakcik cepat sembuh, dapat kembali ke Malaysia dengan segera dan dipermudahkan segala urusan...


Ok, sekian update untuk hari ni.



Annyeong!