Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts

Thursday, 8 April 2021

Paris Day 6 - Royal Palace of Versailles

Day 6, Jumaat 24 Januari 2020 hari last di Paris. Esok dah nak balik. Kejap betul masa berlalu bila pergi travel ni kan.

Iti hari ni ke Royal Palace of Versailles

"The Palace of Versailles was the principal royal residence of France from 1682, under Louis XIV, until the start of the French Revolution in 1789, under Louis XVI. It is located in the department of Yvelines, in the region of Île-de-France, about 20 kilometres southwest of the centre of Paris"- wiki

Royal Palace of Versailles ni sebenarnya dalam satu kawasan yang sangat luas. Diorang panggil estate. Dalam estate ni ada Royal Palace, The Gardens, The Estate of Trianon, The Royal Stables, The Park, The Royal Tennis Court dan The Estate of Marly. Selalunya, Ammal jarang nak ke tempat-tempat historical ni. Sebab utamanya tak suka sejarah.. hahaha. Dan antara sebab lainnya, Ammal penakut. Bila pergi tempat-tempat sejarah ni, ada semacam satu aura yang terasa bila sampai. Tapi Royal Palace of Versailles ni, Ammal tergoda bila tengok Google image. Lawa! Jadinya, Ammal pujuk boyfren ajak pergi. Tiket Ammal beli online di https://en.chateauversailles.fr/. Istana ni ada 2300 bilik, 1200 fireplaces, 67 staircases, 1250 chimneys, 2153 tingkap, 6300 lukisan, 3000 sculptures, 400 statues, 15000 engravings dan 5000 decorative arts objects (kalau salah sorry ye). Jarak dari Royal Regency nak ke sini lebih kurang dalam 1 jam perjalanan.

Sampai di sini, kitorang park kereta di Place D'Armes betul-betul depan pintu pagar kawasan istana. Tengok harga parking memang tercekik la; €4.80 sejam kalau tak salah ingatan Ammal. Masuk pintu pagar, ada pemeriksaan keselamatan. Lepas je pagar, korang boleh tengok gambar bawah ni... betapa luasnya kawasan dia. Tu baru kawasan depan tau!

Seluas-luas kawasan

Memang besar sungguh istana ni. Siap ada Royal Chapel kat dalam dia! Siling istana penuh dengan lukisan-lukisan yang cantik. Sampai lenguh la leher asyik mendongak je.. hahaha. Ammal tak cukup rajin nak dengar Audio Guide. Bila nampak something yang lawa sangat, Ammal tanya je enche boyfren sebab dia rajin nak dengar.

Royal Chapel





Lukisan-lukisan dalam istana ni ada yang selebar dinding. Dengan lukisan di siling apa semua tu, Ammal tak boleh bayang betapa penatnya pelukis-pelukis tu buat kerja. Semua lukisan merupakan lukisan asli (kalau dia tipu, Ammal pun tertipu la ye). Ada antaranya yang diletakkan censor atau guard untuk mengawal. Bila pengunjung berada terlalu dekat, censor tu akan berbunyi. Dan kalau ada guard, memang kena tegur dengan guard la jawabnya. Mungkin condition lukisan tu dah fragile. Diorang takut, kita terlanggar dan merosakkan lagi lukisan tu. Memang nampak ada lukisan yang dah menggelupas cat-catnya. Entah betapa banyak la belanja untuk penjagaan semua tu kan...


Salah satu tarikan yang buat Ammal nak ke Royal Palace ni ialah The Hall of Mirrors. Gambar yang Ammal ambik tak boleh nak justify betapa lawanya bilik ni. Dan pengunjung cukupppp la ramai! Sebab lawa kan. Masing-masing sibuk nak bergambar. Jangan la berangan nak beriya bergambar berposing dalam ni. Memang takkan ada ruang kosong. Korang boleh Google dan tengok hasil gambar-gambar yang lawa, yang orang lain share.

Hall of Mirrors

Ingatkan tak ada la lama sangat spent masa kat istana ni. Rupanya tak.. berjam jugak la. Dah habis explore, eh silap. Tak habis explore pun sebenarnya, sebab cuma sebahagian je ruangan dalam istana ni yang dibuka untuk tontonan. Ada ruang yang memang tak boleh masuk langsung. Dan ada yang cuma boleh jenguk dari jauh. Di penghujung istana, tup tup, nampak Angelina. Angelina ni salah satu cafe yang famous dengan hot chocolate nya. Memandangkan dah tak ada masa untuk pergi yang di tengah Paris, kitorang decide untuk try je yang di sini. Decor tak la secantik restaurant di tengah bandar. Tapi tak pe la. Yang penting, kita rasa hot choc dia.


Ruang makan Angelina dalam istana ni kecik je. Kitorang pun tak ada la lapar sangat. Tapi nak merasa duduk & makan dalam Angelina. Jadinya order la the famous hot choc, Chesnut Cream Soup dan dessert Trocadero. What was the verdict? Erkk... Hot choc tu, tak la sedap mana. Pekat, likat, melekat pahit kat tekak! It's was not the normal hot choc drink. Yang ni rasa macam puding terlebih air... HAHAHA

Trocadero €9.20. This one sedap!

Chesnut Cream Soup €16 

And the famous hot choc €8.20

Keluar dari istana, kitorang plan untuk pusing-pusing kawasan luar pulak. Park dan Garden luar istana ni, merupakan tarikan lain untuk Ammal ke sini. Kalau tengok Google image, view masa spring dan autumn, tersangat la lawa. Walaupun sedar diri travel musim winter, tetap Ammal tak nak lepaskan peluang. Parknya berkeluasan 800 hektar. Ye! 800 hektar weh! Boleh pilih samada nak jalan kaki, sewa basikal atau naik train. Idok ler Ammal nak menapak mahupun mengayuh basikal. Ambik je la train. Katanya 15 minit untuk satu pusingan dengan harga tiket €8. Perjalanan sebenar lebih dari 15 minit. Train akan berhenti di beberapa tempat, antara yang Ammal ingat di The Estate of Trianon. Tapi disebabkan nak kejar waktu solat Jumaat, kitorang tak de la turun. Sepanjang perjalanan, train bergegar-gegar sebab permukaan jalan yang tak rata. Nasib baik la Ammal tak migraine. Ada je live video tapi tak lawa untuk Ammal share.

Map keluasan estate

Selesai pusing The Park, kitorang bergegas keluar dan drive mencari masjid. Kita ni punya la jauh pergi sebab nak solat Jumaat. Tapi depa tak bagi masuk! Berkunci pagarnya. Mungkin info yang Ammal baca tu tak tepat. Hmm... itu la dugaan bila travel ni. Sudahnya terpaksa la kami balik dan niat solat jamaq je dalam perjalanan tu. Kat mana kami berhenti solat, maaf sekali lagi, Ammal lupa. Yang Ammal ingat, kitorang sangkut lama dalam traffic jam dan repeat ke La Vallee sebab ada kiriman Longchamp yang masih belum settle semalamnya. Sebenarnya, repeat ke La Vallee pun dah lupa. Tengok balik coversation dalam whatsapp baru teringat... hahaha. Demi nak menyiapkan entry Paris, sanggup ku mencari history conversation Whatsapp tau! Dan baru la Ammal teringat, semalamnya tak masuk Longchamp sebab queue panjang kalau tak salah memori Ammal... huhuhu maafkan memori saya.




Memandangkan ni hari last, luggage masih ada sedikit ruang kosong, Ammal open 2 order Longchamp buat kawan-kawan. Selesai semua tugasan PS, terus balik ke resort. Malam ni kena pack semua barang dah. Esok kena check-out pukul 10 pagi.

Fuhhh... Siap jugak akhirnya entry ni. Tinggal satu entry lagi sebelum tutup cerita Paris. 


Till next time. Annyeong


Monday, 5 April 2021

Paris Day 5 - La Vallée Village

Dah setahun, entry Paris tak habis-habis. Maafkan Ammal... Teringat ni pun sebab si Ako tinggal comment tanya bila nak update. Hahaha.. Ok. Moh la kita sambung.

Day 5, Khamis 23 Januari 2020. Harini memang plan nak shopping dari pagi sampai ke malam. Seperti biasa, sambil menyelam minum air. Ammal buat service personal shopper untuk beberapa orang kawan di KL. Jarak La Vallee Village dari Royal Regency dalam 40 minit perjalanan dengan kereta. Nak pergi shopping kan? Jadi kena la drive. Takkan la nak berbondong-bondong naik public transport. Sebelum keluar, Ammal masak nasi, goreng telur dadar, masak scallop & sauteed mushrooms + brokoli untuk breakfast. Sejuk-sejuk ni, kena makan betul-betul. Kalau tak, boleh kebulur dibuatnya. Perut cepat ajer lapar.

La Vallee Village ni merupakan outdoor shopping centre dengan lebih kurang 120 designer boutiques tapi barang-barangnya dijual dengan harga diskaun. Ala, macam premium outlet. Mula-mula Ammal agak sceptical. Ye la. Pengalaman shopping di UK masa 2016 dulu masih segar dalam ingatan. Beriya konon nak shopping, tapi tak beli apa pun. Semuanya mahal dan tak semurah di US. 

Benda pertama yang Ammal buat bila sampai di La Vallee ialah ke Welcome Center. Ammal dah download apps awal-awal dan register membership. Pergi ke situ sebab nak collect voucher. Ye, voucher discount. Kalau korang pergi tak kisah la outlet mana sekali pun dalam dunia ni, sila la collect voucher tu ye. Hanya dengan register membership, tunjukkan passport dan membership dalam apps, korang akan dapat satu booklet tourist voucher. GPO & JPO kat Msia pun ada jugak. Dan even shopping mall yang besar macam KLCC & Pavilion pun ada voucher untuk tourist. Selalunya... setiap kali nak travel, bila dah masukkan iti untuk shopping di mana-mana shopping mall, Ammal memang akan check offer @ voucher untuk tourist ni. Kalau ke US lagi best. Sebab Ammal boleh check online je voucher outlet yg ada. Yg mana berkenan, boleh terus print dan bawak la terbang bersama-sama. Sampai Welcome Center, kutip lagi buku voucher. Pilih la discount mana yang lagi tinggi. Kadang-kadang ada jugak butik yg offer in-store discount dan kalau dapat cashier yang baik, dia akan recommend discount mana yang lagi murah dan patut Ammal guna... hahaha. Melalut sudah. Pantang bukak bab shopping, laju je menulis. Tu antara tips shopping yang Ammal boleh share. Tak pernah pulak teringat nak ambik gambar booklet voucher tu... hahaha

1st butik yang Ammal masuk di La Vallee ialah LaCoste. Sebab sceptical dari awal, Ammal jadi surprise bila masuk. 70% you! Wahhh... Cumanya size banyak dah tak ada sebab discount tu dah lama start. Dapat la grab sehelai t-shirt untuk anak bujang. Sebab dah setahun, Ammal dah lupa kedai apa Ammal terjah selepas tu. Yang confirm ingat, Ammal break di Laduree. Beli 2 ketul macarons, hot choc & croissant sambil duduk di patio

Hot choc dia tak sedap... hahaha

Croissant dia pun biasa je

Dan ini favourite Ammal

Dalam banyak-banyak butik, Ammal shopping lama di Furla, Tory Burch, Longchamp, CK, Annick Goutal dan Levis. Banyak pesanan untuk jenama-jenama tu. Serius punya lama. Siap buat video call dengan customer di Malaysia lagi. Bila dah berjam-jam shopping, kaki dah terasa mengigil. Elok pulak La Valle ni bersambung dengan Val d'Europe Shopping Center. Berpusing la kami mencari kedai makan halal @ yang boleh di makan. 

'Sajian' pertama untuk mata... bergayutan sama macam kat Spain dulu

Dan Alhamdulillah, jumpa kedai ni

Sedap...

Bila dah rasa hilang gigil, kitorang sambung window shopping dalam Val d'Europe pulak. Nampak supermarket, pun belasah masuk. Favourite wooo supermarket di overseas ni. Tapi ada incident kelakar dalam supermarket ni. Ammal nak beli persimmon. Dah siap masukkan dalam plastik, tak tau mana nak timbang. Tengok customer lain macam ada pegang kad. Zup zap zup zap, dapat tag harga. Arghhh sudah. Mana pulak nak dapat kad tu. Melilau bertanya. Tapi pempaham je la Parisian ni. Bukan semua boleh speaking English. Rasa mcam nak give up dah. Alhamdulillah, berjaya jumpa pekerja dia yang boleh speaking. Walaupun macam ayam dan itik, berjaya jugak la tag harga kat bungkusan buah tu... hahaha. 

1 Euro je. Mau tak rambang mata Ammal tengok harga persimmon centu. Besar tau buah dia!

Ammal beli chocolate ni jugak. Decor kedai dia menggoda ya amat! hihihi

Habis pusing satu mall, konon nak terus ke parking. Sekali tengok rupa area parking dah lain. Jenguk-jenguk dalam seminit, Ammal cakap ngan husband, nak tak nak, kena patah balik ke La Vallee jugak. Rasa cam nak fensan camana pun, tetap kena hadap sebab confirm takkan jumpa kereta. Makanya, berpatah la kami ke La Vallee. Penat tok sah cakap la. Rasa nak seret kaki dah rasanya. La Vallee dah nak tutup masa tu. Tinggal 2-3 orang customer je lagi. Bila dah gerak dari parking La Vallee, baru nampak area parking di Val d'Europe. Nasib baik la buat keputusan yang betul. Kalau tak, mau Ammal menangis nak mencari kereta. BAPAK punya luas parking dia. Sampai di Royal Regency malam tu, Ammal terus start packing barang. Belian dah banyak. Takut nanti terlebih berat pulak.
Order dari customer

Barang Ammal dan baju anak-anak

Souvenir untuk keluarga dan kawan-kawan di Malaysia


So, best ke shopping di Paris? Of course la best. Jauh lebih murah dari di UK. Discount lagi banyak. Tapi tetap tak boleh lawan US la... hihihi. 


Semoga Ammal diberi kerajinan untuk terus menulis. Annyeong...

Wednesday, 16 December 2020

Paris Day 4 - Disneyland


Day 4, Rabu, 22 Januari 2020.

Kali ni kita naik kereta. Ke mana kita? Disneyland Paris!! Sebenarnya, ada je public transport untuk ke sana. Tapi fikirkan kepenatan lepas naik rides dan berjalan ke sana ke sini dalam park nanti, kitorang decide untuk drive je. Kalau balik lambat pun, tak ada la risau nak berjalan malam2.

Sepanjang perjalanan, rumput2 semua diselaputi ais.


Untuk parking, Ammal buat booking di https://www.onepark.fr/en/
Booking tu Ammal buat masa dah sampai Paris sebab website tu mintak nombor plate kereta.
Yang paling murah & dekat ialah Effia Gare De Marne-La-Vallee Chessy which is Disneyland Paris Official Car Park.

Parking di Effia Gare De Marne-La-Vallee Chessy 

Disneyland Paris ni ada 2 parks. Tiket boleh beli direct dari official website. Ada macam-macam jenis tiket. Setelah Ammal kaji peta dan semua rides yang ada, Ammal beli tiket 2 parks in 1 day. 2 parks ni bersebelahan je; Walt Disney Studio & Disneyland Park. Disneyland Paris ni melengkapkan semua taman tema Disney dalam dunia yang ada dalam bucket list kitorang. Disney kat negara yg 'satu' tu, tak masuk senarai sebab kitorang memang dah banned lama dah negara tu. Kalau dapat flight transit murah pun tak mo ambik! Huhuhu. Disneyland mana? Ala... yang latest tu la. Incident kat airport 2012 dulu, cukup memberi impact negatif kat negara tersebut pada mata kitorang! Ikut turutan, 1st Disney yang Ammal pergi ialah Tokyo Disneyland & Disney Sea. Diikuti dengan Hong Kong Disneyland, Walt Disney World in Orlando dan Disneyland Resort in Anaheim. Paris ni penutup la kiranya.

Overall kecik je Disneyland Paris ni. Rides cuma ada 2-3 je yg beza sikit. Nak main semua pun dah bosan. Pilih yg mana nak je. Cuaca, kusss semangat sejuk! Air kat pokok, kena matahari cair, pastu beku balik. Siap dgn package hujan! Hand warmer, 1st time Ammal travel masa winter, Ammal masukkan dalam kasut, dalam jeans. Habis berbungkus2 warmer. Tapi tetap tak rasa panas! Deria rasa kat jari2 tangan & kaki dah jadi macam kebas! Winter di Paris memang luar biasa 😅

Ni size Walt Disney Studio nya. Kecik kan!?!

Antara rides yang enche boyfren Ammal naik.



Bila dah dalam Disney ni, foods semua comel2. Semua nampak sedap. Antara boleh 'makan' atau tak je... hahaha
Yang mula2 Ammal nampak deretan food stall warna merah ni.
Kat stall hujung, nampak pulak favourite Ammal; Escargot.
Memang laju je laaa
Apa rasa Escargot? Rasa mushroom



Senarai menu




Croustillant d'escargots @ Crispy Snails, 4 pieces for €6

Tak lama pun kitorang dalam Walt Disney Studio ni.
By the time keluar untuk masuk ke Disneyland Park, dah pun masuk waktu Dzuhur.
Jadinya terus ke City Hall Disneyland Park. Nak kata diorang sediakan bilik khas untuk solat tu, bukan la. Tapi memang diorang benarkan muslim utk solat dalam salah satu bilik kat situ. Terbaikkk!


Baru jalan sikit, nampak pulak cafe jual Madeleine Olaf!
Tak tahan tengok kecomelan Olaf tu, Ammal makan lagi. Up sekali dengan hot chocolate! Hahaha.

Sama jugak dengan Studio tadi, Disneyland Park ni pun kecik.
Dan kat Disney ni jugak la 1st time kitorang terbau hancing! Aiyaaa... toilet punya banyak, depa nak melepas merata jugak. Dasar Parisian sungguh!
Masa lebih banyak dihabiskan untuk bergambar dan duduk relaks tengok aksi orang.
Disebabkan ni Disneyland terakhir dalam bucket list, kitorang tunggu sampai Illumination & Fireworks show.
Kalau nak tengok video fireworks, boleh tengok sini.. https://youtu.be/WKgu3YoYBzY
Kalau ikutkan, boleh dapat duduk depan sementara nak tunggu show. 
Tapi dengan cuaca sejuk, memang tak laaa. Boleh beku kalau nak tunggu kat luar. Jadinya kitorang window shopping dulu. Rasa2 dah nak start baru keluar. Dan itu la hasilnya. Dah la jauh, bergegar-gegar video sebab tangan menahan sejuk.


Habis je show, kitorang terus keluar dari park dan pergi parking.
Sampai kat kereta, tengok-tengok kereta dah penuh dengan ais 😂
Lama jugak la panaskan enjin kereta, pasang heater nak tunggu ais tu cair. 
Drive pun tak berani nak laju sebab jalan licin.
Apapun, Alhamdulillah selamat sampai resort.

So, apa perasaan Ammal bila dah habis cover semua Disneyland? 
- Mesti la seronok. Puas hati. Rasa macam tak percaya pun ada. Ish semua ada la. Iye la... angan2 sejak kecik. Rasanya mesti ramai yang punya impian dan angan2 yg sama macam Ammal. Betul tak? Tak pe. Teruskan berangan sebab berangan itu free. Ada rezeki, Insya-Allah sampai.

Disney mana paling best? 
- Sudah semestinya Walt Disney World. Dalam area WDW tu ada 5 parks. And each of the park is HHHUUGGEE! 2 hari untuk setiap satu park pun tak mampu nak cover semua. 

Disneyland mana yang mana Ammal recommend untuk pergi dulu?
- Untuk yang baru nak kenal dengan Disney, Ammal cadangkan pergi Hong Kong dulu. Lepas tu boleh pergi ke Paris, Tokyo, Anaheim dan penutupnya WDW. Turutan tu Ammal susun ikut size setiap park.
Kalau pergi Anaheim atau WDW dulu, yang lain2 akan jadi tak best. Macam tu la yg kitorang rasa. 2012 pergi WDW. 2014 pergi Anaheim. Anak Ammal kata; "Keciknya castle dia!" hahaha

Ok, till next entry yang tak tau bila... hihihi
Annyeong & take care
 

Friday, 26 June 2020

Paris Day 2 - JJCM

Isnin 20 Januari 2020...
Pagi tu, sebelum keluar, Ammal masak nasi goreng udang.
Packaging beras yang kitorang beli semalamnya, sama macam yang dibeli masa di Spain.
Ammal ada sentuh sikit pasal nasi ni kat "http://jeoneun-ammal.blogspot.com/2016/05/tips-melancong-makan-kecantikan.html"


Peket beras yang direbus sehingga beras kembang

Dannn… taraaa...


Iti untuk hari ni, memang JJ & CM semata.
Seperti yang dijangka, kaki memang dah start sakit. So dengan ticket t+ yang masih berbaki, kitorang naik bas untuk ke Metro stesyen.
Dari resort ke stesyen bas, cuma 1 minit jalan kaki.
Sampai di stesyen Chateau de Vincennes, terus beli tiket Mobilis dengan harga €7.50

Hotel de Ville


Destinasi pertama ialah Notre Dame.
Walaupun tau 3 hari sebelum perbualan Ammal dengan enche boyfren pasal nak ke Paris, Notre Dame ni terbakar, kitorang try jugak pergi. Tengok la apa yg boleh tengok… huhuhu
Stesyen pilihan untuk ke Notre Dame ialah Hotel de Ville.
Dari stesyen perlu berjalan selama 10 minit dan melintasi jambatan Pont d'Arcole untuk menyeberangi Sungai Seine.
View dekat sini memang lawa.
Dan sebab terpegun dengan view kat sini la, sampai terjadinya satu insiden
Kalau ikut bacaan, orang kata, Paris ni ramai pickpocket.
Kitorang hampir terkena masa di Pont d'Arcole ni
Tengah dok seronok ambik gambar, tup-tup datang 2 orang perempuan entah dari mana.
Sorang approached Ammal nak suruh buat apa entah.
Sorang approached enche boyfren.
Masa tu kitorang jalan terpisah sikit sebab Ammal sibuk ambik gambar scenery.
Alhamdulillah Allah terus sedarkan Ammal taktik diorang dan berjaya Ammal tepis.
Serius tepis tau! Sebab dia approached pun kasar!
Ammal terus jerit panggil enche boyfren,
"Yang!"
Tengok dia struggle sket. Jerit 2-3 kali gak la.
Siapa yang kenal Ammal, tau la suara halilintar Ammal camana! Hahaha...
Ammal risau sebab enche boyfren tak banyak baca pengalaman travelers lain.
Nak pergi dekat enche boyfren tak boleh sebab yang approached Ammal ni halang.
Sebolehnya dia tak bagi Ammal tengok dan bergerak. Siap bertolak-tolak.
Eee… sambil tulis ni pun, walau dah berbulan insiden ni jadi, tetap terasa jantung dup dap dup dap
Nampak dari jauh, enche boyfren dah mula berjalan.
Bila enche boyfren dah sampai dekat Ammal, enche boyfren kata,
"Punya la cepat, dia dah berjaya bukak zip jacket I!"
Gilakan?!!
Masa tu dalam hati rasa nak belasah je minah 2 ketul tu!
Tapi sebab risaukan enche boyfren, arah ke mana diorang pergi pun Ammal tak teringat nak tengok!
Apapun, Alhamdulillah. Syukur Allah pelihara kami
So ada rezeki kengkawan ke Paris, boleh jadikan pengalaman ahkak ni sebahagian pengajaran dan iktibar...
Boleh Google atau carik kat YouTube jugak experience orang lain dan boleh ambil tips yang ramai share.
Macam-macam gaya dan tektik diorang ni!


View dari Pont d'Arcole


Dari Pont d'Arcole, terus berjalan ke arah Notre Dame.
Dan ternampak pulak kedai souvenir.
Pilih itu ini, bila nak bayar, mamat yang melayan tu Pakistan kalau tak silap memori Ammal, dia kata dia pernah kerja Malaysia.
Terus la keluar cakap Melayu… hihihi
Dah namanya rezeki Allah nak bagi, dapat diskaun & free gift 2-3 ketul. Alhamdulillah...
Habis shopping, jalan sampai ke hujung, tengok-tengok ada pagar zink tinggi.
Hmmm.. itu je la Notre Dame yang kitorang dapat tengok.
Dapat tengok pagar renovation Notre Dame... HAHAHA
Nak tak nak, terpaksa berpatah balik sebab niatnya selepas Notre Dame nak pergi ke Le Marché aux fleurs - Reine Elisabeth II, Square du Vert Galant dan Latin Quarter.
Udah jalan pun kena tutup, nak tak nak, memang terpaksa la patah balik jalan tadi.



Gambar atas tu kedai souvenir yang Ammal pergi.
Kalau ikutkan kedai lain lagi murah, tapi sebab ada dapat free gift dan diskaun, kira berbaloi la.
Dari Notre Dame ke Le Marché aux fleurs - Reine Elisabeth II, hanya 6 minit berjalan kaki.
Le Marché aux fleurs - Reine Elisabeth II ni sebenarnya pasar jual bunga dan kraftangan.
Tapi dah jiwa memang bukan jiwa seni, kitorang jenguk sikit je.
Terus decide tak nak masuk dan teruskan berjalan untuk pergi ke Square du Ver Galant, taman kecil yang jadi tumpuan Parisian


Square du Ver Galant

Sampai je di Square du Vert Galant, tengok pokok semua kontang.
Dah kata winter. Pasrah je la ambik gambar scenery kelabu asap
Elok pulak masa sampai sini, anak WhatsApp bagitau kata dia malas masak.
Nak mintak Ammal orderkan dinner.
Jadi duduk la Ammal kat situ sambil order Foodpanda kat Malaysia.
Bagus jugak ada servis macam ni. Senang ibu ayah nak pergi honeymoon lagi.
Selesai urusan Foodpanda, kitorang terus ke Latin Quarter.
Latin Quarter is one of Paris most historic neighborhoods.
Ada banyak kedai-kedai kecil, café, kedai antic, kedai buku dan juga Masjid Besar Paris.
Kedai pertama Ammal masuk suda semestinya kedai roti!


Plain croissant & Croissants aux Amandes (croissant badam)

Le Chocolat Chaud (hot chocolate)


Dua menu di atas ialah favourite Ammal selama di Paris.
Dari Malaysia lagi, Ammal dok menghafaz ayat simple dalam French untuk order 2 jenis makanan ni dan juga a few words yang Ammal rasa penting tiap kali bila pergi travel.
Sekarang ni, kalau nak suruh Ammal sebut, hilang memori dah!
Kena buat hafazan balik kalau ada rezeki repeat ke Paris… hehehe
Nama kedai roti ni Ammal lupa nak ambik gambar.
Lagipun, hot chocolate dia tak sedap! Jadi tak perlu la nak share.




Selang beberapa langkah, nampak pulak makanan pujaan hati idaman kalbu setiap kali ke luar negara!
Walapun perut dah kenyang, Ammal tak kira!
Susah nak jumpa menu ni kat Malaysia.
Kalau ada pun, harga boleh buat Ammal tercekik dan puasa seminggu!
Apa lagi kalau bukan lobster sandwich! Terliurnya tengok gambar ni!
Nak kata sedap sangat tu tak la. Sedap lagi yg Ammal makan kat Cape Cod.
Tapi dah namanya lobster, Ammal tak kira!
Perut dah super kenyang, tengok jam dah sampai masa utk solat.
Jadi, kitorang terus cari stesyen Metro terdekat.


Grande Mosquee de Paris @ Paris Grand Mosque


Taman dalam masjid

Usai solat jamaq, trip JJCM diteruskan ke Berthillon ice-cream. Kedai ice-cream paling famous di Paris katanya.


Rupa kedai dari luar




Ice cream yg kitorang share


Masa kat kedai ni, Ammal cam confused jugak. Kata famous, tapi kenapa tak ada orang.
Yg bagusnya, uncle yang melayan kitorang tu, walaupun non-muslim, tapi bila dia tengok Ammal bertudung, dia terus bagitau, ada ice-cream yg ada alcohol.
Cuma nak fahamkan English Parisian ni susah sebenarnya.
Masih pekat bunyi French.
Pilihan ice-cream memang banyak. Kepala pulak dah pening nak fahamkan explanation uncle tu.
Jadi untuk selamat, selepas beberapa kali dia explain, kitorang belasah je ambik yang mana boleh dimakan.
So, sedap ke idok? Tak la sedap mana pun...
Bila dah habis makan, pusing-pusing sikit area tu, baru perasan… laaa… salah kedai yang kitorang pergi tadi.
Berthillon yang famous tu, ke depan sikit dari kedai tadi
Nak makan ice-cream lagi, memang tak mampu nak masuk dah la
Dengan berat hati, terus gerak ke satu lagi tempat famous. Galeries Lafayette!

Masuk ke shopping mall ni, buat Ammal rasa Ammal tak berada di Paris tapi di China!
Majoriti pelanggan dalam mall tu, Chinese Mainland!
Serius punya ramai!
Sampaikan salesgirl & salesman mall ni, diorang hire yg boleh berbahasa cina atau bangsa cina jugak.
Ramaiii sangat.
Dan sorry to say, Ammal memang tak boleh bla ngan Mainland people ni.
Hilang selera nak tengok barang.
Ammal cuma pergi cari Pierre Herme dan pusing floor jual kasut.
Hati dah terniat nak balik. Tup-tup teringat… tingkat paling atas mall ni, ada rooftop terrace yang free dan boleh nampak pemandangan bandar Paris


Ispahan tak ada masa ni.

View dari rooftop terrace Galeries Lafayette


Selepas puas bergambar di rooftop, terus decide untuk balik.
Tapi cadangnya, nak naik tren RER

Tren RER, 2 tingkat & laju

Stesyen RER sebenarnya agak jauh dari resort. Turun dari RER, ambil pulak bas
Hari dah gelap. Dan Ammal rasa yang naik RER ni semua duduk luar dan jauh dari bandar.
Stesyen agak sunyi. Takut la jugak masa tu.
Tapi apa pun, Alhamdullillah. Tak ada apa insiden yang jadi.
Kitorang selamat sampai resort dan dinner malam tu, Ammal masak je. 
Kaki dah tak larat nak buat JJCM. Esok pun banyak nak kena berjalan.

Ha... itu la serba sedikit iti hari ke 2 yg Ammal ingat. 
Tunggu entry seterusnya.



Annyeong!