Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Tuesday, 5 July 2016

Longhorn Steakhouse

Longhorn tu apa ibu?
Lembu!
Cane rupanya? Tu boleh tengok dekor kat dinding nun.
 
Bapak panjang tanduk lembu tu kan!
 
Ammal ke sini untuk celebrate birthday enche husband.
Apakan daya, birthday beliau bulan puasa.
Jadinya, aktiviti yang sesuai cuma makan... tu pun jenuh memujuk.
Ajak dating berdua, katanya kesian kat anak2 berbuka berdua kat rumah.
Pastu tak mo terlepas terawih.
Pujuk punya pujuk, akhirnya dia mengalah.
Tapi dengan syarat makan dengan anak2.
Pasrah ler ahkak pilih restoran steak ni je.
Nak romantic gapo kalo dah dengan anak2.
 
Tengahari tu, Ammal dah call buat reservation.
Tanya diorang boleh buat surprise tak sebab nak celebrate birthday.
Boleh katanya. Beriya la ambik nama...
 
Kitorang sampai dalam pukul 6.50.
Ingat nak ronda2 Quill dulu. Tapi risau ramai orang, terus terjah.
Tengok dekor diorang, menarik gak.
 
Cowboy 'beratur' kat dinding
 
Tanduk Longhorn depa buat lampu!
 
Gambar menu Ammal tak sempat ambik sebab nak cepat.
Untuk berbuka tu, derang ada bagi kurma.
Order lambat sikit sampai, tapi boleh diterima akal.
 
 
 Anak Ammal order Oreo Milkshake. Sedap!
 

Honey whole grain bread
 
Yg bestnya, honey whole grain bread tu boleh mintak banyak mana korang larat makan.
Pun sedap gak. Mengingatkan Ammal kat roti Roadhouse Grill.
Korang pernah dengar Roadhouse Grill tak?
Tu pun favourite Ammal. Tapi la ni tutup dah...
 
Starters
 
Untuk starters, Ammal order Grilled White Cheddar Stuffed Mushrooms & Wild West Shrimp.
Mushrooms tu makan banyak2, mual sket la.
Tapi shrimp tu sangat sedap. Ada rasa pedas sikit, ada masam...
Dua2 starters tu, kejap ajer clear nyer.
Biasa la kan. Family piranha...hahaha
 
Mushroom kasik focus dekat sket

Grilled Chicken and Mushrooms

 
 
2 gambar atas tu main dish Ammal ngan anak.
Lagi 2 main dish, tak sempat ambik gambar sebab Ammal pie solat.
Sampai2 je, tengok enche husband ngan anak dah habis menelan...hahaha
Apa yg Ammal order pun Ammal dah lupa sebab pie Longhorn ni 3 minggu yang lepas...hahaha...
Pada Ammal, steak Ammal tu agak mengecewakan.
Seperti biasa bila makan steak, Ammal mintak medium well. Tapi dapatnya well done.
Jadi daging agak kering. Steak bila tak de juice, dia jadik kurang kick...huhuhu...
 
Pisau dia kurlass. Naya kalo dapat Malaysian yg jenis suka kebas barang!

All clear!

Habis makan apa semua, Ammal tunggu jugak la.
Apa surprise diorang nak buat kat enche husband.
Tapi nan hado... kuciwa lagi diriku.
Sebaik tak berapa nak mengharap sebab sebelum ni pernah kena masa celebrate kat Tony Roma's.
Bila tengok semua senyap je, Ammal terus ler bayor bill.
Total keseluruhan bill tak yah la gitau ye.
Sebaik ada offer 'Kids Eat for Free'. Kalo tak, tercekik jugak Ammal nak bayor time2 nak raya ni...hehehe
 
Longhorn ni ada 2 cawangan je kalau tak silap Ammal.
Di Quill yg Ammal pergi ni dan di The Curve.
Kalo korang nak try, mungkin boleh ambik set Value Lunch diorang cam gambar bawah ni.
Overall Ammal rasa ok. Lenkali boleh datang try menu lain pulak.


 
Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
 
Annyeong!

Monday, 20 June 2016

Toowoomba Deli & Meat (Steakhouse)

Ammal suka makan steak! Nak nak pulak kalo ada merah2 sket tu.
Tapi idok ler merah dgn darah meleleh.
Tu namanya nak jadik vampire! mwuahaha
Cara masakan kegemaran Ammal ialah medium well.

Kadang2, kalau kat umah Ammal buat steak sendiri.
Kalau rasa nak yg orang masak, pie ler pilih nak makan kat restoran mana.
Banyak je kat KL ni.
Dalam banyak2 restoran, antara restoran yg jadi pilihan Ammal ialah Toowoomba.
Cumanya kat sini susah benor nak dapat parking.
Jadi ada sedikit berchenta nak pie!

Dua gambar kat bawah ni, Ammal pie ngan officemate.
Time tu, Toowoomba ada promo daging wagyu dengan harga RM89
Buat sapa yg pernah makan daging wagyu ni, mesti tau betapa sedapnya daging dia.
Buat yang tak pernah rasa pulak, apa yang Ammal boleh cakap, daging wagyu ni lembut giler.
Tak yah susah payah nak kunyah.
Umpama cair dalam mulut... nyumm... nyumm...
Bulan2 posa buat entry pasal makan, memang boleh buat perut berdondang sayang laa...huhuhu
Officemate Ammal yang lenlain pulak, ambik set lunch. Harga Ammal lupa.
Tapi korang boleh check kat FB Toowoomba.


Wagyu... cair dalam mulut

Lunch set - main course, soup & air

Gambor2 kat bawah ni pulak, kunjungan terakhir Ammal tempohari.
Makan2 ngan husband & anak2 untuk dinner.

Garlic bread

Ni bukan wagyu.. tapi tak ingat la Ammal ambik apa

Now diorang jual dimsum jugak

Ni anak Ammal punya

Ni pulak pilihan enche hubby

Ok, nak tau apa lagi yang Ammal suka dengan Toowoomba ni?
Ammal suka dengan side dishes diorang.
Sos salad dia ada rasa mangga sket. Masam masam manis.
Mashed potato pun sedap.
Presentation kiranya sedap di mata Ammal.
Rasa pun sedap kat dalam mulut dan tekak... hahaha
Compared to Menate, Toowoomba lebih menjadi pilihan Ammal.
Harga makanan di Toowoomba ni standard harga restoran la. Tapi affordable...

Kalau korang nak try, pie ler terjah.
Dari FB deme, offer wagyu kembali lagi!
RM89 utk striploin & RM115 utk ribeye, per plate.
Sempena Ramadhan ni, ada BBQ & Dim Sum Buffet jugak.
Ni kat bawah ni Ammal bagi address & no telefonnya: 

Toowoomba Deli & Meat (Steakhouse)
Setapak G3A, PV 128 Platinum Mondrian,
Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
03-4131 9006


Annyeong!

Friday, 13 May 2016

Tips jimat belanja makan & tips kecantikan semasa melancong

Sebelum ni Ammal share tips lebih kepada persediaan untuk melancong kan?
Kali ni nak share tips lain pulak.
Tips kali ni lebih kepada cara nak jimat duit makan.
Dan Ammal selitkan jugak la camana cara nak jaga kecantikan semasa travel.
HAH? Kecantikan? huhuhu
Bukan la nak cantik bak bidadari.
Cuma lebih kepada penjagaan kulit especially kalau lama dalam flight dan jugak masa winter.

Seperti yang pernah Ammal bagitau sebelum ni, standard makan kat overseas selalunya dalam RM30 per meal kan... ikut pengalaman seminggu ke Spain aritu pulak dalam RM50 per meal (fensannnn!).
Jadinya untuk 4 orang family Ammal, even selepas budget makan cuma 2 kali sehari, untuk travel selama seminggu, silap-silap jumlahnya boleh mencecah RM3,000!
Tu belum kira kalau tiba2 anak nak makan benda2 lain lagi.
Lagi 'parah' kalau travel ke US yang mana, bilik hotel kebanyakannya tidak disediakan cerek untuk masak air.
Kena beli air mineral pulak lagi... dah la kitorang satu family suka minum air kosong!

Solution untuk budget makan yang melambung-lambung ni, selalunya kitorang beli nasi segera Brahims.
Sebelum kenal Brahims, Ammal beli nasi segera dari Jepun.
Satu bekas kalau beli kat Jepun 100 Yen je.
Kat Malaysia, masa mula2 sampai, RM20 pun ada.
Bila Daiso bukak, punya la Ammal excited giler tengok nasi tu cuma dijual dengan harga RM5.
Berbungkus2 kitorang borong tiap kali nak travel. 
Produk Brahims ni pulak, masa tak berapa dikenali dulu, harga semuanya bawah RM10.
Tapi sekarang, RM16 pun ada!
Selepas mengadu dengan kawan2, rupa-rupanya boleh dapat dengan harga murah kalau beli direct di kedai kilang Brahims di Bangi.
Nah boleh check di sini : http://www.brahimsfood.com/contactus.html

Nasi segera Brahims ni ada pelbagai jenis.
Yang jadi pilihan Ammal dan keluarga sudah semestinya Beriani Kambing, Nasi Arab Kambing, Nasi Tomato (tanpa sebarang lauk) dan Nasi Lemak.
Nasi Lemak tu, sambalnya banyak. Jadi lebihan sambal tu, selalunya kitorang buat makan dengan roti.
Nasi segera Brahims tu perlu di reheat dalam microwave.
Tapi kalau tak ada microwave, rebus dalam rice cooker atau paling sempoi rendam dalam air panas pun boleh...
Portion setiap bungkus, cukup untuk mengenyangkan family piranha Ammal sampai petang (kalau makan seorang sebungkus la!).
Bagi yang tak berapa kuat makan, satu bungkus boleh makan untuk 2 orang atau 2 kali makan.

Selain dari nasi segera Brahims, Ammal beli lauk segera (Brahims, Ayamas, Yeos) bawak serunding, sardin dan jugak mee segera. Yang ni standard la kan, ramai yang buat!
Sampai destinasi pula, kitorang akan beli stock telur, roti, sayur & buah pulak.
Haa... gitu la cara Ammal.

Satu beg travel akan penuh dengan stock makanan semata.

Tips baru untuk jimat yang Ammal belajar masa pergi Spain aritu pulak ialah dengan menggunakan nasi impit segera.
Mesti korang ingat makan nasi impit kan... TAKKK.
Nasi impit tu, rupa2nya boleh dibuat makan macam nasi biasa.
Caranya ialah dengan merebus peket beras nasi impit.
Tapi bukan rebus sampai kembang penyet.
Rebus seadanya hingga beras kembang menjadi nasi.
Bila dah jadi nasi, basuh dulu plastic nasi impit tu, baru hidangkan dalam pinggan.
Tak percaya?
Tu tengok gambor Ammal tu.
Nasi putih tu dari peket nasi impit la! Mesti korang yang selalu makan nasi impit bila travel, nyesal tak try kan...hik hik hik
Tak pe. Ammal pun baru je tau. Jadi Ammal share, biar ramai lagi tau!

Dengan portion nasi sebanyak tu, confirm kenyang lama!

Ok, Ammal sentuh sket bab jaga kecantikan.
Kalau korang nak tau, journey paling lama Ammal travel (from departure + transit + arrivals) ialah 32 jam! BAPAK lama kan!
Tido bangun, tido bangun dah korang kat Malaysia, Ammal masih kat udara!
Bila terbang lama ni la, Ammal belajar.
Kulit kita ni senang sangat kering especially bila lama di udara.
Orang dok kata,minum air kosong banyak2. Jangan ambik kopi/teh/minuman bergas.
Tapi tetappp la kering nak oi! Nanges tau...
Bukan setakat kulit, bibir  dan hidung boleh jadi kering & berdarah hokay!
Jadi apa cara untuk elak atau paling tak, mengurangkan masalah2 tu?

Untuk elak kulit kering, dari start journey, sila la lumurkan badan dengan losyen.
Nak lagi elok, cari losyen yg ada vitamin E dan kurang wangi.
Sebab kalau wangi sangat, bila kat udara nanti, bau2 yang terlampau wangi, akan buat korang sendiri atau passenger lain pening... huhuhu
Kalau kat Malaysia ni, korang lumur badan dengan losyen, silap2 boleh melekit2 bila bercampur dengan peluh kan.
Time nak travel ni la masanya korang boleh merasa, betapa nyamannya kulit bila dah disapu dengan losyen.
Nak kata mujarab sangat tu idok la. Tetap la kering dan gatal jugak sket2.
Tapi tak seteruk kalau tak guna langsung!

Untuk bibir, sila la pakai lip balm. Dan hidung pulak, setelah puas fikir, akhirnya Ammal dapat idea.
Caranya ialah dengan memakai face mask.
Ala... mask yg korang dok pakai bila jerebu tu. Tapi bukan N95. Melampau sungguh kalau pakai yg tu! hahaha
Cukup sekadar mask biasa untuk cover hidung.
Boleh start pakai mask masa dah terbang sampai la landed.
Tido la korang dengan mask tu tetap melekat kat muka.
Memang agak merimaskan, tapi bertabah lah dari menahan sakit bibir & hidung luka berdarah!

Ni face mask lain pulak!
 
Kalau travel masa winter pulak, untuk elakkan kulit muka menggelupas dan bersisik (pedih wooo bila balik dan kena panas M'sia), korang boleh beli face mask cam dalam gambar kat atas nun. Tak kisah la brand apa.
Pakai mask tu, sebelum tido malam. Pandai2 la korang baca instruction kat peket tu!
Tak perlu pakai tiap2 malam sebab cecair pelembap dalam peket tu ada banyak.
Korang pakai je lebihan cecair tu kat muka.
Insya-Allah, dijamin tak kering dan bersisik dah muka.
Ammal belajar pakai face mask ni dari kawan. Memula macam tak percaya.
Dalam tak percaya, Ammal ikut jugak...hehehe
Bila pie Faceshop, SA dia pulak ajar. Dia kata jangan buang lebihan cecair tu. Rugi membazir.
Boleh je guna cecair tu. Alhamdulillah, memang mujarab.
Wokay... Setakat tu je tips yg Ammal ada.
Kalau ada lagi, nanti bebila Ammal share lagi ye!


Annyeong!


Sunday, 21 September 2014

Makan-makan @ Desaru



Ammal pie Desaru ni lama dah…  15-17 Ogos 2013. Setahun sudah!
Menginap kat Pulai Desaru Beach Resort & Spa
Seperti biasa, niat nak mencuba!
Jadi beli le package hotel masa MATTA Fair ;)
Bila Ammal baca review, dalam banyak-banyak hotel kat Desaru, yang ini la yang terbaik .
Kawasan hotel bersih terjaga. Dan yang pentingggg… tak der cerita2 scary yg Ammal baca dan dengar…hehehe

Dalam masa yg sama masa tu, Ammal niat nak 'menyeberang'.
Ada benda yang perlu dicari kat seberang tambak. Puas dicari, barangnya tak ada di M'sia.
Paling dekat, kena ke seberang.
Jadi kiranya, sambil menyelam, kita minum ayaq la! hehehe

 
Sebahagian rupa paras hotel
 
Dapat bilik kat ground floor
 
Swimming pool yang besar

Cuma kat sini susah nak carik kedai makan.
Sebelum pergi, puas jugak bertanya dengan boyfriend Ammal, Mr. Google.
Akhirnya terjumpa la satu tempat.
Restoran Terapung Seafood Bujang Fire Fly namanya!
Dalam perjalanan nak pergi makan malam tu… mak aiiihhh…
Rasa macam nak suruh husband patah balik jer.
Nak tau sebab apa? Sebab jalan nak ke kedai makan ni, macam trip ghost hunter! Huhuhu
Sepanjang-panjang perjalanan gelap-gelita.
Dengan pokok-pokok getah di kiri kanan jalannya. Dengan tak berlampunya…
Kereta pun tak ada!
Serius Ammal takut giler! Nak ambik gambar jadi bukti pun tak sanggup.
Takut nanti silap-silap, muncul pulak benda lain dalam gambar…huhuhu
Bila sampai pun, masih ada rasa cuak.
Betul ke ni kedai makannya… 

Kat kawasan parking ni baru ler terang sket!
 
Kedainya biasa aje. Macam kat pengkalan untuk bot-bot nelayan.
Nyamuk banyak…
Tapiiii… makanannya sedap & murah.
Berbaloi la kena redah gelap malam kan! Hahaha

Diorang ada menu set sahaja.
Pilih la yang mana suka. Gambar menu, mintak maaf. Tak sempat ambik
Kitorang ambik menu set utk 4 orang.
Masa baca menu, macam sikit je.. biasa la kan... family piranha!
Sekaliiii… hah! Hambek ko!
Terbungkang nak menghabiskan!


Tomyam yg sedap tu, kami sekeluarga surrender!!
Dah tak boleh masuk…
 
Semua licin kecuali tomyam...huhu
 
Disebabkan nyamuk banyak, depa bakar tempat letak telur tu.. apa namanya Ammal tak tau...hehehe
Abes bau asap ler kami satu family.

 
Buat sapa-sapa yang bercuti ke Desaru, kalau tak tau nak makan kat mana, Ammal recommend kedai ni!
Suasana memang tak berapa la... tapi makanan dia sedap! Itu yang penting!

Gini ler rupa restorannya...
 
 
Nama restoran kan Bujang Fire Fly, jadi deme ada la package tengok firefly/kunang-kunang/kelip-kelip!
Masa Ammal nak balik, ada satu family naik bot ramai-ramai...
 
Ni salah satu bot yg ada kat situ.

Ni pulak gambar tokei kedai. Orang Melayu kita.

 
Nak bagi coordinate, dah hilang pulak.
Jadi pandai-pandai you all la ye...
 
Annyeong!

Tuesday, 16 September 2014

Avani Sepang Gold Coast Resort

 
 Main façade Avani 

Pertama kali Ammal menginap di Avani ialah pada 1 Mac 2014 yg lalu.
Pergi pun sebab sesaja nak try.
Tiap kali flight nak landing, kan boleh nampak resort bentuk pokok palma ni kan.
Macam memanggil-manggil je pulak suh datang...
Cari punya cari, akhirnya kitorang dapat offer masa MATTA Fair 2013.
Dapat la jimat dalam seratus lebih.
Puas nego untuk dapat free breakfast, Alhamdulillah berjaya...hihihi
Masa fair tu Ammal beli package Pulau Perhentian.
Husband pulak beli voucher Avani utk 2 hari satu malam.
Adil la kan... hehehe...
 
Bila tiba hari nak pergi masa tu, anak-anak sibuk bertanya arah destinasi.
Dan Ammal seperti biasa suka berahsia even dengan anak-anak.
Bukan la berahsia apa, saja suka buat macam quiz utk diorang.
Biar diorang excited dan dalam masa yang sama tertanya-tanya.
Jadi tak la sepanjang perjalanan tu, diorang menghadap games ajer...
 
Sampai ajer kat Avani, tengok tempat lawa, si kecik terus merengek.
Kenapa semalam aje? Nak la duduk lama-lama...
Dahhh jenuh la pulak nak memujuk.
Tapi memang lawa pun. Aktiviti pun banyak.
Jadiii... Ammal & husband pun setuju untuk datang lagi.
Kitorang pilih tarikh 13-16 September 2014.
Gambar-gambar dalam ni, semua yang terkini.
Yang sebelum ni, banyak gambar yg nampak muka :p
  
Ok, kenapa kitorang setuju untuk datang lagi?
Selain dari pujukan anak-anak, antara sebab lainnya adalah sebab suasana resort ni.
Aman tenteram. Ala-ala kampung...
Untuk pengetahuan korang, bumbung setiap villa pun dari daun nipah (kalau tak silap Ammal la)
Memang kampong habis!
Kalau bukan daun nipah, daun apa ye? huhuhu...
Masa 1st night aritu, hujan lebat, abis berterabur serpihan daun dari atap ni jatuh kat balkoni...

King bed untuk Superior room.

Buat yang tak tahu, nama lama Avani ni ialah Golden Palm Tree.
Sejak dah bertukar nama ni, nama-nama bilik pun dah bertukar
Kalau dulu bilik yang Ammal ambik ni namanya Travellers room.
Sekarang udah jadi superior.
Yang paling murah sekali, ini la dia!
Ok jer untuk kitorang empat beranak. Ada satu katil king & satu day bed.
Bilik air dia separa terbuka. Seksi & seksa.
Kalau nak mandi, sila pastikan bidai yang sedia ada tu, korang turunkan.
Kalau takkk... hahaha... sendiri faham!
Setiap unit juga ada balkoni untuk korang duduk-duduk sambil ambik angin laut.
  
 Bilik air yang 'seksi'
 Meja kerja

 Balkoni

Pandangan dari atas udara, gini la bentuk resortnya

 

Jalan resort yang lurus memanjang ni, bahagian batang pokok palma

Disebabkan bentuk resort ni yg memanjang dan bercabang, pihak resort sediakan buggy untuk semua pengunjung. Siap ada ala-ala bus stop untuk menunggu.
Kalau rajin, boleh jugak nak kayuh basikal.
Free ajer... boleh guna berapa lama korang nak. Tapi bila dah tak nak guna tu, pandai-pandai la park kat tempat yang disediakan ye...

Kawasan resort ni boleh tahan luasnya.
Restoran je ada 5; Bila-Bila untuk buffet breakfast, Sepoi-Sepoi dekat tepi pantai, Perahu untuk bbq, Hai Sang Lou chinese restaurant & jugak Stimbot
Kemudahan dan aktivit yang disediakan pulak berderet panjang kalau Ammal nak listkan semua.
Antaranya ada infinity pool (kecik comel), gym, spa, kids club, aqua gym, yoga, zumba, beach games & macam-macam lagi.
Pihak resort jugak ada buat tour & excursion.
Owhh! Ada free wifi jugak! Syiok kan!?!
Idok ler macam hotel lain yg kena bayor internetnya!
  
View lobby pada waktu malam
Chandelier @ Sepoi-Sepoi... lawakan?
 


Paip merah hitam tu mesti untuk saluran air bersih & bahan buangan.
Kalau tak, cane gaya pulak air bersih nak sampai ke bilik & bahan buangan nak keluar ye dak?

Antara tour & excursionnya... berbasikal ke mana ntah.
Lupa pulak!

Cuaca & suhu harian depa tulis kat sini

Swimming pool ni dekat dengan pantai. 
Smiley Beach nama pantainya!

Antara aktiviti yg ada di pantai


Ni la infiniti pool comel yang Ammal gitau tu
 
 Cabanas yg disediakan di kawasan swimming pool

Yang kurang menarik di Avani ni, cuma pantainya.
Kotor dan tak sesuai untuk mandi.



Beratur kerusi untuk pengunjung berehat


Kalau rasa nak cari aktiviti yang thrill sikit, boleh pergi kat extreme park bersebelahan dengan kawasan free parking.
Ada go kart, ATV & paintball.
Free parking kat Avani ni jauh sket dari resort.
Tapi tak kisah pun sebab pihak resort ada sediakan van.
Punya la bagus servis diorang, turun naik van ni, akan ada yang tolong bukakan pintu.
Masa menunggu pun tak lama. Kalau rasa lama sikit, cepat-cepat diorang panggil guna walkie talkie.


Ni ler vannya 
Untuk makan malam pulak, kalau dah nama duduk dekat dengan pantai, tak makan seafood tak sah la kan!
Ada rezeki korang menginap kat sini, boleh try kedai Bayu Malam.
Kedai ni kat kawasan pantai Bagan Lalang, dekat-dekat situ jugak.
Harga murah dari satu lagi kedai yang Ammal try.
Untuk semua lauk di bawah, 6 nasi putih, satu jug air tembikai & 4 gelas air kosong semuanya RM108.
 
 
 
Sotong tepung yg lembut dan sedap
 
 Ikan bakar
 
Udang masak merah
 
Kailan goreng
 
Ok... itu ajer ceritera mini holiday Ammal.
Yang pasti, Ammal dah jatuh chenta ngan resort yang satu ni.
Ada rezeki, Insya-Allah boleh datang lagi!
 
Annyeong!