Maaf la ye. Lama entry ni tertangguh. Dah siap lama, cuma tak check betul2.
End of March, Ammal ke Bandung. Again! hihihi...
Last 2 weeks pulak, I went to KB.
Schedule penuh. Jadi terbengkalai la entry ni dalam draft.
So, ni sambungan Europe trip 2016...
Selamat membaca...
Museumplein Ice Ring
Isnin, 12 Disember 2017
Disebabkan semalamnya tak dapat bergambar kat sign IAMSTERDAM dan main ice skating, Isnin pepagi alam kitorang terus terjah ke Museumplein.
Betul la tips2 yg Ammal baca. Datang pagi2, memang tak ramai org kat sign tu. Jadi boleh bergambar puas2.
Ice skating pun baru je bukak. Lepas puas posing, terus pie masuk ice ring.
Tapi Ammal tak main pun. Lutut kita dah 'season'... huhuhu. Jadi photograper je la.
Sejuk tok sah nak kata la. Cuaca sah-sah la sejuk. Hujan pulak turun rintik2. Dengan sejuk ice ring tu lagi. Bekuuuu wooo.
Kitorang ni memang tak pernah main skate. Ni kan pulak nak skate atas ice. Tergolek terlentang anak2 Ammal... tapi tetap nak main. Semangat masing2.
Dekat 2 jam jugak kat situ baru lah semua surrender.
Perut pun dah start mintak makan. Waffle la jadi pilihan!
Lepas main, tiga2 org dah lencun dengan peluh dan dek tergolek atas ice.
Ammal decide untuk balik rumah untuk solat dan lunch.
Seingat Ammal lepas tu, Ammal kluar ngan husband. Anak2 tinggal kat apartment.
Tapiii... Ammal lupa kitorang pie mana... huhuhu...
Selasa, 13 Disember 2017
A'dam Lookout dari belakang Central Station
Pagi tu kitorang pie ke A'dam Lookout - menara tinjau yg boleh nampak bandar Amsterdam katanya laa. A'dam Lookout ni terletak di seberang Central Station.
Boleh pergi dengan menaiki ferry secara percuma di dock belakang station.
Jenuh jugak pusing2 tak jumpa docknya mula2.
Pengabis pie tanya kat information counter.
View dari A'dam Lookout
Dan ditakdirkan jugak, pagi tu hujannnn... Dengan sejuk, dengan kabus tebal, korang rasa apa yg nampak?
Sadis betul tau! Ammal pun silap sebab booking time pagi.
Mana la nak tau kat Amsterdam ni hampir sepanjang masa berkabus masa winter! huhuhu
Selepas sejam menunggu, hujan tetap turun. Kabus tetap tebal.
Nemo Science Center - rupa ala2 kapal
Terpaksa la mengalah. Kitorangan teruskan aktiviti untuk ke Science Center NEMO.
Nak ke Nemo ni, terpaksa manapak dari main road.
Cuaca sejuk sungguh laa... berasap ajer mulut dah macam naga! hahaha
Dlm Nemo, anak2 la yg enjoy. 4 jam kot kitorang kat dalam tu.
Leper rasa tapak kaki!
Sampai ke exibihition yg terakhir di tingkat 4, Ammal dah habis tenaga.
Terus ajak semua guna lif. Masuk lif, tekan G.
Lif gerak turun. Sampai bawah, pintu tak bukak.
Tup tup, lif naik atas balik. Kitorang tekan G lagi sekali.
Gerak turun, dan pintu tetap tak terbukak.
Berkali-kali lif tu turun naik, turun naik, kitorang tetap tak boleh keluar!
Terpaksa la tekan alarm. Mak aiii! Bingit telinga!
Pasrah ajer lerrr...
Ammal dah penat sesangat. Dengan perut laparnya. Sampai terduduk kat lantai lif tu la.
Kitorang terperangkap kat dalam lif tu hampir 15 minit.
Akhirnya, berjaya jugak la keluar.
Beriya diorang mintak maaf. Siap tanya nak apa2 tak?
Idok ler kitorang nak, cuma gelak mengekek je.
Pertama kali seumur hidup, terperangkap dalam lif!
Kat negara membangun pulak tu! Dlm science centre lagi! Maunya tak gelak!!
Dan seperti biasa, Ammal lupa lepas tu kitorang ke mana & buat apa... hahaha...
Rabu, 14 Disember 2017.
Clog @ terompah pelbagai design
Rabu merupakan hari terakhir untuk kitorang di Amsterdam.
Esoknya nak terbang ke UK dah.
Ikut jadual kitorang akan ke Zaanse Schans windmills dengan kereta sewa.
Cane gaya nak pronounce Zaanse Schans, mintak maap banyak2.
Tak mampu otak nak tangkap, cane gaya depa sebut... terbelit lidahku!
Deposit kereta sewa dah bayar. Tapi memandangkan jalanraya kat bandar Amsterdam ni agak bercelaru, Ammal dan husband sama2 decide utk cancel.
Deposit tu memang burnt ar kan sebab less than 24 hours. Tak pe la. Dari Ammal sakit jantung tengok husband driving dan stress tengok keadaan yang haru biru kat jalan, baik ler cancel!
Dari Central Station ke Zaanse Schans, kena ambik Connexxion bus 391 which departs every 15 minutes. The journey will take around 40 minutes.
Tiket bus Connexxion kena beli lain. Tak boleh pakai tiket GVB sebab yg tu utk dalam city je. Kitorang beli tiket jenis apa ntah masa tu. Lupa! hehehe
Yang ingat kitorang pie beli kat Tourist Information Centre yg terletak di luar Central Station.
Amsterdam ni, free wifi memang merata. Dalam bas, kat bas stop, hampir mana2 ajer la.
40 minit tu memang tak bosan la. Siap boleh main PoGo!
Hahaha... Jangan tak tau. Ammal main PoGo ok! Dapat la tangkap Mr. Mime masa kat UK! Ngeh ngeh ngeh.
Sampai kat Zaanse Schans, kabus tebal! Pasrah je la.
Kitorang tengok org buat cheese, jalan2 tengok windmill, tengok orang buat terompah dan bergambar sampai anak2 ngan husband tak larat nak layan!
Dah sejuk tahap gigil, kitorang layan minum hot choc. Fuhhh... TERBAEK!!
Ammal beli terompah gak. Tapi terompah moden ar. Harga kalau convert, fensan.
Tapi sebab dah berkenan, fikirkan dah nak gerak dari Amsterdam tapi tak de beli apa, pejam je la mata!
Sambil2 jalan discuss ngan husband lepas ni nak ke mana. Ke Fishing villages of Marken or Volendam?
Dalam berbelah bahagi, setuju pilih nak ke Marken.
Ambik bas untuk balik ke Central dan ambik bas lain untuk ke Marken pulak.
Tapiii.. bas apa & no berapa, lupaaaa... hahaha... Ampunnnn
Jalan nak ke Marken ni punya la kecik... kiri kanan laut.
Tengok map tu... kalau kepala dok pikir tsunami apa semua, memang boleh kejung badan!
Kepala Ammal cuma teringat Key Largo!
Tapiii... dah kata hati berbelah bahagi kan... memang mendapat sungguh la.
Dah la tersalah tempat berhenti. Nak tunggu bas, datangnya setiap setengah jam ke 40 minit.
Terus la sepakat untuk terus balik ke Central. Perut pun dah lapar. Dengan sejuk, nak terkucil apa semua!
Sampai Central, berkejar cari toilet. Toilet pulak kena bayor! Sadissss... huhuhu
Selesai semua urusan di toilet, terus cari kedai makan. Tgh duduk tunggu makanan, tetiba dapat phone call.
Nombor overseas! Panic ler jugak. Bila angkat, katanya dia polis!
Phone husband sudah tertinggal kat Central! HAH! Tu diaaa!!
Carik2 memang handphone tak de. Confirm ler polis kan! Berkejar la enche husband ke Central balik!
Macam2 dugaan betul! Sebaik la yg jumpa tu bagi kat polis. Kalau kena kebas?! huhuhuhu
Selesai makan, kitorang bawak anak2 jalan di 'lorong belakang'.
Apa ada kat lorong belakang? It is where you can see and smell the true Amsterdam!
Bukan la ke Red Light District... tapi lorong belakang la jugak.
Kenapa bawak anak ke tempat centu? Sebenarnya Ammal dah jalan2 ngan husband sebelum tu. Tak ingat malam bila.
Then ternampak satu baldi Nutella! Ada banyak kedai pastry dan kedai makan jugak kat lorong belakang tu. Anak2 Ammal kan suka makan!
Of course la Ammal explain. Selain kedai makan, kat lorong tu ada 'apa'.
Yg sulung dah faham. Yang kecik tu, bukannya dia kisah apa pun.
Bila dah selalu travel, diorang pun pandai nak bezakan.
Nutella 1 baldi seberat 7.5kg!
7.5 kg ok!! 3kg cuma RM125. Sebaik la otak masih waras.
Kalau takkk, mau Ammal borong.
Patut la deme letak Nutella kat waffle selambak. Murah bebenor rupanya!
Ok, nak tau apa ada kat lorong belakang tu? Meh Ammal citer sket.
Kat lorong belakang ada banyak kedai2 makan, kedai kasut, kedai baju, kedai 18SX, kedai ganja, cafe ganja dan jugak segala yg haram di Malaysia tapi legal di sana!
Bau ganja memang free-free je boleh hidu kat lorong belakang tu!
Lagi dekat dengan 'kedainya', lagi kuat la baunya.
Camana baunya? Hmmm... ada macam manis2 sket, ada busuk sket, ada bau asap... hahaha
Cane ntah nak explain in detail! Nak tau kalu, meh la datang! hahahaha
Sebelum balik, walaupun perut masih kenyang, Ammal bawak anak2 try frites.
Amende frites tu? Ala... fries je. Bezanya cuma fries depa besar2. Dan boleh pilih nak letak sos apa.
Ada berbelas sos yang boleh pilih. Yang sedap, jangan tak percaya, ialah kuah sate! Hahaha...
Siyes! Tak tipu!
Frites with satay sauce
Khamis, 15 Disember 2016.
Hari utk check out dan terbang ke UK untuk 2 minggu.
Flight kitorang pukul 10.15 pagi.
Tepat 6.30 pagi, teksi yang Ammal booked sejak dari Malaysia sampai betul2 tepi apartment.
Bagus betul diorang!
Sauteed potato, mushroom & prawns
Pagi tu, sempat lagi masak dan habiskan semua makanan dalam fridge.
Alhamdulillah, semua stok makanan habis dimasak. Butter dan apa2 yang boleh ditapau, semua Ammal tapau bawak pie UK.
Sampai kat Schiphol, lepas check in dan berjalan ke gate, dengar banyak announcement pasal flight delay.
Rupa-rupanya flight kitorang terlibat sama. Puncanya sebab kabus tebal.
Tebal yang teramat tebal, sampai yg nampak cuma samar-samar badan kapal terbang kat gate.
Lepas lama menunggu, akhirnya diorang bagi masuk kapal.
Tapi kapal tetap tak bergerak. Melangut je la kat dalam tu.
Ambik gambar, post kat FB... hahaha
Kapal utk ke London
Bila dah nampak runway, akhirnya terbang la kitorang.
Lepas aje ke atas, tetiba nampak matahari seterang-terang dan seterik-terik cahaya!
Tiba2 terasa macam masuk alam lain pulak. Betullll... tak tipu!
Pandang luar, tengok bawah, nampak kabus setebal-tebalnya.
Berbeza sungguh!
Terus hati ni berbisik... "Segala yang haram, di 'halal'kan di bawah sana. Mungkin sebab tu Allah jadikan negara tu selalu berkabus, hujan dan malap".
Nampak betapa tebalnya kabus kat bawah tu?!
Tapi Ammal tetap suka dengan Amsterdam! hehehe... Bukan la sebab perkara haramnya, tapi atas sebab2 lain.
Antaranya Ammal suka free wifinya.
Ammal suka jugak dengan pasaraya Albert Heijn mereka.
Suka dengan cuacanya, suka dengan penduduknya, sistem pengangkutan mereka, makanan mereka...
Ishh.. banyak sungguh la.
Sambil menulis ni, serius terasa rindu nak pergi lagi.
Kalau US rindu nak shopping.
Kat Amsterdam ni, rindu lain macam.
Memang kena repeat la nampak gaya.
Insya-Allah, ada rezeki Ammal pasti pergi lagi.
Macarons yg sedap ni pun Ammal cuma jumpa di Albert Heijn.
Mungkin kalau buat pun, Ammal cuma cerita masa minggu pertama je kot.
Yang kat London, cam tak de selera nak cerita... tengok la cane.
Annyeong!
No comments:
Post a Comment