Monday 4 November 2019

Bukittinggi

Dah 7 bulan, baru harini nak update cerita pasal trip ke Bukittinggi. Ammal cuti. Baru balik dari Seoul. Last overseas trip untuk tahun ni.

Ammal cerita apa yang Ammal ingat pasal trip Bukittinggi ni ye. Trip bermula 14 April sehingga 17hb. Naik apa lagi kalau setakat ke Indonesia tu, AA la. Beli tiket tahun lepas, masa AA sale free seat. Harga dah lupa... hahaha

Padang dari udara

Sampai je di Minangkabau International Airport, pak supir sudah pun menunggu. Dan terus di bawa ke Rumah Makan Lamun Ombak. Ammal makan nasi & order Martabak Mesir. Lauknya semua masin ya amat. Tak kena betul dengan tekak Ammal.


Martabak Mesir

Perjalanan diteruskan ke Bukittinggi. Jalan dah la kecik. Ada contruction pulak tu. 3 jam weh nak sampai hotel! Sempat jugak berhenti kat Air Terjun Lembah Anai & makan kuih neraka. Nama kuih tu scary kan?! Padahal kuih lempeng je. Ada lempeng pisang & lempeng kelapa. Dipanggil kuih neraka sebab depa masak pakai dapur kayu. Selain tu, berhenti untuk shopping kain jugak. Biasa la. Dah namanya gegurls trip kan. Hotel yang jadi pilihan ialah Grand Rocky Hotel. 4.5 bintang katanya.


Air Terjun Lembah Anai

Seriously I can't really remember about this trip. So sorry...
Yg mampu Ammal ingat, kitorang shopping di Pasar Aur Kuning. Deretan kedai sepanjang jalan, dlm cuaca panas.
Makan pun tak sesedap di Bandung. Kebanyakan masakannya masin.



Kalau dulu2, sesiapa yang pernah pergi, katanya Bukittinggi ni sejuk macam kat Cameron.
Sekarang tak lagi. Awal pagi sesudah Subuh je berkabus. Lepas tu panas ting ting.
Makan di hotel pun tak sedap. Servis pun sangat mengecewakan.
Jauh sungguh beza dengan hotel2 di Bandung

View dari bilik


Erk... Ammal memang makan dengan sudu garfu sebab tak suka tangan berbau. Kat rumah tak pe.


16hb kitorang check-out utk bermalam di Padang. Flight awal pagi 17hb. Jadi memang kena bermalam di sana. Dalam perjalanan, berhenti di Istana Pagar Ruyung, Lake Singkarak dan beberapa kedai kecil untuk last shopping. 2 jam perjalanan, kepala Ammal dah start berdenyut.
Istana Pagar Ruyung

Lake Singkarak


Selesai urusan check-in di hotel apa ntah di Padang, tapi hotel murah la, towel pun koyak rabak, Ammal terus tidur. Awal pagi esoknya, sesudah Subuh, terus gerak ke airport dengan airport transfer yg Ammal dah booked masa check-in semalamnya. Nasib baik migraine Ammal dah hilang. Sampai airport, sesudah check-in, terus cari makan. Kepala dah sakit, Ammal memang tak makan malam tu. 

Sampai rumah, tengok cermin, kulit dah bertukar warna. Patut la Ammal migraine. Panas sangat la tu. Pada Ammal, Ammal takkan repeat ke Bukittinggi ni lagi kecuali diorang bina airport di situ. Sungguh tak berbaloi dan buang masa. Kalau nak pergi pun, maybe Ammal nak enjoy Padang. Sebab dari udara nampak ada pulau2 yg menarik.
 
 
Till next entry, annyeong!

No comments: