Tapi memang Ammal buat pun masa Disember tahun lepas. Saja nak perabih cuti.
Nak buat oversea trip, poket tak cukup kembung. Cuti pun dah tak banyak :P
Ammal stay kat 3 hotel yang berbeza! Sesekali buat kerja gila-gila ni seronok jugak!
1st hotel, Ammal duduk kat Doubletree by Hilton yg kat Jalan Tun Razak tu.
Then Ammal ke Hilton KL kat KL Sentral.
Last sekali kat One World Hotel, Damansara
Mesti korang ingat Ammal 'senget' habiskan banyak duit hanya untuk bercuti dalam KL kan!?!
Tak guna banyak duit punnn... Yang Ammal bayar full cuma di One World. Hok yg lagi dua tu, bayar sket je.
Bayar sket utk bilik di Hilton & buffet breakfast kat dua hotel tu.
Pelik ye? Ingat Ammal tipu ke?
Tak laaa... betulll...
Cane boleh jadi gitu? Sebabnyaaa... Ammal join membership Hilton.
Kalau korang selalu pergi travel, Ammal nasihatkan join la segala macam tok nenek membership hotel atau airline yang ada.
Kalau yang suka shopping tu, join jer.
Ada rezeki korang, macam-macam boleh dapat.
Kalau untuk shopping tu, selalunya Ammal dapat extra discount, dapat voucher.
Point-point dari Hilton kali ni, Ammal tukarkan untuk penginapan.
Nak tukar penginapan kat oversea, kan dah cakap tadi, poket tak kembung!
Yg penting FREE atau paling tak, kena top up sket.
Dari point tu expired, kita gunakan ajer ler. Dalam KL pun, dalam KL laaa... cheq tak kisah.
Kaunter check-in untuk Hilton member
Sebagai member, selalunya akan ada satu kaunter khas untuk check-in.
Jadi cepat la sikit... sikit ajer pun.
Hotel Doubletree ni asalnya hotel lain dulu. Crown Princess kalau tak silap Ammal.
Bangunan dia bersambung dengan The Intermark.
Kat dalam tu ada la butik-butik, food court & pasaraya.
Sebab tu la lobby kat Doubletree ni kecik bebenor.
Yang bestnya bila duduk Doubletree ni, tak kira la Doubletree kat mana-mana pun, ni haaaa... Chocolate chip cookie dia! Panas dari oven!
Masa check-in, diorang akan bagi sorang satu.
Dan sebenarnya... korang boleh mintak anytime korang nak... syyhhh!!
Tapi dengan syarat korang memang menginap kat sini la ye.
Tapi dengan syarat korang memang menginap kat sini la ye.
Kalau tak, sila beli di café The Food Store untuk rasa keenakan cookie nya!
Yummy!
Ni biliknya...
Bilik kat Doubletree ni, kecik sikit. Semuanya gara-gara nak cukupkan point untuk menginap di Hilton :P
Nampak tu?!
Tengok apa yang tertulis tu, boleh tau la kan, macamana rupa bathroom nya...hehehe...
Malamnya Ammal bawak anak-anak naik Putra ke KLCC.
Dah ala-ala pelancong asing la pulak gayanya.
Sebenarnya, Doubletree ada sediakan shuttle utk ke kawasan-kawasan sekitar kalau nak.
Tapi Ammal & husband decide nak jalan aje. Bawak kereta pun tak mo!
Makan Kitchen
Pagi esoknya, breakfast kat Makan Kitchen. Gambor tak banyak! Sebab syiok makan...hahaha
Swimming pool
Lepas makan... kalau dah ada pool, tak pergi berendam, memang tak sah la kan.. haaa... apa lagi! Terjun!!!
Anak-anak dah puas berendam, Ammal check-out.
Lepas lunch terus ke Hilton KL.
Masuk jer bilik kat Hilton, nampak ada ni hah! Blueberry, Apple & Cashew Nuts
View dari bilik
Nampak tak apa tu?
Bilik Hilton memang best la kan. Tak ada complaint! Nampak tak apa ada kat gambar atas ni?
Tu mini tv dalam bathroom.
Anak-anak Ammal pun apa lagiii... berendam dalam bath tub, ala2 putera raja!
Sambil berendam, sambil layan tv!
Dayang-dayang tolong suapkan anggur jer tak de :P
Lepas breakfast keesokannya, terjun pool lagi.
Pool sangat-sangat best. Besar sebab bersambung dengan Le Meridien punya pool.
Ni petang selepas check-in kat One World.
Bilik biasa. Tak ada yang menarik. Yang best kat hotel ni cuma buffet breakfast dia.
Dah cukup tu. Panjang benor entry merapu ni!
Ni antara kad membership yang ada.
Tu, kat atas tu, antara kad membership yang Ammal ada.
Kebanyakannya, Ammal letak nama husband. Jangan tanya kenapa, Ammal pun tak tau naper Ammal buat camtu.
Tapi memang tiap kali join jadi member, Ammal letak nama husband.
3-4 jer yg Ammal guna nama Ammal sendiri.
Husband tak cakap apa & tak ambik kisah pun.
Sebab selalunya kalau travel ke mana-mana, Ammal yang buat semua benda.
Dapat discount, dia senyum ajer...
Jadi kawan-kawan, apa lagi?!
Jangan lupa join jadi member ye.
Paling tak korang join jadi member J Card!
Walaupun J Card tu kena bayor, tapi kalau dah selalu shopping kat situ, dapat jugak collect point.
Masa birthday, dapat voucher discount beli kek.
Point cukup, tukar ler apa yang korang nak... ok?
Annyeong.
No comments:
Post a Comment