Dia mai dahhh.. 5-7 September 2014 @ PWTC, 10 pagi-9 malam!
Kalau dedolu Ammal akan pergi 1st day (Jumaat). Siap ambil cuti satu hari.
Redah fair ni dari pagi sampai ke petang!
Tapi sekarang cuti setengah hari pun dah cukup. Kadang tu tak cuti pun.
Pergi hari Sabtu, pagi-pagi dah keluar rumah, dalam masa 3-4 jam dah settle.
Sekarang ni, sebelum ke MATTA Fair, Ammal akan listkan dulu apa yang Ammal nak cari.
- Nak bercuti ke mana ~ cari brochures & pamphlets
- Hotel mana nak try
- Flight ticket
Jadi tak perlu singgah ke setiap booth yang ada.
Brochures & pamphlets
Apa yang penting nak cari mende alah ni?
Kalau murah rezeki, kadang-kadang tu, ada la booth yang akan bagi voucher atau discount yang diletak dalam brochures atau pamphlets tu.
Selalunya kat booth tourism sesebuah negara contoh macam Australia.
Pernah dulu Ammal dapat discount untuk ke theme park di Gold Coast.
Kot dapat AUD2 pun tetap la duit kan! Cer convert AUD2 ke ringgit. RM6.20 !
Kali kan pulak 4 orang untuk Ammal satu family… RM24.80! Boleh guna duit tu untuk sepinggan nasi kat sana! Tu baru satu voucher!
Tapiiii, kalo korang rasa 24 hengget tu tak banyak, maknanya korang memang banyak duit!
Jadi tak yah la susah payah nak ikut tips Ammal :P
Dan kalau dah tahu nak ke negara mana, masa ni jugak la kita boleh collect brochures untuk plan itineraries kita nanti.
Kalau itineraries dah ada, boleh jugak compare itineraries yang kita dah buat dengan itineraries offered by travel agent.
Hotel
Sebut pasal hotel, mesti sesekali korang teringin nak menginap kat hotel 5 bintang kan?
Hotel yang ratenya rasa cam tercekik leher nak bayar, time MATTA Fair ni gak la korang carik.
Memang la tak murah mana. Tapi kalau dapat jimat RM100 pun, pada Ammal, Ammal dah cukup bersyukur!
Cumanya, kalau berminat tu, jangan la terus beli. Cer buat tawar menawar sket.
Contohnya, dapat breakfast untuk 2 dewasa, korang kenen-kenen la, mintak satu lagi untuk anak.
Buat macam main tarik tali… “Eee… bestnyer. Tapi breakfast untuk 2 dewasa je. I nak bawak anak 2 orang”… haaa…. Gitu la lebih kurang caranya… Tapi jangan la korang buat bargain tu melampau-lampau pulak ye. Kena la ada adab dan batasnya.
Flight ticket
Untuk flight ticket, Ammal tak recommend beli masa MATTA Fair. Tak murah mana pun. Kalau setakat nak buat basis boleh la. Nanti Ammal buat satu entry cane nak dapat flight ticket yang murah ye…
Apa lagi yang murah masa MATTA Fair?
Domestic package untuk ke pulau-pulau dalam Malaysia. Insya-Allah murah.
Yang lain tak terpikir pulak. Nanti la kalau ada apa-apa lagi, Ammal buat entry lain.
Annyeong!
No comments:
Post a Comment