Thursday, 21 August 2014

What kind of traveller are you?

What makes a tourist different from a traveler? When recently pondering that question, I found Merriam-Webster's to be of little help. My old standby dictionary defines a tourist as "one that makes a tour for pleasure or culture" and a traveler as "one that goes on a trip or journey."
By Candice Gaukel Andrews

 

Jadi Ammal ni kategori tourist la… hehehe
Tak kisah la labu!
Yang Ammal tau, travel trip Ammal tak la terlalu budget dan tak jugak terlalu mewah.
Dok tengah-tengah… sederhana la kiranya. Tourist ke traveller ke, yang penting Ammal pie jalan-jalan…kui kui kui

Ada yang bertanya. Seronok tak pie berjalan?
Apa gilernya tak seronok?! Rasa macam tak nak balik… kah kah kah... melampau!
Cuma, orang tak tau…
Tiap kali plan nak pergi travel, banyak ‘pengorbanan’ yang terpaksa dibuat.
Kalau setiap Jumaat, kawan-kawan perempuan ukur Jalan TAR, Ammal duduk office layan drama Korea, baca buku atau paling best, Ammal TIDO!
Kawan-kawan balik bawak hasil sopingan, Ammal cuma mampu share kegembiraan diorang.
Hahaha… Nafsu shopping kena kawal weh!! Kalau tak macamana nak simpan duit?
Setiap bulan, Ammal akan pastikan hanya 10% dari pendapatan bersih, Ammal boleh buat belanja makan & beli barang keperluan diri. Kalau terlebih, pandai-pandai la hidup. Pandai-pandai la cover mana yang lompong! huhuhu
 
Cuti tahunan pun kena betul-betul rancang. Silap-silap, Ammal tak ambik cuti raya. Biasa dah tu!
Beraya ala kadar. Baju raya Ammal & husband sepasang seorang.
Anak-anak pun, paling banyak sepasang baju melayu & sehelai t-shirt.
Diorang tak bising & merajuk ke?
KADANG-KADANG ada la jugak! Tapi Ammal didik diorang, dalam hidup kena ada pengorbanan.
Tak semua yang kita nak, kita boleh dapat. Hidup kena ada pilihan! Bersyukur dengan apa yang ada.
Diorang setuju ke pilih travel dari benda2 lain; mercun & bunga api time raya, permainan yang berlambak-lambak & terkini, baju sekolah bertukar setiap tahun & lain-lain semua tu?
Alhamdulillah… ada masa-masa kalau diorang bising, I’ll just remind them.
“Kalau nak toys macam kawan-kawan lain, save your money! Kita beli masa travel nanti. Mesti lagi murah!” hihihi… aci tak Ammal cakap camtu ;)
 

This is where they put their money
 
Jadi, buat kawan-kawan yang baru nak berjinak-jinak bercuti ke luar negara, ANDA sanggup berkorban?
Tepuk dada, tanya la diri sendiri…

Annyeong!

No comments: