Thursday, 25 December 2014

Universal Studio Resort & Kennedy Space Centre, Orlando


Sabtu, 29 November 2014, Ammal repeat ke Universal Studio Resort.
Mula-mula cadangnya cuma nak ke Island of Adventure sebab dulu datang tak main semua.
Bukan sebab tak cukup masa, tapi sebab masa tu Ammal shenthap!
Shentap bila kasut kesayangan Ammal, husband Ammal 'bunuh'... huhuhu
Nak tau dia bunuh camana?
Dia bunuh dalam dryer. Puncanya sebab kitorang pergi theme park Busch Garden Tampa dan satu2nya kasut yang Ammal bawak datang lencun! Huwaaa :((
Jadi masa ke IOA, semua rides yg ada air kena banned. Pastu menyesal...hahaha
So bila dah menyesal, decide nak datang balik...
Tapi bukan sebab tu aje... apa gile kalo sebab tu aje nak repeat?!
Sebab utamanya, sebagai peminat Harry Potter, Ammal dapat tau, diorang baru bukak Diagon Alley.
Kalau korang gila ngan citer ni macam Ammal, mesti tau Diagon Alley tu amende.
Setelah ditimbang tara, kitorang beli 1 day park to park punya tiket.
Dengan tiket tu, Ammal boleh naik Hogwarts Express dari IOA ke Universal Studio atau sebaliknya.
'View' setiap perjalanan adalah berbeza!
 
Train adalah 'real'! Siap ada steam agiii...
 
Ammal ambik train dari IOA.
Dapat la merasa view dari Hogsmeade nak ke Diagon Alley...
Ikut review kata, naik dari King Cross di Universal Studio lagi best...huhuhu
Nak tau detail, korang Google ler sendirik! Ahkak malas! hahaha
 
Patung dragon tu keluarkan api... tapi malas nak tunggu utk ambik gambor :p
 
Apa perasaan & apa yg best?
Cane nak describe ye? 
Tapi yang pasti, Ammal rasa macam hanyut masuk dalam cerita tu bila sampai...
Diorang siap jual wand yang boleh buat magic!
Harga? Hahaha... ku sedar diri tak mampu!
Tak tengok pun. Anak Ammal yg excited pergi checked.
Maunya tak!?!
 
Tak ada lampu!
 
Guna magic wand...
 
Tadaaa... lampu menyala!
  
Tengok gambar yg Ammal tepek tu.
Wand yg boleh buat magic tu, memang direka untuk menggerakkan object2 yang ada di sekitar Diagon Alley. Boleh buat lampu menyala, buat paip keluarkan air etc...
Peghak jugak masa mula2 tengok.
Rupa2nya ada camera depa letak... tapi camana dia berfungsi, idok ler Ammal tau.
Nama pun theme park.
Semuanya umpama dalam dunia khayalan dan tak terjangkau dek fikiran kitorang berdua ni yg setiap hari hanya nampak nomborrrr jer bila berkerja...huhuhu
Yang excited bukan setakat budak2, mak2 budak pun sama.
Diorang siap pakai jubah Harry Potter lagi tau!
 
Goblin yg boleh bergerak & sesetengahnya bercakap...
 
Main attraction dalam tu ialah ride baru yang dipanggil Escape from Gringotts.
Nak tau berapa lama kena beratur?
45 minit ok! Kejang kaki!
Tapi memang terbaek!!
Korang boleh check POV ride tu kat sini.
Dekat 2 jam jugak Ammal sangkut dalam Diagon Alley tu.

Dah habis tu, anak2 sibuk nak main kat MIB.
Rides biasa je... rides tu bukan yang jenis berpusing tonggeng terbalik.
Cuma macam kapal utk 6 orang.
Pastu main tembak2 alien.
Anak2 seronok sebab nanti boleh eksyen ngan ibu ayah deme ni kalo point diorang tinggi!
Pastu naik ride Mummy & kemudian pie lunch.
Anak Ammal masa tu dah start merengek sebab mengantuk.
Jet lag tak habis lagi... pengabis dia bantai tido kat restaurant. Tak makan, tak minum...
Kluar restaurant tetap tak boleh bangun.
 
 
PARAH! Ammal biar diorang tido dekat 1 jam jugak.
Paksa bangun dah melalak pulakkk.
Kononnya nak masuk IOA balik, tapi dengan anak2 yg dah terjelepuk pantang dpt duduk, pengabihnya kitorang ambik keputusan balik.
Sades betullll...
 
Balik tu singgah Walmart nak beli sabun basuh.
Pun sempat kitorang tido dulu dalam kereta...huhuhu
Ngantuk wehhh... susah woo nak adjust 13 jam punya perbezaan masa!
Ooo... hotel2 pilihan Ammal kan kena ada laundromat.
Jadi nak lagi jimat, beli la sabun sendiri.
Beli kat hotel karang, ntah berapa pulak dia charge.
Kalo korang nak tau, Walmart ni macam Giant, Tesco semua tu.
Jual barang2 rumah etc.
Husband Ammal suka pergi. Ammal tak suka!
Bukan tak suka sebab apa.... sebab bila pergi, kita orang pompuan ni akan jadi rasa macam nak pindah duduk sini!
Mana la taknya. Semua yg mahal kat KL boleh dpt dengan harga yg murah.
Barang2 masak la especially.
Korang suka Nutella?
Kat KL botol sedang tu berbelas ringgit kan?
Kat sini, lepas convert RM pun tethap murah! 
Senthap tau jiwa!
Dah...dah... tutup citer.
 
 

Ammal nak citer pasal Kennedy Space Centre pulak.
Ammal bertolak selepas breakfast pagi Ahad, 30 November 2014 dalam pukul 9 lebih.
Tapi gambar sepanjang 2 jam perjalanan tarak! Ammal tidoq! Pengsan!
Tido kat overseas kena mintak izin husband dulu.
Sebab Ammal co-pilot!
Kesian kat dia nanti drive sorang.
Bila dia kata boleh jer, terus zzzz... tak tunggu lama! Hahaha
Tau2 dia kejutkan... kata dah sampai.
Bukak mata tengok roket sebesar alam kat depan mata!
Wahhh... besar tuuu...
Nah... layan gambar...
 
Ammal masuk tengok Atlantis.
Memang kagum giler la... memang terasa dan nampak sangat kemajuan US ni nak compare dengan Msia!
Kat dalam tu diorang letak kapal Atlantis tu.
Ada part kapal tu yg di recycled utk kegunaan lain.
Jadi bila tgk, buat kita terpikir... kapal betul ke tipu ni?!
Besar GABAK!
 
 
 
 
 
Kat dalam tu jugak diorang tunjuk la camana rupa tempat astronaut ni buang air, tempat tidur etc..

Cer baca ni! Kembang tekak! huhuhu
 
Cer teka apa ni!
 
It's Freeze Dried Ice Cream.
 
Kot astronaut tu nak makan ice cream, gitu ler ghupernyer!
Rasa? Sedap ler lagi ice cream betul!
Yg itu rasanya macam makan gula-gula rasa susu.
Keras... bila masuk mulut, lama-lama dia cair.
Tak der rasa ice pun... kesian diorang kan...
 
 
Kawasan ni luas. Dan ia memang kawasan sebenar untuk pelancaran space shuttle.
Bukan theme park ye! Tapi diorang tetap sediakan tempat main untuk elak budak2 bosan.
 
 
Saturn V
 
 
Khamis 4 Disember diorang launch new rocket ke apa ntah.
Orion namanya...
Pukul 7.30 pagi.
Syiok kalo dpt tgk kan... tapi masa tak mengizinkan...
Pukul 6 lebih kitorang gerak balik... dan lagi sekali Ammal tidoq!
Dah gelap lagi la nyenyak kan!
Tau2 dah sampai depan kedai makan...hahaha
Ammal makan di sini.

 
 
Portion makanan di US semua XL
Jadi kalau ada rezeki korang ke sini, kalo jenis tak kuat makan, beli satu & share ler berdua.

Sekian entry tertangguh daripada Ammal.
Ada masa, entry yang lain akan menyusul...

Annyeong!

No comments: