Saturday, 3 January 2015

Belayar ke Bahamas dengan Majesty of The Sea

Majesty of The Sea. Photo credit to Avidcruiser.com

Asal plan nak ke US, tak de pun nak bercruise bagai.
Tapi ntah camana bila check website Royal Carribean Cruise (RCL), harga tersangat laaa murah jika nak dibandingkan dengan harga Star Cruise kat M'sia.
Jadinya, masa MATTA Fair bulan Mac 2014, kitorang terjah booth RCL.
Dalam M'sia, hanya ada satu company je yg handle RCL ni...
Nama travel agent tu Gem Travel and Tours.
Pong pang pong pang... tengok brochures, buku etc, dapat pulak harga yg lagi sedikit murah dari yang Ammal survey.
Jadinya, terus ler bayar deposit.
Padahal masa tu, flight ticket pun tak dapat lagi... punya dasyat penangan cruise ni kat kitorang!
Jadinya, berbondong-bondong la beg Ammal ke oversea kali ni sebab berangan nak bersnorkel kat sana...

1 Disember 2014, Ammal check out dari Fairfield Hotel Orlando awal pagi.
Sebab nak drive dari Orlando ke Miami Port di mana kapal yang bakal Ammal naik iaitu Majesty of the Sea bakal memakan masa dalam 3 1/2 jam.
Gedebak gedebuk, pulangkan kereta sewa apa semua, kol 1.30 kitorang sampai port.
Nak pulangkan kereta tu pun ada cerita... 2-3 kali pusing tak jumpa tempat... ish ish ish

 

Sesampai je di port, tinggal bag kat porter, terus masuk untuk custom & immigration apa semua la.
Masa tu sebenarnya anak Ammal no 2 demam panas. Dia jenis tak tahan cuaca sejuk.
Dah bagi makan ubat apa semua, temperature drop. Tapi dahi bertampal cool pad.
Bila isi form kena la declare. Dah nampak gitu, takkan nak menipu.
Jadi sebelum diberi pelepasan naik kapal, diorang panggil doctor.
Alhamdulillah, lepas. Kalau tidakkk... masak la kannn.
Diorang strict. Lepas pun bersyarat.
Ammal tak boleh biar anak berkeliaran sorang-sorang dalam kapal dan tak boleh bagi dia mandi pool...
Masa tu, tak pikir apa dah. Iye kan aje le.
Giler apa kalau tak dapat naik.
Hotel kat Miami Ammal booked utk 5hb. Harga dah la mahal nak mampos...
Ke mana la pulak kitorang nak pie... huhuhu

Bubbye Miami Port...

Majesty ni besar dari Star Cruise yang Ammal pernah naik dulu.
Ada 12 tingkat semuanya!
Tapi merupakan antara kapal terkecil bawah naungan RCL.
Dasyat tak?
Gila bapak besar kapal-kapal yang lain tu!

Itineraries yang Ammal dapat di KL, first stop 2 Disember, kitorang akan berhenti di Nassau, Bahamas.
3 Disember ke private island RCL iaitu CocoCay
4 Disember ke Key West, Florida
Dan akhirnya 5 Disember kembali ke Miami.

Lepas check-in, terus masuk bilik kat tingkat 6.
Ammal ambik 2 Oceanview Stateroom.
Satu utk anak2, satu utk Ammal & husband.
Masa bayar deposit dulu, connecting room dah abes. Jadi pasrah ajer la.
Yang bagus diorang ni... dia tau kita dari Asia, terus dia bagi attendant utk floor Ammal orang Indonesia.
Putu nama dia. Dari Bali.
Jadi omong-omong dalam dialect Indonesia la Ammal!
Putu bagitau, dalam 2.30 nanti ada fire drill.
Wajib utk semua guest.

Cruise Compass yang menanti dalam bilik setiap hari. Bagitau destinasi, senarai aktiviti, waktu makan etc


Tempat mandi semuat badan...

Lepas fire drill, kitorang terus carik makannn... lapar wei!
Dah pukul 3 petang masa tu.
Pusing2 cari apa yang boleh dimakan, tiba2 "Assalamualaikum"
Terlompat kecil Ammal. Tiba-tiba jer ada orang bagi salam.
Rupa-rupanya ada ramai Indonesian yang bekerja dalam kapal tu.
Dan yang bagi salam tadi tu, waiter yang bertugas kat level tu.
Tapi tak sempat borak sebab dia tengah sibuk...
Dasyat orang-orang Indonesia ni carik duit!
Yang Ammal ni perabih duit...hehehe

Meh Ammal citer pasal restaurant & tempat makan ada:
1. Main Diningnya ada 2 deck; Moon light kat Deck 3 & Starlight kat Deck 4. Ni ala2 fine dining la... gelas, sudu garfu tersusun cantik atas meja.
Free seating masa breakfast & lunch (12 tengahari sampai 1.30 petang).
Bila dinner pulak dipanggil 'My Time Dining' di mana kita boleh masuk ikut suka atau set time dengan diorang seawal 6.30 petang dan selewat 9.30 malam untuk duduk semeja dengan family.
Kalau tak, chances adalah tinggi untuk korang disumbat kat mana-mana meja kosong dan duduk dengan mat-mat & minah-minah saleh kat situ...hihihi

2. Winjammer Marketplace di Deck 10. Breakfast start dari 7 pagi sampai 11.30 pagi. Kat sini makan ala sempoi sket. Semuanya buffet. Ada made-to-order omelets, buah-buahan, roti dan pastry, waffles, pancakes, hash browns, cereal counter & oatmeal etc. Lunch dari 12.00 tengahari sampai 2.30 petang. Dinner dari 6:30 petang sampai 9 malam.

Pakaian untuk kedua-dua tempat di atas ni, casual tapi tak boleh jeans, swimming suit & shorts, katanya la. Tapi selamat jer kitorang masuk dgn jeans...hahaha.

3. Compass Deli di Deck 11, hidangkan paninis, wraps, salad bar, soups & cookies. Semuanya complimentary & dibuka dari jam 11.30 pagi sampai 6 petang.
 
4. Sorrento's Italian Pizza, bersebelahan dengan Compass Deli. Sentiasa buka sampai 3 pagi katanya.

5. Johnny Rockets di Deck 12. Kena bayar $4.95 cover charger per person. Makan semua free kecuali drinks & shakes. Sebaik shakes tak free kannnn. Kalo takkkk... ntah berapa kilo la berat Ammal naik! Tapi yg benornya, kitorang tak masuk pun. Dan tak nampak ada orang lain yang masuk jugak. Yang lain dah free, buat apa nak buang duit lagi kan?! ahak ahak

6. Latte-tudes café di Deck 5, ada jual coffee.

7. Sebelah Latte-tudes pula ada Freeze Ice-Cream. Harga dalam $3.50

Kalau malas nak keluar bilik, boleh je mintak room service. 24 jam sehari!
Free okay!!
Cuma kena bayar surcharge kot tetiba korang lapar & nak makan pukul 2 pagi.
Syiok sungguh la utk yang sedang honeymooning! ;)

Mesti korang tertanya-tanya camana Ammal makan kan?
Few weeks sebelum bercuti, Ammal dah emel kat diorang request for Muslim Meal.
Explain kat diorang apa yang boleh, apa yang tak.
Then dia reply & cakap, diorang take note request tu. Cuma bila sampai masa belayar, kena jumpa dengan manager in charge.
Mula-mula memang ingat nak makan kat Wildjammers je.
Senang & tak banyak cerita.
Sekali bila Ammal Google menu kat Main Dining, tengok ada lobster, ada shrimp & scallops...
Mana boleh jadi kan??
Favourite Ammal sefamily tu!!

Tapi akhirnyaaa... tak yah nak request pun.
Banyak jer yg boleh telan.
Salad diorang tersangat la sedap.
Percaya tak kalau Ammal kata, Ammal makan brokoli & mushroom raw?!




Tak caya? Tengok gambar tu sebagai bukti!
Sayur-sayur depa tak basah lembab cam kat M'sia.
Kering! Jadinya, idok ler berbau maung walau sedikit pun... 

Masa kat Main Dining jer, kitorang request seafood yg tak nak ada alcohol & no meat at all.
Alhamdulillah, dapat server yg super duper cool!



Stephen yang menjadi rebutan ramai guest!



Server yg excellent tu nama dia Stephen dari India.
Fine dining dah jadi ala2 makan sempoi dibuatnya.
Main course, sampai 2-3 pinggan dia bagi.

Tengok betapa banyak pinggan yang ada atas meja...

Escargot yang dimasak dengan garlic butter

Dan jangan tak percaya, buat pertama kalinya Ammal makan escargot!
Rasa cane? Macam makan mushroom bakar. Sedap! Tapi lagi sedap makan scallops! hehehe

Tempat makan yg kitorang pergi utk breakfast pulak memang Windjammers la.
Boleh kecoh2, gaduh2 manja ngan family...hihihi

Ok tutup bab makan. 
Untuk aktiviti pulak, memang banyak la kan...

Rock Climbing

Futsal

Pool 

Kat Deck 12, ada wall climbing.
Deck 10 ada Adventure Ocean untuk kanak-kank umur 3-11 tahun. Ada game room, internet café, dance floor, library & cinema. Dan dah nama pun kapal mat saleh kan... deme siap buat night club untuk remaja!
Tapi idok ler Ammal bagi & ajar anak Ammal masuk ke situ.
Kena ingat... bercuti JANGAN CARI DOSA!
Yang lain-lain tu macam Star Cruise jugak la. Ada swimming pool, ada gym, spa & sauna.
Semua bilik ada flat screen tv, safe & hair dryers.
Toiletries pun disediakan.

Tapi yang sebenor-benornya, kitorang tak sempat nak enjoy semua aktiviti.
Rasa masa macam cepat jer berlalu...huhuhu.
Kena repeat, kena repeat! WAJIB!

Entry di Bahamas, Ammal buat lain la ye.
Panjang sangat pulak cerita Ammal pasal kapal ni...


Annyeong!

No comments: