Saturday, 14 February 2015

Ke California la pulak kita!!

Lama dah terberenti citer pasal trip Ammal...

Ok la... meh Ammal sambung balik citer travel 2 bulan lepas.
Hah?? 2 bulan dah? Cepatnya masa berlalu!
Ntah ingat ntah idak detail trip...huhuhu
 
7 Disember 2014, dari Miami, Ammal kena ambik flight di West Palm Beach Airport.
Perjalanan dari Miami ke Palm Beach lebih kurang 1 jam.
Ammal check out lebih kurang pukul 3 pagi, dan terus meredah hiway yg boleh tahan banyak keretanya.
Bukan setakat banyak, tapi berdesup laju.
Disebabkan terlalu penat, Ammal tidur separuh perjalanan...hehehe
Tau2 husband kejutkan, dah sampai kat kawasan pulangkan kereta sewa.
2 kali pusing jugak nak mencari Dollar nyer ofis ...
Dah jumpa tu, kena carik stesyen minyak pulak utk penuhkan tank kereta.
Kontrak sewa yg kitorang ambik, kena penuhkan tank 10 miles (kalau tak silap) dari kawasan pemulangan.
Jangan nak pandai2 ngelat, sebab diorang ada gadget untuk check!
Selesai pulangkan kereta, kitorang ambik free shuttle pie airport.
Jadual penerbangan Ammal, dari West Palm Beach (PBI) ke Dallas by AA1423, 7:35am, ambil masa lebih kurang 3 jam 5 minit.
Sampai Dallas (DFW) ke San Diego (SAN) pulak by AA0369, 11:30am - 12:35pm.
 
Jadual penerbangan di DFW

Dallas dari udara

San Diego dari udara
 
Transit di Dallas tak ada masalah apa... cuma ada pertukaran kapal yang menyebabkan tempat duduk Ammal & husband terpisah sedikit jauh.
Tapi bila sampai di San Diego, ada kejutan sket.
Dah few times dok kluar masuk, transit apa semua, selalunya Ammal & family kena body check yang biasa2 je bila kat airport.
Tapi kali ni, di SD Ammal dipisahkan dari husband & anak2. Diorang cuma kena body check yg biasa.
Ammal kena full body screen!
Terkezut tok sah cakap la...huhuhu
Kalau korang nak tau apa machine ni boleh buat, pie Google image...huhuhu
Habis terdedah semua luar dalam tau! Pasrahhh...

Gini ler rupa machine tu!

Masuk machine tu, tangan kena angkat sebijik cam dalam gambar!
Masa tgh scan, ada cam pintu berpusing mengelilingi...siap dengan bunyi cam bergema.
Keluar dari machine pulak, ada sorang TSA officer pompuan dah tunggu Ammal.
Dia kata "Sorry, I need to check your head cover"
Sebab terkezut, tangan automatic pegang kepala. Alamak!!
Pastu dia pun cam terkezut... hihihi...
Cepat-cepat dia cakap "No! No need to take it off!" hahaha... apa gile aku nak bukak!
Dia kata dia cuma akan pat down je...
Alhamdulillah, setakat itu je la. Sebaik la tak ada kena interview bagai...

Settle immigration, terus keluar.
Tengok airport dia, ek eh... keciknya. Orang pun tak ramai!
Boleh terlupa pulak, airport tu utk perjalanan domestic...

San Diego Airport yang sunyi

San Diego Airport dari luar
 
Keluar Airport, kitorang tunggu free shuttle by Alamo Car Rental untuk pie ambik kereta sewa.
Cam biasa la, settle process apa semua, pie pilih kereta.
Kitorang nak meneruskan perjalanan ke Anaheim.
Itineraries di California ni, agak caca marba sket... Anaheim (utara)-San Diego (selatan)-Los Angeles (utara)
Kalau ikut logic, baik buat dari selatan dan habiskan trip terus ke utara; San Diego-Anaheim-Los Angeles kan?!
Tapi sebab Ammal nak mengelakkan peak season di Disney yg dijangka bermula pada 15 Disember, terpaksa la buang masa sket atas jalan.


Ntah bila dapat merasa sewa kereta gini!

 
 
Perjalanan dari SD ke Anaheim penuh dengan bukit bukau... warna coklat2, hijau malap...
Tenang je rasa...

Dah hampir sampai

Alhamdulillah, selepas hampir 2 jam perjalanan, dengan traffic jam apa semua, selamat sampai di Anaheim.
Di Anaheim, Ammal pilih untuk menginap di Ramada Anaheim at Maingate.
Hotel murah je. Yang penting dekat dengan Disney. Boleh jalan kaki je.
Jimat duit sewa kereta.
Kalau setakat nak ronda2 sekitar Disney, boleh ambik ART =  Anaheim Resort Transportation
Dari bilik Ammal, bila malam boleh nampak show bunga api dari Disney. Berbaloi!!

Ada pool jugak... tapi tak sempat try pun
 
Bilik yang sederhana besar
 
Perbezaan masa di Florida dengan California lebih kurang 3 jam.
Kalau di Florida dah 12 tgh malam 8 December, di California baru pukul 9 malam 7 December.
Jadinya, anak2 cepat mengatuk. Kesian diorang. Asik kena adjust masa tidor jer!
Malam tu, dengan badan penat, nak cari kedai makan pun tak larat.
Kitorang redah je kedai Mexican El-Burrito yang halal ni.
Dah nama redah kan, makanan pun tak la sesedap mana. Dah lapar, telan ajer la!

El-Burrito, halal Mexican restaurant

Esoknya 8 Disember, Ammal pergi ke Desert Hill Outlet di Seminole Dr, Cabazon.
Masa untuk sopingg... Ikut pembacaan, katanya di sini la ramai artis Hollywood bersoping.
So mesti best kan?


Perjalanan seperti biasa... berbukit bukau
 
Sampai suda
 
View Desert Hill outlet dari parking
 
Hasil sopingan! Oppss.. bukan semua Ammal punya!
 
Ikut pengalaman Ammal, kat sini memang banyak discount la.
Sebenarnya sambil travel, kali ni Ammal offer service personal shopper kat kawan2.
Jadi dengan discount yang banyak tu, kira untung la buat sesiapa yang mengirim tempohari.
Ada satu handbag MK yg kawan Ammal kirim, online shopper jual RM749.
Tapi Ammal boleh dapat utk kawan tu RM500++ ajer...
 
Masa di outlet tu, first time Ammal solat di parking yang kiranya di tengah2 gurun.
Bercerita ni bukan la nak tunjuk alim ke apa tau...
Just nak kongsi, betapa masa tu, dengan kawasan gurun yg luas, perasaan sahdu tu satu macam... terasa kerdil jer diri berbanding dengan bumi ciptaan Allah ni.
Betapa besar kuasa dan hebat sungguh ciptaanNya...
Kalau la perasaan tu boleh diambil dengan gambar kan...hmmm...
 
Trip shopping tu terpaksa diakhirkan dengan cepat (cepat tu maknanya sebelum outlet tutup :p ) sebab kereta perlu dipulangkan pada jam 9.30 malam.
Dan kitorang tak tau, kat mana ceruk tempatnya... jadi pasrah lagi ler kita.
Apa pun, Alhamdulillah... setelah berpusing2, berjaya jugak jumpa.
Husband drop Ammal & anak2 di hotel, sementara dia pergi pulangkan kereta tu & menapak balik ke hotel sorang2.
Esoknya ada trip ke Disney!
Tunggu cerita seterusnya ye!
 
 
Annyeong!

No comments: