Thursday 26 February 2015

Knotts Berry Farm

Khamis, 11 Disember 2014, dalam pukul 9 pagi, kitorang menapak dari hotel ke stesyen ART berhampiran dengan Disney.
Tiket dah beli malam sebelumnya, selepas keluar dari Adventure Park.
Tak susah mana pun. Ada machine diorang letak kat situ.
Harga tiket untuk 10 tahun ke atas USD5, dan 3-9 tahun USD2.
Ammal dah check website ART & dah tau route mana yang nak ambik.
Nak ke Knotts Berry Farm, kitorang kena ambik Route 18.
Silap Ammal cuma terlupa nak tengok timing bas nya.
Jadi melongo la dalam 15 minit sementara tunggu bas datang dalam cuaca sejuk.
 
Tiket bas ART
 
Bas ART tgh menurunkan OKU
 
Knotts Berry Farm ni theme park jugak.
Terletak di Buena Park lebih kurang dalam 15 minit perjalanan naik ART
Tapi park ni tak famous macam Disney atau Universal Studio.
Ammal tau pun lepas baca buku travel.
Disebabkan kurang famous, jadi pengunjung tak ramai.
 
 
Map Knotts Berry
 
Sampai-sampai je, terus ternampak roller coaster ni dari luar.
Ghost Rider namanya!

Ride yang dibuat daripada kayu!
Lepas tukar tiket di Guest Relation counter, terus terjah!
Ammal naik dengan anak sulung. Take turn dengan husband sebab si kecik tak mo naik bila nampak perkataan 'ghost' tu...hehehhe
Tapiii... masa naik ride tu, buat pertama kalinya Ammal rasa pucat macam hape!
Roller coaster biasa, selalunya smooth je...
Bila kayu ni, dia punya gegar... Ya Allah... rasa macam boleh tercampak badan!
Ammal pernah la tgk dokumentari pasal roller coaster... betapa sukanya roller coaster thrill seeker dengan rides yang dibuat dari kayu ni.
Tak terpikir pulak di pikiran sampai gitu sekali impact dia...
Hah! Dah rasa tu, memang lepas ni, jangan harap la Ammal nak try dah.
Tobat kejap dibuatnya!
 
Lepas hilang ketar lutut & husband pun dah try test naik, terus sambung jalan...
Kat dalam tu, ada satu part yang diorang buat macam kawasan citer cowboy zaman dulu-dulu.
Dari dekorasi, sampai la ke pakaian crew dia.
Dan Ammal terpandang kat sorang makcik ni...
 
 
Bila Ammal tanya dia buat apa, dia kata dia tgh spinning...
Memang ralit tengok dia buat. Sambil2 tu dia explain.
Tapi masa dia explain tu, mata Ammal terbuntang kejap!
Kenapa terbuntang? Sebab dia bagitau bulu apa yang dia tengah guna time tu!
Cer korang teka bulu apa?
Benda alah yang makcik tu buat, ada banyak diorang jual kat situ untuk dijadikan cenderahati. FENGSAN!!
Orang pertama yang betul tekaan dia, nanti Ammal bagi cenderahati comel!
Takkk... Ammal tak bagi apa yg makcik tu buat!
 
Boomerang

Rides kat dalam ni boleh tahan thrill dia.
Boomerang tu, first time Ammal bagi anak Ammal naik rides yg ada loop.
Punya la dia seronok, naik sampai 2 kali!
Ada jugak rides yang kitorang tak naik.
Antaranya yg ala2 Solero Shot kat bawah ni! huhuhu

  
Ni pulak antara ride yg tak beroperasi masa tu
 
Last ride sebelum balik malam tu
 
Buat sesiapa yang plan nak ke California, Ammal recommend sangat pergi theme park ni.
Sangat berbaloi.
Harga memang murah dari theme park lain. Yang paling best sebab orang tak ramai.
Tak de la nak susah payah beratur lama2. Dan boleh repeat mana2 rides yang best tanpa perlu buang masa.
 
Ok... next Ammal share citer 5 days 4 night kat San Diego dan 6 days 5 nights kat LA pulak
Dah nak abes dah.
Settle semua, Insya-Allah Ammal share tips2 travel ke US.


Annyeong!

4 comments:

Mya said...

i terbayang bulu B**I je.
Adakah??

Ammal said...

Bukan...

Ako Retna said...

Bulu kucing ke??????

Oittt theme park yg jarang org pegi slalunya game dia mmg thrill kan.... bestnyaaaa!!!

Aku dh terbyg roller coaster kayu tu perghh :p

Ammal said...

Kalo bulu kucing, confirm aku membebel kat makcik tu...hihihi...

Betul...betul... thrill sangat. Roller coaster kayu tu, ngeri wei!! Bukan setakat lutut ketar, dengan kepala sekali rasa bergegar! Tobat!!