Thursday 19 May 2016

Nasi segera Brahims vs Sharifah

Korang pernah dengar citer pasal nasi segera Sharifah?
Petang lepas Ammal share tips ni http://jeoneun-ammal.blogspot.my/2016/05/tips-melancong-makan-kecantikan.html, geng travel Ammal gitau pasal nasi segera Sharifah pulak.
Gedebak gedebuk, berjaya beli few packets sebagai tester.


 
 
Pada Ammal, brand Sharifah ni lagi variety la.
Macam-macam ada. Harga pun murah dari Brahims.
Rasa pun lebih sedap.
Cumanya...

Nasi Briyani Gam Ayam

Kalau korang pernah try Briyani Brahims, portion Briyani Sharifah ni sejemput sangat.
Yang besar ayamnya je.
Sebaik sedap. Jadinya, husband Ammal kata, kalau nak variety, boleh la campur2 beli Brahims & Sharifah ni bila nak travel.
Dannn... cara reheat Sharifah ni jugak agak kurang 'traveller friendly'
Sebab apa?
Sebabnya, nasi tu perlu dikeluarkan dari peket terlebih dahulu.
Dan kemudian letak dalam bekas yang sesuai untuk microwave oven.
Tapi kalau korang nak rebus dalam air panas, tak de hal la.
Nak guna dlm microwave je yg kena keluarkan.

Masa reheat Briyani tu, Ammal tak baca instruction betul2.
Main gunting je bucu peket dan terus masukkan dalam microwave.
Buat macam nak reheat Brahims la...
Pastu dengan senang hati pie basuh pinggan.
Sekali bau benda terbakar!!
Tak terpikir lagi sebab nasi tu.
Dalam beberapa saat jugak laa.. baru tersedar.
Sebaik tak meletup/terbakar oven Ammal...huhuhu.

Nasi Goreng Kampung

Pagi tadi sebab malas, Ammal reheat Nasi Goreng Kampung pulak untuk bersahur.
Rasa much better dari Nasi Goreng Kampung Brahims.

Jadi sekarang kita ada choice lain selain Brahims.
Actually ada terbaca gak pasal Sri Tanjung.
Tapi tak berjaya jumpa lagi.
Kalau jumpa nanti Ammal share review ye.
Owh... nasi segera Sharifah ni, korang boleh cari kat Giant atau Tesco.
Nak mintak Ammal belikan pun boleh...

Happy travelling you all!


Annyeong!

6 comments:

Unknown said...

assalamualaikum,

Jika puan/tuan mencari alternative utk Brahims/Sharifah, boleh cuba juga MyChef. Setakat nih ada 3 hidangan menarik dari MyChef:

1. Nasi Biryani Ayam
2. Nasi Biryani Kambing
3. Nasi Arab Ayam Kabsah

Boleh dapatkan online di:

http://store.mychef.com.my

Jika nak sample free utk dibuat review, sila whatsapp kami di 0193319397

Terima kasih!

Ammal said...

Wah... menarik!! Ok nanti saya Whatsapp.

Wak Lat said...

salam cik kak ammal.,
tuari wak ada try peket Kembara.. sedap gak.,

http://tigalalat.blogspot.com/2020/03/while-working-alone.html

Ammal said...

Waalaikumussalam Wak Lat. Ye saya tau pasal peket Kembara tu. Tapi kalau setakat nak bawak berkhemah boleh la. Kalau nak bawak naik flight, pek tu tak selamat sebab ada self heating element yang boleh menyebabkan kebakaran. Kebanyakan airline tak benarkan check in untuk peket makanan yang cenggitu. Kalau ada airline yg bagi pun, Ammal tetap tak berani. Jadi apa2, udah macam membunuh satu kapal. Bila dah tau tapi buat jugak, dah jadi dosa. Tak mo eh mati dalam dosa... Nauzubillahiminzalik!

MamaLiza said...

Assalam cik ammal
Dalam² byk² nasi arab ni, brand mana yg paling sedap dan berbaloi beli?

Ammal said...

MamaLiza... dari segi kuantiti, Brahims menang. Dari segi harga & rasa, Sharifah menang. Haa... terpulang la yg mana jadi pilihan hati