Kali ni nak share tips lain pulak.
Tips kali ni lebih kepada cara nak jimat duit makan.
Dan Ammal selitkan jugak la camana cara nak jaga kecantikan semasa travel.
HAH? Kecantikan? huhuhu
Bukan la nak cantik bak bidadari.
Cuma lebih kepada penjagaan kulit especially kalau lama dalam flight dan jugak masa winter.
Seperti yang pernah Ammal bagitau sebelum ni, standard makan kat overseas selalunya dalam RM30 per meal kan... ikut pengalaman seminggu ke Spain aritu pulak dalam RM50 per meal (fensannnn!).
Jadinya untuk 4 orang family Ammal, even selepas budget makan cuma 2 kali sehari, untuk travel selama seminggu, silap-silap jumlahnya boleh mencecah RM3,000!
Tu belum kira kalau tiba2 anak nak makan benda2 lain lagi.
Lagi 'parah' kalau travel ke US yang mana, bilik hotel kebanyakannya tidak disediakan cerek untuk masak air.
Kena beli air mineral pulak lagi... dah la kitorang satu family suka minum air kosong!
Solution untuk budget makan yang melambung-lambung ni, selalunya kitorang beli nasi segera Brahims.
Sebelum kenal Brahims, Ammal beli nasi segera dari Jepun.
Satu bekas kalau beli kat Jepun 100 Yen je.
Kat Malaysia, masa mula2 sampai, RM20 pun ada.
Bila Daiso bukak, punya la Ammal excited giler tengok nasi tu cuma dijual dengan harga RM5.
Berbungkus2 kitorang borong tiap kali nak travel.
Produk Brahims ni pulak, masa tak berapa dikenali dulu, harga semuanya bawah RM10.
Tapi sekarang, RM16 pun ada!
Selepas mengadu dengan kawan2, rupa-rupanya boleh dapat dengan harga murah kalau beli direct di kedai kilang Brahims di Bangi.
Nah boleh check di sini : http://www.brahimsfood.com/contactus.html
Nasi segera Brahims ni ada pelbagai jenis.
Yang jadi pilihan Ammal dan keluarga sudah semestinya Beriani Kambing, Nasi Arab Kambing, Nasi Tomato (tanpa sebarang lauk) dan Nasi Lemak.
Nasi Lemak tu, sambalnya banyak. Jadi lebihan sambal tu, selalunya kitorang buat makan dengan roti.
Nasi segera Brahims tu perlu di reheat dalam microwave.
Tapi kalau tak ada microwave, rebus dalam rice cooker atau paling sempoi rendam dalam air panas pun boleh...
Portion setiap bungkus, cukup untuk mengenyangkan family piranha Ammal sampai petang (kalau makan seorang sebungkus la!).
Bagi yang tak berapa kuat makan, satu bungkus boleh makan untuk 2 orang atau 2 kali makan.
Selain dari nasi segera Brahims, Ammal beli lauk segera (Brahims, Ayamas, Yeos) bawak serunding, sardin dan jugak mee segera. Yang ni standard la kan, ramai yang buat!
Sampai destinasi pula, kitorang akan beli stock telur, roti, sayur & buah pulak.
Haa... gitu la cara Ammal.
Satu beg travel akan penuh dengan stock makanan semata.
Mesti korang ingat makan nasi impit kan... TAKKK.
Nasi impit tu, rupa2nya boleh dibuat makan macam nasi biasa.
Caranya ialah dengan merebus peket beras nasi impit.
Tapi bukan rebus sampai kembang penyet.
Rebus seadanya hingga beras kembang menjadi nasi.
Bila dah jadi nasi, basuh dulu plastic nasi impit tu, baru hidangkan dalam pinggan.
Tak percaya?
Tu tengok gambor Ammal tu.
Nasi putih tu dari peket nasi impit la! Mesti korang yang selalu makan nasi impit bila travel, nyesal tak try kan...hik hik hik
Tak pe. Ammal pun baru je tau. Jadi Ammal share, biar ramai lagi tau!
Dengan portion nasi sebanyak tu, confirm kenyang lama!
Ok, Ammal sentuh sket bab jaga kecantikan.
Kalau korang nak tau, journey paling lama Ammal travel (from departure + transit + arrivals) ialah 32 jam! BAPAK lama kan!
Tido bangun, tido bangun dah korang kat Malaysia, Ammal masih kat udara!
Bila terbang lama ni la, Ammal belajar.
Kulit kita ni senang sangat kering especially bila lama di udara.
Orang dok kata,minum air kosong banyak2. Jangan ambik kopi/teh/minuman bergas.
Tapi tetappp la kering nak oi! Nanges tau...
Bukan setakat kulit, bibir dan hidung boleh jadi kering & berdarah hokay!
Jadi apa cara untuk elak atau paling tak, mengurangkan masalah2 tu?
Untuk elak kulit kering, dari start journey, sila la lumurkan badan dengan losyen.
Nak lagi elok, cari losyen yg ada vitamin E dan kurang wangi.
Sebab kalau wangi sangat, bila kat udara nanti, bau2 yang terlampau wangi, akan buat korang sendiri atau passenger lain pening... huhuhu
Kalau kat Malaysia ni, korang lumur badan dengan losyen, silap2 boleh melekit2 bila bercampur dengan peluh kan.
Time nak travel ni la masanya korang boleh merasa, betapa nyamannya kulit bila dah disapu dengan losyen.
Nak kata mujarab sangat tu idok la. Tetap la kering dan gatal jugak sket2.
Tapi tak seteruk kalau tak guna langsung!
Untuk bibir, sila la pakai lip balm. Dan hidung pulak, setelah puas fikir, akhirnya Ammal dapat idea.
Caranya ialah dengan memakai face mask.
Ala... mask yg korang dok pakai bila jerebu tu. Tapi bukan N95. Melampau sungguh kalau pakai yg tu! hahaha
Cukup sekadar mask biasa untuk cover hidung.
Boleh start pakai mask masa dah terbang sampai la landed.
Tido la korang dengan mask tu tetap melekat kat muka.
Memang agak merimaskan, tapi bertabah lah dari menahan sakit bibir & hidung luka berdarah!
Ni face mask lain pulak!
Pakai mask tu, sebelum tido malam. Pandai2 la korang baca instruction kat peket tu!
Tak perlu pakai tiap2 malam sebab cecair pelembap dalam peket tu ada banyak.
Korang pakai je lebihan cecair tu kat muka.
Insya-Allah, dijamin tak kering dan bersisik dah muka.
Ammal belajar pakai face mask ni dari kawan. Memula macam tak percaya.
Dalam tak percaya, Ammal ikut jugak...hehehe
Bila pie Faceshop, SA dia pulak ajar. Dia kata jangan buang lebihan cecair tu. Rugi membazir.
Boleh je guna cecair tu. Alhamdulillah, memang mujarab.
Wokay... Setakat tu je tips yg Ammal ada.
Kalau ada lagi, nanti bebila Ammal share lagi ye!
Annyeong!
No comments:
Post a Comment