Alhamdulillah penerbangan semua ok.
Terminal 3 ni kecik je.
Lepas ambik luggage, terus tunggu shuttle untuk ambik kereta sewa.
Kali ni sewa dari Hertz jugak.
Kos untuk 8 hari RM1400++, cuma dapat kereta mini.
Kat Europe ni, mahal bebenor sewa deme.
Tak boleh nak cuba2 try test kereta cam kat US.
Kat US, SUV sebesar gajah pun baru RM900 utk seminggu
Service Hertz kat London ni pun agak lembs dan tak friendly.
Berjam-jam kitorang tunggu, rupa2nya kereta dah ada kat luar. Boleh depa buat senyap je.
Hangen betul!
Dah dapat kereta, terus carik makan.
Dah nak petang pun time ni. Last kitorang makan pukul 5.00 pagi tadi.
Perut punya la lapor udah seghoper orang berpuasa... tapi berpuasa dimusim winter!
Boleh bayang tak betapa lapornya perut dalam cuaca sejuk?!
Tahap lapor tu, macam naga! hahaha
Lepas pusing2, jumpa la kedai muslim. Lepas makan, terus gerak.
Gerak ke mana? Kitorang sebenarnya cuma ada kat UK for 13 days... 15-28 December 2016
Jadinya first week, kitorang decide untuk stay di South West.
Dan Osborne Club di Torquay, Devon menjadi pilihan...
Osborne Club di waktu malam
English Riviera di depan resort
Resort ni tengok rupa bangunan memang cantik la.
View pulak mengadap English Riviera yang memang cantik giler!
Cumanya bila masuk ke dalam, scary sket arr.
Bangunan lama... hampir keseluruhan bangunan, lantainya berbunyi...
Alaaa... bunyi cam rumah kayu tu. Krik krok, krik krok... huhuhuhu
Kitorang pilih apartment 2 bilik.
Bila sampai, rupa-rupanya 2 tingkat!
Laa... tangga lagi!! Kesian enche husband ku...
Tapi kali ni, idok ler nak bawak semua luggage turun ke bawah kan.
Bawak satu je. Tangga pun semi spiral. Tak la teruk sangat nak bawak.
Dapur yang serba lengkap
Antara makanan yg Ammal masak semasa menginap di Osborne
Apartment memang fully furnished. Perfect!
Yg masalah pinggan mangkuknya ajer yg guna fine bone.
Kenapa dengan pinggan fine bone?
Korang pie la tanya boyfriend Ammal, Mr. Google tu kenapa...
Ammal tak de la nak cerita detail trip di UK ni.
Secara kasarnya di South West ni, kitorang cuma pergi ke Brixham Fish Market, Lizard Points, Lands End, shopping di Clarks Village dan buat syarat utk happy kan anak2, kitorang ke theme park yg hidup segan mati tak mau; Crealy Great Adventure Parks di Exeter.
Di Brixham Fish Market kitorang beli seafood utk stock masak. Dan jugak makan fish & chips. Fish & chips kat sini, pilihan ikannya ada pelbagai. Ada yang nama ikannya, tak pernah kitorang dengar pun sebelum ni.
View paling best pulak dalam trip ni, sudah semestinya di Lands End.
Senarai nama & harga ikan
Jetty Brixham
View di Land's End. Gambar tak mampu justify kecantikan sebenar!
Land's End is the most westerly point of mainland Cornwall and England, is within the Penwith peninsula and is about eight miles (13 km) west-south-west of Penzance at the western end of the A30 road. (wikipedia)
Lizard Point is the most southerly point on mainland Great Britain at 49° 57' 30" N. (wikipedia)
Kepuasan bila sampai di Lands End dan Lizard Point tak mampu diucap dengan kata-kata.
Sebabnya, sejak dah jejak Key West dulu, Ammal dengan husband dah pasang impian baru untuk setiap trip kitorang.
Kitorang plan, kalau ada rezeki, nak pergi ke setiap titik hujung setiap negara yang kitorang pergi...
Tak kisah la most northern point ke, most westerly point ke.
Yang penting ianya mestilah 'titik hujung'.
Kiranya rezeki dan pilihan yang tepat la untuk stay di South West ni.
Kabus sepanjang perjalanan dari South West ke London
Janji dengan owner BnB yg buat hal tu, macam yang Ammal pernah cerita kat entry sebelum ni, nak check-in pukul 8 pagi.
Selama di London, tak banyak tempat yang Ammal pergi.
Lebih pada banyak yang tak pergi!
Kitorang memang tak sewa kereta sesudah balik shopping di Bicester Village pada 22hb tu.
Naik public transport je. Ammal dah order siap2 Oyster Card dari sini.
Kepenatan naik public ni, tak mampu nak cakap!
Bayangkan hampir setiap hari berbelas km kami berjalan.
Ada sekali tu pada kadar 20km, Ammal dan husband masih menapak & 'mengukur' jalan!
Total km berjalan bila dah sampai rumah, memang confirm lagi lebih la kan!
Sampai jeans Ammal longgar la. Susut badan you!
Bapak punya penat!
Sebaik la anak-anak dah besar. Bila kitorang pergi shopping, kitorang tinggalkan aje di apartment.
Escalator yg bapak tinggi!
View dari The Shard
Tempat-tempat yang Ammal pergi cuma Royal Observatory Greenwich, Tower Bridge, The Shard, Covent Garden dan Hyde Park.
Selebihnya lebih pada shopping yang tak seberapa. Dan jugak carik barang2 yang customer pesan.Ammal ni sebenarnya, sambil menyelam minum air. Sambil travel, sambil shopping untuk diri sendiri, Ammal jadi personal shopper jugak.
Ala... Carik duit sikit2 sambil spent duit... balance la kan?! Hahaha...
Ooo aritu plan nak buat entry pasal shopping kat London vs US kan?
Nanti la ye. Ammal try carik masa untuk buat.
Kalau korang tanya pasal total expenses, memang tinggi la berbanding kalau pergi US.
Dengan nilai kos yg sama, kat US kitorang agak mewah berbelanja.
Kat UK ni, pempaham je la. Exchange rate pun tinggi.
Jadi cam kena sukat2 sket laa...
So, korang rasa Ammal nak repeat UK tak?
Hehehehe... baru je last weekend Ammal tukar pound yg banyak lebih aritu (sebab tak shopping sangat kan :p) ke RM.
Selalunya, balik travel, kalau ada lebih, Ammal simpan je.
Kali ni, BUAT MASA NI, hati memang tak rasa nak repeat UK.
Pada Ammal, UK ni ala2, KL versi Europe.
Nak kata bersih, tak bersih mana pun.
Driver pun, main hon, gaduh2 kat atas jalan. Kind of rude la pada Ammal untuk kategori penduduk negara maju.
Mungkin sebab ramai sangat pendatang kot?!
Ammal tak heran kenapa masa Brexit, ada warga asing yg kena harassed semua tu.
Memang TTTERRRLALU ramai.
Bayangkan Malaysia kita ni je la. Ramai kan warga asing?
Haaaa.. sama jugak la kat sana.
Apa mindset kita terhadap warga asing di Malaysia ni, Ammal rasa penduduk sana pun berperasaan yang sama.
Sampaikan masa Ammal turun kat Bayswater Station waktu malam, udah rasa Queensbay Road tu jalan Asia! Scary beb! Lain rasa aura dia! And I really don't like it.
Kalau travel ke negara maju ni, selalunya perasaan Ammal tenang.
Walaupun kadang diorang kata certain tempat tu black area, Ammal rasa ok je.
Tapi perasaan tu tak ada masa Ammal di Queensbay Road. Ammal takut... huhuhu...
Serius Ammal tak faham mula2, kenapa orang gah sangat bercerita bila mereka travel ke London.
Tapi lepas berdiskusi dengan husband pasal pengalaman travel kitorang ni, kitorang buat kesimpulan gini...
Ia sebenarnya mentaliti manusia-manusia yang pernah dijajah.
Ye laaa.. Dari zaman tok nenek dulu lagi, kalau sebut je London, UK ke, dia punya perasaan gah dan bangga tu, kecoh satu kampung!
Sebab British kan lama jajah Tanah Melayu ni. Jadinya tok nenek kita ni, kenal UK ngan London je la.
Dan mentaliti tu, berterusan sampai la ke anak cucu cicit.
Sorry to say, for Ammal, husband dan anak2, London is not that great!
Ammal lebih suka Amsterdam dari London. Sangat, sangat!
Dannn... shopping in Mydin is much better than Primark :))
Opppss... hahaha...
Jadinya, kalau korang rasa nak jalan2, pie la tempat lain kat UK tu. South West pun ok gak.
Tapi tak ada apa la. Scenery je.
Ok... till next entry!
Annyeong!
2 comments:
setuju! London is so overrated !
-eda-
Kannnn...
Post a Comment