"Jika puan/tuan mencari alternative utk Brahims/Sharifah, boleh cuba juga MyChef. Setakat nih ada 3 hidangan menarik dari MyChef:
1. Nasi Biryani Ayam
2. Nasi Biryani Kambing
3. Nasi Arab Ayam Kabsah
Boleh dapatkan online di:
http://store.mychef.com.my"
Fuhhh.. kecik tapak tangan, padang bola Ammal tadahkan.
Terus la Ammal WhatsApp hamba Allah berkenaan.
Gedebak gedebuk, 25 Oktober Ammal terima 2 peket.
Satu Nasi Biryani Ayam dan satu lagi Biryani Kambing.
26hb Oktober, sambil layan drama Titian Cinta ngan anak2, kitorang test Biryani Kambing.
Dari segi penyediaan, sesenang Brahims gak.
Gunting sikit atas peket dan boleh terus panaskan dalam microwave.
Portion SUPERB! 290gm tuuu..
Beras yg digunakan pun beras Basmathi rasanya. Sebab panjang je Ammal tengok.
Sambal biryaninya pun sedap.
Cumanyaaa... daging kambing tu dimasak asing dari sambal biryani.
Jadi rasa tu tak meresap masuk.
Biryani Kambing
Harini Ammal tak berapa sihat. MC dari semalam.
Nak masak, Doc tak bagi buat kerja berat.
Jadinya, Ammal panaskan la Biryani Ayam pulak.
Tapi, tekak Ammal tak boleh terima Biryani Ayam ni.
Rasa buah pelaga kuat sangat.
Ayamnya pun, kalau korang perhatikan gambar tu betul2, ayamnya warna putih.
Memang tak dimasak sekali dengan sambal biryani sama macam kambing aritu gak.
Bau buah pelaga tu memang membantutkan selera Ammal.
Ammal suruh anak Ammal je habiskan... hahaha
Biryani Ayam
Lepas try Biryani Kambing aritu, Ammal dah bagitau review Ammal kat hamba Allah tu.
Dia kata, diorang akan cuba baiki kekurangan tu.
Ammal harap dia baca entry Ammal ni sebab Briyani Ayam tu memang perlukan perhatian lebih! huhuhu...
Korang boleh check page MyChef ni di FB : https://www.facebook.com/delicious.mychef/
Menurut hamba Allah berkenaan, company ni dah lama.
Nasi segera ni produk baru diorang.
Kalau korang rasa nak beli, boleh click kat link yg Ammal letak kat atassss nun.
Depa kata buat masa ni, produk ni tak dijual di mana2 kedai.
Sebenornya ada 4 draft dalam box Ammal.
Tapi malas bebenor nak masukkan gambor... hahaha...
Semoga Ammal diberi kerajinan la nanti ye.
Till next time.
Annyeong!
1 comment:
terima kasih tuan atas review ni..inshaa allah kami akan atasi setiap komen yg tuan nyatakan.
Post a Comment