Saturday 11 November 2017

Rahsia cara nak bancuh Kopi Vietnam

Updated - 19 Julai 2021

Haaaa!!! Sapa yang pernah minum kopi Vietnam, mesti tau kesedapan kopi ni kan!?!
Kopi Vietnam ni, antara kopi yang melepasi piawaian kepala otak Ammal yang senang migraine ni.
Mesti korang selalu dengar jugak, kopi yang sedap nama eh kopi Nguyen.
Pastu berbungkus-bungkus la korang beli.
Tapi bila dah sampai Malaysia, bancuh sendiri, kopi tu tak sesedap cam yang korang minum kat sana kan?
Tu laaa.. korang pie travel ingat suka je. Tak nak belajar.
Belajar buat kopi pun ilmu tau.
Habis tu, kalau bukan ilmu, naper korang bising kopi yang korang beli tak sedap?
Lenkali, korek la rahsia diorang. Banyakkan bertanya dan belajar.
Ni tak... korang lagi nak membongak siap bukak food truck jual kopi Vietnam.
Tapi korang letak nescafe dalam tu.
Senthap perasaan ahkak tau. Sebaik kepala otak ahkak tak senthap sama.
Terasa urat tegang, tapi tak lama... haishhh.
Tak baik tau menipu. Tak berkat rezeki.

Dah la. Meh sini akak ajar cane nak buat kopi Vietnam yang sedap.
Sebelum tu, pastikan kopi Nguyen yg korang beli tu, kopi yang halal ye.
Yang halal, gambar kat pack, gambar kapai torobang.
Sebenarnya kopi Nguyen tu, cuma kopi yang berbau wangi.
Rasa dia tak kick mana pun.
Punca kopi Vietnam tu jadi kick sebab depa campur2 pelbagai jenis kopi.
Paling kurang 2 jenis.
Satu kopi wangi which is Nguyen dan satu lagi kopi hitam.
Yg hok hitam ni la yg bagi kaw!
Sukatannya, 2 sudu kopi Nguyen & satu sudu kopi hitam.
Kopi hitam mana yang sedap?
Diorang kata tak kisah yang mana. Ammal beli kopi Chon.
Korang carik je la apa2 kopi yang halal kat kedai2 di sepanjang Malaysian Street tu.
Dan cara bancuh dia kena letak susu segar, gula sikit & jugak susu pekat sesedap tekak.
Pastu letak la ais.

Haaa... korang tau mana Ammal belajar?
Ammal belajar kat peniaga Melayu Champa kat kedai tudung di Malaysian Street tu.
Dia kata, mak dia kadang bancuh campur 3 kopi terus.
Masa tu memang la cam tak berapa nak percaya.
Tapi tetap la Ammal beli gak sepeket kopi Chon tu.
Bila balik Malaysia, bancuh sendiri, terbukti betul ilmu yang dia ajar Ammal.
Semoga murah rezeki dia berniaga kat sana atas kesudian dia ajar Ammal ilmu buat kopi Vietnam power.
Bila dengar kawan2 complaint kopi Vietnam tak sedap, kalau rajin, Ammal bancuh la kopi Vietnam utk diorang. Memang confirm terus jatuh chenta punya la.
Kopi dah nak abes stok ni... cane? Harus terbang ke Vietnam lagi ka?
Gulp! hahaha

Ada pembaca tinggalkan komen, baru Ammal teringat nak kena edit post ni.
Maafkan Ammal...
Pasal kopi Chon yg Ammal cerita tu, Ammal dapat tau, kopi tu sebenarnya sejenis kopi luwak.
Kopi luwak ni, ada yg kata halal, ada yg kata tak. Terpulang la pada you all nak ambik yang mana.
Tapi pada Ammal, erkkk... cukup la sekali tu terbeli. Bila dah tau, Ammal confirm tak boleh telan dah... hihihi
Bila cerita dengan geng gegurls... "Laaa... patut la extra sedap!" HAHAHA
Kopi Nguyen tu, kalau nak beli yang halal, Ammal ada bagi link supplier kat Shopee yang Ammal selalu beli kat bahagian komen. Ok.. enjoy your coffee...

Ok, sekian perkongsian ilmu untuk hari ini.
Dah, pie bancuh kopi ikut resepi yang Ammal bagi tu.
Kalau korang nak berniaga dengan resepi tu pun, Ammal halalkan.
Ammal dapat pun sebab orang share kan?! Jadi apa salahnya ilmu tu dipanjangkan.
Tuan punya resepi dapat pahala, Ammal dapat pahala. Insya-Allah.
Selamat minum kopi!


Annyeong!

8 comments:

Fizu said...

Salam Puan,
Kena guna teknik filter tu juga ke Puan?
Then mixed antara kopi Nguyen & Chon itu dicampur dalam filter tu skali ya? Bagaimana pula dengan sukatan susu segar + susu pekat + gula tu?

Ammal said...

Ye, tetap guna filter. Saya campur je sekali. Sukatan susu & gula tu, ikut taste masing2 la.

Unknown said...

Assalamualaikum amal boleh tak bagitahu kat mana nak beli kopi tu ye

Ammal said...

Shopee pun ada jual

Anonymous said...

sy ada beli kopi nguyen kt shopee. mmg sbelum beli check betul2 tanda halal ada ke tak pastu jumpa yg dia ada display sijil halal.. sampai2 logo halal tkde, tambah plk "For Vietnam market only", lg la sangsi. kalau check dia pny website kalau yg halal mmg ada tampal logo halal. ni nguyen gambar kapal ada huruf S. lain kali kene ikut pesan la, pilih yg gambar kapal terbang. ada jgk cuba nk ikut konsep vegan tp yg S ni bukan vegan..... sudahnya, tktay la nk buat ape dgn kopi satu pack ni sbb bukak sbelum check. huhuhuu

Ammal said...

Jojie, Ammal selalu beli kat dia ni... https://shopee.com.my/lingkail?smtt=0.0.9
Setakat ni, Alhamdulillah semua halal. Pasal kopi Chon, Ammal nak kena edit entry ni.
Kopi yg dah bukak tu, bagi je la kat jiran atau kawan2 non muslim

Unknown said...

Salam ammal boleh share link shopee ngn link kopi chon tu..

Ammal said...

Wslm. Ada saya share kat komen atas...