Tuesday, 19 December 2017

Dolly Dim Sum

 
Orang semua dok sibuk makan Dolly Dim Sum, Ammal pun nak try jugak.
Selalunya bila teringin makan dim sum, Ammal pie makan kat China Treasure di Sime Darby Convention Centre.
Tapi tu pun dah lama tak pie.
Sebelum wujudnya China Treasure, Ammal makan kat Eden Restaurant.
La ni, Eden pun dah jauh kat KLIA nun.
Last Ammal makan dim sum & pie Eden, tahun 2014 kalau tak silap.
Bapak lama weh! Tu pun sebab ada offer dari Groupon.
Memandangkan dah hujung tahun, anak2 dah start ponteng sekolah, ibu ayah deme ni pun, pie ler dinner date 10 November 2017 aritu.
Sebab malas nak bersesak kat Dolly Dims Sum yang baru bukak kat Sunway Putra Mall, Ammal ajak enche husband ke Avenue K.
Dapat je menu, hati ada sikittt senthap.
Mana taknya. Nama je kedai dim sum. Tapi tak banyak variety dim sum pun.
Alang-alang dah sampai, makan ler jugak kan.
Kat bawah nun, menu-menu yang Ammal order. 
Ammal nak dessert durian pun abes suda... 
 
Stir fried broccoli with scallops

Spicy Szechuan Dumpling

Dolly Mozza Roll

Wok fried beef kway teow

Squid in seafood sauce

So, what's the verdict?
Dari segi rasa, sedap. Tak dinafikan.
Cuma kalau niat nak makan dim sum yang pelbagai, lupakan ajer.
Baik pie makan kat China Treasure.
Kalau nak murah, korang boleh cari offer kat Fave.


Annyeong!

No comments: