Sunday 24 June 2018

Flavours Kitchen TTDI

Ni cerita pagi Jumaat lepas…
Ammal nak ke KPJ Damansara.
Sejak lepas Ramadhan ni, pepagi buta perut dah menjerit2 mintak di isi.
Nak breakfast kat mana tak tau.
Jadinya cakap ngan enche boyfren, kita redah aje la TTDI tu.
Mesti banyak café.
Pusing punya pusing, kitorang decide nak terjah Flavours.
Tengok kat bunting luar kedai ada big breakfast... hmm... menarik!
 
Interior design kedai ni simple je.
Kitchen jenis boleh nampak dari luar. Tapi Ammal adalah kemalasan nak ambik gambar dari dekat.

 
 

Kitchen dari jauh

Pilihan menu boleh tahan gak banyak.
Tapi kitorang ambik pilihan untuk breakfast je.
Ammal ambik Big Breakfast. Sedap!

Pilihan enche boyfren

Big breakfast pilihan Ammal

Sambil makan, deme pasang Kenny G.
Ammal cakap ngan enche boyfren, "Cam atas cruise la pulak…".
Pakat masing2 gelak sambil berangan dan berTB la jawabnya.
Untuk Big breakfast yg Ammal makan, garlic bread dia sedap, sautéed mushroomnya pun sedap.
Memang kualiti masakan terbaik la.
So kitorang decide, nanti bebila nak try menu lain dengan anak2 pulak. 
Kalau korang pernah try makan sini, nanti share ngan Ammal ye.
Ammal carik kat blog lain, tak banyak pulak yg share.


Annyeong!

No comments: