Sunday 16 December 2018

Belayar ke Bermuda!

View Heritage Wharf dari kapal

Hey yo!

Ammal was cruising again last few days.
Where we've been to this time?
Haaa... jangan tak percaya.
We went to Bermuda!
Mesti korang ala2 kecut perut baca perkataan Bermuda tu kan?
Mesti dalam kepala terus terbayang Bermuda Triangle. Betul tak?
Ammal pun centu gak memula.
Jenuh ku kaji map dunia... hahaha.
Jauh sebenarnya kedua-dua lokasi tu.
Dekat lagi Bermuda Triangle tu dengan Bahamas.
Jarak Bermuda dengan Bermuda Triangle 1,015 km.
Jarak dengan Bahamas 644 km je!
Haaa... Alhamdulillah, selamat dah Ammal sampai Bahamas 2014 dulu.
Dan Alhamdulillah, selamat dah balik dari Bermuda.

Camana boleh terfikir nak ke Bermuda?
Tak pernah terpikir pun.
I was planning to go to Maine at first.
Seperti biasa la... pung pang pung pang discuss, terus plan nak naik cruise lagi untuk trip kali ni.
Pencarian dan perancangan bermula seawal Ogos 2017.
Masuk je September, masa MATTA Fair, terus decide utk naik Anthem of The Seas.
Masa tu ada offer. Murah sikit harganya.
Jenuh tengok date, tengok harga, kitorang decide untuk ambil 6-10 December 2018.


Sebahagian badan kapal

Ni Ammal tepek serba sedikit pasal kapal Anthem ni yg Ammal ambik dari Google & Wiki...

"The Anthem of the Seas is 348m-long, and has a moulded breadth of 41m, an operating draft of 8.6m, and gross tonnage of 167,800t. The ship features 16 passenger decks, with a passenger capacity of 4,180 and crew capacity of 760. It is fitted with 14 elevators for the movement of passengers between the decks." - Google
 
"Anthem of the Seas has 16 passenger-accessible decks, 8 of which feature balcony staterooms overlooking the ocean. There are a total of 2,090 staterooms: 1,570 balcony staterooms, 147 ocean-view staterooms, and 373 inside staterooms. All aft-facing staterooms are a 2-story "loft" suites. Expanding on the "Virtual Porthole" concept introduced by Disney Cruise Line on the Disney Dream, all the interior staterooms feature a floor-to-ceiling 80-inch high-definition TV screen showing live views from the outside of the ship, which Royal Caribbean calls a "Virtual Balcony". On average, staterooms on the Quantum class are 9 percent larger than those on the preceding Oasis class.  


Located at the middle of deck 15, the SeaPlex is a large indoor gym with a full-size basketball court that can be converted into a dance floor, a flying trapeze school, a roller-skating arena, or a bumper cars ride." https://en.wikipedia.org/wiki/MS_Anthem_of_the_Seas


Aktiviti ni favourite anak Ammal


Isi perut kapal


Ni je la antara selalunya yg Ammal telan


North Star


Bionic Bar... Ammal ambik gambor je. Tak minum! Hang gila apa?

 
My balcony cabin


Bumper car

Rip Cord yg kitorang tak sempat try

Kalau nak tau lebih lanjut apa aktiviti & facilities yang ada, boleh tengok kat sini : https://www.royalcaribbean.com/cruise-ships/anthem-of-the-seas/things-to-do

Sebelum ni Anthem merupakan kapal cruise kedua terbesar dalam dunia. Tapi rasanya sekarang ni dah jatuh tempat keenam. Tempat pertama masih kapal cruise by RCL. Launched on 7 April 2018 yang lalu. Symphony of The Sea namo eh.
Ammal ngan husband memang nak sangat naik Symphony. Tapi apakan daya... timing, budget & location tak kena dengan travel plan kami.

Pagi 6hb, lepas makan free breakfast kat Springhill, lebih kurang jam 9.30 pagi, kitorang terus menuju ke Port Bayonne.
Ambik masa lebih kurang 45 minit jugak dari hotel.
Masa tgk kat Google map cam dekat je.
Hakikatnya, dengan jalan bersimpang siur, traffic jam, dlm pukul 10.15 baru sampai.
Park kereta di parking yg disediakan.
$12 per day. Plan asal tak nak sewa kereta selama naik cruise. Ambik je Grab dari hotel.
Selepas dikira2, difikir2, kitorang decide nak teruskan ajer menyewa.
Luggage tak yah la nak bawak semua kan.
Kurang sikit renyah.


Punya la besar, tak muat nak masuk dalam camera

Sesampai di port, kapal telah sedia menunggu.
Masya-Allah besar sungguh la! Kagum sungguh Ammal.
Udah macam resort hotel atas laut.
Urusan immigration berjalan lancar. Lagi sempoi dari masa naik Majesty di Miami nak ke Bahamas dulu.
Cabin pilihan Ammal kalini ni masih yg ada balcony.
Verangan nak ambik loft suite, tapi rasa cam membazir pulak setakat 5 hari trip dan masa yang akan lebih banyak dihabiskan dengan aktiviti2 di atas kapal.
Cabin dengan balcony yg kami ambil ni pun sebenarnya boleh memuatkan kami sekeluarga.
Ada sofa bed. Cuma kalau sumbat kami satu family, memang akan sempit betul la jadinya.
Ammal ngan husband plan nak honeymooning seperti biasa.... ngeh ngeh ngeh...
So, anak2 kami bagi interstate cabin sama macam naik Mariners tahun lepas.
Interstate cabin Anthem ni ada live Virtual Balcony. Canggih you!
TV setinggi dari lantai ke siling cabin.
Nampak la pemandangan di luar kapal secara virtual.

Memang ikut pengamatan Ammal, Anthem ni memang jenis moden. Telefon dlm bilik ada touch screen, onboard activities booked guna I-Pad, lukisan & arts pun ada yg guna LED, ada robotic bar, sampai ada lampu yg boleh berkelip ikut rakaman denyut nadi guest.
Disebabkan sampai awal, jadi kitorang dapat la enjoy facilities & activities sebelum kapal penuh.
Fire drill dalam pukul 2.30 petang. Lembab sungguh. Maybe sebab terlalu ramai sangat guest, susah utk diorang handle.

Kapal start berlayar sepatutnya pukul 3.30 petang tapi sebab fire drill lemb kan, dalam pukul 4.30 kalau tak silap Ammal baru kapal gerak dari port.
View Port Bayonne sangattt TAK cantik. Korang bayangkan gudang2 & kontena kat Pelabuhan Klang.
Haaa.. gitu la lebih kurang... hahaha

Ikut iti yg kitorang dapat...
6hb Cruising
7hb Cruising
8hb Bermuda
9hb Cruising
10hb Port Bayone

Sepanjang cruising, ombak tersangat kuat.
Bayangkan kapal besar pun boleh terasa beralun. Kalau kapal kecik? huhuhu
Kali ni, Ammal subscribe internet package yg di offer atas kapal.
Ok la. Puas hati. Dengan RM150++ utk 5 hari, memang berbaloi la.
Berbanding kalau Ammal on roaming yg harga boleh cecah ratusan ringgit.
Bergoyang camana pun kapal, berlayar sejauh mana pun, line internet depa superb!
Makan walaupun banyak restaurant yg bagi complimentary, tapi agak kurang pilihan.
Aktiviti atas kapal pun, ada yg terpaksa ditutup sebab cuasa sangattt sejuk.

Heritage Wharf wide view

Kapal berlabuh di port Heritage Wharf, Bermuda jam 7.30 pagi.
Ada 2 wharf kat port tu sebenarnya; King & Heritage. Sebelah menyebelah ajer.
Pukul 8 baru dapat pelepasan dari immigration sana utk turun.
Tapi pelepasan ikut level deck.
Ammal turun kapal dalam 9.30 pagi.
Lagi sekali, immigration sangat sempoi.
Kitorang ada masa sehingga 2.30 petang. Sebab pukul 3 kapal akan start berlayar balik ke Bayonne
Kejap sangat. Senthap perasaan.

View kat Bermuda, Masya-Allah... tak tergambar dengan kata2.
Ikut pembacaan, cara paling murah utk explore Bermuda ialah dengan menaiki public transport yg terdiri dari feri & juga bas.
Tak besar mana pun pulau ni. Dalam 35-40 km je.
Angan2 nak explore end to end; King Wharf/Heritage Wharf ke St. George. Tapi apakan daya.
Feri direct ke St. George, dihentikan sepanjang winter. Sedihhhh
Jadinya, kitorang decide utk pie mandi di pantai famous kat sana; Horseshoe Bay & jalan2 di bandar Hamilton.
Beli token di Visitor Information counter. Gitau dia apa plan kita, nanti dia akan bagitau, berapa banyak token yg diperlukan, dan jenis token2nya.. samada Zone 3 atau Zone 14.
Transport kat sana memang haru biru sikit.
Memang boleh migraine tiap kali baca & nak decide.


Sebahagian pantai yg sangat cantik. 
Gambar Ammal ambik dari dalam bas yg tgh bergerak

Cuaca sesedap rasa. Jalan berliku-liku.
View menggoda jiwa utk datang & stay lama lagi... hihihi
Dari King Wharf ke Horseshoe Bay ambik masa 38 minit, dengan menaiki bas no 7.
Depa kata Horseshoe Bay ni, pasirnya pink sebab banyak reef.
Tapi bila sampai... laaa.... macam pantai kat Msia je.
Anak2 Ammal, nampak je laut, memang tak pikir apa, terus terjun.
Walaupun air sejuk seumpama berendam dalam air batu... punya la crystal clear, boleh nampak ikan2 kat dalam air.
Tapi Ammal tak sanggup nak celup muka lama2. Anak2 je yg beriya.
Sejuk wehhh. Dan Ammal boleh rasa jugak bisa jelly fish.
Samada memang musim, atau memang super banyak kat sana... mana nak tau kan?! Udah di tengah laut luas...
Horseshoe Bay

Lepas main air, sambil duduk kat pantai, tetiba Ammal teringat pesanan masa briefing Bermuda semalamnya.
Last bus pukul 1.30 petang. Masa tu, jam tunjuk 11.50 pagi.
Terus kelam kabut belek jadual bas & agak2 perjalanan setiap bas.
Argghhh.. sudah! Memang tak sempat nak 
ke Hamilton.
Nak balik ke port pun, sebelum 12.30, kitorang dah kena gerak dari pantai.
Terus panic attack ko!! Maunya takkk... kot kena tinggal ngan kapal cane?
Kelam kabut la Ammal panggil semua keluar dari laut.
Gedebak gedebuk, menapak naik bukit utk ke bus stop, Alhamdulillah.
Cantik je timing, bas terus sampai.
Naik bas dengan baju swimming yg lembab, memang terpaksa berdiri la sepanjang perjalanan. Hambek ko!
Nugget Wahoo Fish with Sweet Potato 

Sampai kat King Wharf, dalam pukul 1.15. Sempat la nak carik souvenir sikit & merasa their famous Wahoo Fish.
Sedap giler wehhh! Rasa cam makan ayam manis dia.
Anak Ammal sampai tak percaya... "Betul ke ikan ni, Bu?"
Iyo la ikan sayang woi... takkan nak makan ayam cucuks.. Ibu eh menjawab dlm hati je la gitu... ngeh ngeh ngeh
Settle semua, terus naik kapal.
Masa tu jam udah pukul 2.20. Alhamdulillah... selamat...
Tepat jam 3, kapal pun berlayar balik...

Pelayaran balik, Ammal rasa cam bosan. Asik tido je keje kitorang.
Performance atas kapal walaupun special effect, sound & segala teknologinya canggih, tapi lagu2 pilihan sangat membosankan.
Bayangkan Ammal boleh tertido dalam bunyi bising masa performance theatre diorang!
Lain kapal lain gayanya kan... pasrah ajer la.

10hb, Alhamdulillah kitorang selamat sampai di Port Bayonne.
Pelepasan deck, Ammal dapat yg paling akhir; 9.30 pagi
Dalam pukul 10 pagi, dah selamat keluar kapal & terus pie parking & ambik kereta untuk ke destinasi seterusnya...
Ke mana? Haaa... buat kawan2 FB, tau dah la.
Buat yg membaca di blog, tungguuuuu...



Annyeong.

No comments: