Saturday 22 December 2018

The Big Apple @ The City that Never Sleeps

The Big Apple! Do you know where that is? Mesti tau punya kannn...
Yeahhh.. I was in the City that Never Sleeps; New York for my 2nd week holiday in US.
But for us, it's the city that makes a big hole in our pocket!
Serius wehhh...
Ingatkan masa pie Miami dulu dah cukup mahal dah hotelnya. TAKKK!
Big Apple ni lagi BAPAK punya mahal!
So kena la limitkan days di sini.
4 hari di sini umpama seminggu di Amsterdam yg guna Euro tu tau tak!
So itineraries di sini terpaksa Ammal pilih yang betul2 menarik dan puas hati.
Yang pasti, shopping antara agenda utama.
Apa kelas pie New York tak shopping kan? Ahak ahak...
Kononnyaaa... Realitinyaaaa... nan hado!

New York according to Google - Situated on one of the world's largest natural harbors, New York City consists of five boroughs, each of which is a separate county of New York State. The five boroughs – Brooklyn, Queens, Manhattan, The Bronx, and Staten Island – were consolidated into a single city in 1898.

Lincoln Tunnel

Welcome to NYC

Setibanya di Port Bayonne Isnin 10hb Disember hari tu, terus gerak ke NYC.
Drive dari New Jersey, masuk ke Lincoln Tunnel untuk menyeberang Hudson River
Toll nya... USD15! Cam nak fensan tengok harga kat screen toll... huhuhu
Mula2 masuk NYC, kereta tak banyak lagi... makin lama, makin sesak.
Boleh pulak tengah2 sesak tu, tetiba ada ambulance nak lalu.
Gabra weh! Tak tau nak pie celah mana!
Sebaik la ada driver yg baik hati, bagi signal tangan dari dalam kereta dia, tunjuk suruh masuk ke mana.
Ambulance lepas jer, jantung pilot & co-pilot, dua2 rasa cam nak terkeluar dari dada... huhuhu

Hotel yg jadi pilihan di NYC ni ialah Hampton Inn Manhattan/Times Square South
Parking Ammal dah booked awal2 dari Malaysia kat Parking Panda.
Betul2 seberang jalan depan hotel tempat parking nya.
Rules parking, bukan jenis keluar masuk sesuka hati.
Sekali masuk, tak leh keluar2 dah...
Lepas parking kereta, terus check-in.
Hotel a bit tersorok dari main road. Tak pe la. Ahkak pasrah.
Walaupun niat di hati vvvverangan nak keluar je dari hotel, dapat view cam bawah ni!
Tapi apakan daya. Poket tak setebal mana... huhuhu
Solat siap2, dan terus gerak utk ke Top of The Rock nak tengok NYC dari Rockfeller Centre
Nak naik heli, tak mampu! hahaha



Image by : Terabass


Dari hotel, terus gerak ke the nearest subway nak beli 7 days unlimited pass.
Walaupun duduk NYC 4 hari je, guna 7 days pass ni lagi murah dari beli tiket biasa.
Sampai station, arrhhh.. sudah. Bosar eh la hai.
Timing nak naik TOTR pukul 2.00. Tang mana nak beli passnya ntah...
Setelah difikir2, terus decide nak menapak. Kitorang ada masa betul2 dalam setengah jam sebelum masa utk naik TOTR.
Bukak roaming & Google map, menapak la selaju yg boleh... cam tak cukup nafas & rasa nak tercabut kaki dibuatnya
Sampai kat Rockfeller Centre tepat-tepat jam 1.50 petang
Tepat kol 2, terus dibenarkan naik.




View dari TOTR

Pusing2, posing2 kat atas TOTR dalam 1 jam, terus turun.
Balik tu, singgah station mana ntah, carik kaunter, berjaya la beli pass yang diidam2kan.
$32 termasuk tax utk seorang.
Dah beli tiket, tengok map subway, laaa... train kat station tu, tak pie station yg berdekatan ngan hotek pulak!
At last, kitorang menapak jugak balik hotel.
Verangan lepas solat kat hotel, nak keluar balik.
Tapiii... dapat je katil, Ammal terus flat.
Punya la penat berkejar nak ke TOTR... hihihi

Kalau sebelum ni, Ammal cukup tak berkenan ngan London.
Dah sampai NYC ni, baru tersedar.
Betapa bagusnya subway kat London nun.
Subway kat NYC ni, dah la serabut, signboard bercelaru, complicated, bau busuk, buruk, dan kebanyakkan stationnya kena turun naik tangga, no escalator or elevator.
New Yorkers sendiri ada Ammal tengok yg tersalah station.
Inikan pulak kitorang yg 1st timer ni!
Tak terkira entah berapa kali kitorang tersalah platform.
Bayangkan... dah la kena turun naik tangga. Tersalah pulak!
Memang banyak tenaga habis kat subway je.
Nak buat cerita lagi 'best', officer in charge kat bawah subway pun boleh tersalah bagi direction kat kitorang. Korang rasa??
Ok laaa.. at least ada something yg bagus untuk Ammal kenang pasal London... ngeh ngeh ngeh

Hampton yg kecik & katil yg tak best!

Kalau korang nak tau, buat pertama kalinya, kitorang dapat bilik Hampton yg super kecik.
Nak solat pun tersepit badan. Kalo korang tengok gambar kat atas nun, tempat solat betul2 hujung, celah antara 2 katil. Arah kiblat menyenget. Korang rasa, sempit ke tak sempit? Sadis betul!
Tilam & bantal sangat2 tak sedap.
Pukul 3 pagi je, mata Ammal celik & pinggang rasa cam nak patah.
Keras gila la tilam dia!
Siap boleh dengar bunyi spring tiap kali bergerak.


Selasa, 11hb pagi esoknya pulak kitorang naik cruise nak tengok Statue of Liberty.
Petangnya, ke SpyScape, museum spy yang baru dibukak di NYC ni.
SpyScape ni bukan museum biasa yg bosan tu. Tapi museum interactive
Menarik! Dapat la serba sedikit info pasal dunia perisikan ni.
Fobia pun boleh jadi jugak kalo baca & difikir2kan semua info yg diorang share...  

Plaza Hotel dari Central Park

Museum of Natural History

Rabu 12hb, lepas breakfast, Ammal ngan husband menapak ke kedai dobi.
Tak jauh pun. Dalam 5 minit je berjalan.
Baju dah menimbun. Hampton ni tak ada self laundry. 
Settle mendobi, kitorang ke Central Park.
Ammal sudah buat kerja gila!
Ammal booked photographer untuk ambik gambar Ammal satu family.
Photographer ni, Razak namanya. Wife dia kerja kat NYC ni.
Kenal pun atas kawan jugak... tengok hasil kerja dia kat IG lawa2.
Terus terberkenan & terfikir nak buat something different kali ni.
Sambil bergambar, sambil menapak dalam Central Park menuju ke Museum of Natural History.
Janjinya 1 jam je. Tapi Razak baik hati melayan.. hampir 2 jam jugak.
Lepas buat bayaran & ucap terima kasih kat Razak, kitorang masuk ke museum pulak.
BAPAK besar wehhhh!
Tak termampu nak menapak & explore semua.
Longgar kaki dah!

Khamis 13hb tengah2 breakfast, tengok weather forecast, kata snow nak turun...
Terus rasa tergedik2 nak keluar.
Enche boyfren marah. Makan dulu katanya... huhuhu
Siap makan je, terus keluar... YEAYYY... It's snowing
Halus jer turun... Subhanallah. Tak tergambar seronoknya hati Ammal
Sebijik macam budak2 dapat mainan baru.
Rasa cam nak lompat2 pun ada. Sebaik sedor diri... hahaha
Jadinya, pemergian Ammal dari NYC 13hb tu, diiringi oleh snow...
Ooo... kan plan Ammal kata nak shopping kat NYC kan?
Tak sempat you!
Dah masa banyak terbuang kat subway, dengan penat turun naik tangganya.
Tapi sempat la jugak jengok Macy's & few kedai.
Cuma tak puas...


13hb tu, Ammal teruskan perjalanan ke utara sedikit...
Memang Ammal dah set 13hb - 15hb utk shopping trip di Woodbury Common Premium Outlet yang terletak di Central Valley, New York, 1 jam dari NYC.
Snow turun sehingga malam 13hb.
Puas jugak la Ammal bermain malam tu sambil bershopping
Sikit info pasal outlet ni:
"the center now has 220 stores occupying more than 800,000 square feet (72,000 m²) and is one of the largest contiguous outlet centers in the world" - Wikipedia


Snow lebat di outlet masa Ammal shopping

Rate hotel sekitar outlet ni boleh tahan mencekik, jadinya Ammal pilih hotel 3 bintang Americas Best Value Inn.

Yang penting dekat dan ada breakfast.
Naik kereta dalam 5 minit je. 
Cuma pada Ammal, hotel ni tak boleh dikira hotel. 
Lebih kepada motel sebab semuanya basic. 
Hot water pun macam disukat2... huhuhu
So, puas shopping tak kat sini? 
Hmmm... no comment! hihihi 
Ammal perlu teruskan perjalanan ke utara lagi selepas ni...


Till next entry.
Annyeong!

No comments: