Tuesday 25 August 2020

Paris Day 3 - Eiffel Tower

Day 3, Selasa, 21 Januari 2020.

Dalam 8.45 pagi dah gerak dari resort. Memang naik bas ajer dah untuk ke stesyen Metro. Ammal nak naik ke Eiffel Tower. Tiket Ammal beli dengan harga €16.60 di KLook. Lebih kurang RM76. Asalnya nak beli direct dari website dia; https://www.toureiffel.paris/en. Nak beli awal, sistem kata tempahan belum bukak. Bila dah sampai masa, tau2 tiket dah habis. Try lagi date lain, end up tetap dapat message kata tiket sold out. Nak tak nak, terpaksa beli di KLook jugak. Rugi sikit sebab kalau beli direct dari website Eiffel Tower, ada macam-macam promo & offer. Sebab hal ni jugak, Ammal terpaksa ubah jadual iti. Suhu pagi tu, 6 degree. Tapi real feel -3. Berasap-asap mulut sementara tunggu bas.


Satu-satunya bas yang lalu dekat resort bas no 188. 5 stops utk ke stesyen Metro, Chateau de Vincennes. Naik Metro dari stesyen Chateau de Vincenne pula, ada 15 stop, sebelum turun di stesyen Metro, Champs-Elysees - Clemenceau. Dari situ, ambik pulak bas no 42 dan berhenti di Monttessuy. Jalan 1 minit, dah sampai di ofis travel agent. Route option masih - 'less walking'... ngeh ngeh ngeh




View dari stesyen bas stesyen Champs-Elysees - Clemenceau


Sebab dah 7 bulan, Ammal dah hilang memori waktu pilihan Ammal untuk naik ke Eiffel Tower. Kalau ikut gambar ni 11 pagi. Ada banyak pilihan masa untuk naik. Kita juga ada pilihan samada nak naik sampai ke 2nd floor sahaja atau sehingga The Top. Harga tiket juga berbeza dengan pilihan access ke tingkat 2 & The Top tu. Samada dengan lif atau kombinasi tangga dan lif.

Disebabkan sampai di ofis travel agent tu awal, Ammal ajak enche boyfren JJCM sekejap. Tapi map ada sikit gila, jauh perjalanan jadinya. Sampai2, kedai pulak belum bukak. Terpaksa la patah balik. Sampai di ofis travel agent, batch yang naik sama waktu dah pun ramai. Agent explain things not to do/ not to bring kat Eiffel Tower nanti. Lepas tu jalan beramai-ramai ke Eiffel Tower. Tak jauh pun. Dalam 5 minit perjalanan je. Untuk masuk ke Eiffel Tower ni, security agak ketat. Ala2 di airport.


Cadangnya memang nak naik sampai ke The Top. Tapi musim winter, puncak Eiffel Tower ni ditutup. Mungkin tak selamat dengan keadaan angin yang sentiasa bertiup kencang di Paris ni. Dah namanya kota cinta, ambik la gambar cintan cintun kat atas tu puas2. Tapi memang sejenis yang tak berapa nak bergambar, cukup sekadar apa yang ada untuk dijadikan kenangan peribadi. Enche boyfren dah pesan, jangan nak share kat media sosial pulak. Ishh... Ammal masih waras! Hahaha... 


Dari tingkat 2, kitorang turun ke tingkat 1 untuk cari glass floor. Di tingkat 1 ni ada kedai2 makan & juga kedai souvenir. Harga korang boleh agak berapa la kan. Double dari harga kat kedai biasa.


View dari glass floor. Lawa sangat. Gambar yang Ammal ambik ni tak justify dengan view sebenar


Sebelum turun, nampak pulak kedai jual mac. Dah nampak mana boleh tak beli. Vanilla & Raspberry jadi pilihan hampir setiap kali beli mac kat mana2 kedai sekalipun di Paris ni.



Turun dari Eiffel Tower ambik lagi gambar beberapa keping. Tapi view gambar kurang cantik sebab ada tiang dan pagar untuk kerja2 pemeliharaan Eiffel Tower. Ni antara tiang yang ada di bawah tower. Sebelum keluar dari pagar keselamatan Eiffel Tower pulak, boleh nampak ramai penjaja kulit hitam berkeliaran. Insiden hampir kena copet masih segar dalam kepala. Ammal cakap dengan enche boyfren, moh ler zikir2 dan baca doa dulu sebelum keluar.


Alhamdulillah berjaya melepaskan diri tanpa sebarang insiden. Kami terus ke bus stop untuk JJCM. Boleh terlupa pulak nak ke Trocadero Square. Tapi memang tak ada rezeki kot. Trocadero lupa nak pergi. Kedai pastry Sadaharu AOKI ni pun dari pagi sampai la dah turun dari Eiffel Tower, kedainya tutup jugak. Datang pagi tadi kedai tak bukak lagi. Datang lagi, dia tutup waktu lunch pulak! Siapa Sadaharu Aoki ni yang buat Ammal beriya nak pergi kedai dia?

"Sadaharu Aoki (青木 定治Aoki Sadaharu, born 1 July 1968) is a Japanese chef patissier at the pâtisserie Sadaharu Aoki in Paris, France. He is known for using traditional Japanese ingredients and flavors in French-style pastries. His style is defined as a combination of minimalistic aesthetics with rigorous French techniques"; https://en.wikipedia.org/wiki/Sadaharu_Aoki.

Kalau korang Google image, pastry dia memang meleleh air liur la tengok. Tapi nak buat macamana. Faasrahhhh... pergi je la kedai yang tak berapa famous kat area situ; Karamel.




Dah nama kedai Karamel, boleh agak la apa menu yang banyak dijual kan. Ammal kureng with anything yang ada caramel. Tapi belasah je la alang2 dah sampai.


Menu pilihan, seketul Raspberry mac, Hazelnut pastry, croissant & hot chocolate. Dari Karamel, memandangkan esok akan ada trip berjalan yang lagi panjang, kitorang decide nak balik je. Naik bas kat stesyen yang berada betul-betul depan kedai. 

Serius hari ni sejuk sangattt. Gloves tebal Ammal pun tak mampu menahan. Memang turun naik bas je banyak sebab tak tahan sejuk. On the way balik, turun je dari bas, singgah Carrefour. Tup2 nampak pulak section halal. Belasah la beli ayam sket & daging steak.



Murahkan harga Nutella dia. Lebih kurang RM20 je untuk botol sebesar tu.

Dan persimmon ni tersangat la besar dan manis

Dah 3 hari kat Paris ni, yg Ammal nampak, Parisian ni adab sangattt kureng! Naik public transports tak reti beratur. Sebijik macam kat Msia. Berebut-rebut! Pastu susah nak offer seat kat budak-budak kecik & orang-orang tua. Kotor memang tak dinafikan. Najis anjing, kalo jalan menonong, memang CONFIRM terpijak. Padahal kerajaan ada je sediakan tong utk deme buang najis pet diorang tu. Diorang je yg malas nak kutip! Kawan-kawan pulak dok ingatkan Ammal yg cerewet ni pasal Paris yg berbau busuk & hancing, tapi Alhamdulillah, kitorang tak bau langsung! Ammal punya la dah set fikiran awal-awal , 'Paris busuk!', 'Paris busuk', Allah selamatkan Ammal. Syukur sangat. Kalau tak, tak tau laaa... mau fenin & loya macam kat Seoul aritu 😅

Dari segi public transport pulak, dah bandar lama kan, memang turun naik tangga je la metro stationnya. Sama macam NYC, London & Seoul jugak. Tapi location signage better dari NYC & Seoul. Alhamdulillah tak de sesat walau sekalipun. Dan yang paling luar biasa, winter sini memang lain macam sejuk dia. Snow je tak nak say hello kat Ammal...


Annyeong! Jumpa lagi 2-3 bulan... hahaha

No comments: