Friday 26 June 2020

Paris Day 2 - JJCM

Isnin 20 Januari 2020...
Pagi tu, sebelum keluar, Ammal masak nasi goreng udang.
Packaging beras yang kitorang beli semalamnya, sama macam yang dibeli masa di Spain.
Ammal ada sentuh sikit pasal nasi ni kat "http://jeoneun-ammal.blogspot.com/2016/05/tips-melancong-makan-kecantikan.html"


Peket beras yang direbus sehingga beras kembang

Dannn… taraaa...


Iti untuk hari ni, memang JJ & CM semata.
Seperti yang dijangka, kaki memang dah start sakit. So dengan ticket t+ yang masih berbaki, kitorang naik bas untuk ke Metro stesyen.
Dari resort ke stesyen bas, cuma 1 minit jalan kaki.
Sampai di stesyen Chateau de Vincennes, terus beli tiket Mobilis dengan harga €7.50

Hotel de Ville


Destinasi pertama ialah Notre Dame.
Walaupun tau 3 hari sebelum perbualan Ammal dengan enche boyfren pasal nak ke Paris, Notre Dame ni terbakar, kitorang try jugak pergi. Tengok la apa yg boleh tengok… huhuhu
Stesyen pilihan untuk ke Notre Dame ialah Hotel de Ville.
Dari stesyen perlu berjalan selama 10 minit dan melintasi jambatan Pont d'Arcole untuk menyeberangi Sungai Seine.
View dekat sini memang lawa.
Dan sebab terpegun dengan view kat sini la, sampai terjadinya satu insiden
Kalau ikut bacaan, orang kata, Paris ni ramai pickpocket.
Kitorang hampir terkena masa di Pont d'Arcole ni
Tengah dok seronok ambik gambar, tup-tup datang 2 orang perempuan entah dari mana.
Sorang approached Ammal nak suruh buat apa entah.
Sorang approached enche boyfren.
Masa tu kitorang jalan terpisah sikit sebab Ammal sibuk ambik gambar scenery.
Alhamdulillah Allah terus sedarkan Ammal taktik diorang dan berjaya Ammal tepis.
Serius tepis tau! Sebab dia approached pun kasar!
Ammal terus jerit panggil enche boyfren,
"Yang!"
Tengok dia struggle sket. Jerit 2-3 kali gak la.
Siapa yang kenal Ammal, tau la suara halilintar Ammal camana! Hahaha...
Ammal risau sebab enche boyfren tak banyak baca pengalaman travelers lain.
Nak pergi dekat enche boyfren tak boleh sebab yang approached Ammal ni halang.
Sebolehnya dia tak bagi Ammal tengok dan bergerak. Siap bertolak-tolak.
Eee… sambil tulis ni pun, walau dah berbulan insiden ni jadi, tetap terasa jantung dup dap dup dap
Nampak dari jauh, enche boyfren dah mula berjalan.
Bila enche boyfren dah sampai dekat Ammal, enche boyfren kata,
"Punya la cepat, dia dah berjaya bukak zip jacket I!"
Gilakan?!!
Masa tu dalam hati rasa nak belasah je minah 2 ketul tu!
Tapi sebab risaukan enche boyfren, arah ke mana diorang pergi pun Ammal tak teringat nak tengok!
Apapun, Alhamdulillah. Syukur Allah pelihara kami
So ada rezeki kengkawan ke Paris, boleh jadikan pengalaman ahkak ni sebahagian pengajaran dan iktibar...
Boleh Google atau carik kat YouTube jugak experience orang lain dan boleh ambil tips yang ramai share.
Macam-macam gaya dan tektik diorang ni!


View dari Pont d'Arcole


Dari Pont d'Arcole, terus berjalan ke arah Notre Dame.
Dan ternampak pulak kedai souvenir.
Pilih itu ini, bila nak bayar, mamat yang melayan tu Pakistan kalau tak silap memori Ammal, dia kata dia pernah kerja Malaysia.
Terus la keluar cakap Melayu… hihihi
Dah namanya rezeki Allah nak bagi, dapat diskaun & free gift 2-3 ketul. Alhamdulillah...
Habis shopping, jalan sampai ke hujung, tengok-tengok ada pagar zink tinggi.
Hmmm.. itu je la Notre Dame yang kitorang dapat tengok.
Dapat tengok pagar renovation Notre Dame... HAHAHA
Nak tak nak, terpaksa berpatah balik sebab niatnya selepas Notre Dame nak pergi ke Le Marché aux fleurs - Reine Elisabeth II, Square du Vert Galant dan Latin Quarter.
Udah jalan pun kena tutup, nak tak nak, memang terpaksa la patah balik jalan tadi.



Gambar atas tu kedai souvenir yang Ammal pergi.
Kalau ikutkan kedai lain lagi murah, tapi sebab ada dapat free gift dan diskaun, kira berbaloi la.
Dari Notre Dame ke Le Marché aux fleurs - Reine Elisabeth II, hanya 6 minit berjalan kaki.
Le Marché aux fleurs - Reine Elisabeth II ni sebenarnya pasar jual bunga dan kraftangan.
Tapi dah jiwa memang bukan jiwa seni, kitorang jenguk sikit je.
Terus decide tak nak masuk dan teruskan berjalan untuk pergi ke Square du Ver Galant, taman kecil yang jadi tumpuan Parisian


Square du Ver Galant

Sampai je di Square du Vert Galant, tengok pokok semua kontang.
Dah kata winter. Pasrah je la ambik gambar scenery kelabu asap
Elok pulak masa sampai sini, anak WhatsApp bagitau kata dia malas masak.
Nak mintak Ammal orderkan dinner.
Jadi duduk la Ammal kat situ sambil order Foodpanda kat Malaysia.
Bagus jugak ada servis macam ni. Senang ibu ayah nak pergi honeymoon lagi.
Selesai urusan Foodpanda, kitorang terus ke Latin Quarter.
Latin Quarter is one of Paris most historic neighborhoods.
Ada banyak kedai-kedai kecil, café, kedai antic, kedai buku dan juga Masjid Besar Paris.
Kedai pertama Ammal masuk suda semestinya kedai roti!


Plain croissant & Croissants aux Amandes (croissant badam)

Le Chocolat Chaud (hot chocolate)


Dua menu di atas ialah favourite Ammal selama di Paris.
Dari Malaysia lagi, Ammal dok menghafaz ayat simple dalam French untuk order 2 jenis makanan ni dan juga a few words yang Ammal rasa penting tiap kali bila pergi travel.
Sekarang ni, kalau nak suruh Ammal sebut, hilang memori dah!
Kena buat hafazan balik kalau ada rezeki repeat ke Paris… hehehe
Nama kedai roti ni Ammal lupa nak ambik gambar.
Lagipun, hot chocolate dia tak sedap! Jadi tak perlu la nak share.




Selang beberapa langkah, nampak pulak makanan pujaan hati idaman kalbu setiap kali ke luar negara!
Walapun perut dah kenyang, Ammal tak kira!
Susah nak jumpa menu ni kat Malaysia.
Kalau ada pun, harga boleh buat Ammal tercekik dan puasa seminggu!
Apa lagi kalau bukan lobster sandwich! Terliurnya tengok gambar ni!
Nak kata sedap sangat tu tak la. Sedap lagi yg Ammal makan kat Cape Cod.
Tapi dah namanya lobster, Ammal tak kira!
Perut dah super kenyang, tengok jam dah sampai masa utk solat.
Jadi, kitorang terus cari stesyen Metro terdekat.


Grande Mosquee de Paris @ Paris Grand Mosque


Taman dalam masjid

Usai solat jamaq, trip JJCM diteruskan ke Berthillon ice-cream. Kedai ice-cream paling famous di Paris katanya.


Rupa kedai dari luar




Ice cream yg kitorang share


Masa kat kedai ni, Ammal cam confused jugak. Kata famous, tapi kenapa tak ada orang.
Yg bagusnya, uncle yang melayan kitorang tu, walaupun non-muslim, tapi bila dia tengok Ammal bertudung, dia terus bagitau, ada ice-cream yg ada alcohol.
Cuma nak fahamkan English Parisian ni susah sebenarnya.
Masih pekat bunyi French.
Pilihan ice-cream memang banyak. Kepala pulak dah pening nak fahamkan explanation uncle tu.
Jadi untuk selamat, selepas beberapa kali dia explain, kitorang belasah je ambik yang mana boleh dimakan.
So, sedap ke idok? Tak la sedap mana pun...
Bila dah habis makan, pusing-pusing sikit area tu, baru perasan… laaa… salah kedai yang kitorang pergi tadi.
Berthillon yang famous tu, ke depan sikit dari kedai tadi
Nak makan ice-cream lagi, memang tak mampu nak masuk dah la
Dengan berat hati, terus gerak ke satu lagi tempat famous. Galeries Lafayette!

Masuk ke shopping mall ni, buat Ammal rasa Ammal tak berada di Paris tapi di China!
Majoriti pelanggan dalam mall tu, Chinese Mainland!
Serius punya ramai!
Sampaikan salesgirl & salesman mall ni, diorang hire yg boleh berbahasa cina atau bangsa cina jugak.
Ramaiii sangat.
Dan sorry to say, Ammal memang tak boleh bla ngan Mainland people ni.
Hilang selera nak tengok barang.
Ammal cuma pergi cari Pierre Herme dan pusing floor jual kasut.
Hati dah terniat nak balik. Tup-tup teringat… tingkat paling atas mall ni, ada rooftop terrace yang free dan boleh nampak pemandangan bandar Paris


Ispahan tak ada masa ni.

View dari rooftop terrace Galeries Lafayette


Selepas puas bergambar di rooftop, terus decide untuk balik.
Tapi cadangnya, nak naik tren RER

Tren RER, 2 tingkat & laju

Stesyen RER sebenarnya agak jauh dari resort. Turun dari RER, ambil pulak bas
Hari dah gelap. Dan Ammal rasa yang naik RER ni semua duduk luar dan jauh dari bandar.
Stesyen agak sunyi. Takut la jugak masa tu.
Tapi apa pun, Alhamdullillah. Tak ada apa insiden yang jadi.
Kitorang selamat sampai resort dan dinner malam tu, Ammal masak je. 
Kaki dah tak larat nak buat JJCM. Esok pun banyak nak kena berjalan.

Ha... itu la serba sedikit iti hari ke 2 yg Ammal ingat. 
Tunggu entry seterusnya.



Annyeong!

1 comment:

Wak Lat said...

wahh sonoknye dpt naik eifel tower tuuh.,
sibbaik sempat sblm covid kann., ;p