Monday 5 April 2021

Paris Day 5 - La Vallée Village

Dah setahun, entry Paris tak habis-habis. Maafkan Ammal... Teringat ni pun sebab si Ako tinggal comment tanya bila nak update. Hahaha.. Ok. Moh la kita sambung.

Day 5, Khamis 23 Januari 2020. Harini memang plan nak shopping dari pagi sampai ke malam. Seperti biasa, sambil menyelam minum air. Ammal buat service personal shopper untuk beberapa orang kawan di KL. Jarak La Vallee Village dari Royal Regency dalam 40 minit perjalanan dengan kereta. Nak pergi shopping kan? Jadi kena la drive. Takkan la nak berbondong-bondong naik public transport. Sebelum keluar, Ammal masak nasi, goreng telur dadar, masak scallop & sauteed mushrooms + brokoli untuk breakfast. Sejuk-sejuk ni, kena makan betul-betul. Kalau tak, boleh kebulur dibuatnya. Perut cepat ajer lapar.

La Vallee Village ni merupakan outdoor shopping centre dengan lebih kurang 120 designer boutiques tapi barang-barangnya dijual dengan harga diskaun. Ala, macam premium outlet. Mula-mula Ammal agak sceptical. Ye la. Pengalaman shopping di UK masa 2016 dulu masih segar dalam ingatan. Beriya konon nak shopping, tapi tak beli apa pun. Semuanya mahal dan tak semurah di US. 

Benda pertama yang Ammal buat bila sampai di La Vallee ialah ke Welcome Center. Ammal dah download apps awal-awal dan register membership. Pergi ke situ sebab nak collect voucher. Ye, voucher discount. Kalau korang pergi tak kisah la outlet mana sekali pun dalam dunia ni, sila la collect voucher tu ye. Hanya dengan register membership, tunjukkan passport dan membership dalam apps, korang akan dapat satu booklet tourist voucher. GPO & JPO kat Msia pun ada jugak. Dan even shopping mall yang besar macam KLCC & Pavilion pun ada voucher untuk tourist. Selalunya... setiap kali nak travel, bila dah masukkan iti untuk shopping di mana-mana shopping mall, Ammal memang akan check offer @ voucher untuk tourist ni. Kalau ke US lagi best. Sebab Ammal boleh check online je voucher outlet yg ada. Yg mana berkenan, boleh terus print dan bawak la terbang bersama-sama. Sampai Welcome Center, kutip lagi buku voucher. Pilih la discount mana yang lagi tinggi. Kadang-kadang ada jugak butik yg offer in-store discount dan kalau dapat cashier yang baik, dia akan recommend discount mana yang lagi murah dan patut Ammal guna... hahaha. Melalut sudah. Pantang bukak bab shopping, laju je menulis. Tu antara tips shopping yang Ammal boleh share. Tak pernah pulak teringat nak ambik gambar booklet voucher tu... hahaha

1st butik yang Ammal masuk di La Vallee ialah LaCoste. Sebab sceptical dari awal, Ammal jadi surprise bila masuk. 70% you! Wahhh... Cumanya size banyak dah tak ada sebab discount tu dah lama start. Dapat la grab sehelai t-shirt untuk anak bujang. Sebab dah setahun, Ammal dah lupa kedai apa Ammal terjah selepas tu. Yang confirm ingat, Ammal break di Laduree. Beli 2 ketul macarons, hot choc & croissant sambil duduk di patio

Hot choc dia tak sedap... hahaha

Croissant dia pun biasa je

Dan ini favourite Ammal

Dalam banyak-banyak butik, Ammal shopping lama di Furla, Tory Burch, Longchamp, CK, Annick Goutal dan Levis. Banyak pesanan untuk jenama-jenama tu. Serius punya lama. Siap buat video call dengan customer di Malaysia lagi. Bila dah berjam-jam shopping, kaki dah terasa mengigil. Elok pulak La Valle ni bersambung dengan Val d'Europe Shopping Center. Berpusing la kami mencari kedai makan halal @ yang boleh di makan. 

'Sajian' pertama untuk mata... bergayutan sama macam kat Spain dulu

Dan Alhamdulillah, jumpa kedai ni

Sedap...

Bila dah rasa hilang gigil, kitorang sambung window shopping dalam Val d'Europe pulak. Nampak supermarket, pun belasah masuk. Favourite wooo supermarket di overseas ni. Tapi ada incident kelakar dalam supermarket ni. Ammal nak beli persimmon. Dah siap masukkan dalam plastik, tak tau mana nak timbang. Tengok customer lain macam ada pegang kad. Zup zap zup zap, dapat tag harga. Arghhh sudah. Mana pulak nak dapat kad tu. Melilau bertanya. Tapi pempaham je la Parisian ni. Bukan semua boleh speaking English. Rasa mcam nak give up dah. Alhamdulillah, berjaya jumpa pekerja dia yang boleh speaking. Walaupun macam ayam dan itik, berjaya jugak la tag harga kat bungkusan buah tu... hahaha. 

1 Euro je. Mau tak rambang mata Ammal tengok harga persimmon centu. Besar tau buah dia!

Ammal beli chocolate ni jugak. Decor kedai dia menggoda ya amat! hihihi

Habis pusing satu mall, konon nak terus ke parking. Sekali tengok rupa area parking dah lain. Jenguk-jenguk dalam seminit, Ammal cakap ngan husband, nak tak nak, kena patah balik ke La Vallee jugak. Rasa cam nak fensan camana pun, tetap kena hadap sebab confirm takkan jumpa kereta. Makanya, berpatah la kami ke La Vallee. Penat tok sah cakap la. Rasa nak seret kaki dah rasanya. La Vallee dah nak tutup masa tu. Tinggal 2-3 orang customer je lagi. Bila dah gerak dari parking La Vallee, baru nampak area parking di Val d'Europe. Nasib baik la buat keputusan yang betul. Kalau tak, mau Ammal menangis nak mencari kereta. BAPAK punya luas parking dia. Sampai di Royal Regency malam tu, Ammal terus start packing barang. Belian dah banyak. Takut nanti terlebih berat pulak.
Order dari customer

Barang Ammal dan baju anak-anak

Souvenir untuk keluarga dan kawan-kawan di Malaysia


So, best ke shopping di Paris? Of course la best. Jauh lebih murah dari di UK. Discount lagi banyak. Tapi tetap tak boleh lawan US la... hihihi. 


Semoga Ammal diberi kerajinan untuk terus menulis. Annyeong...

No comments: