Sunday 6 June 2021

Day 7 - Time to go home


Sabtu, 25 Januari 2020, masa untuk pulang ke gagang.
Tak ada apa sangat nak cerita... cuma kalau nak tengok macamana kotornya Perancis ni, boleh refer pada gambar yang Ammal tepek kat atas nun.
Ni view sepanjang perjalanan untuk ke airport.
Bersih lagi Malaysia kan?! 

Untuk entry ni tak ada apa sangat nak cerita.
Check-out time pukul 10 pagi. Lepas check-out, enche boyfren nak buat last minute shopping.
Memandangkan kereta dah penuh dengan luggage, terpaksa la Ammal menunggu dalam kereta aje. Naya kalau kena pecah nanti!
Sampai airport pun awal. Ingatkan boleh la nak shopping lagi. Sekali airportnya 'mati'
Memang tepu la duduk dalam airport yang tak ada aktiviti.
Apapun, Alhamdulillah. Flight balik, transit semua smooth. Makan kenyang, tidur nyenyak.. hihihi









Sebelum balik, Ammal tapau satu beg croissant untuk anak-anak. 
Perangai mak-mak memang la gini. Anak-anak sentiasa dalam ingatan.

So, ada rasa nak repeat tak?
SUDAH semestinya.
Balik tu terus tengok harga flight & resort availability.

Yang tak bestnya Paris ni, air paip dia buat buat rambut keras. Tak tau la kenapa. Tapi otak kreatif Ammal ni buat cerita... "Sebab air dari Catacombs kot" HAHAHA
Dannn... sebab najis pet bertaburan.
Kalau mata tak perhati betul, memang selamat la tapak kasut tu pijak menda alah tu berkali-kali.

Ammal sampai di KLIA, pada hari Ahad, 26 Januari 2020 jam 9.40 malam.
Makanya berakhir la trip untuk tahun 2020.
Sepatutnya, Paris ni trip pembukaan tirai trip 2020.
Rupanya nan hado.
Kalau ikut perancangan, 2020 bakal jadi tahun paling banyak Ammal travel.
Ammal sepatutnya terbang ke Thailand dengan enche boyfren pada 15 March untuk trip 4 hari, 27 March ke JB dengan family, terbang lagi ke Thailand dengan enche boyfren pada 13 Julai, ke Indonesia dengan gegurls pada 25 September dan 13 November ke KB.
Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya.
Semua trip terpaksa dibatalkan dan satu ditunda gara-gara Covid 19.
Last refund yang Ammal dapat dari hotel di Indonesia selepas segala macam usaha dilakukan.
Untuk trip yg ditunda tu, dengan hotel lima bintang. Alhamdulillah. Sangat mudah segala urusannya. Selagi tak boleh terbang, diorang kata, boleh tunda selama mana yang Ammal nak.
Ok cukup la. Tak nak cerita panjang. Boleh meleleh ayaq mata kalau dikenang.
Nanti Ammal share apa aktiviti Ammal sepanjang pandemik ye.


Annyeong...

No comments: