Monday 19 July 2021

MCO 2020 - Staycation Sunway Putra



You all tau apa aktiviti Ammal sepanjang PKP sejak dari tahun lepas?
Dah kata tak boleh nak ke mana kan... Keje Ammal, keluar masuk hotel2 kat KL ni... hahaha
1st staycation Ammal pada 12-13 September 2020 di Sunway Putra Hotel
Asalnya tak plan pun nak buat staycation.
Dapat emel dari Agoda, kata Agoda Cash dah nak expired. 
Tengok2, mak aiii... dah banyak kali rupanya expired. Tak teringat langsung.
Jadi memandangkan ada balance dalam seratus lebih kot, Ammal carik la hotel yang mampu pergi.
Elok pulak ada offer dari Sunway Putra. Terus la Ammal ambik.
Dari membazir Agoda Cash tu macam tu je, kita buat la staycation.
Ammal top up sikit je untuk breakfast. Maaf la. Cerita dah lama. Memang lupa la jawabnya berapa banyak ..

View dari bilik

Sarung bantal koyak.. huhuhu

Ammal ambik bilik yang paling murah. Comel jer biliknya.
Dapat view swimming pool.
Overall, dengan harga murah, tak boleh la nak mengharapkan bulan dan bintang kan...
Biliknya langsung tak kedap bunyi. Guest bilik sebelah bercakap pun boleh dengar.
Satu sarung bantal ada berlubang sikit. Malas nak complaint. Ammal cuma ambik gambar, in case dia tuduh Ammal koyakkan...
Breakfast pun biasa2 ajer.

Bulan Sepetmber tu, memang dah boleh rentas negeri apa semua. Alaa... time2 nak PRN dulu tu.
Jadi hotel memang ramai orang.
SOP masa breakfast, memang ke laut.
Setiap guest diberi sarung tangan untuk ambil makanan.
Tapi tak ada penjarakan langsung. Semua berebut-rebut macam tak pernah makan!
Serius Ammal frust dengan situasi macam tu.
Cukup la sekali tu Ammal stay kat situ.
Orang kata, sekadar merasa...

Nanti Ammal share hotel lain yang Ammal duduk ye.
Annyeong

No comments: