Tuesday, 19 August 2014

Jadual Hari Kelepasan Am 2015

Jom cepat plan cuti tahun depan!

http://www.kabinet.gov.my/images/stories/kelepasanam/2015_merged.pdf

MATTA Fair 2014

Dia mai dahhh.. 5-7 September 2014 @ PWTC, 10 pagi-9 malam!

Kalau dedolu Ammal akan pergi 1st day (Jumaat). Siap ambil cuti satu hari. Redah fair ni dari pagi sampai ke petang! Tapi sekarang cuti setengah hari pun dah cukup. Kadang tu tak cuti pun. Pergi hari Sabtu, pagi-pagi dah keluar rumah, dalam masa 3-4 jam dah settle.

Sekarang ni, sebelum ke MATTA Fair, Ammal akan listkan dulu apa yang Ammal nak cari.
- Nak bercuti ke mana ~ cari brochures & pamphlets
- Hotel mana nak try
- Flight ticket
Jadi tak perlu singgah ke setiap booth yang ada.

Brochures & pamphlets
Apa yang penting nak cari mende alah ni? Kalau murah rezeki, kadang-kadang tu, ada la booth yang akan bagi voucher atau discount yang diletak dalam brochures atau pamphlets tu. Selalunya kat booth tourism sesebuah negara contoh macam Australia. Pernah dulu Ammal dapat discount untuk ke theme park di Gold Coast. Kot dapat AUD2 pun tetap la duit kan! Cer convert AUD2 ke ringgit. RM6.20 ! Kali kan pulak 4 orang untuk Ammal satu family… RM24.80! Boleh guna duit tu untuk sepinggan nasi kat sana! Tu baru satu voucher! Tapiiii, kalo korang rasa 24 hengget tu tak banyak, maknanya korang memang banyak duit! Jadi tak yah la susah payah nak ikut tips Ammal :P

Dan kalau dah tahu nak ke negara mana, masa ni jugak la kita boleh collect brochures untuk plan itineraries kita nanti. Kalau itineraries dah ada, boleh jugak compare itineraries yang kita dah buat dengan itineraries offered by travel agent.

Hotel
Sebut pasal hotel, mesti sesekali korang teringin nak menginap kat hotel 5 bintang kan? Hotel yang ratenya rasa cam tercekik leher nak bayar, time MATTA Fair ni gak la korang carik. Memang la tak murah mana. Tapi kalau dapat jimat RM100 pun, pada Ammal, Ammal dah cukup bersyukur!

Cumanya, kalau berminat tu, jangan la terus beli. Cer buat tawar menawar sket. Contohnya, dapat breakfast untuk 2 dewasa, korang kenen-kenen la, mintak satu lagi untuk anak. Buat macam main tarik tali… “Eee… bestnyer. Tapi breakfast untuk 2 dewasa je. I nak bawak anak 2 orang”… haaa…. Gitu la lebih kurang caranya… Tapi jangan la korang buat bargain tu melampau-lampau pulak ye. Kena la ada adab dan batasnya.

Flight ticket
Untuk flight ticket, Ammal tak recommend beli masa MATTA Fair. Tak murah mana pun. Kalau setakat nak buat basis boleh la. Nanti Ammal buat satu entry cane nak dapat flight ticket yang murah ye…

Apa lagi yang murah masa MATTA Fair?
Domestic package untuk ke pulau-pulau dalam Malaysia. Insya-Allah murah. Yang lain tak terpikir pulak. Nanti la kalau ada apa-apa lagi, Ammal buat entry lain.

Annyeong!

It’s been a looonggg time…

Haieieie… Lama betul Ammal tak menulis. Bukannya apa… malas & tak idea nak share apa. Kebelakangan ni aje yg terfikir nak menulis balik sebabnya penat nak menaip dan bercakap bila kawan-kawan mintak travel tips & tempat-tempat makan menarik. Bukan tak ikhlas membantu, cuma Ammal rasa bila ada blog ni lagi senang untuk kawan-kawan baca dan carik sendiri apa-apa info yang diorang nak tau. Insya-Allah ada kelapangan Ammal akan buat entry ye… daaa…

Tuesday, 29 November 2011

Terkejut...

Ann-yeong...
Ammal ingat nak kuburkan blog ni... tup tup, pagi ni, dapat satu komen. Ek eh... blog I... hahaha... berkurun dah wehhh. Setelah difikir2, apa salahnya ek kalau Ammal teruskan. Rumah pun dah instal Unifi. Manyakkk laju ooo.. Insya-Allah, akan ku cari kekuatan.

Thursday, 12 March 2009

Lamanyaaa...

Lamanya Ammal tak masuk blog...
Tak der mood & tak tau apa nak cerita.
Gambar makan2 banyak, tapi kemalasan tahap gaban!
Nak bangun tido pun Ammal malas... hehehe
Terasa cam nak menguburkan je kerja yg satu ni...

Friday, 3 October 2008

Friday, 12 September 2008

Jake's Charbroil Steaks

Jake's Charbroil Steaks
Starhill Gallery
LG11 Feast Floor
181, Jalan Bukit Bintang
Tel: 03 2148 1398


Ammal makan sini masa berkursus di JW Marriot 14-15 Julai hari tu...


Ada info bahagian2 untuk dibuat steak...

Garlic bread dia, rasa macam garlic bread biasa je.

French onion soup. Nampak macam boring kan? Tapi not bad la... licin Ammal balun.

Ada set meal ayam & daging. Ammal pilih daging. Presentation memang nampak kurang la. Tapi sedap! "Well done" yang Ammal mintak ni, lembut sangat. Tak macam "well done" yang biasa Ammal makan ditempat lain.


My personal review:
Taste: 6
Ambience : 6
Service : 6