Main façade Avani
Pertama kali Ammal menginap di Avani ialah pada 1 Mac 2014 yg lalu.
Pergi pun sebab sesaja nak try.
Tiap kali flight nak landing, kan boleh nampak resort bentuk pokok palma ni kan.
Tiap kali flight nak landing, kan boleh nampak resort bentuk pokok palma ni kan.
Macam memanggil-manggil je pulak suh datang...
Cari punya cari, akhirnya kitorang dapat offer masa MATTA Fair 2013.
Dapat la jimat dalam seratus lebih.
Puas nego untuk dapat free breakfast, Alhamdulillah berjaya...hihihi
Masa fair tu Ammal beli package Pulau Perhentian.
Husband pulak beli voucher Avani utk 2 hari satu malam.
Adil la kan... hehehe...
Bila tiba hari nak pergi masa tu, anak-anak sibuk bertanya arah destinasi.
Dan Ammal seperti biasa suka berahsia even dengan anak-anak.
Bukan la berahsia apa, saja suka buat macam quiz utk diorang.
Biar diorang excited dan dalam masa yang sama tertanya-tanya.
Jadi tak la sepanjang perjalanan tu, diorang menghadap games ajer...
Sampai ajer kat Avani, tengok tempat lawa, si kecik terus merengek.
Kenapa semalam aje? Nak la duduk lama-lama...
Dahhh jenuh la pulak nak memujuk.
Tapi memang lawa pun. Aktiviti pun banyak.
Jadiii... Ammal & husband pun setuju untuk datang lagi.
Kitorang pilih tarikh 13-16 September 2014.
Gambar-gambar dalam ni, semua yang terkini.
Yang sebelum ni, banyak gambar yg nampak muka :p
Ok, kenapa kitorang setuju untuk datang lagi?
Selain dari pujukan anak-anak, antara sebab lainnya adalah sebab suasana resort ni.
Aman tenteram. Ala-ala kampung...
Untuk pengetahuan korang, bumbung setiap villa pun dari daun nipah (kalau tak silap Ammal la)
Memang kampong habis!
Kalau bukan daun nipah, daun apa ye? huhuhu...
Masa 1st night aritu, hujan lebat, abis berterabur serpihan daun dari atap ni jatuh kat balkoni...
King bed untuk Superior room.
Buat yang tak tahu, nama lama Avani ni ialah Golden Palm Tree.
Sejak dah bertukar nama ni, nama-nama bilik pun dah bertukar
Kalau dulu bilik yang Ammal ambik ni namanya Travellers room.
Sekarang udah jadi superior.
Yang paling murah sekali, ini la dia!
Ok jer untuk kitorang empat beranak. Ada satu katil king & satu day bed.
Bilik air dia separa terbuka. Seksi & seksa.
Kalau nak mandi, sila pastikan bidai yang sedia ada tu, korang turunkan.
Kalau takkk... hahaha... sendiri faham!
Setiap unit juga ada balkoni untuk korang duduk-duduk sambil ambik angin laut.
Bilik air yang 'seksi'
Meja kerja
Balkoni
Pandangan dari atas udara, gini la bentuk resortnya
Jalan resort yang lurus memanjang ni, bahagian batang pokok palma
Disebabkan bentuk resort ni yg memanjang dan bercabang, pihak resort sediakan buggy untuk semua pengunjung. Siap ada ala-ala bus stop untuk menunggu.
Kalau rajin, boleh jugak nak kayuh basikal.
Free ajer... boleh guna berapa lama korang nak. Tapi bila dah tak nak guna tu, pandai-pandai la park kat tempat yang disediakan ye...
Kawasan resort ni boleh tahan luasnya.
Restoran je ada 5; Bila-Bila untuk buffet breakfast, Sepoi-Sepoi dekat tepi pantai, Perahu untuk bbq, Hai Sang Lou chinese restaurant & jugak Stimbot
Kemudahan dan aktivit yang disediakan pulak berderet panjang kalau Ammal nak listkan semua.
Antaranya ada infinity pool (kecik comel), gym, spa, kids club, aqua gym, yoga, zumba, beach games & macam-macam lagi.
Pihak resort jugak ada buat tour & excursion.
Owhh! Ada free wifi jugak! Syiok kan!?!
Idok ler macam hotel lain yg kena bayor internetnya!
View lobby pada waktu malam
Chandelier @ Sepoi-Sepoi... lawakan?
Paip merah hitam tu mesti untuk saluran air bersih & bahan buangan.
Kalau tak, cane gaya pulak air bersih nak sampai ke bilik & bahan buangan nak keluar ye dak?
Antara tour & excursionnya... berbasikal ke mana ntah.
Lupa pulak!
Cuaca & suhu harian depa tulis kat sini
Swimming pool ni dekat dengan pantai.
Smiley Beach nama pantainya!
Antara aktiviti yg ada di pantai
Ni la infiniti pool comel yang Ammal gitau tu
Cabanas yg disediakan di kawasan swimming pool
Yang kurang menarik di Avani ni, cuma pantainya.
Kotor dan tak sesuai untuk mandi.
Beratur kerusi untuk pengunjung berehat
Kalau rasa nak cari aktiviti yang thrill sikit, boleh pergi kat extreme park bersebelahan dengan kawasan free parking.
Ada go kart, ATV & paintball.
Free parking kat Avani ni jauh sket dari resort.
Tapi tak kisah pun sebab pihak resort ada sediakan van.
Punya la bagus servis diorang, turun naik van ni, akan ada yang tolong bukakan pintu.
Masa menunggu pun tak lama. Kalau rasa lama sikit, cepat-cepat diorang panggil guna walkie talkie.
Masa menunggu pun tak lama. Kalau rasa lama sikit, cepat-cepat diorang panggil guna walkie talkie.
Ni ler vannya
Untuk makan malam pulak, kalau dah nama duduk dekat dengan pantai, tak makan seafood tak sah la kan!
Ada rezeki korang menginap kat sini, boleh try kedai Bayu Malam.
Kedai ni kat kawasan pantai Bagan Lalang, dekat-dekat situ jugak.
Kedai ni kat kawasan pantai Bagan Lalang, dekat-dekat situ jugak.
Harga murah dari satu lagi kedai yang Ammal try.
Untuk semua lauk di bawah, 6 nasi putih, satu jug air tembikai & 4 gelas air kosong semuanya RM108.
Untuk semua lauk di bawah, 6 nasi putih, satu jug air tembikai & 4 gelas air kosong semuanya RM108.
Sotong tepung yg lembut dan sedap
Ikan bakar
Udang masak merah
Kailan goreng
Ok... itu ajer ceritera mini holiday Ammal.
Yang pasti, Ammal dah jatuh chenta ngan resort yang satu ni.
Ada rezeki, Insya-Allah boleh datang lagi!
Annyeong!
2 comments:
Hi,
Nampak bestnya cuti ke Avani Sepang.
Kalau next time nak dapat special member rate, boleh try book melalui website ni - discount rates at Avani Sepang
Saya pun member jugak. Tapi tak sempat nak buat income pun. Semua habis guna...hihi
Post a Comment